Anda di halaman 1dari 3

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN PELAKSANAAN
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENILAIAN (DSKP)
KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH (KSSM) TINGKATAN SATU
BAGI MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SMK SERI MEDAN TAHUN 2017

1. Pengenalan :

Perlaksanaan kursus ini di peringkat sekolah adalah kesinambungan di mana guru


yang telah diberikan kursus pada peringkat daerah melaksanakan kursus dalaman
sekolah. Hasil dapatan daripada kursus itu, guru tersebut telah diberikan
tanggungjawab untuk membawa maklumat baharu yang didapati itu untuk
disebarkan, dijelas dan digunakan oleh guru-guru di sekolah.

2. Objektif Program :

Pada akhir kursus, guru-guru yang hadir dapat :

1. Menerangkan perbezaan antara KBSM dan KSSM


2. Membantu guru memahami DSKP KSSM Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan
1 untuk tahun 2017
3. Membina dan mempersembahkan tugasan membina Rancangan Pengajaran
harian (RPH).

3. Pelaksanaan Program :

a) Tarikh : 27 Oktober 2016

b) Tempat : SMK Seri Medan

c) Hari / Masa : Khamis / 12.00 tengahari

d) Kehadiran Peserta : 8 orang peserta

e) Penceramah : 1) Pn. Hjh Ruhani Binti Muhamad

4. Butiran Pelaksanaan Program :

1) Dokumen Standard Kurikulum dan Penilaian (DSKP)

Guru-guru didedahkan dengan konsep DSKP KSSM Reka Bentuk &


Teknologi Tingkatan 1 untuk Tahun 2017.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

2) Buku Teks

Isu yang menjadi bahan bualan utama memandangkan inilah kali pertama
subjek ini diwujudkan buku teks. Sehubungan itu, bahagian tersebut tidak
dapat dijelaskan dengan baik memandangkan buku teks belum lagi
diedarkan ke sekolah-sekolah.

3) Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Guru- guru didedahkan dengan cara penulisan RPH bagi matapelajaran


Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 1 untuk Tahun 2017.

5. Penilaian Program :

5.1 Kekuatan Program :

5.1.1 membantu guru-guru untuk memahami dengan lebih lanjut


setiap isi kandungan DSKP

5.1.2 membantu guru-guru memahami persamaan dan perbezaan


antara KSBM dengan KSSM, DSKP dengan DSP, Sukatan dan
Huraian mata pelajaran.

5.1.3 perbincangan, pembentangan, teguran dan penambahbaikan


RPH yang dibuat oleh guru-guru mampu menghasilkan RPH
yang baik sebagai rujukan.

5.2 Kelemahan Program :

5.2.1 Kekangan masa untuk penerangan keseluruhan DSKP KKSM


matapelajaran Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 1 untuk
Tahun 2017.

5.3 Cadangan Penambahbaikan Program:

5.3.1 Diharap pada masa akan datang, masa bagi bengkel ini
dipanjangkan dan aktiviti kumpulan dapat dijalankan supaya
input atau dapatan yang diperolehi adalah lebih jelas.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

6. Dokumentasi Bergambar :

Disediakan oleh : Disahkan :

......................................................... .......................................................

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai