Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS KHATAM AL QURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG
TAHUN 2019

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat masing-masing


kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada hari ini, di
sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan


nada deringan telefon bimbit masing-masing atau menukarkan kepada mod
senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir dapat
memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan terlebih dahulu,
bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu yang akan datang seterusnya.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama


hadirin sekalian.

1
MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih berbanyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
Tn. Hj. Hj Rozali Bin Jemali
………………………………………
YDP Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kluang

Yang Dihormati,
Usth Hjh Rohana Binti Zainal
Pengetua SMA Arabiah Kluang,

2
MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

Yang Dihormati,
Pengetua-pengetua
Sek Men daerah Kluang

Wakil-wakil Pengetua, Guru-guru penolong kanan, guru-guru

serta seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan Ummul Furqon Al
Fatihah……
Ramadha Kareem.
Alhamdulillah seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah tuhan
Yang Maha Esa kerana kita meniti Ramadhan Al Mubarak yang penuh
keberkatan ini dapat kita dipertemukan dalam program MAJLIS
KHATAM ALQURAN DAN IFTAR JAMAIE MPSM DAERAH
KLUANG 2019.

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul di ASPURA SMA ARABIAH
KLUANG ini untuk meraikan majlis yang mulia ini.

3
MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala


ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan
doa hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh
keredhaan Allah. Allah SWT telah berfirman:
Ya aiyuhhalazi naamanu kutiba’alaikumussiam Kama kutiba’alallazi
naminkoblikum laallakum tattakun
( Surah Al Baqarah ayat 183)
“Hai org-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa.”

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ Diam orang yang berpuasa
merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan
amalanya digandakan” Hadith riwayat Ibn mandah di dalam Amali drpd
Ibn Umar dan al-Dailami, drpd Abdullah b Abu Aufa.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memeriahkan lagi


suasana majlis pada petang yang damai ini, di samping dapat mengukuhkan
lagi tautan kemesraan serta jalinan kerjasama di antara pengetua-pengetua,
guru-guru serta pelajar sekalian. Sekali lagi majlis mengucapkan selamat
datang ke SMA Arabiah Kluang atau dahulunya dikenali sebagai Madrasah
Arabiah Kluang.

4
MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Majlis kita beranjak maju pada petang Nuzul Quran yang mulia ini dengan
Majlis Khatam Quran oleh pelajar-pelajar SMA Arabiah Kluang dan di
pimpin oleh Al Fadil Ust Mohd Uzair B Abd Rahim. Dengan ini majlis
dengan segala hormatnnya menyerahkan majlis kepada Al fadil Ust Mohd
Uzair B Abd Rahim.

Terima kasih
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya “ Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikanya sepuluh kali ganda serupa denganya hingga tujuh
ratus kali ganda, Allah azza Wajallah berkata : “ Melainkan puasa, kerana
ia untuk Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereika meninggalkan
syahwat dan makananya keran Ku. “ Bagi orang yang berpuasa akan
mendapat dua kegembiraan ; kegembiraan semasa berbuka dan
kegembiraan semasa menemui Tuhanya, dan bau busuk ( dari mulut orang
yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisin Allah daripada bau
kasturi.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Majlis ucapan dibuka dengan mempersilakan Yang Berusaha Usth Hjh


Rohana Bt Zainal Pengetua SMA Arabiah Kluang bagi menyampaikan kata
alu-aluanya. Fal ya tafaddal

5
MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….


Syukran jazilan diucapkan kepada Usth Hjh Rohana Bt Zainal atas ucapan
yang telah disampaikan tadi.

Seterusnya Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha


…………………………………….. YDP Majlis Pengetua Sekolah
Menengah Daerah Kluang bagi menyampaikan kata alu-aluanya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Syukran jazilan diucapkan kepada……………………………….atas
ucapan yang telah disampaikan tadi.

Hadith riwayat Ahmad, al Bukhari dan Muslim daripada Sahl Bin Sa’d
Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya dalam syurga
terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, di mana
memasuki daripadanya orang-orang yang berpuasa pada hari kimat dan
yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas
mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada
yang lain berhak memasukinya.”

6
MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
dihormati………………………………, untuk menyampaikan Tazkirah
Ramadhan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****………………………****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


…………….kerana menyampaikan tazkirah itu tadi. Terlalu banyak ilmu
dan pengajaran-pengajaran berguna yang boleh kita ambil iktibar dan
pedoman daripada tausiah itu tadi.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada ahli jawatankuasa Majlis Khatam


AlQuran & Iftar Jamaie MPSM Kluang bagi tahun 2019 serta mereka yang
terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan majlis
ini.

7
MAJLIS KHATAM ALQURAN & IFTAR JAMAIE MPSM KLUANG 2019 (SMA ARABIAH KLUANG)

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian atas
keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.

Sesungguhnya, Segala yang baik datang dari Alah SWT dan segala yang
kurang atau kelemahan adalah dari kami insan biasa.

Majlis ini disudahi dengan lafaz suci...


Wabillah hitaufik walhidayah .....

Anda mungkin juga menyukai