Anda di halaman 1dari 6

SOALAN LAZIM (F&Q) BERKAITAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

BIL. SOALAN JAWAPAN

1. Apakah PBD? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan


pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku
secara formatif dan sumatif; sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.

2. Bila PBD bermula? PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran


Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada
tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu


PBD dan PBS? pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani)
dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu
terdapat empat komponen dalam PBS iaitu
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD).

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara


berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata
pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan
tahap penguasaan antara seorang murid dengan
murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam
pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.

1
4. Apakah mata Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
pelajaran yang
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara
terlibat dengan PBD?
berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di
sekolah menengah.

5. Mengapa PBD PBD dapat membantu guru dalam:


penting?
 Mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid dalam pembelajaran
 Mengetahui keberkesanan pengajaran
 Merancang dan mengubah suai kaedah
pengajaran
 Mengambil tindakan susulan yang sesuai
dengan serta merta

6. Bagaimana PBD PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang


dilaksanakan? proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

 Pemerhatian
 Penulisan
 Lisan

Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain-


lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard
Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah Pertimbangan profesional merupakan satu


pertimbangan bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid
profesional? yang dibuat oleh guru secara beretika
menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan
data perkembangan penguasaan murid dalam
pembelajarannya.

2
8. Bagaimana PBD Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan
dilaporkan? menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel
yang digunakan secara luar talian. Laporan ini
digunakan pada peringkat sekolah, serta
dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan,


memastikan kualiti manakala guru-guru dalam panitia semua mata
pentaksiran bilik pelajaran melakukan perbincangan dan
darjah yang penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen
dilaksanakan? pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia
yang sama juga melakukan moderasi
(perbincangan) sesama mereka dalam melakukan
pertimbangan profesional terhadap murid.

10. Siapakah Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah,


jawatankuasa lazimnya dianggotai oleh:
pemantauan kualiti
PBD?  Pengetua/Guru Besar
 Penolong Kanan Pentadbiran
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Penolong Kanan Ko Kurikulum
 Penolong Kanan Petang
 Penolong Kanan Pendidikan Khas
 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
 Ketua Panitia
 Guru Cemerlang
 Jurulatih Utama
 Mana-mana guru yang dilantik oleh
Pengetua/ Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD Sekurang-kurangnya 2 kali setahun


perlu dilaporkan?

12. Adakah BPK Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen


menyediakan rekod seperti rekod mengajar, buku catatan guru,
transit? senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain-
lain tempat merekod yang sesuai.

3
13. Adakah BPK Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD
menyediakan format dalam fail Excel yang disediakan dalam laman
pelaporan web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.
penguasaan murid
dalam PBD?

14. Adakah templat Templat pelaporan PBD yang baharu akan


pelaporan PBD yang disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum
baharu ini untuk KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang
dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018,
semua Tahun dan
templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun
Tingkatan? 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Manakala templat pelaporan PBD yang baharu
untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan
Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada
tahun 2019.
Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun
4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada
tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.
Semua templat pelaporan yang baharu akan
dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam
bulan sebelum tahun pelaksanaannya.

15. Mengapa tiada surat PBD merupakan sebahagian dari kurikulum.


siaran atau pekeliling Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi
untuk melaksanakan dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
PBD?
(DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan
kurikulum dan pentaksiran berlaku secara
serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling
yang berasingan. Surat pekeliling bagi
melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI
Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi
melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

16. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum ialah tahap


Tahap Penguasaan penguasaan yang digunakan oleh semua mata
Umum dengan Tahap pelajaran bagi menjadi asas kepada
pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran
Penguasaan
tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah
Keseluruhan? penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata
pelajaran tersebut pada penghujung sesi
persekolahan iaitu pada akhir tahun
persekolahan.

4
17. Adakah pelaporan Mengikut Surat Siaran KPM.100-1/7/2 Jld 6 (28)
PBD perlu dicetak? yang bertarikh 11 Januari 2019, pelaporan PBD
tidak perlu dicetak sekiranya sekolah mendapati
tiada keperluan untuk berbuat demikian di
sekolah mereka. Guru boleh menunjukkan
perkembangan pembelajaran murid kepada pihak
berkepentingan terutamanya ibu bapa dengan
memaparkan pelaporan di skrin komputer.

5
6