Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INTAN PERDANA,

71050 PORT DICKSON

_____________________________________________________________________

KERTAS KERJA

PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK PEPERIKSAAN DAN


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2019

1. 1. PENDAHULUAN

Bilik Khas Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan penting dalam
pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. Justeru, kemudahan, keceriaan
dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-guru dalam menguruskan hal-
hal yang berkaitan dengan operasi peperiksaan dalaman, peperiksaan awam serta pentaksiran
sekolah.

1. 2. OBJEKTIF

 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam
melaksanakan tugas.
 Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan analisa peperiksaan dan
pentaksiran sekolah
 Menjadikan Bilik Peperiksaan dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai bilik yang
cantik dan indah
 Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini.

1. 3. RASIONAL & MATLAMAT

 Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan peperikaan dalaman, peperiksaan awam dan
pentaksiran sekolah.
 Memastikan Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sentiasa berada
dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan
dengan peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
 Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, operasi peperiksaan dan penyimpanan eviden
dengan lebih sistematik.
4. LOKASI SASARAN

Bilik Peperiksaan dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah :

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN TUJUAN


HARGA

1 Komputer / Pc 2 Buah RM 1500 x 2 – Analisa Peperiksaan


– Key-in markah
(1 untuk unit – PBS (Pentaksiran
Peperiksaan Berasaskan Sekolah)
dan 1 untuk – Online SPPBS
unit PBS)

2 Rak Besi / Almari 4 Buah RM150 x 4 – Penyimpanan Bahan


(Borang, kertas, analisa)

– Penyimpanan Eviden
(PBS)

JUMLAH RM3600

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Peperiksaan dan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah :

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN


HARGA
1. Polystrine colour 1 1 pack RM 92.00

2. Laminating Film 1 pack RM 42.00

3. Kertas A4 10 rim RM 100.00

(Two Sheet Card)

4. Kertas warna 30 x RM 1.20 RM 36.00

5. Pembalut Hadiah 15 x RM 1.00 RM 15.00


(Hias Board)

6. Renda (Hias Board) 5 meter x RM5 RM 25.00

7. Alas Meja 1 RM 25.00

8. Board Carta Organisasi Kekal 2 Unit RM 250.00

( 1 unit Peperiksaan
& 1 unit PBS)

9. Bunga 5 (gubahan &RM 100.00


dinding)

10. Pewangi Bilik 1 RM 25.00

11. Riben dan 10 x RM1.20 RM 12.00

12. Alat Tulis (Stationary) – RM 200.00

 Double tape
 Double sided
 Cutter paper trimmer
 Hole Punch
 Staples Gun
 Ubat stapler
 Gam
 Gunting

13. Cat simen 5 liter RM 38.00

14. Langsir, rel, cangkuk,10 panel RM 1000.00


skirting meja.
(+ Upah)

15 Jam dinding 1 RM 40.00

Jumlah RM 2000.00

6. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari
semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat kepada
guru ntuk lebih bekerja secara produktif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh,

_____________________________________

Penyelaras Unit Peperiksaan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang,

26700 Muadzam Shah.

Anda mungkin juga menyukai