Anda di halaman 1dari 6

Sejarah Bola Keranjang

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5
pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang
(atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr.
James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia
Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu
dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan
sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan
yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam
gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk
permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah
untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk
menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai
dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Oleh itu, Naismith telah menggunakan
dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni
gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat
berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891.
Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola
Keranjang). Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak
lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan eksperimen pertama, Naismith telah menyediakan draf peraturan


pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan
ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Januari 1892. Permainan ini
mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula
dimainkan oleh pasukan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian, sekolah menengah, kolej,
universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium Pertubuhan Belia


Pemuda Kristian pada tarikh 20 Januari 1892. Hanya ada 9 orang pemain sahaja yang
dibabitkan dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang hanya separuh saiz
gelanggang National Basketball Association pada hari ini.
Selepas James Naismith mencipta bola keranjang, terdapat beberapa perubahan
yang telah dilakukan dalam permainan tersebut. Pada tahun 1893, gegelang besi yang
dipasangkan beg jaring digunakan untuk mengantikan bakul. Korda diletakkan bersama jaring
supaya bola dapat jatuh ke tanah.

Permainan bola keranjang mula dimainkan di bandar Springfield, Massachusettes,


Amerika Syarikat. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan Bola
Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya di
Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lapan buah negara
sahaja, tetapi kini telah meningkat kepada 160 buah negara. Pada tahun 1936, bola keranjang
diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Berlin, Jerman. Bola keranjang
diterima sebagai salah satu acara sukan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936 sehingga
Olimpik 2008 (Beijing).

Sementara itu, bagi wanita, permainan ini mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik
pada tahun 1976. Kejohanan bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan
Eropah, Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat
juga bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat. Di sana, para pemain dibayar
gaji secara kontrak mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut. Michael
Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran
yang paling tinggi. Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh Inggeris.
Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru ini.
Perkembangan pesat sukan ini terbukti selepas Perang Dunia Ke-2. Pada tahun 1958 MABA
(MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION) ditubuhkan dan pertandingan antara
negeri bagi merebut Piala Agung dimulakan. Piala Agung Pertama dipertandingkan di Kuala
Lumpur pada1958. VMABA menjadi ahli FIBA pada tahun 1959.
Sejarah Bola Keranjang Di Malaysia

Sejarah sukan bola keranjang di Malaysia dipercayai bermula pada awal abad ke-20
oleh orang asing. Sukan bola keranjang ini diperkenalkan di sekolah Cina oleh guru yang
datang dari China. Permainan ini dimainkan di luar gelanggang tidakberturap. Ia kemudiannya
berkembang ke dalam Chinese Sports Clubs, pada masa tersebut satu lawatan oleh Universiti
dan pasukan kelab bole keranjang dari China danHong Kong telah di buat. Sejak daripada itu,
sukan ini telah menjadi salah satu sukanyang popular dan terkenal di kalangan masyarakat
cina di Malaysia. Pada 1934, InterState Tournament for Malayan Chinese telah diadakan.
Pada 1958, badan pertubuhan bagi bola keranjang iaitu Malaya Amateur Basketball
Assosiation telah ditubuhkan dan En. Quek Kai Dong telah dipilh sebagai pengerusi pertama.

Pada bulan August 1958, satu pertandingan peringkat kebangsaan telahdiadakan


yang mana dikenali sebagai kejohanan Piala Agung. Organisasi inikemudiannya bertukar
nama kepada Malaysia Amateur Basketball Assosiation atau MABA. Pada April 1965,
kejohanan Bola keranjang Belia Malaysia telah dilancarkan di PulauPinang. Pada tahun 1957,
MABA telah menjadi ahli bagi International Basketball Federation (FIBA). Pada masa
sekarang, MABA mempunyai enam belas ahli yang terdiri daripada 13 persatuan negeri, satu
wakil dari Wilayah persekutuan dan duakumpulan lagi iaitu Angkatan Tentera Malaysia dan
Polis Diraja.

MABA telah menguruskan perlawanan ketiga, kesembilan dan ketigabelas bagi Asian
Basketball Championships untuk lelaki pada tahun 1965, 1977 dan 1986 di Kuala Lumpur.
Malaysia turut telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Keranjang Asia bagi perempuan
pada tahun 1970, 1978 dan 1986. Selain itu, banyak lagi kejohananlain yang telah
dilaksanakan oleh pihak MABA diperingkat antarabangsa. MABA mempunyai bangunan dan
juga stadium perlawanannya sendiri yang terletak di Jalan Hang Jebat menuju ke Padang
Merdeka. Di dalam bangunan MABA ini, ia mengandungi pelbagai kemudahan seperti hostel
bagi para pekerja dan pemain, bilik konferen, gelanggang bola keranjang peringkat dunia,
kedai makan, gimnasium,tempat pakir kereta dan gelanggang tertutup untuk latihan.
Peraturan Permainan Bola Keranjang

1. Saiz Medan

 Standard saiz medan yang betul dalam bola keranjang oleh FIBA adalah panjang 26
meter dan lebar 14 meter.
 Standard mengikut NBA adalah panjang 28.5 meter dan lebar 15 meter.

2. Ukuran Garis pada Medan Bola Keranjang

 Untuk garis pusat medan atau kedudukannya yang berada di tengah sebagai
pembahagi padang ke dalam dua sisi, terdapat satu bulatan dan diameternya harus
1.8 meter.
 Bagi garisan serangan peraturan saiz ialah 6 meter untuk garis pusat dan jarak antara
cincin dan garis punch adalah 3.6 meter.
3. Ukuran Bola

 Bola keranjang akan dianggap sah apabila bola tersebut mempunyai lilitan 75 hingga
78 cm.
 Berat bola perlu berada antara 600-650 gram di mana pantulan ke atas harus 1.2-1.4
meter jika kita turun dari ketinggian 1.8 meter.

4. Waktu Permainan

 Terdapat 4 suku dalam permainan bola keranjang. 4 suku di sini adalah istilah untuk
4 pusingan di mana setiap pusingan mempunyai jangka 10 minit. Dalam perlawanan,
masa adalah 4 × 10 minit untuk masa main dan 10 minit adalah rehat antara pusingan.
 Jika kedua-dua pasukan selepas bermain adalah scorecard, sehingga hasilnya,
terdapat 2 putaran tambahan yang diadakan dengan 10 minit sebagai durasi waktu
setiap putaran dan 2 menit sebagai waktu selang antara putaran. Bagi NBA, peraturan
yang berkuat kuasa adalah 12 minit tempoh pusingan.

5. Bilangan Pemain

 Pemain terdiri daripada 2 pasukan dan setiap pasukan harus terdiri daripada 12
anggota. 12 orang bukan untuk pemain yang bersaing, tetapi secara keseluruhannya
sahaja.
 Setiap pasukan mesti mempunyai 5 orang ahli yang bererti di sebuah gelanggang bola
keranjang apabila permainan itu mempunyai 10 orang dari 2 pasukan. 10 orang ini
dianggap sebagai pemain utama di lapangan, manakala 7 yang lain memainkan
peranan cadangan.

6. Pelanggaran peraturan (violations)

 Terdapat dua jenis pelanggaran peraturan iaitu pelanggaran peraturan pengawalan


bola dan pelanggaran peraturan masa.
 Pelanggaran peraturan ini akan mengakibatkan pasukankehilangan bola kepada pihak
lawan (turn over)
7. Seragam

 Untuk peraturan seragam telah ditentukan di mana terdapat 2 set untuk setiap
pasukan dan kami memanggilnya sangkar tersendiri dan dewan jauh dari warna yang
berbeza. Ini jelas pembezaan dari kedua-dua pasukan.
 Seragam juga perlu mempunyai nombor belakang mandatori dengan saiz yang telah
ditentukan juga. Untuk ketinggian nombor depan 10 cm dengan lebar 2 cm, manakala
untuk nombor belakang juga 10 cm tinggi. Tiada pemain yang sepatutnya mempunyai
bilangan belakang yang sama dan ini juga adalah suatu keharusan.

8. Pengadil

 Tugas utama pengadil dalam bola keranjang adalah mengambil keputusan penuh
pada suatu permainan.
 Kemudian untuk pengadil atau pengadilan, tugas utamanya adalah menjadi
pembantunya pengadil utama dalam membuat keputusan jika terjadi pelanggaran di
dekatnya.

Anda mungkin juga menyukai