Anda di halaman 1dari 24

su 2: Cabaran Profesion Keguruan

1.0 PENGENALAN
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai
seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni.
Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang
banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang
guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan
tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi
seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion
lain tidak memberikan peluang yang baik.

Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada


dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion
guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang
guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik
malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu
tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik,
membimbing dan menunjuk ajar dalam proses
membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan
yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam
mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut
khususnya di negara kita seorang guru sering
menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan
konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232)


cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar
(mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk
berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan
sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-
lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu,
secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu
hal atau perkara yang menguji kemampuan serta
ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan
sesebuah organisasi.
Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang
guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan
seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan
sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara
amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk
perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari
segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan
negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan
yang bertanggungjawab memastikan Falsafah
Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru
tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah
organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan
ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang
tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti
akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang
sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.
Guru profesion adalah seseorang yang tahu
menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya
serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di
samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.
Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip
perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas
yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang
amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa
depan generasi muda khususnya dalam konteks
pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui
beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat
mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.
(Harian Metro 26 Mei 2012).
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya,
adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan
perubahan akibat daripada internationalisme dan
globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub,
2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini
memandangkan guru adalah agen
perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain,
bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani
cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran
yang mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah
cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran
dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat,
cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran
globalisasi.
1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru
ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat
dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab,
kelengkapan keilmuan dan keluhuran
peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik,
sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka
maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai
matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin
mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu
menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu
menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan
pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas
guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi
generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab
terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras
dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21,
para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di
hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya
secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan
pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan
mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan
ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka
dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu
cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses
penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan
sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning
outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking);
dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line)
akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam
abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk
menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise
(1999), ‘Increasingly, technology is poised to
revolutionize teaching, learning and assessment’.
1.1.2 Cabaran Di Sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997
merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21
selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah
masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah
membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998).
Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa
kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi
kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian
baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial
pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah
laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4
juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk
membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar
yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan
dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus
Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr.
Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan
kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial
mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas
belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit
kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang
bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala
lain.
Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar
direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira
40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton
dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar
manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke
sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang
serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata.
Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah
atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta
lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka
secara lebih mendalam dan terkawal. Sesungguhnya,
guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa
cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju,
aman dan dihormati.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin
hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib,
1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada
keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66%
diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua
kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali;
gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan
Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus
adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat
keseluruhannya adalah pada angka yang besar.
Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan
membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa
bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan
masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi.
Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem
persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu
masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang
dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-
guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di
sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal
sahaja (Jun 2003).
Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar
Bermula di Rumah” pula menegaskan pula bahawa pada
zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama
mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap
relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang
berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung
bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan
mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana
kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang
ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan
anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan
kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru
tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah
disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan


Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,
dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan
kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini
seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi
semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein &
Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran
sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak
mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini
memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti
perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk
memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu
membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf
dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari
ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga
lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang
pesat. Sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas
dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik
generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan
sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya
pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an
dengan pengenalan program KBSR dan KBSM
memerlukan guru mereformasikan diri ke arah
pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang
canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan
prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan
khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan
kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu.
Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai
maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah
berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan
pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa
dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan
ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid
supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta
berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi
cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan
Negara.
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan
dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi
untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru.
Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas
kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian
sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat


Profesion perguruan adalah berkait dengan
kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan
dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan
perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara
bertambah maju dan bersifat global semakin banyak
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin
meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat,
semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru
(Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang
membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz
Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994),
dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan
adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru
sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian
penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang
lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh
masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah
mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan
baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan
penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi
kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan
pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber
kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan
dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam
pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan
Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996;
Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga
merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel
yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda:
Guru Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012,
Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada
pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa
mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan,
sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh
dan berkekalan.
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam
Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada
menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur
budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai
institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru
memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya
yang penting bagi membentuk sesebuah
masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku
secara spontan dan personaliti berubah secara tidak
disedari. Guru harus mendepani cabaran secara
profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah
pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang
berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion
keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan
bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak
memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang
memuaskan.
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei
2012, guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa
melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif
dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi
menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam
pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi
yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus
merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju
pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah
dinyatakan seperti berikut :
“Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi
sebuah negara yang bersatu padu, dengan
masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri,
ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat
yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi,
adil dan saksama ekonominya, progresif dan
makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang
mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai
daya ketahanan.” (Mahathir Mohamad, (1991),
Malaysia Melangkah Ke Hadapan)
Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi
yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah
bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik
generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang
demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan
tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi
mengatur program-program perkembangan negara ini
menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000;
Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah
Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid,
1993).
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan
negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif,
afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas
moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar.
Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu
dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya
reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam
bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang
yang bertanggung jawab secara terus kepada proses
bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi
instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru
perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik,
analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.
1.1.6 Cabaran Globalisasi
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012
memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran,
Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-
21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran
akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik
di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai
seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan
liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang
berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang
besar dalam pendidikan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan
membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari
stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil
dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi
utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan
sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk
meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman
individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad
ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah
kepakaran pendidikan secara global (global educational
experties) selain daripada hubungan dalam bentuk
rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).
Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat
antara bangsa (international character) yang perlu ada
pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu
diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga
menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran
dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus
globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana
generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu
mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke
peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan
sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa
antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang,
2010).
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika
dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan
terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.
Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa
mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan
masing-masing terutama penguasaan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam
satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk,
“Minda: Guru Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos
2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada
abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru
ialah perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa
memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar.
Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir
komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka
kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu
sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,
selain memahami tanggungjawab serta berikan
komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan.
Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru
sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria
(Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel
yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, “Selamat
Pagi Cikgu” bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya
tentang “Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion
guru pada hari ini?” Beliau berpendapat terdapat tiga
cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor
masa lebih panjang yang menuntut guru
mempelbagaikan corak pengajaran. Kedua, cabaran dari
pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala
ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi
maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan
mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana
kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai
maklumat.
1.3 IMPLIKASI HUJAH
Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan
tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka
dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David
Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—
Their Description, Comparison, And Appraisal
berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam
menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat
adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati,
jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang
dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen
penting yang mesti ada pada setiap guru dalam
mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini
ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif,
peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam
penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia
serta bertanggungjawab.
1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional
Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti
yang profesional sesuai dengan proses perkembangan
pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti
sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan
secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk
budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-
pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya
membuat keputusan, menyelesai masalah serta
berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti
sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar
tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah
berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar
guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku
apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar
mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif
mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan
berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-
murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan
berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai.
Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan,
manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan
aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat
dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan
Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan
amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad
Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru
perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib
agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan
dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin
kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat
dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan


ICT
Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran
profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan
kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan
sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman. Perkembangan global dengan
teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak
cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional.
Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu
ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran
terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah
bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai
satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga
harus memperlengkapkan diri secara global kerana
dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat
terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik
dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan
SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan
menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion
keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah
berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan
menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta
dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan
mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan
kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan
sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat
melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di
kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan
yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak
yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan
nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar
dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting
untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang
berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon
Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat
penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai
kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar,
bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab
terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka,
tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk
kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti
mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati
masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak
dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam
kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat
serta membantu rakan sejawat.
1.4 RUMUSAN/CADANGAN
Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang
semakin canggih seiring dengan perkembangan
teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada
cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah
ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan
mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan
wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan
Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai
Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran
profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru
sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang
telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun
sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas
dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.
Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada
asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan
selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta
merubah manusia yang bernama pelajar daripada
keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca
kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya.
Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru
dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka
dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir.
Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam
bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif
masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan
tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai
kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat.
Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di
samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab
guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi,
pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan
penekanan sewajarnya.
Perkembangan Profesionalisme Guru - Pembelajaran
Sepanjang Hayat

Selasa 14/10/2014
Pelan Pembelajaran Peribadi Persekitaran Pembelajaran Kendiri: -

Selaras dengan konsep


e-learning.
-

Harus mempunyai kemahiran sosial. Budaya membaca: -

Bangsa maju dan berjaya merupakan bangsa yang menhadikan membaca sebagai
budaya dalam kehidupan mereka. -

Manusia perlu membaca demi menguasai pengetahuan yang belum diketahuinya


kerana membaca mendorong manusia membina kesempurnaan hidup (Surah Al-Alaq, ayat
19) -

Guru-guru diseru agar mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka


sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan. -

Membaca tidak terbatas melalui buku, majalah dan akhbar sahaja, internet juga menyediakan
bahan bacaan yang meluas. -

Membaca dapat mengupayakan seseorang membincangkan pelbagai isu, meontarkan


idea, mengupas isu dan masalah. Panduan Amalan Membaca: -

Peruntukan masa 10 minit pada setiap waktu yang terluang pada waktu makan/sarapan
atau minum petang/sebelum tidur untuk membaca. -

Bawa ke mana-mana sahaja kita pergi, jika terasa bosan menanti/menunggu seseorang/
bas atau semasa dalam perjalanan. -

Kurangkan aktiviti lain yang sia-sia dan isikan dengan aktiviti yang berfaedah
seperti membaca -

Dapatkan sesuatu ruang yang sunyi dan tidak diganggu ketika membaca. -
P e r k e m b a n g a n d a l a m d u n i a p e n d i d i k a n menuntut setiap guru meningkatkan
ilmu dan kemahiran mereka. - B e l a j a r b a g a i m a n a b e l a j a r (
learn how to learn
) - D a l a m P e m b e l a j a r a n S e p a n j a n g H a y a t , i a t i d a k lagi membataskan
pencarian ilmu di b/d semata-mata. - S e b a l i k n y a b e r l a k u s e p a n j a n g h a y a t
d a l a m pelbagai situasi dengan adanya perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi. PEMBELAJARAN
DI RUMAH PENDIDIKAN DEWASA PENDIDIKAN BERTERUSAN PENGETAHUA
N PEKERJA PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KENDIRI

Selasa 14/10/2014
-

Senaraikan bahan bacaan yang telah dikenalpasti dan buat catatan untuk
mendapatkannya misalnya semasa ke kedai buku atau pameran buku. -

Kunjungi pameran buku dan kedai buku untuk pupuk minat membaca -

Tentukan matlamat dalam pembacaan, ubah darupada membaca akhbar /bacaan


ringan kepada bahan-bahan ilmiah. Budaya mendidik -

Merupakan salah satu aktiviti berkesan dalam pembelajaran sepanjang hayat. -

Melalui penyeldidikan mengupayakan kita berfikir, merancang, melakukan tinjauan


hasil penyelidikan orang lain, menyediakan item-item soalan, menganalisis dna menulis
laporan. -

Mendorong ke arah pemikirna yang tinggi(analisis) dan melatih lebih peka dan
berfikiran kritis. -
Membolehkan kita mencungkil perkara baru dan mencadangkan tindakan yang terkini
dan sesuai. -

Membolehkan guru mengenal pasti isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran, disiplin dan
sikap pelajar, kepimpinan dan pengurusan sekolah dan lain-lain mengenai
sistem pendidikan. Rumusan: Penyelidikan tindakan dapatlah dirumusakan sebagai suatu kajian
mengenai situasi sosial (situasi pendidikan) yang melibatkna penyertaan peserta yang terdiri
daripada guru atau pensyarah sebagai penyeldidik dengan tujuan ... Amalan Reflektif -

Merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami
dan menyedari implikasinya terhadap diri kita. -

Berfikir reflektif ialah suatu usaha yang bermakna dan mampu membantu guru
untuk mengimbangkan kepercayaan diri dengan keperluan pelajar. -

Menilai hasil perancangan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. -

Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri. -

Membantu guru berkembangan sebagai guru yang profesional dan berkesan. -

Membolehkan guru memahami pengalaman praktik tanpa mengenepikan nilai,


andaian, kepercayaan dan perspektif kendiri. -

Membantu guru membuat keputusan yang matang mengenai teori dan amalan
pengajaran. Kepentingan amalan reflektif dalam bidang keguruan -

Sesuai kepada guru pelatih untuk emngimbangi antara pengalaman mereka sendiri
dengan keyaan golongan yang terdahulu (Pensyarah/guru senior) dengan membaca jurnal-
jurnal penyelidikan atau laporan refleksi bagi menemui pendekatan-pendekatan yg elbih
sesuai dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis amalan reflektif -

Amalan reflektif semerta (reflection-in-action)

Selasa 14/10/2014
o

Berlaku semasa kita sedang bertindak, sewaktu guru sedang mencuba sesuatu tindakan yang
baharu utk meneroka peristiwa baharu yg tidak dijangka di dalam bilik darjah agar kita dapat
bertindak dgn cara yg baharu dan lebih baik. Proses Pengajaran Reflektif -
Seseorang guru dikatakan telah cuba menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran apabila dia mampu menyoal tindakan dan keputusannya berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan biik darjah. -

Antara kaedah ialah menyoal diri sendiri untuk mengenal pasti apa yang perlu diubah, menilai
kefahaman dan keperluan murid2 dan menyelesaikannya. Kolaborasi dan Musyawarah -

Anda memerlukan rakan, pembimbing dan keluarga untuk menyokong anda malahan membantu
anda. -

Hubungan anda dengan pihak lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu dikenali
sebagai kolaborasi. -

Kolaborasi itu didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama
yang mempunyai matlamat yg sama hendak dicapai. -

Kolaborasi mampu meningkatkan kejayaan apabila kumpulan yang berkolaborasi


berkongsi pengetahuan dan mencapai kata sepakat bagi mengatasi sesuatu masalah. -

Kolaborasi profesional dalam kalangan guru dapat memperkembangkan ilmu


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam dimensi profesional agar dapat meningkatkan
kualiti pembelajaran murid. Cara-cara berkolaborasi: -

Antara organisasi / institusi/ Agens

Anda mungkin juga menyukai