Anda di halaman 1dari 2

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Pn Liew Sook Fong, Guru Besar SK Dato’ Ahmad Manaf,
Yang Dihormati En Baharudin Bin Mansor YDP PIBG,
Guru-guru Penolong Kanan SK Dato’ Ahmad Manaf,
AJK PIBG, Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana


memberi peluang dan kesempatan kepada saya, selaku wakil murid untuk
memberikan ucapan, sempena Hari Guru 2019.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa
guru. Tarikh hari ini telah dipilih untuk sambutan hari ini guru yang selama ini
diraikan pada 16 Mei saban tahun. 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru
kerana pada tarikh yang sama, pada tahun 1956 Majlis Undang-undang
Persekutuan Tanah Melayu telah menerima LAPORAN RAZAK, yang telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan, semenjak hari itu.

Tahun ini, Guru, obor, hemah menyinari pertiwi, telah dipilih sebagai tema
Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan
sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid berinovasi
disamping tidak melupakan nilai dan etika didalam kehidupan seharian.
Segalanya bermula daripada seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mengenal abc, 1,2,3, one two three dan alif, ba, ta perlulah kita sanjung.
Kesabaran dan kesungguhan mereka melayani karenah kita amatlah besar
nilainya. Jasa itu akan kami kenang hingga ke hujung nyawa.

Rakan sekalian,

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi
insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Mereka lah insan yang sedia
mendengar segala masalah kita. Guru lah segala-galanya bagi kami. Oleh
itu, guru-guru di SK Dato’ Ahmad Manaf ini merupakan pendidik yang cukup
hebat dalam mendidik kami semua.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana
tidak pernah mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami
semua.
Saya akhiri ucapan saya dengan puisi Guru Oh Guru oleh Sasterawan
Negara, Usman Awang.

ika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai