Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUSAT BANDAR PUCHONG (1) Kod Sekolah: BBA8258

1. Nama Guru NURUL ILINA SYAZWANI BINTI ZAMURI

PANDUAN DAN ASAS UNTUK


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
MENGURUS MASA

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang langkah demi langkah kea rah pengurusan masa yang lebih
tersusun dan efisien. Seorang eksekutif cemerlang perlu memiliki kemahiran mengurus masa dan
semuanya yang diperlukan ada di sini. Segala aspek dalam pengurusan masa yang baik
termasuk etika masa, sistem pengurusan masa yang tersusun, pengurusan keutamaan,
pengurusan sikap dan sebagainya dijelaskan secara komprehensif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan cara mengurus masa ialah :-


a) Membuat Jadual Waktu
Jadual waktu yang dibuat memudahkan kita untuk merancang masa dengan sebaiknya.
Dengan membuat jadual waktu setiap saat masa yang terluang itu dapat dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, guru tidak akan stress kerana semua aktiviti yang
akan dibuat semuanya disusun secara teratur dan guru dapat laksanakannya dengan sebaik
mungkin mengikut susunan keutamaan yang telah dibuat.
b) Jangan Bazirkan Masa
Di dunia teknologi yang penuh dengan cabaran ini, kebanyakan individu banyak
menghabiskan masa dengan gajet masing-masing. Terlalu banyak aplikasi yang disertai
seperti Whatsapp, Facebook, Telegram, Instagram, WeChat dan lain-lain. Kadang kala, kita
terlalu fokus kepada gajet-gajet tersebut sehingga kerja yang perlu diutamakan terabai. Oleh
hal yang demikian, jika kita sedang bekerja, sebaiknya tutup aplikasi-aplikasi tersebut supaya
kita boleh fokus terhadap kerja yang perlu diutamakan. Melalui cara ini, secara tidak langsung
masa dapat dijimatkan dan tidak akan berlau pembaziran masa.
c) Bijak Membuat Keputusan
Seseorang individu akan bijak membuat keputusan apabila tidak ada istilah tangguhkan kerja
untuk dilaksanakan. Apa-apa kerja yang diberi walaupun tarikh siapkannya masih lambat lagi,
jangan lengah-lengahkan. Teruskan buat dengan segera supaya tidak akan berlakunya
insiden pertindihan kerja yang akhirnya akan membuatkan seseorang itu menjadi stress.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Salah satu cara untuk diaplikasikan dalam pembelajaran adalah dengan mengajar murid untuk
membuat jadual harian dan mintak mereka aplikasikannya di dalam kehidupan seharian sebagai
seorang murid. Manakala, tugas guru pula adalah untuk memantau sama ada adakah murid
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL ILINA SYAZWANI BINTI ZAMURI) (ARIFIN BIN AWANG)

Anda mungkin juga menyukai