Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

PELAKSANAAN AKTIVITI BAHASA MELAYU KEMAHIRAN SENI BAHASA ....................... 3


KEPENTINGAN ELEMEN PENGISIAN KURIKULUM, BAHAN BANTU MENGAJAR DAN
BAHAN PENTAKSIRAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDP) YANG DIPILIH .............................................................................. 7
RUJUKAN ............................................................................................................................. 9
LAMPIRAN…………………………………………………………………………………………….9

1
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat,


nikmat dan tenaga yang diberikan kepada saya sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Puan


Norhayati binti Md Yatim, pensyarah BMMB3043 kerana memberi tunjuk ajar serta
bimbingan dalam melengkapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya yang telah memberikan
kemudahan dan sokongan moral sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
menolong dan menerangkan segala kesulitan yang saya hadapi. Mereka membantu dalam
menjawab setiap pertanyaan yang diutarakan oleh saya.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih semua.

2
PELAKSANAAN AKTIVITI BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN SENI BAHASA

Tahun : 1 Hambali

Masa : 11.00- 12.00 tengah hari

Tema : Kemasyarakatan

Tajuk : Masyarakat Muhibah

Standard Kandungan :
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Standard Pembelajaran :
4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami lirik lagu melalui nyanyian dan gerak laku
secara didik hibur.

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Menyebut lirik lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
ii. Memahami lirik lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.

Pengurusan Bilik Darjah (2 minit)


 Murid diminta membuang sampah di bawah meja sekiranya ada dan duduk di tempat
masing-masing.
 Murid membaca doa sebelum belajar bagi murid Muslim manakala murid bertafakur
bagi yang bukan Muslim.

3
Set Induksi (5 minit)
 Guru menayangkan video lagu kanak-kanak bertajuk “Berbaik dengan jiran” oleh Omar
dan Hana.
 Murid diminta mendengar video lagu tersebut sambil melihat lirik lagu yang dipaparkan
di bawah video.
 Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk yang dipelajari.

Elemen Pengisian Kurikulum : Teknologi maklumat dan komunikasi.


BBM : LCD, komputer riba, pembesar suara,
video lagu “Berbaik dengan jiran”.
Nilai : Kasih sayang, semangat bermasyarakat.

Langkah 1 (15 minit)


 Guru menayangkan lirik penuh lagu “Berbaik dengan jiran” di skrin.
 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
 Murid diminta membaca lirik lagu tersebut secara beramai-ramai dengan bimbingan
guru.
 Guru menyanyi sambil menunjukkan gaya kepada murid.
 Guru meminta setiap kumpulan menyanyikan lagu tersebut dengan jelas.
 Guru menilai sebutan perkataan murid mengikut kumpulan dengan memberi token
berbentuk bintang.

(Penilaian Objektif 1)

Elemen Pengisian Kurikulum : Teknologi maklumat dan komunikasi.


BBM : Skrin projektor, LCD, komputer riba, pembesar suara, video
lagu “Berbaik dengan jiran”.
Bahan Pentaksiran : Nyanyian murid, token berbentuk bintang.
Nilai : Kerjasama.

4
Langkah 2 (15 minit)
 Guru menyediakan beberapa alat muzik dan diberikan kepada setiap kumpulan.
 Guru menyanyi sambil menunjukkan gaya kepada murid.
 Setiap kumpulan diminta menyanyikan lagu tersebut mengikut gaya yang ditunjukkan
oleh guru.
 Setiap kumpulan mempersembahkan nyanyian mereka di hadapan kelas.
 Kumpulan lain menilai persembahan yang ditunjukkan oleh kumpulan lain dengan
mengangkat kad penilaian.

(Penilaian Objektif 2)

Elemen Pengisian Kurikulum : Teknologi maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi.
BBM : Alat muzik (tamborin, kastenet, kayu tiktok, marakas),
LCD, komputer riba.
Bahan Pentaksiran : Persembahan murid, Kad penilaian.
Nilai : Keberanian, kerjasama, hormat-menghormati.

Langkah 3 (18 minit)


Penilaian
 Guru mengedar kertas lirik lagu dan memasang lagu kanak-kanak “Tolong menolong”
oleh Omar dan Hana.
 Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama guru tanpa gaya.
 Murid diminta melakukan persembahan bersama gaya mengikut kumpulan dengan
kreativiti sendiri.
 Guru menilai persembahan yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan.

Pengayaan
 Guru melihat dan memilih murid dari kalangan setiap kumpulan yang
mempersembahkan lagu tersebut dengan baik.
 Murid yang dipilih diminta melakukan persembahan di hadapan kelas dengan gaya
mereka tersendiri.

5
Pemulihan
 Murid yang sederhana dan malu dalam membuat persembahan dikumpulkan dalam
satu kumpulan.
 Guru memberikan murid lagu “Berbaik dengan jiran” dan meminta mereka berlatih
menyanyi dan menggayakan nyanyian mereka.
 Murid membuat persembahan dalam kalangan ahli kumpulan mereka sahaja.
 Murid lain memberi tepukan sebagai penilaian.

Elemen Pengisian Kurikulum : Teknologi maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi.
BBM : Alat muzik (tamborin, kastenet, kayu tiktok, marakas),
kertas lirik lagu, LCD, komputer riba, pembesar suara.
Bahan Pentaksiran : Persembahan murid.
Nilai : Keberanian, kerjasama.

Penutup (5 minit)
Penutup Kognitif:
 Guru bersoal jawab dengan murid tentang nilai murni yang diperolehi daripada lagu
yang dipilih.
 Murid memberi contoh amalan mulia dalam hidup bermasyarakat.
 Murid diminta mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan mereka seharian.

Penutup Sosial:
 Guru bertanya kepada murid tentang perasaan mereka setelah melakukan aktiviti pada
hari ini.
 Murid memberi tepukan kepada diri sendiri sebagai tanda penghargaan atas usaha
yang diberikan.

Elemen Pengisian Kurikulum : Nilai murni.


BBM : Secara lisan.
Nilai : Kasih sayang, semangat bermasyarakat.

6
KEPENTINGAN ELEMEN PENGISIAN KURIKULUM, BAHAN BANTU MENGAJAR DAN
BAHAN PENTAKSIRAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDP) YANG DIPILIH

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dibina sebagai panduan kepada para guru
untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif
pengajaran. Berdasarkan RPH yang telah dirangka di atas, penggunaan elemen pengisian
kurikulum, bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan pentaksiran amat penting dalam
melengkapkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dan murid.

Elemen pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan


perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan,
peraturan sosiobudaya dan kemahiran nilai tambah. Di dalam aktiviti yang dijalankan di atas,
elemen pengisian kurikulum diselitkan seperti nilai murni dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Nilai murni seperti semangat bermasyarakat dan kerjasama ditambah
agar dapat membentuk murid menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia.
Nilai kerjasama yang dilihat dalam aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan perhubungan
antara ahli kelas. Pendekatan tematik juga dapat dilihat dalam aktiviti yang dilakukan.
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), pendekatan secara tema akan
membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengalikasi pengetahuan.
Tema yang digunakan juga sesuai difahami oleh murid. Hal ini mengukuhkan bahawa
elemen pengisian kurikulum penting dalam merancang aktiviti PdP.

Seterusnya, penggunaan BBM adalah perkara penting terutamanya dalam


pengajaran abad ke-21. Proses PdP yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan
yang positif kepada diri pelajar. Penggunaan BBM dalam PdP di sekolah memerlukan
kesediaan guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM
dalam PdP berjalan dengan berkesan dan berkualiti. BBM yang berkualiti hendaklah
diselitkan dengan unsur TMK seiring dengan peredaran zaman kini. Kebanyakan BBM yang
digunakan dalam aktiviti di atas menggunakan alatan eletronik. Hal ini menunjukkan bahawa
penggunaan TMK dalam pembinaan BBM memudahkan guru dalam menyampaikan isi
pengajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, murid juga berasa seronok untuk belajar dan
menjadikan sesi PdP berjalan secara interaktif.

7
Bahan pentaksiran turut penting dalam proses PdP. Morrison A.P et.al. (2012)
menyatakan bahawa kepelbagaian prestasi ini membawa kembali peranan pentaksiran
terhadap proses pendidikan kanak-kanak secara holistik. Pentaksiran diperlukan bagi
mengenal pasti tahap kognitif seseorang murid. Copple dan Bredekamp (2009) turut
berpendapat bahawa strategi pentaksiran pada peringkat awal kanak-kanak perlu memberi
faedah kepada mereka dan meningkatkan proses pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk
menentukan tahap perkembangan murid dan mengenal pasti kemahiran yang belum atau
perlu dikuasai. Dalam aktiviti di atas, pentaksiran dijalankan bagi memberi penilaian kepada
murid supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan mereka.

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga aspek ini amat penting dalam mencapai objektif
PdP yang dirancang oleh guru. Oleh hal yang demikian, guru hendaklah memilih aspek yang
tepat dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai pada hari tersebut. Pengurusan P&P
yang dinamik dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan
baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih hebat
serta penyebaran maklumat yang berkesan.

8
RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. 2012. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2017). Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul
Pendekatan Berasaskan Bermain bagi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran
Bahasa Kanak-kanak Prasekolah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 3(1), 1-8.

Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas
membaca di kelas pemulihan: Kajian kes di lima buah sekolah daerah Serian. Miri:
Jilid, 8.

Copple, C., & S. Bredekamp. 2009. Developmentally Appropriate Practice in Early Childhood
Programs Serving Children From Birth Through Age 8. Washington DC: NAEYC.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran. Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur.

Mang, C. K. (2008). KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT


PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR
SEKOLAH. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran,
dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1).

Morrison, A.P. et al. (2012) Early detection and intervention evaluation for people at risk of
psychosis: multisite randomised controlled trial. Glasgow: British Medical Journal.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2016). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan
literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1-16.

Suharyanto & Mailangkay. (2016). Penerapan E-learning sebagai Alat Bantu Mengajar
dalam Dunia Pendidikan. Jurnal Ilmiah Widya, 3(4), 17-21.

Anda mungkin juga menyukai