Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM AMALKAN 7 LANGKAH


CUCI TANGAN DENGAN BETUL

TARIKH
23 JANUARI 2018 (SELASA)

MASA
8:20 HINGGA 9:00 PAGI

ANJURAN
UNIT KESIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMBIZAAN, PAPAR
KERTAS KERJA
PROGRAM AMALKAN 7 LANGKAH CUCI TANGAN DENGAN BETUL
UNIT KESIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMBIZAAN, PAPAR

1. Pendahuluan
Kempen Mencuci Tangan Sedunia diadakan 15 Oktober setiap tahun. Ia merupakan program kesihatan yang
kurang mendapat perhatian daripada banyak pihak. Program Amalkan 7 Langkah Cuci Tangan Dengan Betul
bertujuan untuk memastikan warga sekolah SK Kambizaan, Papar sedar akan pentingnya penjagaan
kesihatan dan kebersihan diri. Unit Kesihatan sekolah akan menerangkan kepentingan penjagaan kesihatan
dan juga kesan-kesan jika penjagaan kesihatan diabaikan. Mereka juga akan mengadakan demonstrasi
penjagaan kesihatan dan amali.

2. Pengenalan
Aktiviti ini adalah berterusan sepanjang setahun yang melibatkan semua murid SK Kambizaan berjumlah 50
orang serta guru-guru seramai 14 orang. Demonstrasi 7 langkah membasuh tangan sangat penting dan perlu
diadakan untuk mendedahkan murid-murid kepada amalan mencuci tangan dengan betul untuk mencegah
penyakit seperti taun, demam kepialu, jangkitan cacing dan keracunan makanan.

3. Rasional
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada seluruh warga sekolah
tentang 7 langkah membasuh tangan dengan betul dan juga memastikan semua murid tahu dan faham akan
kesan-kesan dan penyakit-penyakit yang akan hinggap sekiranya tidak membasuh tangan dengan betul.

4. Objektif
(i) Murid mengetahui, memahami serta mempraktikkan amalan 7 langkah membasuh tangan dengan
betul
(ii) Menghargai kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah .
(iii) Menanam sikap bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri.
(iv) Meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan Dr Muda dalam menyampaikan mesej kesihatan
dalam kumpulan kecil.

5. Pelaksanaan/Pelancaran Program
Tarikh : 23 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 8:20 – 9:00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

6. Maklumat Program
(i) Program ini akan dilancarkan sebagai kempen mencuci tangan.
(ii) Unit Kesihatan akan menggunakan poster dan menunjukkan tangan yang kotor dan berkuku panjang.
(iii) Guru penasihat juga membincangkan tentang penyakit-penyakit yang berkaitan seperti taun, jangkitan
cacing dan juga demam kepialu.
(iv) Ahli Pembimbing Rakan Sebaya akan menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan.
(v) Akhir sekali, murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh
dua orang PRS dan dua orang guru untuk sesi amali secara berkumpulan.

7. Sasaran
50 orang murid.

8. Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : Dg. Fatimah Binti Awang Hamzah@Amp. Hamzah (Guru Besar)
Pengerusi : Junaidah Binti Yusop (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi : David Lupi (Penolong Kanan Kurikulum)
Martin Michael (Penolong Kanan Kokum)
Setiausaha : Mahaniwati Binti Mandin (Penyelaras Unit Kesihatan)
AJK : Semua guru
Ahli Pembimbing Rakan Sebaya

9. Anggaran Perbelanjaan
Tiada

10. Sumber Kewangan


Tiada

11. Penutup
Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini, dapat meningkatkan tahap kesedaran dan amalan
kebersihan diri terutama kebersihan tangan dalam kalangan murid SK Kambizaan seterusnya mampu
menjadi agen penyampai maklumat kepada keluarga dan masyarakat setempat sekaligus mampu menjadi
role model dalam penjagaan kebersihan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….... ………………………………
(MAHANIWATI MANDIN)
Penyelaras,
Unit Kesihatan,
Sekolah Kebangsaan Kambizaan, Papar
TENTATIF PROGRAM
AMALKAN 7 LANGKAH CUCI TANGAN DENGAN BETUL
SK KAMBIZAAN, PAPAR

MASA AKTIVITI

: Murid berkumpul di tapak perhimpunan.


Taklimat daripada Cikgu Mahani :
8:20 pagi
(i) Kepentingan menjaga kebersihan diri
(ii) Tujuan Program Amalkan Langkah Cuci Tangan dengan betul

: Demonstrasi 7 LANGKAH CUCI TANGAN DENGAN BETUL.


Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan diketuai oleh dua ahli PRS dan 2 orang
guru.
(i) Tahun 1
(Guru : Cikgu Justus dan Cikgu Mahani)
(PRS : Nazatul dan Nur Ain)

(ii) Tahun 2
(Guru : Cikgu Dg Armah dan Cikgu Junaidah)
(PRS : Jade dan Jinita)

(iii) Tahun 3
(Guru : Cikgu Felix dan Ustaz Mazzelan)
8:45 pagi
(PRS : Aiman dan Haidar)

(iv) Tahun 4
(Guru : Cikgu Rosnah dan Cikgu Rizal)
(PRS : Nur Aina dan Vintius)

(v) Tahun 5
(Guru : Cikgu Noriah dan Cikgu Martin)
(PRS : Eva dan Noriana)

(vi) Tahun 6
(Guru : Cikgu Awang dan Sir David)
(PRS : Fazri)

9:00 pagi : Murid masuk ke kelas masing-masing.