Anda di halaman 1dari 16

11 SOALAN

MUKJIZAT
ISRA’ MI’RAJ
MUHAMMAD SHAHRUL IFWAT BIN ISHAK
www.alquraninspirasiku.com
AYAT ISRA’

‫سُْبحَانَ الَّذِي أَسْرَى بعب ِدهِ لْيالً ِم َن الْمسْج ِد احلرَا ِم‬


ْ‫سجِ ِد األَقْصَى الَّذِي باركْنا حَولَه لنُرَِيهُ مِن‬ ْ ‫إِلَى الْم‬
ُ‫آيَاتِنَا إِنَّه ُهوَ السَّمِيعُ الَْبصِري‬
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan
hambaNya pada waktu malam dari Masjid al-
Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati
sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya
(Muhammad) sebahagian daripada tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Isra’ : 1 )
PERISTIWA ISRA’

MENUNGGANG BUROQ KE
MASJID AL-AQSA

RASULULLAH MENJADI
IMAM KEPADA PARA ANBIYA

JIBRIL MENDATANGKAN ARAK


DAN SUSU, RASULULLAH
MEMILIH SUSU
AYAT MIKROJ
‫} عِندَهَا جََّنةُ اْل َمأْوَى‬14{ ‫} عِندَ ِسدْرَةِ اْل ُمْنتَهَى‬13{ ‫وَلَ َق ْد رَآهُ نَزَْلةً أُخْرَى‬
‫} لَ َق ْد‬17{ ‫} مَا زَاغَ اْلبَصَرُ وَمَا طَغَى‬16{ ‫السدْرَةَ مَا يَغْشَى‬ ِّ ‫} إِ ْذ يَغْشَى‬15{
}18{ ‫رَأَى ِمنْ آيَاتِ رَِّبهِ اْل ُكبْرَى‬
Dan sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya
(Jibril dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. Iaitu
di Sidratul Muntaha. Dekat dengannya ada syurga tempat
tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi
oleh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari
yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya.
Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda
(kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.
(An-Najm : 13-18)
PERISTIWA MI’ROJ
Sidratul ALLAH
Langit
Muntaha
Langit 6
4 MUSA

Langit IDRIS Langit


2 Langit 7
ISA & 5 IBRAHIM
YAHYA HARON
Langit
3
YUSOF
Langit
1
ADAM
Mengapa Allah mulakan ayat Isra’ dengan Subhana
1 (maha suci) sebagai ganti nama kepada diriNYA,
bukannya Alhamdu atau Allahu?
1. Hikmahnya agar mereka yang ingin membaca dan
memperingati kisah tersebut, perkara pertama yang
perlu diimani ialah Allah itu maha suci yang tidak
wujud sifat kekurangan padaNYA.
2. Jika merasakan dalam peristiwa Isra’ Mi’raj ada
sesuatu yang tidak logik pada akal, ketahuilah bahawa
tiada yang mustahil kerana Allah yang menggerakkan
peristiwa tersebut.
3. Apabila Allah menggunakan perkataan asra (
memperjalan ) bukannya sara ( berjalan ) dalam ayat
tersebut, ia bertujuan agar manusia menyedari
Muhammad itu tidak berjalan dengan dirinya sendiri
namun Allah yang memperjalankan baginda.
Mengapa Allah hanya memanggi Nabi Muhammad
2 sollallahualaihiwassalam dengan gelaran hamba
bukannya kekasih atau rasul?
1. Setinggi manapun taraf seseorang itu dari sudut
duniawi ataupun dalam agama, beliau tetap bertaraf
hamba di hadapan Tuhannya.
2. Allah menggunakan perkataan ini dalam merujuk Nabi
Muhammad sollallahualaihiwassalam agar umat
islam kelak tidak menjadi seperti masyarakat Nasrani,
yang mengangkat Nabi Isa sebagai anak Tuhan.
3. Dalam masa yang sama, kecintaan terhadap Nabi
Muhammad sollallahualaihiwassalam mestilah
dipersembahkan dalam bentuk ketaatan terhadap
ajaran yang dibawa oleh baginda iaitu taat kepada
Allah.
3 Mengapa Isra’ Mi’roj berlaku
pada tahun kesedihan?

1. Tahun kesedihan merujuk kepada tiga peristiwa yang


berlaku dalam hidup baginda: Kematian Abu Tolib,
kewafatan Khadijah dan dihalau dari Taif.
2. Abi Tolib merupakan pelindung kepada Nabi,
manakala Khadijah pula merupakan penyumbang
ekonomi untuk islam. Setelah pemergian mereka,
Nabi melihat penduduk Taif sebagai peluang baru
untuk memperkukuhkan islam, namun apa yang
berlaku adalah sebaliknya.
3. Hikmahnya, Allah inginkan membuktikan Islam tidak
bergantung dengan manusia, samada dari sudut
politik, ekonomi atau bilangan mereka.
4
Mengapa Allah tidak memilih waktu siang agar
Musyrikin Qurasy menyaksikan sendiri
dengan mata mereka Muhammad terbang ke langit?
1. Walaupun tiada yang menyaksikan peristiwa tersebut, namun
baginda berjaya mendatangkan bukti seperti dengan menceritakan sifat
masjid al-Aqsa serta kafilah dagang.
2. Hakikatnya mukjizat Nabi Muhammad tidak didatangkan dalam bentuk
mata kasar, namun dengan akal dan kesedaran. Umpamanya, tiada siapa
yang menyaksikan Al-Quran itu turun kepada Nabi secara langsung,
namun memerhatikan isi kandungan kitab tersebut, gaya bahasa,
bagaimana ia terpelihara daripada kesilapan dan pemalsuan cukup
membuktikan bahawa ia daripada Tuhan.
3. Bahkan Jika Al-Quran dilihat turun dari langit sekalipun, pasti Nabi akan
dituduh melakukan sihir. Begitu juga jika peristiwa isra’ mi’roj disaksikan
oleh musyrikin pasti akan dituduh dengan tuduhan yang sama.
4. Melihat mukjizat dengan mata kasar belum tentu beriman. Bani Israel
pernah menyaksikan mukjizat Nabi Musa membelah laut dengan tongkat,
sekaligus menyelamatkan mereka. Namun setelah itu permintaan
mereka ialah untuk mengadakan berhala!
5 Mengapa perjalanan Isra’ membawa
Nabi ke masjid al-Aqsa?

1. Jika terus ke langit, pasti Nabi tiada bukti untuk menceritakan peristiwa
tersebut kepada kaumnya.
2. Kekuatan umat islam tidak diukur pada Masjid al-Haram. Secantik mana masjid
tersebut dihiasi, seramai mana jumlah umat islam yang datang, ia tidak
memberi erti kepada kekuatan umat islam, namun kekuatan mereka diukur
pada Masjid al-Aqsa
3. Sejarah menyaksikan masjid tersebut sentiasa bertukar tangan antara Muslim,
Kristian, dan Yahudi. Realitinya, kuasa yang menguasai masjid ini akan turut
menguasai dunia. Pada hari ini ia ditangan Yahudi, maka Yahudi juga
menguasai dunia.
4. Masjid ini telah dibuka pada tahun 17 hijrah oleh Saidina Umar, berkebetulan
dengan nombor surah Al-Isra’ iaitu surah yang ke 17. Manakala Salehudin Al-
Ayyub berjaya menawan kembali kota tersebut daripada tentera Salib pada 27
Ramadhan, kebetulan dengan juzuk dengan surah al-Najm, surah yang
mengandungi kisah mi’roj.
5. Pada waktu kini, perjuangan Muslim diteruskan demi membebaskan kota
tersebut daripada penguasaan Yahudi.
6 Mengapakah Nabi menjadi imam kepada
para anbiya pada malam tersebut?

Ia sebagai petunjuk kedudukan baginda sebagai penutup para


anbiya’. Jika nabi-nabi termasuk Musa dan Isa boleh mengikuti
baginda, mengapa penganut Kristian dan Yahudi masih enggan?
Dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj tatkala Jibril
7 mendatangkan arak dan susu,
Mengapa Nabi memilih susu?
1. Pengharaman arak secara mutlak belum lagi berlaku pada waktu
itu.
2. Apabila baginda memilih susu ia menunjukkan baginda memilih
sesuatu yang fitrah. Susu merupakan minuman asli, namun arak
adalah minuman yang sudah diubah. Dalam masa yang sama susu
mendatangkan khasiat manakala arak mendatangkan mudharat.
3. Ini menunjukkan bahawa agama islam telah dibawa oleh insan
yang ‘betul’, yang mampu menilai dengan fitrah.
8 Mengapa hanya 7 nabi sahaja yang
ditemui oleh Nabi Muhammad?

1. Dikalangan 7 Nabi yang ditemui oleh baginda, terdapat tanda-tanda


kebesaran Allah pada mereka, seperti Adam yang dicipta dengan tanah
manakala Isa dilahirkan tanpa bapa. Ia bertepatan dengan matlamat
isra’ mi’raj iaitu ingin memperlihatkan tanda kebesaran Allah kepada
Nabi.
2. Ada dikalangan Nabi tersebut mempunyai pendekatan yang berhikmah
seperti Nabi Idris dan Nabi Harun. Pendekatan yang diperlukan dalam
agama islam .
3. Ada Nabi yang diuji dengan ujian lebih dahsyat dalam hidup mereka
seperti Nabi Yusof dan Yahya, membuktikan bahawa perjuangan dan
ujian adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan.
4. Manakala ada Nabi yang berhadapan pemerintah dan kaum yang zalim
serta kejam seperti Nabi Musa dan Ibrahim.
5. Semua pengalaman, semangat dan pendekatan nabi-nabi tersebut
diperlukan oleh Nabi Muhammad dalam meneruskan usaha
menyampaikan ajaran Islam.
9 Mengapakah solat diwahyukan
sendiri oleh Allah?
Berbanding ibadat lain, solat adalah yang satu-satunya kewajipan
yang diwahyukan oleh Allah tanpa perantaraan malaikat. Ia
menunjukkan betapa tingginya kedudukan solat dalam Islam.

10 Mengapa hanya Nabi Musa sahaja


yang memberi nasihat berkaitan solat?
Berkemungkinan besar ibadat solat sudah pun diwahyukan terhadap
Bani Israel dan Nabi Musa mempunyai pengalaman bagaimana umat
baginda tidak mampu untuk melaksanakannya dengan jumlah
tersebut.
11 Mengapa peristiwa tersebut
hanya mengambil masa satu malam?

1. Hakikatnya Allah mampu menjadikan peristiwa tersebut berlaku


dalam masa sedetik. Namun jika terlalu singkat, ia akan
menyebabkan orang menganggap baginda bermimpi.
2. Tempoh satu malam juga memadai dalam meraikan kemampuan
Nabi Muhammad sebagai manusia biasa untuk memerhati
tanda-tanda kebesaran Allah.
3. Tempoh tersebut juga mencukupi untuk baginda mencari bukti-
bukti kebenaran peristiwa tersebut untuk diceritakan kepada
masyarakat Mekah kelak. Umpamanya ciri-ciri masjid al-Aqsa
dan juga kafilah dagang.
SETELAH ISRA’ & MI’ROJ
ABU JAHAL
MENGHIMPUNKAN
PENDUDUK MEKAH

NABI DIUJI DENGAN SIFAT


MASJIDIL AQSA

ABU BAKAR MENYATAKAN


IMAN

KEPULANGAN ROMBONGAN
DAGANG
MUKJIZAT VS PERAYAAN
ُ‫صري‬
ِ َ‫السمِيعُ اْلب‬
َّ َ‫لنُ ِرَي ُه ِم ْن آيَاِتنَا إِنَّه هُو‬
agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
( Isra : 1 )
Kesilapan besar umat islam pada hari ini ialah 'menggugurkan'
perkataan mukjizat pada isra' mi'raj. Kesannya peristiwa tersebut
hanya dianggap sebagai perayaan tahunan. Walhal ia sepatutnya
dijadikan ‘Hari Mukjizat Islam'.

MUKJIZAT PERAYAAN

 Bermusim
 Kekuasaan Allah
 Hanya peristiwa
 Kebenaran Islam
silam

Anda mungkin juga menyukai