Anda di halaman 1dari 45

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 9:02:00 PM

JENIS-JENIS PERGERAKAN

1. HANTARAN

Terdapat berbagai-bagai cara menghantar atau melontar bola. Ia bergantung kepada


beberapa faktor seperti jarak antara pemain, kedudukan penghalang dan kecekapan
pemain. Bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri dengan menggunakan
sebelah atau dua belah tangan. Hantaran bola boleh dilakukan secara menolak, melontar,
meleret atau melalui kepala. Apabila menghantar bola, mestilah wujud persefahaman di
antara yang menghantar dan yang menerima lontaran. Jika bola yang dihantar tidak dapat
ditangkap, bererti lontaran tersebut adalah kurang baik.

1.1 Hantaran Aras Bahu

Hantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini dapat dilontar dengan
lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan cara ini sukar untuk dipintas atau direbut
dengan mudah oleh pihak lawan. Hantaran ini, jika dilakukan dengan teknik yang betul,
akan menjadi lebih kuat, cepat dan tepat.Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan
penerima. Perhatikan teknik-teknik hantaran yang betul sebelum anda mahir dalam
permainan ini.

Teknik hantaran pada aras bahu

(a) Pegang bola di atas tapak tangan kanan

(b) Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi kepada
pergerakan kaki kanan
(c) Berat badan berada di atas kaki kanan

(d) Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan

(e) Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran

(f) Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau ‘flick’

(g) Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar

(h) Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerakan ‘whip’ pergelangan tangan dan jari

1.2 Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidka begitu
jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera.

Teknik hantaran aras dada

(a) Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.

(b) Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan
dan siku juga hendaklah dalam kedudukan seimbang

(c) Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri ke hadapan.

(d) Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.

(e) Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak
dengan kekuatan lontaran bola.

1.3 Hantaran Sisi / Bawah Bahu


Hantaran ini boleh dibuat rendah ke bawah jika penghalang meluruskan tangannya ke
hadapan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua
tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola baling. Bagaimanapun
hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadang-kadang sukar
menerimanya.

Teknik hantaran sisi / bawah bahu

(a) Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu

(b) Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang.

(c) Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan
dari kaki belakang ke kaki hadapan.

1.4 Hantaran Atas Kepala (Lob)

Hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam sukan bola
sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bola jaring.
Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat dihadang atau dihalang oleh pemain
lawan. Untuk membuat hantaran lob, pemain yang ingin membuat hantaran perlulah
melontarkan bola setinggi yang boleh ke arah ahli pasukannya yang lain.

Teknik hantaran bola lob

(a) Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan
dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu.

(b) Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke
hadapan sambil siku diluruskan.
(c) Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala.

(d) Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya
berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.

1.5 Hantaran Lantun

Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu
kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini
rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang
membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua
tangan tetapi selalunya dengan menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola
mejadi lebih stabil, cepat dan tepat.

Teknik hantaran lantun

(a) Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada

(b) Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun
semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya.

(c) Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran bahu, tetapi
pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut.
Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.

2. GERAKAN KAKI
Dalam permainan bola jaring, gerakan kaki merupakan salah satu kemahiran penting yang
perlu ada bagi semua pemain. Untuk meningkatkan kemahiran ini, seseorang pemain
mestilah boleh berlari dengan laju dan pada jarak yang berbeza. Dia perlulah mempunyai
ketangkasan untuk menukar haluan secara serta-merta sambil memecut. Terdapat
beberapa cara di mana gerakan kaki boleh digunakan dalam permainan bola jaring.

Kemahiran gerakan kaki juga selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki di sini
bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia melompat atau melonjak
semasa menghantar dan menjaring bola. Pemain-pemain yang dapat menguasai kemahiran
ini akan mempunyai kelebihan di mana mereka dengan mudah dapat mengelakkan diri
daripada dikawal oleh pemain lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima bola
ataupun membuat jaringan.

Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola sama ada
daripada hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pemain lawan. Pertama,
mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan kedua, mendarat menggunakan kedua
belah kaki.

2.1 Mendarat Atas Sebelah Kaki

(a) Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri.
Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang
mula mendarat tadi memijak lantai semula.

(b) Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki
yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan
memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi
kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.
2.2 Mendarat Atas Dua Belah Kaki

Selepas menerima bola, pemain boleh:

(a) Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta membaling
bola.

(b) Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan
kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah dibaling
kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula.

(c) Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai paksi
untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi sebelum
menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain
yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola
akan dihantar.

3. KAWALAN

Semua pemain perlulah mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai
pertahanan. Biasanya, pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang
sementara pasukan lawannya dianggap pasukan pertahanan. Maka, setiap pemain perlu
mahir menangkap dan melontar bola.

Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari
ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri
daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan
semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklahdilakukan dengan pantas. Pemain yang
menerima hantaran pula juga hendaklah pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi
pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada dihalang oleh lawan.

Ketika bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat


hantaran atau jaringan. Sebagai pasukan yang membuat pertahanan, setiap pemain akan
mengawal lawan masing-masing dan seboleh-bolehnya cuba untuk merampas semula
penguasaan bola. Lazimnya, kawalan dilakukan secara satu lawan satu di mana setiap
pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan. Apabila mengawal dan
menghalang, pemain hendaklah menjangkakan arah atau haluan bola yang akan dilontar.
Ini termasuklah juga menjangkakan kepada siapa dalam pasukan lawan bola tersebut akan
dihantar.

3.1 Cara Mengawal

Teknik mengawal juga penting dalam permainan ini:

(a) Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri berhadapan dengan pemain
yang menyerang. Jarak kedua-dua pemain ialah 1.3 meter diletakkan di belakang atau rapat
dengan badan.

(b) Pemain hendaklah menoleh ke belakang sekali-sekala bagi memerhatikan di mana bola
berada di samping terus mengawal pemain lawan masing-masing.

(c) Pemain dibolehkan menghulurkan tangan untuk cuba menghalang bola


sambil bergerak ke arahnya, dengan syarat jarak antara pemain pertahanan dengan
pemain penyerang adalah pada jarak yang dibenarkan.

(d) Dalam apa jua cara mengawal, pemain tidak dibenarkan menyentuh pihak lawan.
Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang boleh menggunakan
sebelah atau dua belah tanganya yang dihulurkan ke arah tangan pemain lawan (Rajah 3.1)
supaya ia berada di antara jarak balingan dan arah jarak balingan itu. Undang-undang
gerak kaki mesti dipatuhi dalam cara kawalan ini.

3.2 Mengawal Zon

Tujuan mengawal cara begini ialah untuk mengawal sesuatu kawasan bermain bagi
mengelirukan pihak lawan dan dalam pada masa yang sama mengucar-ngacirkan strategi
pasukan penyerang. Cara ini akan membantu pasukan pertahanan merampas bola
daripada pihak lawan. Kawalan cara ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian
gelanggang tetapi biasanya

dilakukan di bahagian tengah dan pertahanan dalam bulatan jaringan.

4. MENJARING

Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam sukan ini. Setiap pemain perlu mahir
membuat jaringan. Walaupun hanya terdapat dua orang pemain yang dibenarkan membuat
jaringan iaitu GA dan GS, namun pemain-pemain lain juga perlu mempunyai kemahiran ini.
Ini kerana, adakalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan dia perlu diganti
dengan pemain yang lain.

Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam bulatan


jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola, kedudukan
penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran membuat
jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring. Kawasan jaringan
hanya boleh diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK, dan GD sahaja. Tetapi hanya GS dan
GA yang boleh membuat jaringan, sementara yang dua lagi bertindak sebagai penghalang
daripada pasukan lawan.
Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring
yang baik, seseorang pemain mestilah pantas, cekap dan berhati-hati. Penjaring haruslah
pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang dihantar kepadanya.

Terdapat beberapa cara jaringan boleh dibuat. Antaranya ialah jaringan statik sebelah
tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari.

5. JARINGAN STATIK SEBELAH TANGAN

(a) Dengan cara ini, pemain berdiri seimbang dengan berat badannya di atas kedua belah
kaki sementara tangan yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit.

(b) Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan terhulur ke atas dengan jari
dibuka dan bola berada di atas jari dan ibu jari (bukan di tapak tangan).

(c) Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada sama tinggi dengan paras
kepala (atau lebih) dan menumpukan perhatian ke satu arah di bulatan jaringan.

(d) Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan bawa bola ke paras muka, dan serentak
dengan ini, bengkokkan lutut.

(e) Kemudian luruskan lutut dan tolak bola dengan tangan ke arah jaringan.

5.1 Menjaring Sambil Melompat

Cara ini sama juga dengan cara menjaring berdiri statik.Cuma bezanya ialah apabila hendak
membuat jaringan, penjaring akan melompat dan melepaskan bola ke jaring. Kedudukan
badan, kaki dan tangan adalah sama seperti membuat jaringan statik. Kelebihan jaringan
cara ini ialah memberi peluang kepada penjaring merapatkan diri dengan gol menerusi
lompatannya.

5.2 Menjaring Sambil Berlari

Untuk membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak kaki mestilah dipatuhi.
Apabila membuat jaringan, pemain mestilah memastikan laluan ke arah tiang gol lapang
dan tidak dihalang oleh pihak musuh supaya memudahkannya menuju ke arah tiang gol.
Caranya ialah pemain melompat dengan kaki yang bertentangan dengan tangan yang
memegang bola dan melepaskan bola sambil melompat. Gerakan ini penting dalam
kemahiran menjaring cara ini. Kelebihan menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat
dengan pantas dan menyukarkan pemain lawan membuat halangan. Namun menjaring
dengan teknik ini memerlukan gabungan kepantasan dan ketepatan yang betul-betul tinggi.
Ini dapat dicapai dengan latihan yang berulang-ulang.

6. LOMPATAN (LONJAKAN)

Kemahiran melompat atau melonjak mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana
sering terdapat pemain yang tidak dapat melompat dengan betul. Melompat merupakan
unsur penting dalam sukan ini lebih-lebih lagi apabila pemain berhadapan dengan pihak
lawan yang lebih tinggi.

Teknik lompatan

(a) Kelajuan berlari hendaklah ditingkatkan supaya dapat mencapai ketinggian lompatan
yang maksimum.

(b) Semasa melompat, kepala mesti lurus ke atas dan tangan dihulurkan ke atas untuk
menangkap.
7. LONTARAN KE DALAM

Lontaran atau hantaran ke dalam dibuat apabila bola terkeluar dari kawasan gelanggang.
Apabila bola terkeluar, pasukan yang tidak menyentuh bola semasa ia keluar gelanggang
akan membuat lontaran ke dalam. Tujuannya ialah untuk meneruskan semula permainan
yang terhenti itu.

Berikut adalah beberapa peraturan dalam membuat lontaran ke dalam:

(a) Pemain yang akan membuat lontaran berdiri di luar gelanggang dengan

meletakkan sebelah kakinya berhampiran dengan garisan (jangan berdiri di

atas garisan atau memijaknya).

(b)Tunggu isyarat daripada pengadil. Pada masa yang sama, perhatian hendaklah
ditumpukan kepada pemain yang bakal menerima bola.

(c)Apabila pengadil meniupkan wisel, pemain berkenaan dibenarkan membuat lontaran


dalam tempoh tiga saat.

(d)Pemain tidak dibenarkan memasuki gelanggang sebelum lontarannya terlepas daripada


pegangannya.

(e)Pasukan lawan dibenarkan membuat halangan kepada pemain yang sedang bersedia
untuk melontarkan bola masuk ke dalam gelanggang dengan syarat dia memenuhi
peraturan jarak ketika membuat halangan.

8. STRATEGI PERMAINAN
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi
menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk
memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat
jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi
mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran
tengah, hantaran ke dalam atau lambungan.

Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat


memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif
diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak,
strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

8.1 Strategi Untuk Hantaran Tengah

Strategi I

Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari
pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik
sahaja pengadil meniupkan wisel.WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang
sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran
ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada
dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.

Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran
tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain
hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat
menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas.

8.2 Strategi Hantaran ke Dalam


Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan
mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??)

Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan
pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama
hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai
penyerang untuk melaksanakan strategi ini.

Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini
dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola
kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2
(gerakan ini hendaklah pantas).

Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya.
Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran
daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada
mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.

8.3 Strategi Pertahanan

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat
dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan
merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada
menyerang.
SIRI SUKAN PERMAINAN1 : KEMAHIRAN DALAM BOLA
BALING

Bola baling (handball) adalah permainan yang memerlukan


pelbagai kemahiran untuk mencapai sasaran kemenangan dan
permainan yang cantik dan menarik. Berikut adalah beberapa
kemahiran dalam bola baling.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengacah
7. Mengadang
8. Menjaring
9. Menjaga gol

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA


Kemahiran menghantar bola adalah asas utama dalam
permainan bola baling. Kemahiran permainan ini menyerupai cara-cara
yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis
hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran aras dada
b) Hantaran bahu
c) Hantaran lantun
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi

HANTARAN ARAS DADA


Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola
keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan
bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut
lajak di akhir tolakan.

Hantaran aras dada

HANTARAN BAHU
Cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh dan serangan
balas secara mengejut (counter-attack). Kelebihan cara ini ialah
persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala
hantaran atau memusingkan badannya.
Hantaran bahu

HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Dengan
melatunkan bola. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh
pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya
dilakukan dengan sebelah tangan.

Hantaran lantun

HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola
keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk
menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat
hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada
pihak lawan.

HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak
dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk
menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi
dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan
pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai
tapak tangan yang besar.

Hantaran sisi

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal,


mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus
mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang
berkedudukan relaks. Tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat
tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh
rakan. Tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau
hantaran yang tepat atau sempurna.

CARA MENANGKAP BOLA


1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-
bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola
itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk
menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa
dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah


Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya
dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju
kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

Tangkapan bola rendah

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan


Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola
tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan
semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola
sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,
keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di
belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi


Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola
hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah
lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah
tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat,
bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya
dengan lebih kemas.

Tangkapan bola tinggi

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

Jaringan dari Atas Kepala


Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah
dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga
paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan
oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau
berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan
membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan
dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang
bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas
membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan


Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol.
Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada
pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi
kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah.
Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya
melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke
sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari
atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat
ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat
jaringan. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak
gol diperoleh daripada jaringan ini khususya selepas serangan pantas.
Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada
di puncak lompatan.

Lompat dan menjaring

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:


1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini
pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil
membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara
jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat
penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti
berikut:
1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang
membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan
pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek
ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol,
maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha


Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia
memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima
bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-
merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas.
Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh
penjaga gol atau pemain pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gol dan


membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan
lawan.Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke
sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi
Penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang
mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada
arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki
kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri.
Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan
dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di
bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan
secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh


Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh
pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik,
hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya
dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-
dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya
dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

Jaringan menjunam dan jatuh

Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut
undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau
melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3
saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola.
Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan
kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat
jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang
telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya
keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan
mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan
yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain
lawan ketika terjadi serangan pantas.
Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola
hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah
tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Jaringan voli

KESIMPULAN
Kemahiran asas yang terdapat dalam bola baling ialah berlari,
melompat, hantaran bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan
tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas
ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya.
Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang
diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan
sebagai daya dan siku sebagai fulkrum. Dalam kemahiran menangkap
bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton
Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk
mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku.
Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring
ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola
dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki
mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat.
Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya
kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan
kecederaan berlaku kepada pemain.

BIBLIOGRAFI
BUKU RUJUKAN
1. Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah
Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem
Pelajaran Sdn. Bhd.
3. Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of
America. Human Kinetics, Inc.
4. Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas
Permainan. Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
5. Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
LAMAN WEB
1. http://www.wikipedia.com
2. http://www.tutor.edu.com
Ansur Maju Kemahiran Bola Jaring

7:15 AM Mat King 1 comment

E. ANSUR MAJU DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

9.1 Ansur maju/latihan menghantar bola

Hantaran dada

(a) Buat satu tempat sasaran pada tembok. Berdiri dalam jarak 3 meter dari tempat
sasaran. Lakukan 10 kali hantaran bola secara hantaran aras dada.

Rajah 21: Latihan aras dada menggunakan tembok ke sasaran

Setiap hantaran yang tepat mengenai sasaran, pemain dianggap memperoleh dua mata.
Pastikan kamu memperolehi 20 mata selepas membuat 10 hantaran.

(b) Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara
hantaran dada bergabti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang kamu buat
dalam jangka masa tersebut.

(c) Latihan-latihan di atas boleh diulang menggunakan hantaran:

§ Hantaran aras bahu

§ Hantaran lantun

§ Hantaran aras kepala

§ Hantaran rendah/sisi/bawah

§ Hantaran sisi

§ Hantaran lob

§ Hantaran peluru

§ Hantaran bawah bahu

Lob
(a) Berdiri pada jarak lima meter dari rakan kamu. Minta seorang seorang lagi rakan kamu
berdiri di tengah-tengah jarak tersebut. Buat hantaran lob melepasi kepala rakan kamu
yang berada di tengah. Ulang hantaran sebanyak 30 kali sacara bertukar ganti.

Rajah 22: Latihan lob dengan penghalang tanpa mendepakan tangan

(b) Kamu dan rakan-rakan kamu berkedudukan seperti di atas. Semasa hendak melakukan
hantaran, pemain yang berada di tengah-tengah mendepakan tangan seolah-olah hendak
menghalang hantaran bola. Bola yang dihantar hendaklah melepasi halangan dan dapat
disambut oleh rakan kamu.

Rajah 23: Latihan lob dengan penghalang mendepakan tangan

9.2 Ansur maju/latihan menangkap bola

(a) Lakukan latihan secara berkumpulan lebih kurang 2-3 orang pemain. Dengan
menghadap tembok, seorang pemain melontar bola ke tembok dan biarkan bola itu
melantun ke arah pemain lain. Pemain itu akan cuba menangkap bola yang melantun ke
arahnya.

Rajah 24: latihan menangkap bola menggunakan tembok

(b) Buat latihan secara berpasangan. Anggarkan jarak antara kamu dan rakan kamu dalam
3 meter. Suruh rakan lontar bola ke arah kamu dan cuba tangkap bola itu. Lakukan latihan
secara berulang-ulang selama 30 saat. Cacatkan jumlah tangkapan yang kamu buat dalam
30 saat.

9.3 Ansur maju/latihan menjaring gol


(a) Buat sepuluh kali aktiviti menjaring dari pelbagai kedudukan di sekitar kawasan gol.
Cuba lakukan jaringan seberapa pantas yang boleh. Catatkan jumlah jaringan gol yang
kamu buat dalam 15 percubaan.

Rajah 25: Buat aktiviti menjaring dari kedudukan yang berlainan

(b) Lakukan aktiviti menjaring dalam masa 30 saat. Pilih kedudukan yang berlainan di
sekitar kawasan gol kemudian catatkan jumlah jaringan yang kamu buat dalam masa 30
saat.

(c) Buat aktiviti secara berpasangan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B. Pemain
B menangkap bola yang dihantar kepadanya dan terus membuat jaringan dengan
menggunakan bola yang dipegang (yang ditangkap tadi).

Tingkat latihan ini dengan meletakkan seorang pemain untuk menghalang jaringan yang
dibuat.
Kemahiran Bola Baling

PENGENALAN

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah
suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball
serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di
negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.

Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain
sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam
permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia
diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball.
Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh
Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING

Peringkat Kebangsaan (Malaysia)

Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan
guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai
Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti
Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik
Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah
ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek
pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan
untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan
menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi
perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik
telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali
pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan
anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan
Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil
bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan
Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei
Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti
Leipzig, Jerman.

Peringkat Sekolah dan Maktab

Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk
melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan
kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada
tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil
permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi
pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur.

Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan
dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai 45
orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan
kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di kalangan
penuntut maktab.

PERALATAN PERMAINAN

PENGENALAN

Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang
diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan).
Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN

PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)


Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh
merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau
berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat
bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang
permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah.
Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi
dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari
tepi dalam tiang gol.

Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol.
Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4
meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm
dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu
ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

BOLA

Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang
tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti
berikut :

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

Bola saiz 3.

Berat antara 425 g sehingga 475 g.

Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga
16 tahun)

Bola saiz 2.

Berat antara 325 g hingga 375 g.

Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm


3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12
tahun)

Bola saiz 1.
Berat antara 290 g hingga 330 g.

Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan
disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak
boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya
bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan
dalam sesuatu pertandingan.

TIANG GOL

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada
dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang
ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol
diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang
sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan
pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain
gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu
memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan
pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-
pemain adalah tidak dibenarkan.

Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang
pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi
bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja
manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING


1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol

Di dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam
Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. 3 kemahiran asas
tersebut ialah :

1. Hantaran bola

2. Menangkap bola

3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama
dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis
hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU

Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola
Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini
ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia,
pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan
badannya.

HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola
itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya
dilakukan dengan sebelah tangan.

HANTARAN ARAS DADA

Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai
untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-
jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

HANTARAN LOMPAT

Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang.
Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang
membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak
terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI

Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas.
Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima
hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan
pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak
tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA

Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh
mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh
pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?
PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN

Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah
suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada
kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan
pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola
Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini
disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau
menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.

Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas


1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu
sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.

a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.

b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya


yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi
daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang
berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang
kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan
menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA


Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan yang berkedudukan relaks.

Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap
tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran
yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada
lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan,
seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu
jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang
selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan
kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan
jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang
berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk
menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok
dan tangan terbalik.

Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran
rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA

1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka

Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah
berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus
ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat
badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah

Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah
tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah
semasa menangkap bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan

Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima
hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang
kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang
bola.

4. Menangkap bola tinggi

Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor
yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang
tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja
mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih
kemas.

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.

2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu
jauh di belakang.

3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.

4. Genggaman yang tidak kemas.

5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3
saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa
yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola
dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan
bola terlepas daripada pegangannya.

Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan
mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain
melakukan gerakan yang seterusnya.

Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan


berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak
mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain
pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain
dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan,
terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang
mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling
merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.

Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua


pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain
barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-
pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan
strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan
menjaringkan bola.

Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang
perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan
gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan,
bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.

PRINSIP – PRINSIP UTAMA


Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol
dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

1
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.

2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.

3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.

4. Pemain mengikut lajak.

5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.

6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN

Jaringan dari Atas Kepala

Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta
mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain
baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan
bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.

2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.

3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.

4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke
atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-
kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan
rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke
depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga
langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan
yang berbahaya.

Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada
jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan
daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah
yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.

3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan
sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.

2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.

3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di
celah-celah kaki penjaga gol.

4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka
sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang
lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan
serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan
bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan


lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat
jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara
tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri
pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan
dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain
lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru,
jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan
gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah
kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat
membesarkan lagi sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke


kawasan gol.

3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.

4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau


menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang
penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:


1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.

2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung
untuk menjaring.

4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke
depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut
pemain lawan daripada lontaran penalti.

2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh
bola untuk membuat jaringan.

3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika
terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli

Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.

2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.


3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

LATIHAN ANSUR MAJU

Jaringan Lompat

a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.

b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,
angkat tangan kanan)

c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan
(bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.

d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.

e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.

f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).

g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

Jaringan – jaringan Lain

a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.

b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.

c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)

d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)

e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING


1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5
orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa
dalam permainan.

2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.

3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih
untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.

4. Seorang pemain dibenarkan:

· Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun
dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.

· Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran.

· Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan
yang ditetapkan.

5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain
padang.

7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke
dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.

8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan
hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling.

9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu
menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.


source : http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-
bola.html