Anda di halaman 1dari 5

TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

A TEKNIK BELAJAR
1 Kuasai dan mantapkan pengetahuan dan kemahiran asas matematik seperti
i) operasi asas yang melibatkan pecahan dan nombor negatif,
ii) kemahiran algebra ( contohnya kembangan algebra, pemfaktoran dan menukar perkara rumus,
iii) pembundaran nombor kepada bilangan tempat perpuluhan atau bilangan nilai bererti yang dinyatakan,
iv) menyelesaikan persmaan linear serentak,
v) menyelesaikan persamaan kuadratik.

2. Kenali dan fahami simbol (tata tanda) dan istilah yang biasa digunakan dalam Matematik Tambahan (contohya :

f ( x), f 1( x), f ' ( x), x ,  x,  x 2 , x ,  ,  ) .

3. Fahami dan kuasai semua konsep dan kemahiran serta berlatih menggunakan rumus yang ada dalam setiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

4. Mantapkan kemahiran mengenal pasti strategi sesuai untuk penyelesaian masalah matematik dan heuristic (kaedah) penyelesaian masalah,
contohnya:

i) membentuk persamaan garis lurus,

ii) menukar bentuk tak linear ke bentuk linear (Tajuk Hukum Linear)

iii) memilih bila dan bagaimana mengguna rumus sinus, kosinus, SOH, CAH, TOA, .

iv) mendapatkan maklumat daripada perwakilan data statistik seperti histogram, carta pai, carta bar, ogif atau jadual.

iv) melukis graf garis lurus, melakar graf persamaan kuadratik dan melakar graf fungsi trigonometri (graf asas fungsi sinus, fungsi kosinus,
fungsi tangen)

52
TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

5. Mahirkan penggunaan kalkulator saintifik untuk melakukan operasi seperti:

i) Operasi matematik : +, - , x, , n , Index, logaritma dan sebagainya.

ii) Menyelesaikan persamaan linear serentak

iii) Menyelesaikan persamaan kuadratik

iv) Mencari nisbah trigonometri sudut dalam darjah dan radian.

v) Mencari n!, n Pr , nCr

vi) Mencari nilai kebarangkalian skor –z dalam taburan normal piawai.

vii) mencari kecerunan tangen kepada lengkung.

viii) mencari nilai kamiran tentu.

6. Beri tumpuan penuh semasa guru mengajar, sentiasa bertanya dan berbincang dengan guru atau rakan. Belajar secaa berkumpulan supaya dapat
saling membantu.

7. Lakukan latih tubi (Latih To A+) dan teknik ulangkaji berkesan untuk pemulihan, pengukuhan atau pengayaan. Cuba pelbagai bentuk soalan dan
biasakan diri menjawab soalan berformat SPM supaya mudah ‘mengintepretasi’ kehendak soalan semasa peperiksaan.

8. Buat banyak latihan daripada soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas supaya dapat membiasakan diri dengan format kertas dan corak soalan.
Terdapat soalan-soalan ‘stereotype’ contohnya Nombor Indeks yang melibatkan :

i) mencari ‘unknown’ mengguna rumus .

53
TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

ii) mencari atau menggunakan indeks gubahan.

iii) menyelesaikan masalah melibatkan tiga tahun.

9. Kuasai semua topik. Pastikan mendapat markah penuh untuk tajuk-tajuk yang dianggap mudah. Kenalpasti tajuk-tajuk yang belum dikuasai
sepenuhnya tetapi penting, latih atau beri tumpuan yang lebih kepada tajuk-tajuk tersebut. Pentingkan pemahaman langkah penyelesaian , bukan
hanya jawapan yang betul.

Tajuk yang dikena lpasti mudah dikuasai untuk mendapat markah maksimum

i) Persamaan serentak ii) Persamaan /Fungsi Kuadratik

iii) Hukum Linear iv) Indeks dan Logaritma

v) Pengaturcaraan Linear vi) Graf Fungsi trigonometri

B TEKNIK MENJAWAB

Mulakan dengan BISMILLAH serta DOA dan akhiri juga dengan DOA DAN TAWAKAL

1. Untuk Kertas 1, jawab dalam ruang-ruang yang di sediakan dalam kertas soalan.

Untuk Kertas 2 , Gunakan kedua-dua belah muka surat. Seelok-eloknya gunakan muka surat baru untuk setiap soalan terutama dalam bahagian B
dan Bahagian C. Elakkan menulis jawapan dalam dua atau tiga lajur.

2. Boleh menjawab soalan yang mudah dahulu sebelum menjawab soalan yang lebih sukar.

54
TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

Untuk Kertas 1, semak semula untuk memastikan semua soalan telah dijawab .

Untuk Kertas 2, calon boleh menjawab mana-mana soalan walaupun dalam Bahagian C atau B dahulu. Isikan `Helaian Tambahan’ untuk
memastikan 6 soalan dalam Bahagian A, sekurang-kurangnya 4 soalan dalam Bahagian B dan sekurang-kurangnya 2 soalan dalam Bahagian C telah
dijawab.

3. Pastikan nombor soalan dan sub-soalan telah ditulis dengan jelas.

4. Tunjukkan langkah penyelesaian dengan jelas, kemas dan sistematik. Calon digalakkan menulis rumus yang akan digunakan sebelum menggantikan
nilai ke dalam rumus tersebut. Sentiasa rujuk senarai rumus yang dibekalkan.

5. Sediakan jadual untuk melukis graf. Sertakan jadual bagi tajuk Hukum Linear untuk melukis garislurus penyuaian tebaik, atau Frequency Table

dalam Statistik untuk memudahkan pengiraan  fx atau  fx2 .

Patuhi skala yang diberi ketika melukis graf dalam tajuk Hukum Linear, Pengaturcaraan Linear atau melukis Histogram dalam Statisktik. Pastikan
bentuk graf kuadratik, fungsi sinus, kosinus, tangen, salingan dan titik-titik penting `dilihat’ ketika melakar graf.

6. Elakkan pembundaran pada peringkat awal. Jangan bundarkan jawapan perantaraan yang akan digunakan dalam penyelesaian seterusnya,
kurang dari empat nilai bererti dan dua tempat perpuluhan. .Bagaimana pun, untuk tajuk hukum linear nilai dalam jadual boleh dibundarkan
kepada 2 tempat perpuluhan.

7. Jika jawapan dalam bentuk pecahan, berikan jawapan akhir dalam bentuk teringkas. Jika dalam bentuk perpuluhan, tuliskan jawapan dalam
sekurang-kurangnya 4 nilai bererti dan 2 tempat perpuluhan, kecuali ada arahan lain.

Contohnya : 123.456 = 123.46, 12.344 =12.34. 0.0012345=0.001235 , 12o 300 36= 12.310 ,7.001cm bukan 7 cm

55
TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8. Ikut arahan soalan bila menggantikan nilai , contohnya gunakan =3.142. Boleh juga terus guna  dalam kalkulator.

dV
9. Terjemahkan maklumat yang diberi dalam bahasa biasa kepada bahasa/simbol matematik , contonya: kadar perubahan isipadu ialah ,
dt

perubahan hampir dalam y ialah y , jumlah kuasa dua nilai-nilai x ialah  x 2 . Sentiasa cuba melakar rajah untuk memudahkan mengenalpasti

kehendak soalan.

10. Tulis strategi penyelesaian masalah yang penting , contohnya:

Perimeter rantau berlorek =AP + PQ + QB +BA

Luas rantau berlorek = luas  ABC + luas sector BCD

11. Berhati-hati dengan unit, mungkin melibatkan penukaran meter ke cm, RM ke sen, jam ke minit.

12. Pastikan masa yang diperuntukan mencukupi. Jangan terlalu lama menjawab satu-satu soalan.

Panduan:

Kertas 1 : 3 - 7 minit untuk setiap soalan .

Kertas 2 : Bahagian A : 7-8 minit untuk setiap soalan


Bahagian B : 15 minit untuk setiap soalan
Bahagian C : 15 minit untuk setiap soalan

SELAMAT MAJU JAYA

56

Anda mungkin juga menyukai