Anda di halaman 1dari 12

PMM

BAHAGIAN A
(20 markah)

1. C 11. C

2. D 12. D

3. D 13. C

4. B 14. A

5. A 15. B

6. C 16. A

7. C 17. B

8. B 18. A

9. A 19. D

10. B 20. D

JUMLAH = 20 MARKAH

1
PMM

BAHAGIAN B
(40 markah)

1. (a) Senaraikan lima kebaikan mengamalkan keselamatan dan kesihatan


dalam pengurusan bengkel?

 Produktiviti dan perkhidmatan meningkat


 Pekerjaan dapat dijalankan dengan tekun, efisyen dan produktif
 Mengelakkan kerugian dari kerosakan dan kemusnahan harta
benda
 Membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan
penyakit pekerjaan (kematian@kecederaan)
 Meningkatkan keupayaan bersaing serta menyakinkan pihak lain
terhadap kemampuan sesebuah institusi / syarikat
 Penghasilan produk dan perkhidmatan berkauliti dan dapat
beroperasi secara berterusan dalam jangka masa panjang

Setiap fakta yang relevan diberi 1 markah


(5 x 1 markah = 5markah)

(b) Tuliskan lima faktor kemanusiaan yang boleh menyebabkan kemalangan


bengkel?
 Cuai
 Terlalu yakin
 Gopoh gapah
 Kurang minat
 Bekerja melalui cuba jaya
 Sikap tidak perduli / tidak apa
 Tidak mengikut arahan / peraturan
 Lebih kemungkinan ditimpa kemalangan

Setiap fakta yang relevan diberi 1 markah


(5 x 1 markah = 5markah)

JUMLAH (a) + (b) = 10 MARAKAH

2
PMM

2. (a) Nyatakan lima kaedah melindungi pekerja daripada bahan-bahan


toksik / keracunan?

 Pengantian dengan bahan yang kurang bahaya


 Kendalian mekanikal – mengelakkan sentuhan badan
dengan bahan-bahan tosik / jarak yang selamat / tutup hidung
 Tempat tertutup / pelindungan
 Exhaust ventilation – pengudaraan
 Wet method – mengelakkan pembentukan debu
 Pakaian pelindung – alat pelindung termasuk pakaian
overrall, pernafasan, gloves dan pelindung mata
 Good housekeeping – tempat sentiasa kemas dan bersih
 Training and education - ilmu dan pengetahuan dalam
bidang keselamatan dan kesihatan
 Medical check-up – melakukan pemeriksaan kesihatan
secara berkala
Setiap fakta yang relevan diberi 1 markah
(5 x 1 markah = 5markah)

(b) Senaraikan lima tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang guru
bengkel bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diamalkan?

 Melaporkan keadaan yang merbahaya


 Memahami punca keselamatan dan kesihatan
 Memeriksa keadaan keselamatan dan kesihatan
 Mengelola bengkel untuk mencegah kemalangan
 Mentadbir, merekod dan menyimpan data ujian keselamatan dan
kesihatan
 Menyediakan arahan-arahan keselamatan bagi penggunaan alatan
bengkel
 Menyediakan arahan-arahan keselamatan bagi penggunaan mesin
berkuasa tinggi
 Menyediakan semua pelajar dengan langkah-langkah keselamatan
dan kesihatan
 Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan bagi
menggunakan bahan kimia / toksik

Setiap fakta yang relevan diberi 1 markah


(5 x 1 markah = 5markah)

3
PMM

3. (a) Berdasarkan prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel, nyatakan


prinsip-prinsip yang dipatuhi oleh Cikgu Hakimi semasa beliau mengambil
tindakan berikut:

Tindakan Cikgu Hakimi Prinsip yang dipatuhi

Memastikan sistem pengudaraan, Mewujudkan persekitaran yang


pencahayaan dan mesin di dalam bengkel selamat dan sihat untuk bekerja
dapat berfungsi dengan baik.

Memastikan pelajar tidak membawa masuk Mewujudkan keadaan yang


beg mereka ke dalam bengkel selamat kepada alatan, mesin dan
bahan di dalam bengkel

Memastikan tiada struktur binaan atau Memudahkan kawalan guru di


susun atur rak alatan yang diletakkan di sepanjang masa
tengah-tengah bengkel

Memastikan pelajar menjaga kebersihan Memenuhi keperluan psikologi


bengkel dan alatan yang telah digunakan pelajar
perlu dibersihkan dan disusun ke tempat
asal dengan kemas dan teratur

(1 fakta yang relevan dan munasabah = 1 markah)


4 fakta x 1 markah = 4 markah

(b) Nyatakan ciri yang paling sesuai bagi setiap jenis ruang bengkel di bawah?

(i) Stor alatan dan bahan = berdekatan dengan tempat duduk guru untuk
tujuan kawalan dengan keluasan 18 ka X 34 ka

(ii) Ruang kerja individu = bergantung kepada jenis bengkel, jenis aktiviti
dan bilangan pelajar

(iii) Ruang pintu masuk = satu setengah (1½ ) kali ganda dari keluasan
pintu biasa

(6 markah)

Jumlah (a) + (b) = 10 markah

4. (a) Nyatakan tiga bidang tugas guru di dalam proses membuat

4
PMM

perancangan perbelanjaan bengkel sekolah?

 Menyelia dan mengawal rekod kewangan dengan tepat iaitu


melibatkan aktiviti mencatatkan jumlah wang masuk dan wang
keluar.
 Menyediakan senarai keperluan untuk program pengajaran
dengan mengambil kira jangka masa pendek dan j/masa panjang.
 Mendapat kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab
untuk mendapatkan sumber kewangan dan membeli keperluan
tersebut.
fakta sahaja = ½ markah
1 fakta + huraian = 1 markah
(3 fakta = 3 markah)

(b) Apakah perbezaan antara perolehan yang boleh dibuat dengan sebut
harga dengan perolehan yang boleh dibuat dengan cara tender?

i. Pembelian melalui Sebut Harga:


 Melibatkan pembelian bernilai RM 20, 000.00 hingga RM 50,
000.00 setahun
 Sekolah perlu mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya
daripada 5 pembekal berdaftar
 Pihak sekolah hendaklah memberi gambaran yang jelas
kepada firma-firma dan keutamaan pemilihan berdasarkan
kualiti
 Ahli Jawatankuasa sebut harga mengandungi 3 orang :
seorang daripadanya adalah dari kalangan pegawai
kumpulan A, 2 orang pegawai dari kumpulan B

(4 markah)

ii. Pembelian melalui Tender:


 Melibatkan pembelian bernilai melebihi RM 50, 000.00
 Semua tender bekalan dan perkhidmatan yang nilainya
melebihi RM 50, 000.00 mestilah disertai dengan wang
sandaran / pertaruhan berjumlah sebanyak 2½ daripada
amaun yang ditenderkan
 Ahli Jawatankuasa tender terdiri daripada Pegawai
Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Negeri

(3 markah)
mana-mana fakta yang betul diberi 1 markah
7 fakta = 7 markah

JUMLAH (a) + (b) = 10 MARKAH

5
PMM

BAHAGIAN C
(40 markah)

1. (a) Bengkel adalah tempat pelajar melakukan kerja amali. Beberapa


perkara penting perlu diberi perhatian dalam menyusun atur sesuatu
bengkel.

Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil kira apabila kita


merancang menyusun atur sebuah bengkel?

 Rancangkan susunan secara menyeluruh kemudian barulah secara


terperinci
 Rancangkan mengikut teori sebelum dipraktikkan
 Ikut perkembangan susunan semasa
 Senaraikan mesin-mesin dan peralatan yang diperlukan mengikut
proses-proses yang diperlukan oleh hasil keluaran nanti
 Rekabentuk bangunan mengikut susun atur yang telah dibuat. Jika
perlu, buat pengubahsuaian bangunan yang sedia ada
 Gunakan model-model, carta-carta atau komputer untuk menolong
dalam membuat perancangan
 Libatkan mereka yang akan menggunakan bengkel nanti dalam
perancangan itu

(Pilih mana-mana fakta yang sesuai dan munasabah)


5 fakta x 2 markah = 10 markah

(b) Pengurusan personel adalah satu bidang yang penting


dalam organisasi bengkel sekolah.

Bincangkan lima aktiviti utama pengurusan personel dan kaitkan setiap


satu aktiviti dengan satu tindakan yang sesuai dilakukan dalam organisasi
bengkel?

 Merancang

Merancang pembelian peralatan dan bahan dalam bengkel dan


memastikan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar.

 Mengemaskini

Mengemaskini inventori dan stok. Faedah yang boleh diperolehi


ialah maklumat yang lengkap tentang semua peralatan bengkel
untuk perancangan pembelian dan pelupusan harta.

6
PMM

 Pemerhatian

Pembahagian tugas dilakukan agar memastikan semua ahli di


dalam organisasi dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab
masing-masing dengan penuh dedikasi dan berwibawa

 Refleksi / Renungan

Mesyuarat panitia, membuat refleksi adalah melakukan aktiviti


penilaian terhadap segala pelaksanaan dan tugasan yang dibuat
sama ada mengikut perancangan atau tidak

Setiap fakta beserta huraian = 2 markah


(5 x 2 markah = 10markah)

JUMLAH (a) + (b) = 20 MARKAH

2. ”A place for everything and everything in its place” adalah konsep yang
paling tepat untuk diamalkan di dalam pengurusan bengkel kerana pengurusan
alatan yang berkesan akan memberi makna yang besar kepada keberkesanan
sesuatu program.

(a) Huraikan lima faktor penting yang perlu dipatuhi dalam pengurusan,
pemilihan dan kawalan alatan di bengkel Pendidikan Kemahiran Hidup?.

 Kesemua alatan yang diperlukan dalam kursus boleh digunakan


oleh pelajar

- guru tidak boleh menyimpan koleksi alatan tertentu terutamanya


alatan yang mahal secara berasingan untuk kegunaan peribadi dan
tidak dibenarkan digunakan oleh pelajar

 Alatan yang selalu digunakan oleh pelajar perlu diletak berdekatan


dengan kawasan kerja

- bertujuan menjimatkan masa bekerja dan mengurangkan


gangguan kerja dikalangan pelajar yang berpunca daripada
pergerakan mereka di dalam bengkel

 Alatan perlu diurus dan disusun supaya senang dicari dan dikenal
pasti oleh pelajar

- alatan perlu ditentukan lokasinya yang tetap dan disusun


mengikut kumpulan tertentu. Penggunaan warna tertentu mungkin
boleh digunakan bagi melabel rak di mana alatan disimpan

7
PMM

 Alatan yang datang mengikut set, warna dan saiz disusun mengikut
kumpulan supaya senang untuk dikenal pasti

- panel alat perlu direka bentuk supaya hanya alat yang betul boleh
dimasukkan pada ruang yang telah dikhaskan bagi mengelakkan
alatan daripada berselerak dan membantu memudahkan kerja
semakan stok.

 Alatan perlu disusun supaya mudah diperiksa di awal dan di akhir


pelajaran

- susunan alatan yang sistematik dapat memudahkan guru


memastikan sama ada alatan disimpan di tempat yang betul dan
berada di dalam keadaan yang baik sebelum dan setelah tamat
masa pengajaran

 Kaedah penyimpanan alatan yang digunakan perlulah dapat


mencegah alatan daripada cepat mengalami kerosakan

- sebagai contoh gergaji tangan perlu digantung di dalam panel alat


yang berasingan, bukan disimpan di dalam laci kerana ia akan
menyebabkan mata gergaji mudah menjadi tumpul disebabkan
oleh geseran yang berlaku

Setiap fakta beserta huraian = 2 markah


(5 x 2 markah = 10markah)

(b) Mengapakah sebuah bengkel perlu memiliki reka bentuk yang efesien?

 Memudahkan proses pengurusan bengkel dari segi penyusunan


perabot, alatan, mesin dan bahan.

Selain dari itu, ia juga lebih praktikal untuk aktiviti di dalam bengkel
dan dikatakan dapat beroperasi dengan lebih berkesan

 Untuk tujuan keselamatan kepada pengguna bengkel

Memudahkan proses keluar dan masuk mesin, bahan dan alatan di


bengkel

 Menjimatkan tenaga dari segi pergerakan semasa bergerak di


dalam bengkel

Membolehkan kerja dijalankan dengan lebih efisien dengan


mengurangkan pembaziran masa kerja
Menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk pelajar

8
PMM

 Mudah memerhatikan setiap pelajar

Membantu pelajar yang memerlukan bantuan


Mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya timbul masalah
dari segi keselamatan

 Mengawal aktiviti amali di dalam kelas dari segi;

Keselamatan pelajar, mesin dan alat


Menegur kesalahan pengendalian mesin oleh pelajar untuk tujuan
mencegah kerosakan dan memanjangkan jangka hayat sesuatu
mesin dan alatan

Setiap fakta beserta huraian = 2 markah


(5 x 2 markah = 10 markah)
JUMLAH (a) + (b) = 20 markah

3. Prosedur melupuskan barang-barang yang bernilai tidak melebihi RM 100.00


bagi setiap satu barang dan tidak melebihi RM 5000.00 keseluruhannya mestilah
melalui Lembaga Pemeriksa.

(a) Bincangkan proses yang perlu diambil bagi melaksanakan pelupusan


barangan kategori di atas

 Pengetua hendaklah melantik 2 orang pegawai pemeriksa yang


tiada kaitan dengan pembelian dan pengurusan barang-barang
tersebut

 Pegawai pemeriksa membuat pemeriksaan dan membuat laporan


dalam borang Kew 300V.

 Pengetua menyemak laporan Pegawai Pemeriksa dan


mengesahkan syor Pegawai Pemeriksa. Laporan dalam borang
Kew 300V hendaklah disertakan 5 salinan bersama-sama dengan
permohonan perlupusan kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau
Jabatan Pendidikan Teknikal

 Setelah menerima kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri


atau Jabatan Pendidikan Teknikal, pengetua hendaklah membuat
Pelupusan mengikut cara yang diluluskan dalam tempoh 3 bulan
dengan disaksikan oleh Pegawai Pemeriksa.

 Setelah pelupusan dijalankan, satu laporan lengkap dalam format


Kew 300 X hendaklah dihantar kepada:
- bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia

9
PMM

- Perbendaharaan Malaysia (Bahagian Pengurusan Kontrak


dan Bekalan
- Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya dan
- Pejabat Audit Sekolah tempatan

 Sekiranya barang-barang tersebut dihadiahkan, satu


surat pengesahan penerimaan dari penerima barang-barang
tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama laporan di atas.

 Jika barang-barang tadi dilupuskan dengan cara


dijual, semua hasil
hendaklah dikreditkan terus dalam kumpulan wang Persekutuan
disatukan dan satu salinan penyata pemungut hendaklah
dilampirkan dalam laporan bahagian (v) di atas.

Setiap fakta beserta huraian = 2 markah


(5 x 2 markah = 10markah)

(b) Bina satu Carta Aliran yang sesuai untuk proses pelupusan di atas?

Carta Aliran Proses Pelupusan bagi barang-barang yang bernilai tidak melebihi
RM 100.00 bagi setiap satu barang dan tidak melebihi RM 5000.00 keseluruhannya
semasa perolehan

SEKOLAH JPN/JPT BAHAGIAN PERBENDAHARAAN JABATAN AUDIT


KEWANGAN KPM MALAYSIA NEGARA

Kenalpasti
barang yang 1 markah
dilupus

J/kuasa
Pemeriksa 1 markah
bersidang

Terima
Permohonan permohonan 1 markah
Kew 300X Kew 300V

1 markah
Buat kajian
1 markah
dan ulasan

10
PMM

Terima dan
hantar 1 markah
kelulusan

Terima
kelulusan
1 markah

Ambil
1 markah
Tindakan

1 markah 1 markah 1 markah 1 markah

Laporan
Terima Terima Terima Terima
maklum
maklum maklum maklum maklum
balas Kew
300X balas balas balas balas

Setiap carta alir yang relevan diberi 1 markah


(10 x 1 markah = 10markah)

JUM LAH (a) + (b) = 20 MARKAH

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2009

11
PMM

12