Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM

PENGENALAN

Bahagian ini melaporkan laporan kendiri yang menyenaraikan kekuatan dan bidang yang perlu
diberi perhatian. Kekuatan ini dikenalpasti berdasarkan kepada amalan standard asas dan
standard tinggi. Bagi memastikan kekuatan dikekalkan, tindakan yang sewajarnya telah
dicadangkan. Di mana-mana aspek standard yang tidak tercapai, ia akan dijadikan sebagai asas
bagi penambahbaikan. Bagi setiap bidang yang dikenalpasti, cadangan langkah yang sewajarnya
dan tindakan yang boleh dilakukan telah diberikan.

Liputan Bahagian D ini merangkumi sembilan bidang penilaian dan dibahagikan kepada:
1. Kekuatan
2. Bidang yang perlu diberi perhatian
3. Strategi bagi mengekalkan dan meningkatkan kekuatan program
4. Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi bidang bermasaalah
5. Kesimpulan dan cadangan perubahan

207
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

Bidang 1 : Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran

Kekuatan program dalam


mencapai matlamatnya
 HPP menyokong visi, misi dan matlamat pendidikan di
peringkat Pusat. Fakulti dan Universiti.
 HPP yang dibentuk adalah sejajar dengan keperluan
International Education Standards (IES) yang
dibangunkan oleh American Psychological Association
(APA).
 HPP juga dibentuk dengan mengambilkira pandangan
pihak berkepentingan antaranya wakil dari badan-badan
professional perkhidmatan psikologi, jabatan-jabatan
kerajaan, dan wakil industri.
 Program Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling) akan
dimajukan untuk akreditasi oleh badan professional
tempatan dan antarabangsa, antaranya oleh:
o Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA).
o Lembaga Kaunselor Malaysia (PEKAMA).

Bidang yang perlu diberikan


perhatian  Bagi memastikan program pendidikan yang ditawarkan
oleh Pusat Pengajian dipandu oleh penyelidikan, ahli
Pusat Pengajian dikehendaki mengarahkan
penyelidikannya kepada bidang-bidang kepakaran yang
telah ditetapkan oleh Pusat. Pelajar turut digalakkan
untuk menjuruskan penyelidikan mereka ke arah bidang
kepakaran berkenaan.

 Bagi menilai program, Pusat Pengajian telah


mengenalpasti beberapa calon dalam dan luar negara
yang akan dilantik sebagai penilai terutama bagi
menggantikan yang telah lama.

Strategi bagi mengekal dan Pemantauan dan penilaian berterusan


meningkatkan kekuatan
program  Pusat Pengajian mestilah memastikan visi, misi,
matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran program
sentiasa mendukung visi, misi dan matlamat pendidikan
di peringkat Fakulti dan Universiti dan ia dapat dicapai.

208
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

Langkah-langkah yang telah  Bagi memastikan program pendidikan yang ditawarkan


diambil untuk mengatasi oleh Pusat Pengajian dipandu oleh penyelidikan, ahli
bidang bermasalah Pusat Pengajian dikehendaki mengarahkan
penyelidikannya kepada bidang-bidang kepakaran yang
telah ditetapkan oleh Pusat. Para pelajar turut digalak
untuk menjuruskan penyelidikan mereka ke arah bidang
kepakaran berkenaan.

 Bagi menilai program, Pusat Pengajian telah


mengenalpasti beberapa calon dalam dan luar negara
yang akan dilantik sebagai penilai.

 Pusat Pengajian juga sedang dalam proses untuk


mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa
Laporan HalaTuju 2 untuk menyemak semula Laporan
tersebut.

 Mewujudkan bank data bagi senarai bakal majikan


Latihan industri

 Melhat semula aplikasi modul.

Kesimpulan serta cadangan  Pemantauan dan penilaian berterusan langkah-langkah


untuk penambahbaikan yang diambil.

 Meneliti kesesuaian hasil pembelajaran dengan


keperluan pihak berkepentingan.

Bidang 2 : Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum

Kekuatan program dalam Bagi memastikan pencapaian hasil program, rekabentuk


mencapai matlamatnya kurikulum program dan kaedah penyampaian telah
direkabentuk berdasarkan keperluan pelbagai pihak
berkepentingan, badan-badan profesional dan aspirasi Negara.
 Kurikulum bagi program pembangunan manusia
dibentuk melalui satu proses yang teratur dan
bersistematik berpandukan kepada wawasan, misi,
hasil pendidikan, objektif dan matlamat pendidikan. Ia
akan melalui beberapa peringkat kelulusan, iaitu:
 Peringkat PPPPM, menerusi Jawatankuasa Kelompok

209
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

dan Mesyuarat Pusat Pengajian;


 Peringkat Fakulti, menerusi Jawatankuasa Pengajian
Siswazah dan Mesyuarat Fakulti;
 Peringkat UKM, menerusi Jawatankuasa Perancangan
dan Pembangunan Akademik, Senat dan Lembaga
Pengarah Universiti; dan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
 Kurikulum Program Siswazah Psikologi dibahagikan
kepada ilmu asas dan ilmu aplikasi. Kedua-dua ilmu
tersebut dijangka dapat membekalkan siswazah
dengan kemahiran mengaplikasikan ilmu berkenaan
dalam keadaan sebenar. Ilmu asas dan aplikasi
bersama dengan kemahiran teknikal menjadi prinsip
utama dalam merekabentuk kurikulum program
selaras dengan keperluan profesyen psikologi dan
aspirasi negara bagi melahirkan graduan psikologi yang
berdaya saing.
 Kurikulum program ini akan senantiasa disemak,
dikemaskini dan dipantau selari dengan perubahan
semasa yang berlaku dalam bidang psikologi mahupun
bidang-bidang sains sosial yang lain.
 Organisasi pentadbiran di peringkat Pusat Pengajian
Psikologi dan Pembangunan Manusia meletakkan tugas
mengemaskini ini kepada pensyarah-pensyarah yang
diagihkan mengikut kelompok bidang kepakaran bagi
memastikan pemantauan yang berlaku untuk
kurikulum program mengikut perkembangan dan
keperluan bidang yang berkaitan.
 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
dalam penyampaian kurikulum konsisten dengan
saranan MQF untuk mencapai hasil pembelajaran
program. Penyampai dibuat secara kuliah atau
syarahan, tutoran, makmal, projek individu dan
berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah yang
melibatkan penggunaan dan kajian kes, pembelajaran
menerusi latihan praktikum serta carian maklumat di
perpustakaan dan kajian di institusi perkhidmatan
psikologi dan manusia terpilih daripada peringkat bayi,
kanak-kanak hinggalah warga emas. Ini bagi
memastikan struktur program dapat meningkatkan
pemikirn analitikal dan kritis, kemampuan
menyelesaikan, membuat keputusan, di samping
menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka dan bersedia untuk
210
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

pembelajaran sepanjang hayat.


 Hubungan secara formal wujud antara program ini
institusi yang menjadi pelanggan seperti Rumah-
Rumah Kebajikan Kanak-Kanak, Rumah Orang Tua,
Rumah Anak Yatim dan lain-lain. Maklum balas
daripada agensi-agensi ini digunakan untuk
penambahbaikan kurikulum
 Maklum balas mengenai prestasi graduan oleh majikan
dilakukan secara langsung melalui borang penilaian
prestasi yang disampaikan ketika menjalani Latihan
Industri. Maklum balas dari masyarakat setempat
dilakukan secara tidak langsung melalui program-
program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar seperti
pameran ketika pesta konvokesyen. Bagi masyarakat
am, pandangan diberikan secara tidak langsung
sewaktu bertemu dalam mesyuarat, persidangan atau
majlis-majlis yang dihadiri bersama. Persatuan
Siaswazah Psikologi dan Jawatankuasa Alumni dan
Hubungan Luar diwujudkan untuk meningkatkan
interaksi dengan pihak luar.
 Kursus penulisan akademik dan metodologi
penyelidikan mempunyai learning outcomes yang
dapat membantu penyelidikan dan penulisan tesis
pelajar.

Bidang yang perlu diberikan  Kemahiran penyeliaan harus dipertingkatkan


perhatian khususnya bagi pensyarah-pensyarah baru.

• Penyampaian kurikulum perlu diberi perhatian supaya


selaras dengan apa yang telah diperuntukan dalam
Buku Panduan.

 Jabatan wajib mempunyai autonomi sewajarnya untuk


mereka bentuk kurikulum dan mengagih sumber-
sumber yang perlu untuk pelaksanaannya bagi
memastikan hasil pembelajaran tercapai.

 Program wajib dipertimbangkan hanya setelah segala


sumber yang perlu untuk pelaksanaannya dikenal pasti.

 Inovasi untuk menambah baik pengajaran dan


pembelajaran patut dilakukan melalui perundingan
211
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

dengan pihak berkepentingan yang utama dan pakar-


pakar luar mahupun dalaman.

Strategi bagi mengekal dan Pemantauan dan penilaian berterusan.


meningkatkan kekuatan
program • Pihak pusat pengajian akan memastikan tanda aras,
penyemakan dan penilaian semua program-program
ditawarkan akan dilaksanakan di semua tahap secara
berterusan.
• Mendapatkan pembiayaan yang cukup untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
antaranya, pembelajaran berpusatkan pelajar.
• Meningkatkan kemahiran pensyarah melalui latihan
pengajaran menggunakan kes dan latihan pedagogi
yang bersesuaian dengan peningkatan kemahiran
profesional.

Langkah-langkah yang telah Menambah sumber-sumber


diambil untuk mengatasi Meningkatkan inovasi
bidang bermasalah
• Mendapatkan pandangan pihak berkepentingan secara
sistematik dengan mewujudkan kakitangan khusus bagi
urusan dengan pihak luar.

Kesimpulan serta cadangan  Semakan kurikulum harus mengambil kira pandangan


untuk penambahbaikan pihak berkepentingan.

 Memastikan autonomi dipraktik dan dipantau secara


berterusan

Bidang 3 : Penilaian Pelajar

Kekuatan program dalam


mencapai matlamatnya Penilaian pelajar dibuat secara tekal dan dijadikan penanda
aras pencapaian HPP oleh pelajar.
 Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
dan Program Pembanguann Manusia sentiasa
memastikan prinsip, kaedah dan amalan penilai pelajar
telah diselarikan dengan HPP dan kandungan program
seperti yang terkandung dalam garispanduan yang
diisu oleh Pusat Pembangunan Akademik untuk proses
pengajaran.
 Penilaian yang dibuat berpandukan kepada Laporan
Halatuju 2 yang sejajar dengan enamn domain hasil
212
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

pembelajaran MQF. Penilaian ini disokong oleh Sistem


Maklumat Pelajar (SMP) untuk penilaian akademik.
Pengesahan tentang kualiti dan konsistensi soalan
peperiksaan dengan keperluan MQF dibuat oleh
sebuah jawatankuasa diperingkat Pusat yang
melaksanakan prosedur taksiran soalan untuk setiap
kursus yang ditawarkan setiap semester. Prosedur ini
adalah selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2008
untuk Pengurusan Program Pengajian Siswazah.
 Penilaian pelajar adalah berasaskan konsep formatif
iaitu penilaian yang berterusan dan menepati Bloom’s
Taxanomy. Kriterium pengredan dan kaedah penilaian
telah didokumenkan di dalam ranga kursus bagi setiap
kursus dan diedarkan kepada pelajar pada setiap awal
semester.
 Terdapat mekanisme khusus untuk memastikan kaedah
penilaian adalah konsisten, sah, boleh dipercayai, adil
dan saksama. Antara mekanisme tersebut adalah
mesyuarat pemeriksa yang dipengerusikan oleh
Pengerusi Pusat, Penyelas Program Siswazah dan Ketua
Program yang akan melihat gred yang diberikan kepada
setiap pelajr untuk setiap kursus. Semua gred perlu
disahkan dalam mesyuarat tersebut kemudian di
sahkan dalam mesyuaratfakulti dan Senat sebelum
dimaklumkan kepada pelajar melalui sistem talian SMP.
 Kaedah penilaian juga sentiasa disemak untuk
memastikan ia terkini. Pelajar boleh memberikan
maklumbalas melalui Sistem Penilain Pengajaran
Kursus (SPPK) terhadap kandungan kursus,
penyampaian dan kaedah penilaian setiap semester.
Selain itu, dibawah peraturan MS ISO 9001:2008 Kualiti
Dokumen untuk rekabentuk kurikulum, Pusat boleh
mengemaskini atau membuat perubahan dalam HPK,
kandungan dan kaedah penilaian kursus pada setiap
semester. Jika perubahan ini hendak dilakukan, satu
jawatankuasa kelompok bidang di peringkat Pusat
Pengajian akan dibentuk untuk memantau proses ini.
 Keputusan penilaian pelajar dikomunikasikan kepada
pelajar dalam jangkamasa yang sesuai. Sebaik diperaku
oleh Senat, pelajar boleh melihat gred yang diterima
untuk setiap kursus secara talian. Pelajar akan
menerima cetakan keputusan mereka dari pejabat
Dekan Fakulti atau mendapatkannya dengan melayari
web.
213
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

 Polisi dan prosedur untuk rayuan didokumenkan di


dalam buku Panduan Siswazah Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan yang diberikan kepada setiap pelajar
asetiap awal sesi.
 Tesis pelajar diperiksa oleh pemeriksa dalam dan
pemeriksa luar yang pakar dalam bidang tesis pelajar
yang dinilai.

Bidang yang perlu diberikan  Jangka masa untuk penilai dalam dan luar menilai
perhatian sesebuah tesis harus dipercepatkan.
 Penilaian pelajar perlu selaras dengan taksonomi yang
telah dirangka kerana program siswazah memerlukan
analisis yang bersifat terapan dan harus berbeza
dengan tahap prasiswazah.
 Pusat sepatutnya mempunyai penilai secara tetap
untuk menilai dan memperbaiki sistem penilaian sedia
ada. Pelantikan ini adalah perlu untuk memastikan
sebarang cadangan yang telah dikemukakan oleh
penilai luar dilaksanakan oleh Pusat Pengajian.

 Hubung kait penilaian dan hasil pembelajaran patut


disemak secara berkala untuk memastikan
keberkesanannya.
 Semakan ke atas sistem penilaian patut dilakukan
secara perundingan dengan pakar-pakar luar,
tempatan mahupun antarabangsa.
 Pemeriksaan luar yang rapi dan bebas yang bertujuan
menilai dan menambah baik pengurusan penilaian
pelajar patut diwujudkan, termasuk perakuan formal
terhadap proses-proses berkaitan.

Strategi bagi mengekal dan Pemantauan, pemurnian dan penilaian berterusan.


meningkatkan kekuatan
program  Pusat Pengajian sentiasa mengambil initiatif untuk
mencari kaedah penilaian terbaik dan paling inovatif
melalui jaringan dengan badan profesional, penilai luar,
pihak industri dan ahli akademik dari Institusi Pengajian
Tinggi lain. Selain itu, penilaian di masa akan datang
perlu mempertingkat penekanan kepada pencapaian
kompetensi tertentu oleh pelajar.

214
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

Langkah-langkah yang telah  Semakan penilaian dan hasil pembelajaran dilakukan


diambil untuk mengatasi secara konsisten
bidang bermasalah  Perundingan dengan pakar-pakar luar dan tempatan
dilakukan
 Mengwujudkan pemeriksaan luar bagi menilai dan
menambahbaik pengurusan penilaian pelajar.

 Dasar berhubung penilaian pelajar sedang dikaji


dengan paparan untuk memasukkan peruntukan
sekurang-kurangnya satu pemeriksa luar yang dilantik
oleh fakulti untuk melakukan penilaian ke atas program
sebagai sebahagian daripada pembaikan secara
berterusan sebelum ulasan kurikulum dilaksanakan.

Kesimpulan serta cadangan  Penilaian tesis pelajar harus disesuaikan dengan hasil
untuk penambahbaikan pembelajaran.

 Memastikan strategi dan langkah pembaikan


dilaksanakan dan dipantau perlaksanaannya.

Bidang 4 : Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar

Kekuatan program dalam  Fakulti mempunyai dasar pemilihan pelajar yang


mencapai matlamatnya jelas. Hanya pelajar yang mempunyai latar
belakang pendidikan yang baik daripada universiti
yang diiktiraf sahaja yang diterima. Saringan
pertama dilakukan di peringkat program dan
pusat pengajian. Saringan kedua adalah di
peringkat Jawatankuasa Fakulti.

 Fakulti mempunyai Persatuan Pelajar Siswazah.


Ahli jawatankuasa persatuan pelajar siswazah
dipilih melalui pemilihan terbuka.

 Kriteria akademik bagi kemasukan dan pemilihan


pelajar ke dalam program ini dibincang dan
kemudian diputuskan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat yang
diperngerusikan oleh Pengerusi Puasat atau pun
Penyelaras Program Siswazah.

 Penilaian permohonan adalah secara menyeluruh


215
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

berdasarkan meritokrasi, kelayakan akademik


yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam
kegiatan kokurikulum. Pusat menyediakan
mekanisme rayuan kepada calon.

 Bukti pelajar yang dipilih memenuhi dasar


kemasukan didokumenkan dalam fail pelajar, minit
mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah
Pusat dan Sistem Maklumat Pelajar.

 Pusat pengajian melibatkan pelbagai pihak


berkepentingan dalam semakan dasar dan proses
kemasukan.

 Pusat mempunyai Jawatankuasa Pembangunan


Pelajar Program Psikologi dan senantiasa
mengadakan aktiviti Bengkel Kecemerlangan
Pelajar kepada pelajar yang mempunyai
pencapaian PNGK yang rendah. Program ini
melibatkan pensyarah dan pelajar-pelajar
cemerlang yang mendapat anugerah Kedekanan
sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar.

 Pusat Pengajian Psikologi mempunyai sebuah


Klinik Kaunseling yang ditubuhkan pada tahun
2007 khusus untuk pelajar yang akan menjalani
praktikum dan amali kaunseling. Klinik dibuka
kepada warga UKM dan masyarakat luar yang
memerlukan khidmat psikologi.

 Di samping itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM


juga menyediakan perkhidmatan rundingcara
untuk para pelajar seperti Kaunseling Sosial-
Personal, Kaunseling Akademik, Kaunseling
Kerjaya, Vokasional dan Penempatan dan
Kaunseling Kewangan.

Bidang yang perlu diberikan


perhatian  Pengendalian program mobiliti pelajar, program
pertukaran dan pemindahan pelajar termasuk
peruntukan kewangan.

 Penglibatan aktif pelajar dalam kelab dan


216
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

persatuan dan aktiviti dalam bidang psikologi


anjuran badan-badan luar termasuk badan
profesional.

 Penambahbaikan hubungan dengan alumni dan


memanfaatkan kepakaran dan pengalaman
mereka dalam membantu memperbaiki prestasi
program.

 Menggalakkan lebih ramai siswazah terlibat dalam


persatuan pelajar siswazah.

Strategi bagi mengekal dan  Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan seperti


meningkatkan kekuatan program majikan, badan profesional perakuanan dan
kumpulan pakar seperti tokoh akademik dalam
memberikan input bagi membantu mengemaskini
proses pemilihan dan perkhidmatan sokongan
pelajar.

 Program mekanisma penasihat akademik secara


berkesan dalam program, pusat dan fakulti kerana
pelajar siswazah semakin bertambah daripada
pelbagai latar negara, budaya dan akademik yang
berbeza-beza.

 Kewujudan penasihat akademik pelajar


antarabangsa mungkin perlu difikirkan oleh fakulti
dan pusat pengajian memandangkan dasar
universiti yang mahukan ramai pelajar
antarabangsa.

Langkah-langkah yang telah  Menyediakan satu garis panduan jelas berhubung


diambil untuk mengatasi bidang pelajar yang mempunyaui kellusan selain daripada
bermasalah yang disyaratkan seperti pelajar diploma dan
lulusan program profesional.
 Penubuhan Jawatankuasa Alumni peringkat pusat
pengajian bagi mengemaskini hubungan dengan
alumni termasuk melalui penganjuran Majlis
Makan Malam setiap dwi-tahunan,
pengemaskinian pengkalan data, ceramah kerjaya
secara berkala dan lain-lain lagi.
 Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti anjuran
pusat pengajian seperti sesi suaikenal, sesi
217
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

maklumbalas pelajar dan lain-lain lagi.

Kesimpulan serta cadangan untuk Proses pengubahsuaian bilik persatuan pelajar siswazah
penambahbaikan harus disegerakan

Bidang 5 : Staf Akademik

Kekuatan program dalam  Fakulti mempunyai bilangan pensyarah yang


mencapai matlamatnya mencukupi.

 Peratusan pensyarah yang berkelulusan Doktor


Falsafah telah dapat ditingkatkan.

 Pengambilan staf akademik UKM adalah


berdasarkan kepada polisi dan dasar pengambilan
jelas yang ditakrifkan dan didokumentasikan serta
memenuhi kriterium pemilihan yang berdasarkan
kepada pencapaian akademik. Terdapat prosedur
yang jelas mengenai pelantikan staf akademik dan
peranan mereka dalam pengajaran, penyelidikan
dan kegiatan ilmiah, perundingan, dan
perkhidmatan masyarakat sebagaimana
ditetapkan dalam Etika Akademik Tatatertib Edisi
Kedua 2005 dan SPPU.

 Terdapat dasar pengambilan yang


menyeimbangkan secara optimum antara
kakitangan akademik senior dan junior, antara
kakitangan akademik dan bukan-akademik.

 Staf akademik disediakan dengan pelbagai latihan


yang relevan kepada pengajaran dan pedagogi,
profesionalisme dan ICT oleh Pusat Pembangunan
Akademik. Mereka juga dilengkapi dengan
peralatan komputer, internet dan diberi
kemudahan akses ke perpustakaan dalam talian.

 Terdapat Sistem Penilaian Pengajaran Kursus yang


wajib diisi oleh setiap pelajar di akhir setiap
semester secara dalam talian sebagai satu bentuk
penilaian pengajaran dan keberkesanan
218
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

pengajaran yang dinilai oleh pelajar ke atas staf


akademik.

 Skim latihan mapan dan berstrukturkan akademik


turut disediakan sebagai usaha mencapai sasaran
MOHE dari Pelan Strategik berhubung jumlah
kakitangan akademik yang memiliki PhD. Staf
akademik muda disalurkan supaya meneruskan
pengajian mereka dalam masa 1-2 tahun daripada
perlantikan mereka ke jawatan tutor/ fellow.

 Kakitangan akademik digalakkan mengambil


bahagian dalam aktiviti-aktiviti berbentuk
profesional, akademik dan yang berkaitan
dengannya di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa seperti yang termaktub dalam Etika
dan Tata tertib Akademik. Pembiayaan ke atas
penyertaan mereka akan ditanggung oleh pihak
universiti sekali dalam setahun berdasarkan
permohonan mereka.

Bidang yang perlu diberikan  Fakulti perlu hanya mengambil pensyarah yang
perhatian berkelulusan Doktor Falsafah bagi memantapkan
proses penyeliaan.

 Polisi pengambilan staf akademik perlu dibincang


secara kolektif oleh ahli dalam program dan Pusat
Pengajian supaya kepakaran dalam bidang-bidang
utama dapat dicapai.
 Fakulti yang menawarkan program profesional
adalah aktif dalam membentuk dan menjalin
hubungan antarabangsa ke arah meningkatkan
kegiatan dan aktiviti ilmiah mereka. Namun,
amalan ini relatifnya masih perlu dipertingkatkan
terutama dari aspek kepakaran
 Latihan staf akademik dalam bidang-bidang
utama di pusat pengajian perlu secara formal
untuk mencapai kompetensi yang diperlukan
untuk penyampaian kurikulum peringkat
pengajian siswazah.

Strategi bagi mengekal dan  UKM akan terus mempromosi dan menambahbaik
219
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

meningkatkan kekuatan program pelantikan staf akademik antarabangsa sama ada


secara sambilan atau sepenuh masa. Selain itu,
UKM akan memantau dan memastikan semua
kakitangan yang diberikan cuti belajar kembali
semula berkhidmat di UKM sebagaimana yang
telah ditetapkan dalam perjanjian cuti belajar
mereka.

 UKM akan memastikan bahawa kakitangan


akademik pada semua peringkat diberi buku
panduan tentang Etika dan Tatatertib Akademik
serta Dasar Pembelajaran dan Pengajaran yang
terdapat di laman web Pusat Pembangunan
Akademik untuk digunakan sebagai rujukan
penting.

 UKM akan memastikan supaya semua kakitangan


menentukan SKT dan dibantu oleh mentor atau
penyelia terdekat.

Langkah-langkah yang telah  “Talent Management Plan” menghuraikan nisbah


diambil untuk mengatasi bidang yang tepat diantara kakitangan junior dan senior,
bermasalah kakitangan akademik dan bukan akademik, dan
kakitangan akademik tempatan dan
antarabangsa.
 Di dalam Pelan Pengantarabangsaan, UKM akan
memperhebat pelantikan profesor terkenal dan
profesor pelawat serta pemeriksa luar
antarabangsa untuk meningkatkan hubungan
antarabangsa.

Kesimpulan serta cadangan untuk Kemudahan di bilik persatuan pelajar siswazah harus
penambahbaikan ditambahbaik

Bidang 6 : Sumber Pendidikan

Kekuatan program dalam  Fakulti mempunyai bilangan pensyarah


mencapai matlamatnya berkelayakan yang mencukupi.

 Perpustakaan Tun Sri Lanang mempunyai sumber


pembelajaran yang mencukupi, termasuk bahan
yang diperolehi secara online.

220
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011


Kemudahan di UKM adalah mesra pengguna
terutamanya untuk pihak dengan keperluan khas.
Perkara ini terkandung di dalam Dasar UKM di mana
bangunan baru harus dilengkapi dengan keperluan
untuk orang-orang dengan keperluan khas.
Manakala, bangunan lama akan dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan tersebut sekiranya terdapat
permintaan dari institusi, fakulti, ataupun pusat.


Interaksi di antara penyelidikan dan pendidikan
sangat baik tercermin dalam kurikulum, dalam
bentuk modul tahun terakhir yang menyediakan para
pelajar untuk penglibatan dalam penyelidikan dan
pembangunan serta belajar sepanjang hayat.


UKM menyediakan dana yang luas termasuk dana
GUP dan penyelidik muda untuk kakitangan
akademik. Di samping itu insentif disediakan kepada
yang terlibat dalam penerbitan, khususnya di wasit
terkemuka, diindeks dan jurnal berfaktor kesan
tinggi. Pelaksanaan skim ini bermula pada tahun
2008. Selain itu, perkhidmatan editorial dan
penterjemahan juga disediakan.


UKM mempunyai dasar yang sangat jelas mengenai
penggunaan pakar pendidikan di dalam perancangan
program pendidikan dan pembangunan pengajaran
yang baru dan kaedah penilaian yang telah
ditetapkan oleh Dasar Belajar dan Mengajar dan MS
ISO 9001:2008 Kualiti Dokumen Pengurusan Program
Prasiswazah dan Siswazah.

Bidang yang perlu diberikan  Akses online tanpa wayar harus diperluaskan di
perhatian seluruh Fakulti.
 Sumber pendidikan di Perpustakaan dan Pusat perlu
dipertingkatkan dengan bahan-bahan terkini dan
mudah diakses oleh pelajar dan staf.
 Perkhidmatan ICT perlu dipertingkatkan terutama
dari segi kelajuannya untuk di akses supaya tidak
timbul kesulitan dalam menerapkan e-Pembelajaran
dan penggunaan perkhidmatan dalam talian.

221
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

Strategi bagi mengekal dan  UKM akan terus memastikan bahawa kemudahan
meningkatkan kekuatan fizikal yang mencukupi dan diperbaiki dari masa ke
program semasa sesuai dengan keperluan. Malah,
perpustakaan UKM akan terus meningkatkan jumlah
rekod katalognya.

 UKM akan terus menekankan keperluan Dasar


Kesihatan dan Keselamatan Kerja dan Dasar ICT
dalam rangka untuk mengikuti perkembangan
teknologi.

 Etika dalam penyelidikan dan prosedur pengurusan


projek penyelidikan akan terus diumumkan untuk
meningkatkan kesedaran dan pemahaman di antara
semua ahli.

Langkah-langkah yang telah  UKM akan memberi keutamaan ke atas permintaan


diambil untuk mengatasi bidang ICT dalam permohonan budget Rancangan Malaysia
bermasalah 10.

 Bahagian Inovasi dan Pemidahan Teknologi di bawah


CRIM sedang membangunkan kriteria dan prosedur
untuk menggalakkan pemindahan teknologi bagi
tujuan pengkomersilan. Aktiviti penstrukturan akan
dijalankan untuk memacu kegiatan komersialisasi
Universiti.

Kesimpulan serta cadangan Ruang pembelajaran harus ditambah


untuk penambahbaikan

Bidang 7 : Pemantauan Dan Semakan Program

Kekuatan program dalam  Pemantauan dan semakan program dibuat bagi


mencapai matlamatnya memastikan program yang ditawarkan releven
kepada keperluan semasa perkhimatan manusia.
Prosesnya memerlukan definisi yang jelas
berkaitan struktur, proses dan mekanisma untuk
mendapat maklumbalas bagi pemantauan dan
semakan program contohnya seperti pihak
berkepentingan dan pelaksanaan berkesan
maklumbalas tersebut.

222
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

 Pusat Pengajian mempunyai polisi jelas berkaitan


pemantauan, semakan dan penilaian dengan
polisi dan mekanisma untuk menilai program
akademik melalui semakan kendiri dan penilaian
oleh penilai luar. Melalui Pelan Strategik
(Perspektif 2006-2010) dan pelaksanaan ISO
9001:2000 yang menyatakan keperluan
menyemak program sekurang-kurangnya setiap 5
tahun, semua fakulti dan pusat pengajian perlu
penuhi pemantauan dan semakan program. Di
tahap fakulti, Ketua Jaminan Kualiti dan JPPA
fakulti memantau aktiviti. Penilaian untuk
keberkesanan pemantauan dan semakan program
berdasarkan COPPA telah dilaksanakan pada
tahun 2008.
 Struktur urustadbir untuk semakan dan
pemantauan program telah dinyatakan dengan
jelas. Beberapa jawatankuasa tahap pusat
pengajian, fakulti dan universiti terlibat dalam
mengesahkan dan meluluskan ukuran
pembetulan oleh jawatankuasa semakan, yang
diketuai staf berkelayakan seperti dekan fakulti
dan pengerusi pusat pengajian. Jawatankuasa
tertinggi yang meluluskan semua cadangan
tindakan adalah Senat UKM.
 Semakan dan penilaian program amat serius
melibatkan pihak berkepentingan yang termasuk
industri, alumni, komuniti, staf akademik dan
pelajar. Pusat Pengajian terlibat secara meluas
badan profesional berkaitan dalam pelaksanaan
penilaian program Sarjana Sains Sosial (Psikologi
Kaunseling). Contohnya Pusat Pengajian
mempunyai Penyelaras Program Pengajian
Siswazah yang bertanggungjawab membantu
Pengerusi Pusat dan Ketua Program Psikologi
menguruskan penambahbaikan program merujuk
kepada kedudukan terkini keperluan badan-
badan profesional.

Bidang yang perlu diberikan


perhatian  Jawatankuasa pemantauan dan semakan program
yang semakan kerap dilakukan tidak pernah
mendapat latihan formal untuk tugas menyemak dan
223
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

memantau program.

Strategi bagi mengekal dan  UKM akan berterusan memastikan semakan dan
meningkatkan kekuatan program pemantauan program dilaksanakan secara efektif
oleh program akademik sebagaimana dinyatakan
dalam Pelan Strategik (Perspektif 2006-2010) dan
objektif kualiti ISO 9001:2000 Sistem Pengurusan
Kualiti.
 UKM akan memastikan perkara yang menjadi
kebimbangan dibuat analisis, dan tindakan
pembetulan akan dicadang dan dibawa kepada
Senat.
 UKM akan terus meningkatkan hubungan dengan
industri melalui kerjasama strategik dan
jangkapanjang.
 UKM akan terus membaiki mekanisma untuk
mendapatkan input pihak berkepentingan selain
melalui soalselidik atau mesyuarat, misalnya
menerusi soalselidik atas talian, video-conferencing,
dan lain-lain.
 UKM akan terus membaiki saluran maklumbalas
formal pelajar, khususnya SPPK untuk menghubung
penilaian pelajar kepada SPPU untuk mendapat
kompetensi pengajaran dan pembelajaran dan
kaedah yang digunakan oleh pensyarah.
 UKM akan terus melibatkan pihak industri dan badan
profesional sebagai penasihat semakan dan
perancangan kurikulum akademik. Wakil pihak
industri dan badan profesional akan memberi input
berguna daripada perspektif keperluan industri dan
perundangan.

Langkah-langkah yang telah  PPA akan menyediakan latihan khusus untuk Ketua
diambil untuk mengatasi bidang Program sebagai penyelaras program supaya mereka
bermasalah akan menjadi berkelayakan menjalankan semakan
program secara berkesan.
 UKM akan menyediakan prosedur untuk
mengambilkira maklumbalas daripada alumni dan
majikan yang boleh digunapakai dalam tindakan
semakan program.

Kesimpulan serta cadangan untuk


penambahbaikan

224
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

Bidang 8 : Kepimpinan, Governan Dan Pentadbiran

Kekuatan program dalam  Dasar dan amalan jabatan tekal dengan peryataan
mencapai matlamatnya tujuan PPT. (Rujuk COPPA bidang 8)

 Jabatan menjelaskan fungsi dan struktur


governannya, hubungan-hubungan antara fungsi
dan struktur ini dan kesannya terhadap program.
Selanjutnya, perkara ini mesti disebarkan kepada
semua pihak yang berkenaan berdasarkan prinsip
ketelusan, akauntabiliti dan autoriti. (Rujuk Minit
Mesyuarat Pusat dan Fakulti)

 Tanggungjawab dan kriteria perlantikan


kepimpinan akademik sesuatu program
dinyatakan dengan jelas (Rujuk borangkeperluan
kompetensi dan CV ketua)

 Staf pentadbiran di jabatan mencukupi dan sesuai


untuk membantu pelaksanaan program dan
kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengannya di
samping memastikan bahawa pengagihan dan
pengurusan sumber berjalan dengan lancar (Rujuk
Lampiran bahagian pemilihan staf)

 Dasar dan amalan jabatan berhubung jenis dan


keselamatan rekod pelajar dan staf akademik
tekal dengan dasar dan amalan PPT berkenaan.
(Bukti dari peti besi yang hanya diakses oleh
pegawai tertentu)

 Jabatan mempunyai satu rancangan latihan


lanjutan untuk staf pentadbiran dan pengurusan
untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu
program, seperti pengurusan risiko,
penyelenggaraan peralatan khusus dan kemahiran
teknikal tambahan (Rujuk Espel)
o
 Pusat pengajian telah menyediakan garispanduan
yang jelas berkaitan governan, kepimpinan
institusi dan akademik, staf pentadbiran dan
pengurusan, rekod akademik dan interaksi dengan
225
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

sektor luaran dan berjaya melaksanakan fungsi


tersebut.

 Polisi dan amalan Pusat Pengajian adalah selari


dengan matlamatnya. Pusat Pengajian Psikologi
telah menyatakan 3 matlamat dan setiap satu
matlamat melibatkan struktur dan mekanisma
bagi tujuan pelaksanaan dan pencapaiannya.

 Pusat Pengajian menyatakan dengan jelas struktur


dan fungsi governannya dan hubungan antara
mereka disampaikan dengan jelas kepada semua
pihak yang terlibat. Prinsip yang mendasari
governan adalah merujuk kepada ketelusan,
akauntabiliti dan autoriti. Contohnya, prosedur
pemilihan jawatan pentadbir akademik adalah
telus dan direkod dengan sempurna. Struktur
organisasi Pusat Pengajian direkod dan disebar
kepada ahli melalui beberapa saluran memastikan
akauntabiliti dan aturan autoriti.

 Governan Pusat Pengajian adalah badan


pembuatan keputusan yang aktif dan telus
sebagaimana ditunjukkan melalui Mesyuarat
Pusat Pengajian setiap dua bulan sekali di mana
keputusan dibuat pada tahap autonomi yang
sesuai.

 Pusat Pengajian mempunyai polisi menggalakkan


staf akademik dan pelajar melibatkan diri dalam
aktiviti pihak berkepentingan seperti menjadi
wakil Pusat Pengajian dalam seminar, persidangan
dan pertandingan anjuran mereka.

 Pusat Pengajian mempunyai sistem dan


jawatankuasa program akademik yang
menyeluruh yang mendapatkan input daripada
pihak berkepentingan untuk diambil tindakan.

 Program akademik adalah diuruskan dan


dilaksanakan oleh staf akademik dan pentadbiran
yang berkelayakan dan berpengalaman luas,
berkebolehan dalam penyampaian kurikulum,
terlibat dalam aktiviti akreditasi ditahap
226
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

kebangsaan.

 Kandungan kursus yang sentiasa berubah dan


mengikut perkembangan dan keperluan semasa.

 Kaedah pembelajaran yang bersifat pembelajaran


berfokuskan pelajar student centered learning.

 Kandungan kursus yang menetapkan kerja


berkumpulan, mendapatkan maklumat kajian dari
kerja lapangan, berinteraksi dengan pihak luar,
menyediakan penulisan laporan dan tesis sarjana
menjadikan pelajar mempunyai ilmu yang luas
kemahiran aplikasi.

Bidang yang perlu diberikan  Mekanisme untuk memastikan penyepaduan


perhatian fungsi dan kebolehbandingan kualiti pendidikan
diwujudkan bagi program-program yang
dikendalikan di kampus-kampus yang berbeza
lokasinya.
 Jabatan mempunyai satu sistem jawatankuasa
yang menyeluruh, saling berhubungan dan
diinstitusikan, yang bertanggungjawab terhadap
program. Sistem ini patut mengambil kira, antara
lain, perundingan dalaman dan luaran, maklum
balas, analisis keperluan pasaran dan unjuran
kebolehpasaran pekerjaan.
 Jabatan, secara berterusan, mengkaji segala dasar
berhubung keselamatan rekod termasuk
peningkatan penggunaan teknologi elektronik dan
sistem keselamatannya.

 Teraju kepimpinan yang dilantik untuk jawatan-


jawatan tertentu dalam pentadbiran dan
pengurusan perlu diberi latihan secara khusus
sebelum perlantikan supaya dapat mencapai
tahap integriti yang tinggi.

Strategi bagi mengekal dan  Pemantauan, pemurnian dan penilaian berterusan.


meningkatkan kekuatan program  Meggalakkan ahli akademik Pusat Pengajian
membuat aktiviti jaringan industri (industry
227
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

attachment), penyelidikan pasca kedoktoran, bercuti


sabatikal, penglibatan dalam badan- badan
profesional yang berkait dengan operhidmatan
psikiologi dan manusia.
 Menghantar staf sokongan dan akademik menghadiri
bengkel pemantapan kerja yang diadakan setiap
tahun oleh pihak universiti seperti yang ditawarkan
oleh Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dan Unit
Latihan di Pejabat Pendaftar.
 Menggalakan ahli akademik mengikuti latihan seperti
penyertaan dalam penyediaan dan pengajaran kes di
peringkat kebangsaan anjuran KPT.

Langkah-langkah yang telah  Mewujudkan jawatankuasa yang bertanggungjawab


diambil untuk mengatasi bidang menghubungkan program dengan mereka yang
bermasalah berkepentingan.
 Ketidaktelusan tanggungjawab staf. Ini diatasi
dengan tanggungjawab setiap staf disenarai dan
dinyatakan secara bertulis.

 Khusus bagi staf sokongan pula, mereka dihantar


mengikuti semua latihan yang melibatkan
pengetahuan dan kemampuan melakukan prosedur
dan proses teknikal perjalanan sesuatu program akan
membantu perlaksanaan penambahbaikan program
berjalan lancar dan berkesan.

Kesimpulan serta cadangan untuk  Segala hal berkenaan dengan kepimpinan dan
penambahbaikan governans adalah jelas dan teratur di peringkat
program. Walaubagaimana pun program perlu
mengembangkan jaringan dengan pihak
berkepentingan.

Bidang 9 : Penambahbaikan Kualiti Berterusan

Kekuatan program dalam  Jabatan membangunkan satu sistem untuk


mencapai matlamatnya mengkaji semula programnya dari semasa ke
semasa.
 Jabatan mengambil inisiatif mengkaji semula
program, melaksanakan syor, dan merekod
pencapaian dalam penambahbaikan kualiti
program.
 Individu atau unit yang bertanggungjawab
terhadap jaminan kualiti dalaman sesebuah
228
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

jabatan memainkan peranan yang penting dalam


proses dasar jabatan.
 Jabatan mengamalkan semangat penambahbaikan
kualiti berterusan berdasarkan kajian dan analisis
jangkaan, yang mengarah kepada pengemaskinian
dasar dan amalan semasa dengan mengambil kira
pengalaman masa lalu, keadaan masa kini dan
kemungkinan masa depan.
 Sesebuah program pengajian yang baik akan terus
mengamalkan penambahbaikan berterusan
dengan mempastikan bahawa objektif dan kualiti
program dinilai ean ditambah baik.
Untukkmembuat penambahbaikan, penilaian dan
komen dari pelbagai pihak seperti professor
adjung, penilai luar, profesor pelawat, badan
pengajian dan pihak berkempentingan yang lain.

 Penambahbaikan kualiti berterusan di peringkat


Pusat Pengajian Psikologi dan pembangunan
Manusia (PPPPM) mantap kerana disokong oleh
struktur organisasi pusat pengajian yang
bertanggungjawab terhadap penambahbaikan
kualiti berterusan di pusat pengajian dan
menyokong usaha Ketua Jaminan Kualiti Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan FSSK.

 Penglibatan dan sumbangan dari pihak


berkepentingan seperti pelajar, alumni dan
majikan sentiasa diambilkira dari semasa ke
semasa untuk penambahbaikan program
pengajian.

 Dasar, strategi, perancangan, tatacara dan


mekanisma pusat pengajian berhubung semakan
dan pengemaskinian misi, struktur dan
kegiatannya agak memuaskan.

 Antara aktiviti penambaikan yang telah dijalankan


oleh fakulti ialah pelaksanaan Kerangka Kelayakan
Malaysia (KKM/MQF) untuk program pengajian
siswazah.

Bidang yang perlu diberikan  Jabatan menyokong dan saling melengkap dasar,
229
BAHAGIAN D: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 2011

perhatian tatacara dan mekanisme PPT untuk melakukan


kajian semula dan pengemaskinian ke atas
struktur, fungsi, strategi dan kegiatan-kegiatan
teras secara kerap demi memastikan
penambahbaikan kualiti berterusan.

 Meneruskan pelaksanaan sistem pengurusan


kualiti yang berjalan berterusan di semua
peringkat.

 Kegiatan terkini Jawatankuasa di Pusat Pengajian


boleh dipertingkatkan bagi menggalakkan aktiviti
penyampaian pengajaran berkesan, penyelidikan
dan penerbitan yang berkualiti.

Strategi bagi mengekal dan  Pusat Pengajian mengambil langkah yang berkesan
meningkatkan kekuatan program bagi membina satu budaya kualiti melalui aktiviti
di bawah setiap Jawatankuasa Penyelidikan,
Penerbitan, Persidangan, Alumni dan Jaringan
Luar.

Langkah-langkah yang telah  Tahap pendidikan pelajar dipertingkatkan melalui


diambil untuk mengatasi bidang penglibatan mereka dalam aktiviti penyelidikan
bermasalah bersama-sama dengan tenaga akademik di pusat
pengajian.

KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Polisi dan prosedur untuk semua sembilan (9) bidang yang telah dinyata dan dihuraikan di
dalam COPPA telahpun diambilkira. Dalam kebanyakan bidang, polisi-polisi telah diterima pakai
sebagai memenuhi keperluan-keperluan dalam hasil pembelajaran program. Terdapat
beberapa program professional akademik sedang dalam proses pelaksanaan, manakala
sebahagian lagi masih di peringkat awalan. UKM sentiasa mengambil langkah-langkah segera
dalam memastikan keberkesanan kualiti hasil pengajaran- pembelajaran dalam kesemua
program akademiknya, dengan disokong oleh kakitangan akademik yang berkelayakan tinggi,
kecukupan infrastruktur fizikal, dan sumber kewangan. Dari masa kesemasa, penambahbaikan
adalah terus-terusan dilakukan bagi memenuhi sasaran ini. Justeru, cadangan penambahbaikan
untuk setiap bidang telahpun dispesifikasikan secara khusus dalam huraian setiap bidang-
bidang berkenaan.

230

Anda mungkin juga menyukai