Anda di halaman 1dari 14

‘ERA KEPIMPINAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI NAJID TUN

RAZAK DALAM MEREFOMASIKAN PENTADBIRAN. SUATU PANDANGAN’

1.0 PENDAHULUAN

Tajuk ini agak menarik untuk di perbincangkan dan di perhalusi kerana melihat pada perubahan

pentadbiran yang berlaku di Malaysia sekarang, rakyat Malaysia mendapat pelbagai faedah dan

manfaat hasil daripada transformasi yang telah di laksanakan oleh kerajaan dan bakal pula di

laksanakan lebih banyak lagi tidak lama lagi. Transformasi menjadi agenda utama kepemimpinan

Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pemerintahan beliau. Ramai masih tertanya apakah itu

transformasi dan ini menjadi satu persoalan lantas ia di lontarkan untuk memahami makna

transformasi yang di maksudkan oleh Perdana Menteri kerana ramai masih kabur akan istilahnya

dan gagal untuk memahami maksud transformasi yang di bawa oleh beliau.

Peralihan tampuk pemerintahan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak

daripada mantan Perdana Menteri Tun Datuk Seri Ahmad Badawi pada 3hb April 2009 telah

membawa banyak transformasi kepada negara. Menggunakan slogan dan visi 1 Malaysia oleh

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah pun memerintah hampir 5 tahun,

memberikan banyak transformasi kepada pembangunan negara dalam aspek ekonomi, sosial dan

politik. Memetik kepada petikan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak :

‘Pada tahun 2011, Program Transformasi Kerajaan (GTP) sekali lagi

menepati janjinya untuk menjana perubahan transformasi kepada negara.

Kita telah berjaya mengorak kemajuan yang kukuh dalam segenap aspek,

bukan sahaja kita berjaya mencapainya, malah dalam sesetengah perkara,

kita berjaya mengatasi jangkauan sasaran dan aras pencapaian tinggi GTP

1
yang telah di tetapkan. Secara keseluruhan, tahun 2011 merupakan tahun

yang menyaksikan jentera pentadbiran kerajaan meneruskan momentum,

berusaha dengan lebih kuat, pantas dan mantap untuk menyampaikan

keberhasilan sebenar kepada rakyat Malaysia.”

Rakyat Malaysia sekarang perlu berasa bersyukur kerana dapat menikmati hasil daripada

transformasi ini yang mana ianya membawa banyak keuntungan kepada rakyat melalui usaha-

usaha pihak kerajaan memberikan lebih banyak sumbangan dan bantuan kepada rakyat sekarang

yang mempunyai pendapatan Tiga Ribu Ringgit Malaysia (RM3000) ke bawah. Sumbangan dan

bantuan ini bukan sahaja menguntungkan malahan sedikit sebanyak dapat mengurangkan

bebanan yang di hadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Transformasi ini juga membawa banyak perubahan pada pentadbiran awam seperti dalam

pertahanan negara, rasuah, pendidikan, infrastuktur dan pengangkutan. Di mana sahaja rakyat

dapat melihat kepada kejayaan transformasi ini kerana transformasi ini telah pun berjaya di

realisasikan dan rakyat telah pun menikmatinya. Kerajaan telah pun menunaikan janji kepada

rakyat untuk membawa transformasi negara menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Janji

ini bukan sekadar janji kosong seperti yang telah dinyatakan oleh sesetengah rakyat yang masih

tidak tahu bersyukur akan nikmat yang di nikmati sekarang. Penghuraian kepada pengertian

transformasi sebenar adalah ia sebenarnya adalah istilah istilah daripada perkataan Inggeris iaitu

transformation yang di bina daripada dua kata dasar iaitu trans dan form. Ia adalah akar kata atau

dasar kata lalu membentuk perkataan ini. Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya

(across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi

digunakan dalam bentuk kata kerja maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang

2
membawa kepada maksud mengubah seperti rupa, bentuk, sifat dan fungsi dan ianya juga boleh

membawa kepada pengertian mengalihkan.

Transformasi mempunyai makna yang sangat luas yang di gunakan oleh kerajaan hari ini yang

mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan negara dan ia tidaklah satu

istilah yang sengaja untuk menarik hati rakyat tetapi tidak mempunyai maksud seperti yang di

katakan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati kepada pihak kerajaan sehingga

menimbulkan isu yang dapat melumpuhkan semangat pengurusan dan pentadbiran negara di

bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak. Apabila dikaitkan kepada perubahan sistem

pentadbiran negara, maka kata transformasi itu merujuk perubahan dalam pembangunan nasional

yang menjadi visi dan misi pemerintahan kerajaan pada hari ini.

Transformasi mengandungi makna perubahan yang kebiasaannya menyebabkan perpindahan

bentuk atau corak yang jelas kerana ia berlaku secara terarah dan bertahap dan bukan radikal

tetapi tetap mengikut kepada perancangan malahan juga ada jangka. Oleh itu, dalam usaha

kerajaan untuk membangun dan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020, maka

segala agenda transformasi menjadikan ia sangat mendesak untuk di laksanakan dengan kadar

segera. Bagi memulakannya, YAB Datuk Seri Najib Razak telah memulakannya terlebih dahulu

dengan memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang menjadi asas dan landasan yang penting bagi

menjayakan agenda itu. Gagasan yang mendukung falsafah “Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan turut menjadikan ia satu slogan lalu terbit beberapa program transformasi kerajaan

yang lain.

3
Dalam bidang pentadbiran, YAB Datuk Seri Najib Razak telah memperkenalkan Pelan

Transformasi Kerajaan (GTP) yang memberikan perubahan kepada pelbagai aspek yang

membawa keuntungan kepada rakyat untuk menikmati faedah ini, manakala dalam bidang

ekonomi pula beliau memperkenalkan Pelan Transformasi EkoPelan Transformasi Ekonomi

(ETP). Transformasi adalah perkara yang utama dalam pengurusan dan pentadbiran beliau

sehinggakan sambutan hari kemerdekaan tahun lalu turut memakai tema ‘1Malaysia Menjana

Transformasi’.

Usaha kepada transformasi yang di laksanakan ini membabitkan seluruh rakyat Malaysia dan

bukan satu haluan yang mementingkan kelompok tertentu. Rakyat di beri harapan dan perubahan

yang selari dengan objektif,maksud dan tujuan transformasi itu sendiri. Satu perkara yang perlu

di fahami ialah untuk menjayakan transformasi tidak hanya terletak di bahu kerajaan semata-

mata. Sepatutnya rakyat sebagai aset modal insan harus juga membabitkan diri secara aktif

dalam menjayakan transformasi nasional ini. Rakyat Malaysia harus sama didorong untuk

memikul sama usaha untuk menjayakan transformasi. Ia perlukan transformasi pola perilaku

iaitu budaya atau cara berfikir rakyat untuk membentuk dinamisme perubahan yang diharapkan.

Bagi menjayakan transformasi dan keupayaan membentuk momentum transformasi yang

memberangsangkan, ianya memerlukan masyarakat yang mempunyai kesedaran penuh terhadap

sikap dan tindakan dirinya untuk menjayakan transformasi ini. Oleh sebab itu, lapan nilai yang

digariskan di bawah gagasan 1 Malaysia adalah nilai yang harus dihayati rakyat supaya agenda

transformasi dapat dilakukan dengan lancar dan efektif. Lapan nilai itu ialah ketabahan,

penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah hati, kesetiaan, dan budaya

kecermerlangan. Lapan nilai itu haruslah dapat merubahkankan penampilan, sikap, paradigma,
4
tingkah laku dan kebiasaan diri supaya daya tenaga masyarakat melonjakkan daya saing negara

terutama untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 yang bakal datang. Segala

elemen inovatif dan kreativiti harus menyerap dalam seluruh sistem masyarakat iaitu seperti

pentadbiran, ekonomi, pendidikan, pertahanan dan pelbagi sistem lain. Segalanya menjadi jelas

akan makna tranformasi terletak pada perubahan bentuk atau penampilan yang holistic supaya

keberhasilan transformasi dapat menzahirkan impak yang berskala luas yang merangkumi

kepada seluruh sistem masyarakat itu untuk memberikan keberhasilan. Ia bukan dinamakan

transformasi jika ia hanya sekadar membuat sedikit pembaikan atau perubahan dalam aspek

tertentu. Apa yang nyata ialah agenda transformasi sangat diperlukan bagi menjayakan wawasan

negara dan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi dapat dicapai sepenuhnya

menjelang tahun 2020 seperti yang di rancangkan untuk bakal perlaksanannya pada fasa yang

ketiga.

2.0 TRANSFORMASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Merujuk kepada perlaksanaan program transformasi ini, kerajaan bersama-sama dengan

perkhidmatan awam untuk saling bersama-sama melengkapi di antara satu sama lain bagi

menjayakan program ini khususnya dalam NKRA dan MKRA. Di sini, yang akan mengetuai

pelaksanaan transformasi ini adalah daripada Perdana Menteri sendiri di bantu oleh anggota

Kabinet serta di dokong oleh Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan perkhidmatan awam

melalui pelbagai strategi yang bakal di jalankan.

5
Perlaksanaan ini di laksanakan melalui tiga fasa iaitu fasa pertama, kedua dan ketiga. Daripada

fasa pertama bermula dari tahun 2010 hingga 2012, transformasi akan menjurus kepada langkah

menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui

penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA. Fasa kedua pula bermula dari tahun

2012 hingga 2015 iaitu fasa ini akan di laksanakan secara melebar serta mendalam dan

kehidupan rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan

berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-

sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

Pada fasa ketiga pula iaitu dari 2015 hingga 2020, transformasi ini di harapkan dapat di capai

dengan sepenuhnya mengikut kepada matlamat dalam Wawasan 2020 yang dibuat oleh mantan

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad semasa pemerintahan beliau. Pada matlamat ini,

rakyat telah pun menikmati taraf hidup dan kemakmuran yang lebih tinggi, manakala kualiti

perkhidmatan awam juga meningkat.

Kemuncaknya, setiap rakyat Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan

melihat diri masing-masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan kemudian barulah

mengikut agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi dan kecenderungan

politik. Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan lancar, kesemua pelan

tindakan PTK akan berpaksikan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

6
Menangani Kos Sara Hidup Rakyat

Pada tahun 2011, NKRA menangani kos sara hidup rakyat dengan menyediakan bantuan segera

kepada rakyat melalui tindakan drastik di samping merumuskan strategi jangka panjang bagi

menangani kos sara hidup rakyat yang kian meningkat. Transformasi yang di lakukan ini

memberikan banyak bantuan kepada rakyat seperti yang kita tahu pelbagai bantuan di berikan

oleh kerajaan melalui dana yang telah di peruntukkan dan pada setiap bantuan yang bakal di

berikan.

Antaranya adalah dana yang berbentuk inisiatif kembali ke sekolah. Di sini kerajaan telah

memperuntukkan sebanyak kira-kira 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah bakal

menerima bantuan RM100 seorang bagi menampung perbelanjaan ‘Kembali Ke Sekolah’. Selain

itu, buat julung-julung kalinya bermula pada sesi persekolahan tahun 2012, yuran sekolah

kerajaan di mansuhkan dan pendidikan awam adalah percuma.

Buat pelajar pengajian tinggi pula, mereka menerima pula bantuan buku 1 Malaysia (BB1M)

iaitu dengan peruntukan kira-kira 1.3 juta pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta

tempatan, aliran matrikulasi dan Tingkatan 6 meraih manfaat daripada inisiatif Bantuan Buku 1

Malaysia (BB1M) apabila baucar buku bernilai RM200 telah diedarkan di seluruh negara kepada

para pelajar ini. Para pelajar yang menerima dapat mengurangkan beban belanja mereka untuk

membeli buku dengan adanya baucar tersebut yang jumlahnya agak besar dan cukup untuk

mendapatkan buku yang di perlukan dalam pembelajaran.

7
Selain itu, di dalam transformasi pengurusan juga, kerajaan telah memberikan pula bantuan

rakyat 1 Malaysia (BR1M) melalui inisiatif yang di panggil BR1M. Kira-kira 5.2 juta isi rumah

di Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerima bantuan kewangan one-off

(bayaran sekali sahaja) sebanyak RM500 dan ini menjadikan lebih 75% daripada semua isi

rumah di negara ini memperoleh manfaat daripada bantuan ini. Selain daripada itu, rakyat turut

menerima rawatan perubatan. Rawatan perubatan percuma ini di berikan agar tidak

membebankan rakyat dengan mengwujukan Klinik 1 Malaysia yang hanya mengenakan bayaran

RM1 untuk rawatan manakala warga emas pula layak mendapat rawatan percuma. Transformasi

ini juga memberikan lagi keuntungan kepada rakyat dengan pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia

(KR1M). kini rakyat Malaysia mampu membeli barangan runcit pada harga penjimatan sebanyak

30% ke 40% lebih rendah berbanding dengan harga pasaran yang sedia ada. Rakyat sepatutnya

mengambil peluang ini untuk membeli belah di kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) untuk

mendapat penjimatan dan keuntungan ini.

Mengurangkan Jenayah

Melihat kepada jumlah jenayah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun ini, maka kerajaan

telah mengambil langkah melalui transformasi untuk mengurangkan jumlah jenayah ini sedikit

demi sedikit melalui pelbagai usaha yang di lakukan. Ini dapat dilihat melalui NKRA pada tahun

2011 yang menunjukkan jumlah kadar penurunan jenayah di seluruh negara yang telah di capai

menerusi kerjasama erat antara pihak polis, Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang, Majlis

Perbandaran dan rakyat.

8
Pelbagai perlaksanaan di lakukan dalam transformasi ini dan antaranya adalah pelancaran

terbesar kakitangan keselematan di kawasan ‘Hotspot’ jenayah. Dengan perluasan Program

Omnipresence (Kehadiran Polis) ke Sabah dan Sarawak, lebih 27,000 anggota keselamatan yang

terdiri daripada anggota polis serta RELA (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) dan ahli JPAM

(Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) telah di tempatkan ke kawasan ‘hotspot’ jenayah di seluruh

negara.

Hasil daripada perlaksanaan ini, lebih 27,000 anggota keselamatan di tempatkan, lebih 3,000,000

sukarelawan berdaftar dengan RELA dan JPAM, 1,607 Anggota JPAM dilatih sebagai

Sukarelawan Polis (PVR) dan 30,000 ahli Skim Rondaan Sukarela(SRS) tambahan direkrut

menjadikan jumlah keseluruhan kepada 147,000. Oleh demikikian 151 perbandaran tempatan

kini lebih selamat.

Berbanding dengan hanya 12 PBT (Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Perbandaran

Tempatan) pada tahun 2010, Program Bandar Selamat telah diperluas kepada 151 PBT di seluruh

negara dengan pemasangan 8,329 lampu jalan yang lebih baik, 1,311 cermin keselamatan,

104.3km rel penghadang dan bollard (tonggak jalan) untuk keselematan orang ramai. Malaysia

berjaya mencatat pengurangan jenayah berturut-turut pada kadar dua angka di seluruh negara.

Pengurangan jenayah membuktikan bahawa program polis yang inovatif kini mencapai

kemajuan yang pesat.

9
Malaysia kini buat julung kalinya meraih gelaran ‘Negara Paling Selamat’ dan ‘Paling Aman’

dengan kedudukan yang keempat sebagai negara paling selamat di rantau Asia Pasifik di

belakang New Zealand, Jepun dan Australia. Hal ini telah di sahkan oleh edisi kelima Global

Peace Index 2011 dan Malaysia turut di beri penarafan sebagai negara paling selamat antara 19

buah negara berpendapatan pertengahan oleh Indeks Peraturan Undang-Undang Projek Keadilan

Dunia 2011 (the world Justice Project’s Rule of Law Index).

Membanteras Rasuah

Usaha transformasi seterusnya adalah dalam pembanterasan rasuah. Pada tahun 2011, NKRA

membanteras rasuah dengan mengembangkan inisiatif asas dalam perlaksanaan yang di lakukan

pada tahun sebelumnya dengan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru yang membawa sektor

awam dan swasta bersama dalam membanteras rasuah dan penyelewengan di negara ini. Dengan

pembanterasan rasuah ini sebanyak 64 syarikat telah menandatangani CIP pada tahun 2011.

CIP (Ikrar Intergriti Korporat) telah melakar sejarah dengan pelancaran yang telah di lakukan

sebagai satu usaha murni untuk melibatkan sektor korporat secara langsung dalam usaha

membanteras rasuah ini merupakan yang pertama dalam sejarah negara. Inisiatif CIP telah

memupuk kerjasama melalui kaedah baharu antara kerajaan dengan sektor swasta termasuk

beberapa syarikat awam terbesar di Malaysia. Daripada itu, 5 agensi utama bersatu memerangi

rasuah. Dengan kerjasama yang tiada bandingan antara agensi penguatkuasaan utama kempen

anti rasuah, lengkap dengan mascot baharu iaitu seekor helang yang dikenali sebagai Ejen Lang

dihasilkan dengan sokongan lima agensi penguatkuasaan utama. Ini telah memupuk kerjasama

yang tiada bandingannya dan belum pernah di saksikan sebelum ini antara Polis Diraja Malaysia,

10
Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hasil daripada transformasi ini, pendakwaan dalam tempoh satu tahun, lebih 424 kes telah

diproses dan 249 kes diselesaikan oleh 14 mahkamah khas rasuah pada tahun 2011. Selain itu

juga, 132,459 Integrity Pact ditandatangani antara pihak kerajaan dan para pembekal.

Perlaksanaan Intergrity Pact yang pertama dan menyeluruh di Malaysia dengan menggunakan

projek Transit Aliran Massa (Mass Rapid Transit) sebagai model dalam perlaksanaan pakatan

integrity tersebut.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, transformasi boleh berjaya sepenuhnya seandainya semua rakyat bersatu

padu untuk menerima segala usaha yang telah kerajaan lakukan bagi mempertingkatkan lagi

pentadbiran dan pembangunan negara menjadi negara yang boleh maju lagi ke hadapan. Oleh

kerana sikap segelintir rakyat yang menolak kepada pemerintahan kerajaan yang ada sekarang

dengan pelbagai kata dan fitnah, maka transformasi ini agak terjejas untuk di laksanakan dengan

sebaik mungkin kerana atas kekacauan yang di lakukan oleh pihak pembangkang secara eksterm

dengan menimbulkan kekecohan melalui demontrasi jalanan yang merosakkan harta benda

awam. Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk melaksanakan transformasi ini apatah pula

bukan semua rakyat menyokong akan tindakan ini. Pelbagai spekulasi di lakukan oleh mereka

yang tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan dan usaha-usaha kerajaan dalam memastikan

transformasi ini berjalan dengan baik belum mencapai pencapaian yang baik sepenuhnya kerana

tumpuan beralih kepada hal-hal untuk meyakinkan rakyat yang terlalu banyak membangkang

11
akan usaha-usaha murni yang mahu di laksanakan oleh kerajaan ini. Boleh dikatakan, rakyat

Malaysia sekarang segelintirnya tidak tahu bersyukur akan nikmat yang telah di beri dan yang

telah ada sekarang. Mereka bertindak seperti orang yang tidak berilmu dan tidak bersifat

profesional dalam melontarkan bangkangan sehingga sanggup melakukan kegiatan yang tidak

bermoral untuk menunjukkan sikap protes melampau yang akhirnya memakan diri sendiri.

Transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan untuk menyeksa rakyat tetapi adalah untuk

memberikan kebaikan kepada rakyat kerana rakyat di Malaysia adalah berbilang kaum dan

agama.

12
RUJUKAN

Berita Harian

http://www.bharian.com.my/articles/Memahamimaksudtanggungjawabtransformasi/Article/

[atas talian] [31//82015]

Edward E. Schwartz. 1962. Some Views on the Study of Social Welfare Administration. Dlm.

Fanshel, D. Research in social welfare administration: its contributions and problems, pp.

42. National Association of Social Workers.

Guruge , W.P. A. 1997. Towards Better Educational Management. Asian Institute of Educational

Planning and Administration.

Jaafar Muhamad. 2003. Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Leonard Mayo. 1977. Administration of Social Agencies. Dlm. Trecker, H. B. Social work

administration: principles and practices, pp 61. Association Press.

Parag Diwan, 1999. Project Management. Kuala Lumpur : Golden Books Centre.

Ray John. 2012. Executive Responsibilty : An Analysis of Executive Responsibilities in the

Work of Voluntary, Community Social Welfare Organizations. Literary Licensing, LLC.

Robert Kreitner, 1983. Management. Edisi kedua. hlm 10. Boston. Houghton Mifflin Company.

Suhaiza Hanim Mohd. Zailani, Mohd. Hanizam Zalazilah & Shahimi Mukhtar. 2002. Prinsip

Asas Pengurusan. Management Science. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Wiliam H. Newman. 1955. Administration Action Agencies. The Technique of Organization and

Management, Prentice Hall Inc., New York, pp. 158-177.

13
14

Anda mungkin juga menyukai