Anda di halaman 1dari 4

MENYUBURKAN KASIH

SAYANG SECARA UNIVERSAL


Penulis : Sahabat Alam

Kasih dan sayang dalam diri merupakan fitrah kehidupan yang menjadi
dambaan setiap manusia. Sama ada dari yang kecil hingga dewasa
lelaki dan perempuan, tumbuh-tumbhuan, binatang semuanya
memerlukan belain kasih sayang sebagai pemangkin kebahagiaan
hidup.

Inilah resam kehidupan yang memerlukan manusia mempelajarinya agar


tidak tersasar dari jalan kebenaran.

Tidak kurang juga yang kehilangan kasih sayang di kala mereka amat
memerlukannya daripada insan tersayang.

Begitu pun ada yang tidak mensyukuri nikmat hidup dikurniakan ibu
bapa dan keluarga yang penyayang.

Sebaliknya melebihkan orang lain yang hanya mencintai fizikal semata-


mata dan bukan daripada hati sanubarinya.

Kehilangan kasih sayang terutamanya daripada ibu bapa dan keluarga


kian menjadi kebiasaan pada masa kini.

Kesibukan mengejar kemewahan, pangkat dan kedudukan menjadikan


manusia lupa tanggungjawab dan kewajipan kepada anak-anak dan
keluarga.

Keseronokan kehidupan yang sementara membuatkan manusia alpa


dan terpukau dengan segala yang dimiliki.
Hakikatnya, sekalipun anak-anak adalah perhiasan kehidupan di dunia.
Namun itulah ‘harta’ yang perlu dijaga untuk manfaat di ‘negeri’ yang
kekal abadi.

Pun begitu, awas! jangan sampai anak-anak menjadi penyebab kepada


kelalaian untuk kita beribadah.

Justeru, didiklah mereka sebaik mungkin agar mereka tidak menjadi


beban sebaliknya sebagai penyelamat kita di akhirat kelak.

Satu kurniaan Allah kepada ibu bapa ialah perasaan kasih dan belas
kepada anak-anak, simpati kepada mereka serta melayani mereka
dengan penuh perhatian dan kasih sayang.

Perasaan yang berupa fitrah ini akan mendatangkan kesan positif


kepada kehidupan anak-anak agar mereka membesar sebagai manusia
yang bersyukur kepada Penciptanya.

Ingatlah pesan Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Bukanlah daripada golongan kami sesiapa yang tidak merasa


kasihan belas kepada kanak-kanak kami (golongan kecil kami) dan tidak
mengetahui hak orang-orang tua kami (tidak menghormati golongan tua
kami.”
Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Justeru, apabila ibu bapa mempunyai perasaan kasihan belas serta


sikap prihatin kepada anak-anak mereka akan sentiasa menjalankan
hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Bahkan, perlakuan kasih sayang ibu bapa akan mencerminkan akhlak


yang mulia kepada anak-anak, sekali gus menjadikan mereka manusia
yang berbudi kepada ibu bapa apabila dewasa kelak.

Namun demikian, memanjakan anak-anak jangan sampai melupakan


keutamaan keagamaan yang diperintahkan oleh Allah kepadanya.
Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud;
Tiga sifat jika ia terlaksana pada seseorang, pasti orang itu akan
merasai kemanisan iman iaitu (Pertama) ia mesti menyayangi Allah dan
Rasul-Nya melebihi daripada sesiapa yang lain. (Kedua) jika ia sayang
kepada sesiapa ia menyayangi orang itu kerana Allah sahaja. (Ketiga)
amat membenci untuk kembali kepada kufur, sebagaimana bencinya ia
dibuang ke dalam api neraka.
Riwayat Bukhari

Tip Daripada Kaunselor


#1 – Mendidik Dan Memberi Segala Keperluan Asas

Tunaikan nafkah untuk kehidupan anak-anak seperti makan, minum,


pakaian, tempat tinggal dan juga pendidikan.

Demikian juga anak-anak perlu diberikan nafkah kasih sayang dan


perhatian yang sewajarnya demi perkembangan anak-anak yang lebih
baik untuk masa hadapan mereka.
#2 – Mengasihi Dan Dikasihi

Anak-anak yang dibesarkan dengan perasaan kasih sayang serta belas


kasihan akan membesar menjadi manusia yang tahu menghargai orang
lain.

Mereka juga akan mengasihi orang lain sebagaimana ibu bapa


memberikan mereka kasih sayang ketika mereka sedang memerlukan.
#3 – Sempurnakan Fitrah Kehidupan

Fitrah manusia di dunia ini memerlukan lima keperluan yang asasi iaitu
kasih sayang (love), keseronokan (fun), kebebasan (freedom),
penghargaan (appreciation) dan keperluan untuk hidup termasuk
keselamatan (survival).

Justeru apabila manusia kehilangan salah satu daripadanya, mereka


akan menghadapi masalah dalam kehidupan mereka.
#4 – Dekati Dengan Kasih Sayang
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kehidupan sosial sehingga
mengabaikan kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga, tidak akan
menguntungkan diri mereka.

Sebaliknya ia satu kerugian kerana anak-anak ketika itu akan mula


menjauhkan diri daripada ibu bapa sebagaimana yang pernah mereka
lalui tatkala mereka amat memerlukan kasih sayang.

Anak-anak yang kehilangan kasih sayang akan mencari kekurangan itu


melalui pelbagai sumber yang sudah pasti berisiko. Antaranya
bergantung harap kepada rakan-rakan.

Andai baik teman yang dipilih maka baiklah hasilnya. Namun apabila
sebaliknya, maka kita sebenarnya telah memudaratkan kehidupan
mereka.

Paling menakutkan apabila anak-anak ini lebih bahagia apabila


menjadikan dadah dan kehidupan yang melampaui batas sebagai ganti
kasih sayang yang dicari.

Kesimpulannya, doa dan harapan yang digantungkan kepada Allah


menjadi penawar kedukaan jiwa akibat kealpaan anda ibu bapa
sepanjang lalai dalam menjalankan tanggungjawab mengasihi anak-
anak.