DSK Kokurikulum & Sukan T3 PDF
DSK Kokurikulum & Sukan T3 PDF
TINGKATAN 3
2014 i
ii
DOKUMEN STANDARD
iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya.
iv
KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA vi
4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1
5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
vii
Kata Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
viii
PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan
Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap
Standard Pembelajaran.
PELAKSANAAN
Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini
hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat
perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Matlamat Modul
Standard kurikulum Kokurikulum dan Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal.
Murid juga perlu mempunyai daya tahan, berupaya mengembangkan potensi diri, berdisiplin, berketerampilan serta mampu menghindarkan diri
dari gejala sosial.
Objektif Modul
1. Melahirkan insan yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal.
2. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi diri yang sedia ada dan mampu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
3. Membentuk nilai estetika serta sosial yang positif.
4. Memupuk jati diri dan membentuk disiplin.
5. Memupuk sifat kesukarelaan dan melaksanakan amal kebajikan.
6. Memupuk rasa kesyukuran dalam diri.
Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang kokurikulum dan sukan memberi penekanan kepada asas pengetahuan
berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan
aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran
tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini
merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan
Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,
sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan
pembelajaran.
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan
kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana
pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard
Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan
inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara
berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
1. KAWAD INDIVIDU
1.1 Memberi arahan kawad 1.1.1 Memberikan arahan kawad kepada platun berdasarkan piawai
Berkebolehan melakukan kepada platun. arahan kawad Kadet Remaja Sekolah.
aktiviti kawad statik dan 1.1.2 Menuturkan arahan kawad atatik dan kawad dinamik dengan
dinamik. intonasi yang betul.
(14 WAKTU)
1.2 Memberi arahan kawad 1.2.1 Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang
dan melakukan hendak dilakukan.
pergerakan secara
individu. 1.2.2 Memberikan arahan kawad secara individu dengan betul.
1.3 Mempamerkan pergerakan 1.3.1 Memberikan arahan kawad atas diri sendiri serta melakukan
kawad statik dan kawad pergerakan kawad secara berurutan.
dinamik secara berturutan.
2. PERKHEMAHAN 2.1 Mengetahui kaedah 2.1.1 Menyatakan 2 teknik menyalakan api.
Aktiviti perkhemahan. menyalakan api.
Berkebolehan mengetahui 2.2 Melakukan amali 2.2.1 Melakukan amali menyalakan api.
tentang pengurusan menyalakan api.
khemah.
2.3 Menyenaraikan jenis 2.3.1 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan beracun.
tumbuhan beracun
2.7 Kompas dan peta. 2.7.1 Mengenal pasti kompas dan peta.
2.7.2 Melakukan amali penggunaan kompas dan peta.
3. TALI TEMALI
Ikatan tahap 3. 3.1 Menyatakan jenis-jenis tali. 3.1.1 Mengetahui definisi tali.
3.3 Mengemaskan tali. 3.3.1 Melakukan amali mengemaskan tali mengikut kaedah yang
betul.
4. BANTU MULA
Berkebolehan dan 4.1 Menyatakan teknik 4.1.1 Menyatakan teknik menyelamat mangsa secara individu.
memahami aktiviti bantu menyelamat. 4.1.2 Menyatakan teknik menyelamat mangsa secara berpasangan.
mula.
4.2 Menerangkan prosedur 4.2.1 Menyenaraikan prosedur menyelamat mangsa.
menyelamat mangsa. 4.2.2 * Mengetahui kaedah melakukan “CPR”
* Rujuk Kaedah “CPR”
Kementerian Kesihatan 4.3 Simulasi “CPR”. 4.3.1 Simulasi “CPR” secara individu.
Malaysia.
(6 WAKTU)
5. KHIDMAT MASYARAKAT
Berkebolehan mengurus 5.1 Lawatan dan gotong- 5.1.1 Lawatan ke mana-mana tempat seperti rumah kebajikan,
dan melakukan aktiviti royong. rumah anak yatim, komuniti masyarakat dan sebagainya.
gotong- royong serta 5.1.2 Melakukan gotong-royong di tempat lawatan tersebut.
lawatan ziarah.
(4 WAKTU)
6. SUKAN
6.1 Mengetahui sejarah 6.1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan.
Berkebolehan menguasai peraturan dan undang- 6.1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan.
kemahiran dan mengelola undang permainan. 6.1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan.
pertandingan.
(34 WAKTU)
6.2 Melakukan kemahiran 6.2.1 Menyatakan aktiviti memanaskan badan.
asas permainan. 6.2.2 Menyatakan aktiviti gerak kendur.
6.2.3 Menerangkan pertimbangan untuk latihan.
6.2.4 Menguasai kemahiran asas permainan.
6.2.5 Pengelolaan pertandingan.