Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PERDANA
UNIT-UNIT BERUNIFORM
PERINGKAT SEKOLAH

2018

HARI/TARIKH
Rabu & khamis ( 2&3 MEI 2018 )
TEMPAT
Pusat Kokurikulum Daerah Kubang Pasu, Kedah.

ANJURAN
Unit Kokurikulum SK Siputeh, Kedah

KANDUNGAN
PERKARA

1. PENGENALAN
2. NAMA PROGRAM
3. MATLAMAT
4. OBJEKTIF
5. JAWATANKUASA INDUK
6. AHLI JAWATANKUASA
7. BUTIRAN PERKHEMAHAN
8. ANGGARAN PERBRLANJAAN
9. SUMBER KEWANGAN
10. PESERTA/ KUMPULAN SASARAN
11. AKTIVITI YANG DIRANCANG
12. MENU MAKANAN
13. SENARAI SEMAK KEPERLUAN PESERTA
14. TENTATIF PROGRAM
15. PENUTUP

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan peringkat sekolah ini adalah salah satu saluran


pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani
segala bentuk masalah gejala sosial.

Perkhemahan ini juga mendidik pelajar supaya percaya kepada diri


sendiri dan sedar akan kemampuan diri melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan , mereka akan didedahkan kepada suatu persekitaran baru, ia
juga memberikan satu rasa dengan menanan sifat keberanian dan
kepercayaan internal dan interpersonal.

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini


akan mencapai objektifnya.

Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat


mengeratkan tali persaudaraan sesama pelajar dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT-UNIT BERUNIFORM


PERINGKAT SEKOLAH -2018

3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut :

1. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta


berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

2. Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit


masing-masing.

3. Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional , apabila


berhadapan dengan situasi mencabar.

4. Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah s.w.t dan melahirkan


generasi yang tahu menghargai masa.

5. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

6. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan


berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Antara objektif bagi program ini ialah :


1. Membina generasi yang bersemangat patriotik , cintakan agama ,
bangsa dan Negara.

2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan , memiliki


keterampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif
dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

3. Membina dan memupuk pemimpin dikalagan pelajar yang sentiasa


mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan kokurikulum.

4. Menanam sikap tolenransi, kerjasama, tolong-menolong dan sentiasa


bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala
perasaan dengki, memetingkan diri sendiri dan menyalahkan orang
lain.

5. Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa


peka secara proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : Pn Salma binti Ismail ( Guru Besar SKSP)


PENASIHAT : Pn. Rusita binti Ahmad (GPK Kokurikulum)

PENGERUSI : Pn Nor Haliza binti Shaari ( SU Induk Kokurikulum)


N. PENGERUSI : En Radin Mas bin Abd. Rahim
(Pen. SU Induk Kokurikulum)

SETIAUSAHA : Pn. Siti Zubaidah binti Ishak


(Penyelaras Unit Beruniform)

BENDAHARI : En. Fadzelishah bin Mahamud


6.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL

URUSETIA : En Mahazir bin Mat


(AKTIVITI) : EN. Radin Mas bin Abd Rahim (TKRS)

PERALATAN : En. Sobri bin Suid


En. Ismail bin Ibrahim (Pengakap)
KESELAMATAN : En. Mohd Syukri bin Mat Saad.
Pn Rosniza binti Rustam ( PBSM)

MAKAN & MINUM : Pn. Nur Syafikah


Pn. Nor Haizi bt. Che Mat (Pandu Puteri -Tunas)

IBADAH :Ust. Muhd Haniff b Yaacob


:Ust. Ammar b Radi
:Pn Rosmawani bt Bakar ( PPIM)

DOKUMENTASI : Pn. Nor Haliza bt Shaari


Cik Nur Hirmiyanti bt Ibrahim

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang dinyatakan :

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Makan dan minum RM 20 x 107 orang RM 2140.00
2. Penginapan RM 2 x 107 orang RM 214.00
3. Sijil RM 1.00 x 107 orang RM 107.00
4. Jurulatih RM 50 x 2 orang RM 100.00
5. Dukomentasi RM 50.00 RM 50.00
Jumlah keseluruhan RM 2575.00

8.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Hari : Rabu dan Khamis .


Tarikh : 2 & 3 Mei 2018
Masa : 8.00 (Rabu) – 3.30 (Khamis)
Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Kubang Pasu,
Jalan Stesen, 06100, Kodiang, Kedah
9.0 SUMBER KEWANGAN
i. Peruntukkan unit kokurikulum
ii. Sumbangan pelajar / waris

10.0 KUMPULAN SASARAN

Perkhemahan ini dibuat untuk pelajar Tahun lima 2018 Sekolah


Kebangsaan Siputeh, Kodiang, Kedah.

11.0 AKTIVITI YANG DIRANCANG


Antara aktiviti yang dirancang semasa perkhemahan :

1. Senamrobik dan kawad kaki


2. Ikatan dan simpulan
3. Memasak berkumpulan
4. Daki Bukit
5. Rentas Alam / Kembara Soleh

12.0 SENARAI SEMAK KEPERLUAN PESERTA

 Baju T-shirt  Barang mandian


 Seluar traksuit  Ubat-ubatan ( jika perlu )
 Tudung  Pakaian solat / Telekung
 Selipar  Bahan aktiviti berkumpulan
 Kasut sukan  Lampu picit / lampu suluh
 Pinggan dan Kole  Dan lain-lain

13.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN


(untuk dua hari satu malam, sepanjang perkhemahan )

Waktu Menu Tindakan


Sarapan pagi Tiada
Rabu

Kudapan Biskut dan Teh o


Makan tengahari Nasi,
ayam masak merah ,
sayur campur
air sirap
Minum petang Bebas
Makan malam Nasi putih , ayam
goreng,
sayur campur ,
air sirap
Minum malam Teh o/kopi , biskut

Sarapan pagi Teh o


nasi goreng
Kudapan Biskut dan Teh o
Khamis

Makan tengahari Nasi


ayam masak lemak ,
sayur campur ,
air sirap

14.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Rabu
Masa Aktiviti yang dijalankan Tindakan
7: 45 Pendaftaran di Pusat Kokurikulum, Kodiang.
8:30 Taklimat aktiviti
dan kawat kaki Selamat Datang.
10.00 Kudapan
10.30 Ice breaking
12:30 Makan tengah hari dan Solat Zohor -
2:30 Aktiviti Memasak menu Minum Petang
(Berkumpulan)
4:30 Rehat dan Solat Asar
5:00 Riadah
7:30 Rehat, Mandi dan Solat Maghrib
Makan Malam
8:30 Ikatan dan Simpulan
10:00 Solat Isyak
10:30 Kembara Malam
12:30 Tidur

Hari Khamis
Masa Aktiviti yang dijalankan Tindakan
6:00 Mandi dan Solat Subuh
8:00 Sarapan pagi
8:30 Rentas Alam dan daki bukit Di Bukit Kodiang
10.00 Kudapan
12:00 Rehat dan khidmat kem
12:30 Makan tengah hari dan Solat Zohor
2:30 Majlis Punutup
3:30 Bersurai

15.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini
bakal melahirkan insan yang berjiwa kental, bersih dan bersemangat.
Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha


untuk merealisasikannya . Apa yang paling penting adalah kesungguhan
para peserta itu sendiri melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun
untuk mereka.

Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya


dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……….………………… …………………………
( Siti Zubaidah binti Ishak ) ( Pn Rusita bt Ahmad)
Setiausaha Program PK Kokurikulum

Disahkan oleh ,

…………………………
( Pn Salma bt Ismail)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kedah.