Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan Islam merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan gejala sosial
dan melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Penekanan ini bertujuan untuk membangun dan
melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merealisasikan fungsi kemanusiaan
sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Masalah sosial merupakan satu fenomena
yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dalam masyarakat pada masa kini. Saban hari,
berita mengenai pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku dalam masyarakat sering dipaparkan di
dalam televisyen dan terpampang pada dada akhbar. Masalah sosial mempunyai pengertian
yang luas, bukan hanya mencakup permasalahan kemasyarakatan tetapi juga permasalahan
dalam masyarakat yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan.

Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat pelosok sarwajagat
mengenai isu berzina yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat terutamanya
golongan remaja. Gejala sosial ataupun masalah sosial mengenai berzina yang berlaku pada
masa kini berada pada satu tahap yang membimbangkan. Pelbagai pihak merasa resah dan
gelisah dengan gejala berkenaan kerana dalam tempoh jangka masa yang panjang, ia akan
memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

Namun begitu, setiap masalah perlu diselesaikan, setiap penyakit mestilah dapat
disembuhkan melalui ubat yang bertindak sebagai agen pencegahan dan penawar. Sistem-
sistem kehidupan dalam agama Islam yang telah disediakan berlandaskan al-Quran dan hadis
iaitu sistem akhlak, masyarakat, politik, ekonomi, pendidikan, dan jinayah membantu dalam
usaha membanteras gejala berkenaan daripada terus membelenggu dan mempengaruhi
pemikiran umat Islam di Malaysia. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa solusi dalam
sistem kehidupan agama Islam yang bersesuaian untuk menangani isu berkenaan iaitu daripada
aspek sistem akhlak, masyarakat, dan pendidikan.

1
2.0 ISU SEMASA MENGENAI ZINA

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum pada tahun 2018, hasil kajian
menunjukkan statistik penglibatan golongan remaja sama ada di peringkat sekolah atau institusi
pendidikan dalam salah laku seks ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan yang tinggi
dalam masyarakat. Kebimbangan ini didasari oleh ketirisan nilai moral dan akhlak dalam
kalangan pelajar yang semakin berleluasa. Pelajar atau remaja masa kini sudah tidak risau
tentang apakah kesan yang bakal mereka hadapi di kemudian hari apabila terlibat dengan gejala
zina. Menurut Mariani dan Hamidah (2005), apa yang lebih membimbangkan adalah peratusan
remaja Melayu yang melakukan hubungan seks bebas juga meningkat sejak sedekad lalu.
Majoriti remaja yang terlibat adalah orang Melayu iaitu sebanyak 65%. Malah peratus ini juga
menunjukkan mereka adalah yang beragama Islam.

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohamad Faizal & Mohd Zaki
(2014), terdapat beberapa faktor yang menerangkan dan menunjukkan punca utama yang
mempengaruhi pelajar-pelajar, atau pun remaja untuk menjebakkan diri ke dalam gejala zina,
iaitu faktor ibu bapa, pegangan agama yang longgar, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh
teknologi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting yang lebih menyeluruh untuk
memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang positif. Namun begitu, ibu
bapa masa kini terlalu berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak.
Sehinggakan ada di antara ibu bapa yang membiarkan anak menonton video lucah dan secara
tidak langsung mereka mendedahkan unsur kelucahan pada anak-anak.

Seseorang yang terjebak dengan seks bebas, kebanyakannya adalah ekoran daripada
gejala berkhalwat atau duduk berduaan dalam keadaan yang sunyi antara lelaki dan perempuan.
Sudah terang lagi bersuluh, terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen mengenai kisah
remaja yang ditangkap khalwat di hotel, dalam kereta dan sebagainya terutamanya semasa ada
sebarang sambutan atau perayaan. Islam melarang seseorang lelaki bersunyi-sunyian antara
lelaki dan wanita sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Umar al-Khattab bahawa
Nabi SAW ada bersabda,
Maksudnya: “Janganlah seseorang kamu bersunyi-sunyian dengan seorang wanita, kerana
ketika ini syaitan menjadi orang ketiga antara kamu berdua (yang akan mendorong untuk
melakukan maksiat)”. Di samping itu, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim juga biasanya akan membenarkan rangsangan-rangsangan seperti bersentuhan,
berpelukan dan bercumbuan yang akhirnya membawa kepada penzinaan.

2
Allah berfirman dalam QS. Al-Isra’ ayat 32 yang berbunyi:

‫الزنَا ت َ ْق َربُوا َو َل‬


ِّ ۖ ُ‫احشَة َكانَ ِّإنَّه‬
ِّ َ‫سا َء ف‬
َ ‫سبِّيل َو‬
َ
Ertinya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk“.

3.0 CARA MENGATASI ISU BERDASARKAN SISTEM KEHIDUPAN DALAM ISLAM

Sistem kehidupan dalam Islam merupakan sistem terbaik untuk umat manusia. Hal ini demikian
kerana, Islam mempunyai banyak keistimewaan khusus yang membawa kepada kesempurnaan
Islam. Antaranya, Rabbani iaitu menjalin hubungan yang baik dengan Allah SWT dan sekaligus
mendapatkan keredaannya, Syumul yang bermaksud menyeluruh dan Universal iaitu tiada batas
waktu, tidak terikat kepada bangsa tertentu, tiada memilih budaya atau warna kulit dan
merupakan sebuah tamadun yang menyeluruh dari segi penyertaan serta skopnya.

Allah berfirman:

‫علَ ْي ُك ْم َوأَتْ َم ْمتُ دِّينَ ُك ْم لَ ُك ْم أ َ ْك َم ْلتُ ْاليَ ْو َم‬ ِّ ْ ‫دِّينا‬


ِّ ‫اْلس َْل َم لَ ُك ُم َو َر‬
َ ‫ضيتُ نِّ ْع َمتِّي‬
Maksudnya: “… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redai Islam sebagai agama bagimu …”
[Al-Maa-idah: 3]

Isu ini dapat dicegah melalui salah satu sistem kehidupan yang terdapat dalam agama
Islam iaitu sistem akhlak. Pendekatan al-Quran yang utama dalam meningkatkan kualiti akhlak
modal insan dengan akhlak mahmudah ialah mewujudkan teladan sebagai rujukan utama dalam
menerapkan akhlak mahmudah dalam diri. Pewujudan teladan oleh al-Quran merupakan salah
satu kaedah yang cukup kuat pengaruhnya kerana al-Quran bukan sekadar ayat-ayat yang
dibaca dan didengari, tetapi al-Quran diterjemahkan pada diri Nabi Muhammad SAW sebagai
role model dalam kehidupan umat Islam. Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21:

‫سو ِّل فِّى لَ ُكم َكانَ لَ َقد‬ ٰ ‫سنَة اُس َوة‬


ُ ‫ّللاِّ َر‬ َ ‫ّللا يَر ُجوا َكانَ ِّل َمن َح‬ ٰ ‫ّللاَ َو َذ َك َر‬
َ ٰ ‫ال ِّخ َر َواليَو َم‬ ٰ ‫ؕ َكثِّيرا‬

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik (uswah hasanah), iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam
masa susah dan senang).

3
Pewujudan teladan ini amat penting dalam pembentukan modal insan yang cemerlang.
Ikutan kepada sunnah Rasulullah SAW sebagai teladan menjadikan seseorang itu membangun
selari dengan kehendak al-Quran. Pembentukan akhlak yang mengambil Rasulullah SAW
sebagai teladan akan memperlihatkan modal insan yang cemerlang disebabkan Rasulullah SAW
merupakan penterjemahan kepada al-Quran itu sendiri. Kewibawaan Rasulullah SAW dan
ketokohan Baginda menjadi sebutan di bibir masyarakat. Lihatlah bagaimana sejarah
menggambarkan Rasulullah SAW dengan ciri-ciri yang baik, akhlak yang mulia dan sikap yang
pemurah. Di samping itu, ketokohan dan kewibawaan pada personaliti yang dimiliki oleh
Rasulullah SAW telah memukau ramai pemerhati sejarah zaman berzaman merentasi sempadan
kepercayaan dan keimanan. Oleh hal yang demikian, dengan mencontohi akhlak dan
keperibadian mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, gejala zina yang merebak dalam kalangan
remaja dapat dihindarkan.

Selain itu, sistem masyarakat juga berupaya untuk mencegah gejala berzina daripada
terus berleluasa iaitu dengan meletakkan dan menentukan kedudukan wanita yang sewajarnya
dalam masyarakat tanpa dipengaruhi oleh kehendak-kehendak hawa nafsu. Islam menganggap
masalah wanita sebagai masalah yang serius dan paling penting sekali sehingga menganggap
buruk dan baiknya sesuatu masyarakat bergantung kepada sejauh mana buruk dan baiknya sikap
dan keperibadian wanita. Maksudnya buruk dan baik wanita dalam masyarakat adalah banyak
memberi kesan terhadap masyarakat keseluruhannya. Kalau wanita-wanita itu baik maka
kembali kebaikannya kepada masyarakat seluruhnya dengan melahirkan generasi-generasi yang
baik bersifat amanah, bertanggungjawab dan berakhlak tinggi yang membawa masyarakat itu
aman, damai, sejahtera dan bahagia.

Sebaliknya buruknya wanita dalam masyarakat membawa kesan yang negatif pada
keseluruhan anggota masyarakat dengan menghasilkan generasi bersifat kurang ajar, tidak
sopan dan rosak moral. Oleh sebab itu, dalam masyarakat Islam telah menetapkan hak-hak
wanita dengan sempurna, tanpa dikurangi sedikit pun hak-hak tersebut. Islam telah memuliakan
wanita dan meletakkannya ke darjat yang lebih tinggi. Al-Quran telah menjelaskan bahawa wanita
adalah satu unsur yang turut bergiat dalam membangunkan masyarakat serta menjaga keutuhan
dan kesejahteraan umat. Islam memerintahkan supaya kita memuliakan wanita, baik sebagai
anak, sebagai isteri atau sebagai ibu. Islam memuliakan wanita sebagai isteri sebagaimana yang
dinyatakan nas berikut. Sabda Nabi s.a.w:

4
Maksudnya: “Sebaik-baik kesenangan di dunia ini ialah isteri yang soleh, kalau engkau melihat
kepadanya, maka engkau merasa gembira dan kalau engkau berpergian, maka ia menjaga nama
baikmu.”

Islam juga memuliakan wanita sebagai ibu pula adalah sebagaimana yang diterangkan oleh nas-
nas berikut:

Maksudnya: “Dan kami memerintahkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada ibu
bapanya. Ibunya menghamilkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah
payah.”

Antara punca utama berlakunya gejala zina adalah apaila wanita leka dan tidak
mengambil berat mengenai isu aurat. Menutup aurat merupakan suatu tuntutan syariat terhadap
wanita muslimah kerana ia merupakan fitrah semulajadi yang ada pada diri setiap individu
muslimah. Tuntutan menutup aurat bagi wanita muslimah bertujuan memelihara ketinggian nilai
wanita dan membezakan mereka dengan wanita-wanita lain yang tidak mementingkan nilai
kemuliaan. Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di
beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman:

ِّ ‫ضضْنَ ل ِّْل ُمؤْ مِّ نَا‬


‫ت َوقُ ْل‬ ُ ‫اره َِّّن مِّ ْن يَ ْغ‬
ِّ ‫ص‬ ْ ‫ظ َه َر َما ِّإ َّل ِّزينَت َ ُه َّن يُ ْبدِّينَ َو َل فُ ُرو َج ُه َّن َويَحْ ف‬
َ ‫َظنَ أ َ ْب‬ َ ‫علَى ِّب ُخ ُم ِّره َِّّن َو ْليَض ِّْربْنَ مِّ ْن َها‬
َ
‫ُجيُوبِّ ِّه َّن‬

Maksudnya: Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan
mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan
mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung
ke dadanya… (al-Nur: 31)

Di samping menutup aurat, pandangan juga perlu dijaga semasa pertemuan empat mata
dengan ajnabi. Seperti yang kita semua maklum, setiap perkara yang dilaksanakan pasti akan
ada hukum-hukumnya. Perkara ini juga tidak terkecuali dalam pergaulan seharian kita. Hukum
asal pergaulan dalam Islam adalah harus. Pergaulan sesama manusia adalah dituntut. Jika untuk
tujuan tertentu seperti menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad atau apa sahaja
yang memerlukan pengembelan tenaga antara wanita dan lelaki. Tetapi di dalam pergaulan
haruslah mematuhi adab-adab yang telah digariskan oleh syarak. Perintah menundukkan atau
menjaga pandangan juga disebutkan dalam tafsir ulama Ibnu Katsir berikut:

‫عليهم حرم عما أبصارهم من يغضوا أن المؤمنين لعباده تعالى هللا من أمر هذا‬، ‫ إليه النظر لهم أباح ما إلى إل ينظروا فل‬، ‫يغضوا وأن‬
‫المحارم عن أبصارهم‬

5
Maksudnya: “Ini adalah perintah dari Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk
menjaga (menahan) pandangan mereka dari hal-hal yang diharamkan atas mereka. Maka
janganlah memandang kecuali memandang kepada hal-hal yang diperbolehkan untuk
dipandang. Dan tahanlah pandanganmu dari hal-hal yang diharamkan.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/41)

Oleh itu, apabila hak dan keistimewaan wanita diangkat, mereka akan rasa lebih dihargai,
dihormati dan disegani yang mana perkara ini akan mengurangkan risiko lambakan wanita yang
terlibat dalam gejala zina. Wanita juga perlu berhati-hati dengan sebarang tipu dan muslihat lelaki
yang cuba untuk menggoda dan mendorong melakukan zina. Oleh kerana itu, wanita diwajibkan
untuk menjaga aurat dan pandangan supaya gejala zina dapat dikurangkan.

4.0 RUMUSAN

Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadiyang
melanda golongan remaja pada hari ini amat mencemaskan. Tindakan yang diambil untuk
menyekat perkara ini sedah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Walaupun sudah banyak
kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku remaja tetapi
kajiantersebut hanya tertumpu kepada punca masalah dan kebiasannya bersifat umum.
Disebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan untuk membendung masalah ini tidak
lagi terfokus. Meskipun ada cadangan untuk mengatasi masalah ini, namun kesemuanya hanya
berakhir dimeja perbincangan, forum atau seminar sahaja. Sememangnya ada program yang
dirancang untuk golongan remaja tetapi ia tidak memberikan kesan yang sepenuhnya kerana
remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakalmencorak masa depan negara.

Namun demikian, masalah akhlak dikalangan remaja adalah salahsatu daripada ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang bakal merugikan negara dalam jangka masa panjang.
Justeru itu, setiap masyarakat perlulah bersatu padu bergabung tenaga mencegah dan
membanteras penyakit sosial seperti kata pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat”. Pihak kerajaan juga perlu lebih peka dengan menganjurkan pelbagai ceramah
ataumotivasi serta mengadakan kem jati diri agar mereka dapat lebih maklumat berhubung gejala
ini dan sedar apa akibat yang akan ditanggung apabila melakukan perbuatan yang terkutuk ini.
Dengan usaha yang dilakukan secara bersama-sama, diharap sedikit sebanyak dapat
mengurangkan gejala berzina daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara
Malaysia.

6
RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. (2009). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Selangor, Intel
Multimedia and Publication.

Al-Luwaihiq, Abdul Rahman bin Mu‟alla. (2006). Mushkilah al-Ghuluw Fi al-Din Fi ‘Asr al-Hadhir.
Beyrut: Muassasah al-Risalah.

Al-Quran al-Karim.

Arieff Salleh Rosman. (2001). Murtad Menurut Perundangan Islam. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Hashim Mehat. (1991). Malaysian Law & Islamic Law On Sentencing. Kuala Lumpur: International
Law Book Services.

Hashim Yeop A. Sani. (1980). Our Constitution. Kuala Lumpur: The Law Publishers (M) Sdn. Bhd.

Hawwa. (1992). Al-Islam: Syahadah dan Perkara-perkara yang Membatalkannya. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Muhammad Isa Selamat. (1998).Zina, Kesan dan Kisah Mengenainya. Kuala Lumpur: Darul
Nu’man.

Said Ibrahim. (1998). Jenayah Zina Menurut Perspektif Syarak Dan Perundangan Islam. Kuala
Lumpur: Darul Ma‟rifah.

Ziyad Muhamadan Hamidan. (2004). Maqasidal-Shariah al-Islamiah. Beirut: Muassasah al-


Risalah

7
LAMPIRAN SATU

Anda mungkin juga menyukai