Anda di halaman 1dari 11

GARIS PANDUAN SEKOLAH CEMERLANG

NEGERI SELANGOR

Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Area, KRA) dan


Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicatos, KPI)

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


Menghayati Visi Dan Misi
 Semua warga sekolah boleh menyatakan dan menterjemahkan visi dan misi sekolah.
Memperkasakan Kepimpinan Sekolah
 Mengamalkan kepimpinan berkesan dan memupuk budaya ilmu dan berfikir di kalangan warga sekolah.
 Mewujudkan pemuafakatan di kalangan warga sekolah dan dapat membina budaya kerja sepasukan dan
semangat kekitaan.
 Sentiasa memberi motivasi dan dorongan untuk kecemerlangan kepada semua warga sekolah.
 Memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang berkesan dan dapat meningkatkan kemenjadian murid.
 Berupaya melahirkan pemimpin masa depan (pelapis) di kalangan pentadbir dan gurunya.
Membina Struktur Organisasi Mantap Dan Terkini
 Struktur organisasi merupakan penentu setiap warga sekolah melaksanakan peranan dan fungsi secara
optimum dan tepat.
Menyediakan Perancangan Yang Berkesan
 Setiap perancangan (PS, PT dan PO) disediakan secara kolektif, kreatif dan inovatif mampu mencapai objektif
dan visi organisasi.
Mewujudkan Iklim Sekolah Yang Kondusif
Setiap prasarana premis adalah lengkap, berfungsi dan sentiasa diselenggara dan menyumbang kepada suasana
kondusif.
 Sistem komunikasi yang berkesan dan kebebasan optimum yang terkawal dapat memacu kepada pencapaian
prestasi tinggi.
 Semua warga sekolah memperlihatkan tingkah laku berdisiplin dan bermotivasi dalam melaksanakan peranan
dan fungsi masing-masing.
 Sentiasa mengadakan usaha-usaha pemuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti tanpa sebarang aduan.
Membangun Dan Memantapkan Pengurusan Sumber
 Semua memperolehi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan melebihi 90%.
 Semua urusan perkhidmatan dapat diselesaikan mengikut prosedur dan menepati masa.
 Pengurusan pejabat mendapat maklumbalas.

PENGURUSAN KEWANGAN
Memantapkan Kawalan Pengurusan Secara Berkesan
Pengetahuan & Keterlibatan Pengurus Sekolah, Carta Organisasi, Fail Meja, Belanjawan, Surat Perlantikan &
Penurunan Kuasa, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, Audit Dalaman, Jadual Kedatangan Murid,
Pemeriksaan Mengejut, Kebenaran Pendaftar dan Semakan dan Pengesahan (Verification and Validation):
 Kawalan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.
 Mematuhi tatacara dan peraturan kewangan 100%.
Mentadbirurus Pengurusan Stor Dan Aset Mengikut Tatacara Kewangan
Stok, Inventori dan Harta Modal:
 Direkod, ditadbir urus, diselenggara dan dikemaskini.
 Mematuhi tatacara dan peraturan kewangan 100%.
Memastikan Tatacara Perolehan Dipatuhi Sepenuhnya
 Pembelian Terus, Sebutharga, Nota Minta / Pesanan Tempatan (LO), ePerolehan / eSPKB, Perjanjian
Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Kawasan, Makanan Bermasak serta Kantin.
 Mematuhi tatacara dan peraturan perolehan 100%.
Mengurus Panjar Wang Runcit Mengikut Peraturan Berkuatkuasa
Surat Kelulusan, Buku PWR, PWR, Syarat, Apungan (Siling) dan Rekupmen:
 Diselenggara, ditadbir urus dengan betul, teratur dan dikemaskini.
 Mematuhi tatacara dan peraturan kewangan 100%.
Mentadbir Pengurusan Fail/Rekod Secara Sistematik
House keeping & kefungsian dan Peti besi:
 Ditadbir urus, diselenggara dan mudah dicapai.
 Mematuhi tatacara dan peraturan kewangan 100%.

PENGURUSAN KURIKULUM
Pembudayaan Pengurusan Kurikulum
 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum diadakan minimum 4 kali setahun.
 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran diadakan minimum 4 kali setahun dan mematuhi SPI 4/86.
 Jadual waktu sekolah mematuhi Akta Pendidikan 1996.
 100% guru dicerap sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
 100% guru memiliki, memahami, dan menghayati SKPM Elemen 8.1 dan 9.
 100% guru menghadiri kursus, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya minimum 7 hari setahun
 GB atau Pengetua mengajar sekurang-kurang 5 waktu seminggu.
 GB atau Pengetua memantau dan membimbing guru sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
 Penilaian kajian impak bagi setiap program untuk penambahbaikan dijalankan selewat-lewatnya seminggu
selepas program.
Pembudayaan Pengurusan P&P
 100% guru menjadikan Elemen 9 sebagai rujukan dalam dokumen pengajaran dan pembelajaran.
 100% guru menulis Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian mengikut keupayaan murid.
 100% guru melaksanakan sesi set induksi ke arah kesediaan minda murid menghadapi P&P.
 100% guru melaksanakan Pendekatan P&P yang berpusatkan murid. Semua murid diberi peluang untuk
terlibat dalam P&P Semua jawapan murid mesti dihargai.
 100% guru melaksanakan proses P&P yang menarik, menyeronokkan dan berkesan (Mastery learning, Multiple
Intelligence, Kontekstual, Konstruktivisme, Belajar Cara Belajar, KBKK, KMD, Pembelajaran Akses Kendiri,
Penggunaan ICT).
 100% guru dapat mengenal pasti budaya pembelajaran semasa murid.
 100% guru melaksanakan sesi klinikal (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan).
 100% guru melaksanakan penutupan kognitif dan sosial.
 Semua mata pelajaran mencapai sasaran (ETR)
Pengurusan Penilaian Pencapaian Akademik
 100% Panitia mata pelajaran melaksanakan JSU dan analisis item.
 Gred Purata Sekolah (GPS) menuju ke arah:
o UPSR tidak melebihi 1.5
o PMR tidak melebihi 1.5
o SPM tidak melebihi 2.0
Guru Berprestasi Tinggi
 100% guru mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA).
 15% guru menyumbang dalam bidang kepakaran di luar sekolah.
 100% guru berpengalaman lebih 5 tahun dan guru yang menghadiri (kursus, bengkel, seminar, persidangan
dan sebagainya) berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan warga sekolah secara formal dan tidak formal.
 100% guru mahir menggunakan ICT.
Budaya Membaca Berimpak Tinggi
 Koleksi buku di PSS memenuhi nisbah 1 murid:15 buku (SR) dan 1 murid:20 buku (SM).
 100% murid meminjam buku.
 100% murid menerima anugerah dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).
 50% murid mencapai tahap NILAM.
 Sekurang-kurangnya 3 program gerakan membaca (contohnya; Early Literacy in English (ElitE), Program
Pengumpulan. Data dan Maklumat, Laluan Akhbar dan sebagainya).
Inovasi
 75 % guru menjalankan kajian tindakan.

PENGURUSAN PROGRAM HAL EHWAL MURID


Memantapkan Jawatan Kuasa HEM
 Mesyuarat dilaksanakan pada setiap bulan.
 Pelaksanaan aktiviti dijalankan selaras dengan Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi.
 Pemantauan dilaksanakan 2 x setahun berdasarkan instrumen.
 Mematuhi dan melaksanakan Buku Garis Panduan Hal Ehwal Murid.
Memantapkan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
 Perkhidmatan kaunseling dibuka setiap hari sepanjang sesi persekolahan, dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang.
 Peranan kaunselor sebagai motivator untuk meningkatkan prestasi sekolah.
 Mematuhi Garis Panduan seperti dalam Buku Garis Panduan Bimbingan Dan Kaunseling.
Memantapkan Pelaksanaan Program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan)
 Program 3K dilaksanakan sepenuhnya – Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan
 Persekitaran sekolah memberi gambaran pertama yang positif dan memukau.
 Mematuhi Garis Panduan seperti dalam Buku Garis Panduan 3K.
Memantapkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks
 Data pelajar dikemaskini setiap masa.
 Sistem pengurusan fail dan Buku Stok SPBT diurus dan dikemaskini mengikut garis panduan yang disediakan.
 Hapuskira dan pelupusan dilaksanakan ikut keperluan.
 Mematuhi Garis Panduan seperti dalam Buku Garis Panduan SPBT.
Memantapkan Pengurusan Disiplin Murid
 Buku Peraturan Sekolah dan Pekeliling-pekeliling dipatuhi.
 Tindakan-tindakan terhadap kes salahlaku dilaksanakan mengikut prosedur.
 Sistem fail dan rekod diuruskan dan dikemaskini setiap hari.
 Mengadakan sekurang-kurangnya 3 program untuk meningkat tahap disiplin pelajar dan mengurangkan
salahlaku antara 0.5% sehingga 0% setiap tahun.
 Mematuhi Garis Panduan seperti dalam Buku Garis Panduan Pengurusan Disiplin.
Memantapkan Pengurusan Biasiswa, KWAMP, Insuran, Skim Baucer Tusyen Dan Rancangan Makanan
Tambahan
 Pengagihan bantuan mengikut panduan dan prosidur kewangan.
 Data penerima bantuan dari Sistem Maklumat Murid (SMM) dan e-KASIH dikemaskini.
 Mematuhi Garis Panduan seperti dalam Buku Garis Panduan Berkenaan.
Memantapkan Pengurusan Kantin, Kedai Buku, Koperasi Dan Kelab Usahawan
 Proses sebut harga dan perjanjian diuruskan mengikur prosedur.
 Pemantauan kendiri kantin dan pemantauan berkala dilaksanakan mengikut instrumen.
 Peraturan penggunaan dan tanda harga dipamer serta dipatuhi.
 Mematuhi Garis Panduan seperti dalam Buku Garis Panduan Berkenaan
Menguruskan Kemudahan Dan Keperluan Asas Asrama
 Buku Peraturan Asrama dan pekeliling dipatuhi.
 Jawatankuasa Asrama ditubuhkan dan berfungsi.
 Mematuhi garispanduan pengendalian makanan bermasak.
 Pemantauan dilaksanakan sepanjang masa berdasarkan instrumen.
 Mematuhi Garis Panduan seperti dalam Buku Panduan Asrama.
Memantapkan Pembangunan Sahsiah Murid
 Setiap murid dibimbing dan diberi tanggungjawab bersesuaian dengan potensi diri kearah personaliti unggul
(towering personality).
 Pengiktirafan dan penghargaan diberi kepada murid berdasarkan pencapaian dan sumbangan yang diberi.
 Rekod penglibatan dan pencapaian diurus diakhir penggal.
Memperkukuhkan Perlakuan Positif Murid
 Budaya berbudi bahasa dan bersopan santun diamalkan setiap masa
 Berketrampilan dan menghargai masa
 Rekod kehadiran murid berada pada tahap cemerlang iaitu 90% - 100%

BIDANG KOKURIKULUM DAN SUKAN


Memantapkan Pengurusan Kokurikulum Sekolah
 Mesyuarat JK Kokurikulum Sekolah diadakan 3 kali setahun.
 Mesyuarat bagi Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan dan Persatuan/Kelab Sukan Permainan
diadakan 3 kali setahun.
 Perjumpaan aktiviti tahunan diadakan:
- Kelab Sukan dan Permainan 12 kali.
- Kelab dan Persatuan 12 kali.
- Pasukan Badan Beruniform 18 kali.
 Peruntukan Kokurikulum dibelanjakan mengikut panduan penggunaan dan prosedur kewangan semasa.
 Mematuhi Buku Panduan dan Pekeliling.
Memantapkan Pengurusan Sukan Dan Permainan, Pasukan Badan Beruniform Serta Kelab Dan Persatuan
 Program dan aktiviti dilaksanakan berdasarkan Perancangan Strategik dan sukatan pelajaran bagi aktiviti
kokurikulum dan sukan.
 Semua murid dilibatkan dalam 3 komponen kokurikulum iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan
Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan berdasarkan potensi dan minat.
 Penilaian dan pemantauan dilakukan 2 kali setahun bagi setiap komponen mengikut instrumen yang
ditetapkan (Perancangan, kajian semula dan penambahbaikan).
 Laporan dan dokumentasi disediakan dua minggu selepas program berjalan.
 Langkah keselamatan mesti dipatuhi sebelum, semasa dan selepas program dijalankan seperti yang
ditetapkan oleh KPM.
 Penilaian dan Pemantauan Pengurusan Kokurikulum berdasarkan kepada Senarai Semak Kokurikulum
Sekolah, KPM.
 Mematuhi Buku Panduan dan Pekeliling.
Pengurusan Rekod Penilaian dan Pencapaian Murid Dalam Kokurikulum Yang Sistematik
 Pencapaian murid dinilai berasaskan skema ‘Penilaian 10% Markah kokurikulum.
 Pencapaian setiap murid dalam penilaian kokurikulum adalah melebihi 80%.
 Rekod dan Penilaian Kokurikulum murid dilaporkan kepada ibu bapa/penjaga.
 Mematuhi Buku Panduan dan Pekeliling.
Meningkatkan Penglibatan, Penyertaan Dan Pencapaian Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum
 Peratus penglibatan dan pencapaian murid dalam semua peringkat, adalah merujuk kepada Skor SKPM
Dimensi 4 – Kemenjadian Murid.
 Membuka peluang seluas-luasnya serta memberi penghargaan khas kepada murid dalam
penglibatan/pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 Mematuhi Buku Panduan dan Pekeliling.

BIDANG FIZIKAL DAN INFRASTRUKTUR


Memantapkan Pengurusan Kemudahan Fizikal Sekolah Termasuk Asrama Dari Segi Keselamatan &
Kebersihan Pada Tahap Maksimum
 Jawatankuasa pengurusan kemudahan fizikal sekolah termasuk asrama, bermesyuarat setiap bulan.
 Pelaksanaan dan pelaporan setiap minggu dalam Mesyuarat Pengurusan.
 Bilangan pengawal keselamatan dan pembersihan mencukupi berasaskan keluasan kawasan sekolah dan
bilangan murid.
 Pemantauan dan penguatkuasaan harian untuk mempastikan perjanjian kontrak sentiasa dipatuhi.
 Sistem pencegahan kebakaran yang lengkap diselenggara secara berkala mengikut spesifikasi Jabatan Bomba
dan Penyelamat.
Melestarikan Kemudahan Fizikal Agar Sentiasa Mencukupi Dan Boleh Digunapakai Dengan Pemantauan
Berkesan Dan Berterusan
 Jawatankuasa sentiasa melaksana penambahbaikan berdasarkan laporan mingguan dan pemantauan dari
semasa ke semasa.
 Semua kawasan, bangunan dan perabot diurus dengan sempurna.
Memastikan Persekitaran Sekolah Sentiasa Ceria, Bersih Dan Kondusif
 Mempamerkan wajah dan persekitaran sekolah yang dapat memberi tanggapan awal yang positif, menarik
dan mempunyai identiti sendiri.
Memastikan Kemudahan Infrastruktur Dalam Keadaan Lengkap, Sempurna Dan Berfungsi
 Kemudahan bekalan elektrik dan air 24 jam.
 Peralatan bantuan infrastruktur seperti pam air dan janakuasa berfungsi 100%.

BIDANG ICT
Pemantapan Sistem Penyebaran Maklumat Sekolah
 Satu Tapak Laman Web/Portal/Blog.
 E-mel setiap guru dan staf (100%).
Pengurusan Perisian, Perkakasan Dan Dokumentasi Yang Mantap
 Mengeluarkan maklumat dalam masa 5 minit.
 Maklumat dikemaskini setiap bulan.
 Boleh menyediakan peralatan dalam masa 5 minit.
 Pemeriksaan peralatan dan perisian ICT dan dokumentasi sebulan sekali.
 Keselamatan Data terjamin 100%.
 Mesyuarat pemantauan JK ICT sebulan sekali.
Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia, Latihan Tambahnilai, Pengintegrasian Peralatan Dan Bahan-
Bahan Berasaskan Ict
 90% mengikut kursus ICT dalam setahun.
 Pelajar mengikuti ‘ICT based content’ 320 minit sebulan.
 Kadar penggunaan komputer oleh pelajar 320 minit sebulan.
Perkongsian Pintar Dengan Komuniti (Smart Partnership)
 Perkongsian dengan komuniti/agensi (minimum 3 agensi)
 Mengadakan aktiviti pelajar bersama agensi 2 kali setahun.
 Mengadakan aktiviti interaktif ICT antara sekolah (inter-school) 1 kali setahun.
Pembudayaan Penggunaan Ict Dalam P&P, Pengurusan Dan Pentadbiran Serta Kompetensi Staf Yang Tinggi
Dalam Kalangan Warga Sekolah
 100% warga sekolah celik ICT.
 Pencapaian 5 bintang dalam SSQS (Smart School Qualification Standard).
 Penggunaan 100% aplikasi yang dibekalkan.
 Semua Guru menggunakan ICT dalam P&P.

Anda mungkin juga menyukai