Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

2. Tahun : 4 Neptune
3. Bilangan Murid : 31 orang
4. Tarikh : 26 Jun 2019
5. Hari : Rabu
6. Masa : 07:30 pagi – 8:30 pagi (1 jam)
7. Tema : Ekonomi Berwawasan
8. Tajuk : Usahawan Berjaya

9. Kemahiran Fokus : Kemahiran menulis – membina carta alir

10. Standard Kandungan

3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.

11. Standard Pembelajaran

3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan untuk membuat carta daripada
pelbagai sumber.

12. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. menyatakan sekurang-kurangnya tiga maklumat berdasarkan gambar.
ii. mencatatkan sekurang-kurangnya tiga maklumat pada carta alir.

13. Sistem Bahasa

 Tatabahasa : sintaksis: frasa kerja
 Kosa kata: berniaga, berpatutan, carta alir

14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

 Ilmu: Kesusahawanan, Pendidikan Seni Visual
 Nilai Murni: berusaha bersungguh-sungguh, kerjasama, kerajinan, berdikari, tekun
 TMK: Tayangan video

15. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)

 KB: menjana idea, merumus idea
 BCB: memproses maklumat
 KP: visual ruang, verbal linguistik, interpersonal
 Pembelajaran Konstruktivisme: membina idea menggunakan carta alir
 Kreativiti: imaginasi dan vitualisasi

16. Bahan Bantu Mengajar

Bil. Bahan / Alatan Jumlah

1 Carta Alir 31
2 Video Sajak Usahawan 1
3 Video Upin Ipin 2013 - Usahawan Muda 1
4 Gambar 31
Lembaran kerja
5  pengayaan 30
 pemulihan 2

17. Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah membuat aktiviti mencatatkan maklumat pada carta alir.
Aktiviti Pengajaran dan
Langkah / Masa Isi Pelajaran Catatan
Pembelajaran
PENGURUSAN  Kebersihan kelas  Murid memastikan Peralatan yang sesuai
BILIK DARJAH  Persediaan murid kelas bersih dan
(2 minit) untuk belajar mereka bersedia untuk
belajar

Set Induksi Video Sajak  Murid menonton video BBM

(5 minit) Usahawan yang dimuat turun Video Sajak
Usahawan
daripada youtube.
sumber:
https://www.youtube.c
om/watch?v=R7wv0m
xZpCk
https://www.youtube.c
om/watch?v=R7wv0mx Ilmu
Pendidikan Moral
ZpCk
Nilai:
Soalan guru:  Murid disoal oleh guru Berusaha bersungguh-
1) Lagu yang anda tentang video yang sungguh, berdikari,
dengar berkaitan dilihat.
Kreativiti
dengan apa?  Jawapan murid Imaginasi dan
2) Apakah ciri-ciri dikaitkan dengan tajuk vitualisasi
seorang usahawan pelajaran pada hari ini. KB
berdasarkan video? menjana idea

Pembelajaran
Jangkaan jawapan Konstruktif
1) Berkaitan dengan membina idea
ciri-ciri seorang berdasarkan video

usahawan.
2) mengenal pasti
kelemahan dan
kekuatan diri, tidak
berputus asa,
berdikari.
Aktiviti Pengajaran dan
Langkah / Masa Isi Pelajaran Catatan
Pembelajaran
Langkah 1 Gambar  Murid melihat sebuah BBM
(10 minit) gambar yang Gambar
menunjukkan cara-cara Ilmu
membuat kerepek Keusahawanan
pisang.
Nilai
 Murid menyatakan berusaha, tekun
cara-cara membuat
kerepek pisang KP
Verbal linguistik,
berdasarkan gambar..
interpersonal
 Murid membina 5 ayat
Sila rujuk lampiran 1
berdasarkan gambar BCB
memproses maklumat
tersebut.
Penilaian Objektif (i)

Langkah 2 Video Upin Ipin 2013  Murid menonton video BBM

(15 minit)
- Usahawan Muda yang dimuat turun oleh Video Upin Ipin 2013 –
usahawan muda
guru.
 Murid menyatakan sumber:
cara-cara berniaga https://www.youtube.c
om/watch?v=F4dczaF
secara lisan. qJ1I

Carta Alir  Murid mencatatkan Ilmu

Pendidikan Moral
cara-cara berniaga
dalam bentuk carta alir Nilai Murni
dengan bimbingan berusaha, rasional
guru.
KB
menjana idea
Pembelajaran
Konstruktivisme
membina idea
menggunakan peta
buih
Sila rujuk lampiran 2
Penilaian Objektif (ii)
Aktiviti Pengajaran dan
Langkah / Masa Isi Pelajaran Catatan
Pembelajaran
Langkah 3 Lembaran Kerja Pengayaan BBM
(13 minit) Pengayaan  Murid yang telah Lembaran Kerja
menguasai topik Nilai
diberikan lembaran Rasional, kerajinan
kerja pengayaan.
BCB
Memproses maklumat

KP
Visual ruang

Sila rujuk lampiran 3 KB

Menjana idea
Lembaran Kerja Aktiviti Pemulihan
Pemulihan  Murid yang belum Pembelajaran
Konstruktivisme
menguasai topik
membina idea dalam
diberikan lembaran carta alir
kerja pemulihan

Sila rujuk lampiran 4

Penutup Sosial  Guru memberikan Ilmu

(5 minit)  Pujian atas usaha pujian atas Pendidikan Moral
dan kejayaan penglibatan aktif murid Nilai
sepanjang proses Berusaha
PdP.
KP
Verbal linguistik
Interpersonal

KB
Merumus idea
18. Refleksi

_________________________________________________________________________

19. Ulasan Guru Pembimbing/ Pensyarah Penyelia

Lampiran 1 (Gambar)

Jangkaan jawapan

1) Puan Naili sedang memilih pisang yang matang untuk membuat kerepek pisang di
kebunnya.

2) Pisang yang dipilih harus dibuang kulitnya.

3) Pisang tersebut dihiris menjadi bahagian-bahagian yang nipis supaya senang untuk
digoreng.

4) Seterusnya, pisang yang telah dihiris dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng.

5) Pisang yang telah siap digoreng akan ditabur gula untuk memberikan rasa manis.
Lampiran 2 (Carta Alir)

CARA-CARA BERNIAGA

1)

2)

3)

4)

5)

Jangkaan Jawapan

CARA-CARA BERNIAGA

1) Memilih produk yang hendak dijual

2) Memastikan pembungkusan produk yang dijual menarik

3) Memastikan harga produk yang dijual adalah berpatutan

4) Mengiklankan produk

5) Membuat promosi
Lampiran 3 (Lembaran kerja pengayaan)

Berdasarkan petikan di bawah, bina carta alir yang menunjukkan cara-cara membuat
keropok lekor mengikut urutan yang betul.

Pak Usu Pengusaha Keropok Lekor

Ahmad dan keluarganya bercuti di kampung datuk dan nenek mereka di

Terrenganu. Sepanjang perjalanan pulang, Ahmad melihat banyak deretan kedai yang
mengusahakan perusahaan keropok lekor. Tiba-tiba, ayahnya memberhentikan kereta
di hadapan sebuah kedai menjual keropok lekor yang agak besar.

Seorang lelaki keluar menyambut kedatnagn mereka. Ahmad terkejut, rupa-

rupanya kedai tersebut milik Pak Usunya. Ahmad dan keluarganya dibawa untuk
melihat sekeliling kedai itu dan dijamukan dengan keropok lekor Pak Usu. Selain itu,
Ahmad juga mengambil kesempatan untuk meminta Pak Usu menceritakan cara-cara
membuat keropok lekor yang sedap. Oleh itu, Pak Ususu menerangkan satu persatu
tentang cara-cara membuat keropok lekor kepada Ahmad.

Langkah pertama ialah membersihkan ikan dan asingkan isi ikan daripada
tulangnya. Selepas itu, kisar isi ikan dengan sedikit bawang putih, tepung sagu, garam
dan serbuk perasa. Kemudian, gaul semua bahan tersebut hingga sebati. Sapukan
tangan dengan sedikit minyak agar adunan tidak melekat pada tangan semasa proses
menguli. Uli adunan dalam bentuk memanjang.

Setelah proses menguli selesai, adunan keropok lekor yang telah dibentuk perlu
direbus dalam air mendidih yang dicampur sedikit minyak agar keropok lekor tidak
melekat antara satu sama yang lain. Biarkan sehingga keropok terapung yang
menangdakan keropok tersebut telah masak. Kemudian, angkat keropok tersebut,
toskan dan goreng hingga masak.

Ahmad mendengar penerangan Pak Usu tentang cara membuat keropok lekor
dengan penuh minat. Sewaktu hendak berangkat pulang, Pak Usu membekalkan
Ahmad keropok lekor sebagai bekalan dalam perjalanan. Ahmamad sungguh gembira
kerana dapat makan keropok lekor dan mendapat ilmu tentang cara-cara membuat
keropok lekor.
Jangkaan Jawapan

Langkah 2
Langkah 1
Kisar isi ikan dengan Langkah 3
Bersihkan ikan dan
sedikit bawang putih, Gaul semua bahan
asingkan isi ikan
tepung sagu, garam tersebut hingga sebati
daripadanya tulangnya
dan serbuk perasa.

Langkah 6
Adunan keropok
lekor yang telah Langkah 4
dibentuk perlu Langkah 5 Sapukan tangan
direbus dalam air dengan sedikit
mendidih yang Uli adunan dalam
bentuk memanjang minyak agar adunan
dicampur sedikit tidak melekat pada
minyak agar keropok tangan semasa
tidak melekat antara proses menguli.
satu sama lain.

Langkah 7
Langkah 8
Biarkan sehingga keropok
terapung yang Angkat keropok , toskan
menandakan keropok dan goreng hingga
tersebut telah masak masak.
Lampiran 4 (Lembaran kerja pemulihan)

Berdasarkan petikan, bina carta alir tentang cara-cara membuat keropok lekor
mengikut urutan yang betul.

Langkah pertama membuat keropok lekor ialah membersihkan ikan dan

asingkan isi ikan daripada tulangnya. Selepas itu, kisar isi ikan dengan sedikit bawang
putih, tepung sagu, garam dan serbuk perasa. Kemudian, gaul semua bahan tersebut
hingga sebati. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar adunan tidak melekat
pada tangan semasa proses menguli. Uli adunan dalam bentuk memanjang.

Setelah proses menguli selesai, adunan keropok lekor yang telah dibentuk perlu
direbus dalam air mendidih yang dicampur sedikit minyak agar keropok lekor tidak
melekat antara satu sama yang lain. Biarkan sehingga keropok terapung yang
menangdakan keropok tersebut telah masak. Kemudian, angkat keropok tersebut,
toskan dan goreng hingga masak.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Langkah 5 Langkah 4

Langkah 6 Langkah 7

Anda mungkin juga menyukai