Anda di halaman 1dari 4

PERINTAH DAN PERBUATAN

BAHAGIAN PERTAMA

SEDIA

Perintah :

BARIS. BARIS ----------------------------SEDIA

Perbuatan.
a. Angkat kaki kiri setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. ( Peha Paras )
b. Hentak kaki kiri rapat ke kanan, boot sama rata.
c. Kedua tumit rapat dan hujung kaki buka 30” atau boleh masuk satu boot.
d. Rapatkan kedua-dua tangan ke paha, genggamkan jari serta ibu jari lurus ke bawah, kena jahitan tengah seluar.
e. Buka dada, tarik dagu tentukan tengkok kena colar baju.
f. Pandang terus ke hadapan.

SENANG DIRI
Perintah :

SENANG -------------------------------- DIRI

Perbuatan.
a. Angkat kaki setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. ( Peha Paras )
b. Bawa ke kiri 30 cm (12”) dan hentak ke bumi, boot sama rata.
c. Semasa itu juga tangan bawa ke belakang dan bersilang, belakang tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri.

REHATKAN DIRI
Perintah :

REHATKAN ------------------------------ DIRI

Perbuatan.
a. Bilang rehat serta tangan ke belakang dan bersilang.
b. Kaki tidak boleh bergerak.
c. Cuma anggota dilemahkan ( relax ).

PUSING KE KANAN DALAM MASA BERHENTI


Perintah :

BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.

KE KANAN ------------------------------ PUSING

Perbuatan.
a. Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, berat badan di atas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan tumit
terangkat ke bumi.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah kaki kanan seperti
kedudukan sedia.

PUSING KE KIRI DALAM MASA BERHENTI


Perintah :

BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.

KE KIRI --------------------------------- PUSING

Perbuatan.
a. Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, berat badan di atas kaki kiri, kanan lurus ke belakang dan tumit terangkat
dari bumi.
b. Angkat kaki kanan 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah kaki kiri seperti
kedudukan sedia.

AKAN MENGHADAP KE BELAKANG DALAM MASA BERHENTI


Perintah :

KE BELAKANG ----------------------------- PUSING

Perbuatan.
a. Pusing badan 180 darjah ke belakang ikut kanan, berat badan diatas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan
tumit terangkat dari bumi.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama paras dengan bumi, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan
seperti kedudukan sedia.

KE KANAN LURUS
Perintah :

KE KANAN -------------------------------- LURUS

Perbuatan.
a. Bilang 1, tangan Kanan dan kepala disebelah kanan.
b. BIlang 2,3, masa diam.
c. Bilang 1, angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan dan hentakkan kaki ke bumi.( sombong ) dengan masa yang
sama hentakan kaki kiri dan kanan berturut-turut sambil meluruskan barisan.

Penerangan.
a. Semasa ke kanan lurus, orang barisan hadapan sahaja mengangkat tangan kanan.
b. Orang disebelah kanan sekali dibarisan tengah dan belakang angkat tangan ke hadapan dan pandang ke
hadapan.
c. Perbuatan ini hanya untuk pelatih-pelatih yang baru sahaja.

PANDANG DEPAN
Perintah :
PANDANG ------------------------------ DEPAN

Perbuatan.
Semua sekali pandang ke hadapan dan sebut ‘Up’.

BILANG NOMBOR

Perintah :

DARI KANAN, BILANG / NOMBOR

Perbuatan.
Orang disebelah kanan barisan hadapan bilang 1, orang disebelah kirinya bilang 2, diseblah bilang 3 dan seterusnya
hingga habis barisan hadapan itu bilang.

Bilang dengan suara yang kuat dan pantas.

BUKA BARISAN
Perintah :

BUKA BARISAN --------------------------- KE KANAN LURUS

Perbuatan bariasan hadapan.


a. Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15” dalam keadaan tergantung daripada bumi.
b. Penuhkan langkah kaki kiri 15” kehadapan menjadikan 30”, jatuh kebumi, dengan masa yang sama angkatkan
kaki kanan.
c. Hentak kaki kanan keatas bumi dengan padat.

Perbuatan barisan tengah.

Orang barisan tengah diam.

Perbuatan barisan belakang.


a. Tolak kaki kiri ke belakang 75 cm (30”) sama rata dengan bumi.
b. Bawa kaki kanan ke belakang 75 cm (30”) menjadikan 150 cm (60”) dengan rata.
c. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, hentakkan ke bumi dan angkat kaki kanan 30cm (12”) serta hentakkan
disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.

TUTUP BARISAN
Perintah :

DALAM TUTUP BARISAN KE KANAN LURUS

Perbuatan.
a. Serupa juga dengan buka barisan.
b. Orang barisan hadapan hadapan dua langkah ke belakang.
c. Orang barisan tengah diam.
d. Orang barisan belakang dua langkah ke hadapan.
KELUAR BARIS DAN BERSURAI
Perintah :

KELUAR ------------------------ BARIS atau BER ------------- SURAI

Perbuatan.
a. Semua sekali berpusing 90 darjah ke kanan.
b. Angkat kaki kiri 30 cm (12”) hentakkan rapat ke kaki kanan.
c. Langkah kaki kiri keluar dan lenggang tangan terus maju hingga lepas tiga baru berpecah.

Peringatan :
a. Keluar baris untuk rehat sementara.

b. Bersurai tidak disemabung lagi kawad untuk atau kerja dihari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai