Anda di halaman 1dari 2

3 golongan yang paling menyesal di akhirat..

‫الرحيم الرحمن هللا بسم‬

‫العالمين رب هلل الحمد‬


‫المرسلين أشرف على والسالم والصالة‬
‫أجمعين وصحبه آله وعلى‬
Sebahagian Ulama berkata,

Orang yang paling menyesal di akhirat ada tiga golongan, iaitu:

Pertama, seorang tuan yang mempunyai hamba lalu diajarkannya syariat Islam
kepadanya sehingga hamba itu menjadi orang yang baik dan taat, sementara orang
itu sendiri tetap melakukan maksiat.

Pada Hari Kiamat, hambanya masuk syurga sedangkan dia masuk ke neraka. Dia
berkata "Alangkah rugi dan bodohnya aku. Bukankah dia adalah hambaku; aku
yang berkuasa akan apa yang ada pada dirinya dan aku berkuasa pada seluruh
hartanya. Namun mengapa dia bahagia sementara aku celaka seperti inu?" Lalu
dijawab oleh malaikat, "Hambamu menjadi orang baik dan berbuat baik,
sedangkan kamu tidak."

Kedua, orang yang mencari harta tetapi dia mendurhakai Allah SWT dalam
mengumpulkan dan tidak didermakan pada jalan Allah SWT sehingga dia
meninggal dunia, lalu hartanya diserahkan kepada ahli warisnya. Kemudian harta
itu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pewarisnya; mentaati Allah SWT dalam
membelanjakan hartanya serta didermakannya pada jalan Allah SWT.

Oleh yang demikian, di akhirat pewarisnya masuk syurga sementara orang yang
mempunyai harta itu sendiri ke neraka. Dia berkata, "Alangkah rugi dan bodohnya
aku. Bukankah itu hartaku, namun harta itu tidak menjadikan keadaan dan
perbuatanku menjadi baik." Lalu dijawab malaikat, "Pewarismu mentaati Allah
SWT dan mendermakannya pada jalan Allah, sedangkan kamu tidak. Oleh yang
demikian, dia sekarang menjadi orang yang berbahagia sementara kamu celaka."
Ketiga, orang yang mengajar dan mendidik suatu golongan sehingga golongan itu
mengamalkan ajarannya, sementara dia sendiri tidak mengamalkannya. Oleh yang
demikian, di akhirat, golongan itu masuk syurga sementara dia masuk neraka.

Dia berkata, "Alangkah rugi dan bodohnya aku. Bukankah itu segala usahaku
menuntut ilmu, namun ilmu itu tidak menjadikan keadaan dan perbuatanku
menjadi baik." Oleh yang demikian, dijawab oleh malaikat, "Pelajarmu telah
mentaati Allah SWT dengan mengamalkan ilmu yang engkau ajar pada jalan
Allah, sedangkan kamu tidak. Oleh yang demikian, mereka sekarang menjadi
orang yang bahagia sementara kamu celaka."

Perhatikan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 44,

Maksudnya, Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang


kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah,
tidakkah kamu berakal?