Assignment Safety SEMS Sept2018 FaridahRM

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 11

XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN

_____________________________________________________________________________

CLUSTER OF APPLIED SCIENCES (CAS)

AMBILAN MEI 2018

______________________________________________________________________________

SEMESTER SEPTEMBER 2018

XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN


KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

NAMA : FARIDAH BINTI RAMLI MUZAMMIL

NO. MATRIKULAS : 750311086570001

NO. KAD PENGENALAN : 750311-08-6570

NO. TELEFON : 019-5589571

E-MEL : faridahrm@tnb.com.my

NAMA TUTOR : TUAN HAJI JAMALUDDIN B IBRAHIM

PUSAT PEMBELAJARAN : KAMPUS OUM SERI MANJUNG

PERAK

1
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN

TAJUK HALAMAN

1.0 Pengenalan 3
1.1 Kempen keselamatan.
1.2 Latihan Keselamatan.
1.3 Audit dan Pemeriksaan
2.0 Langkah-langkah perlaksanaan kempen 4

3.0 Pelbagai Kaedah Kempen atau Latihan 4-7


3.1 Analisa Bahaya pekerja (Job Hazard Analysis (JHA))

3.2 Pemerhatian Keselamatan Pekerjaan (Job Safety Observation-JSO).

3.3 Program Senggaraan Pencegahan (preventive maintainance).


3.4 Program Penekanan Khusus.
4.0 Faktor Kegagalan Kempen Keselamatan. 7-8
4.1 Komitmen Pengurusan.
4.2 Sikap pekerja.
4.3 Jangka Masa Kempen.
5.0 Pendekatan Umum Kempen. 8-10
5.1 Penglibatan Pihak Atasan dan pekerja.
5.2 Pencegahan dan Kawalan Bahaya.
5.3 Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
6.0 Pendekatan Terbaik. 10
7.0 Rujukan 11

2
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
1.0 Pengenalan
Pengurusan keselamatan ditempat kerja merupakan aspek penting dan utama. Nilai mengutamakan
keselamatan perlu dipupuk dikalangan anggota kerja, baik di syarikat-syarikat besar, di kilang-
kilang atau di pusat pengajian tinggi. Penerapan nilai ini tidak hanya tertera di kontrak pekerjaan
atau polisi keselamatan organisasi, sebaliknya dalam diri setiap anggota kerja. Kempen
keselamatan perlu diadakan sepanjang tahun di syarikat atau kilang yang mempunyai pelbagai
peringkat pekerja. Menurut statistik pekerja warga asing yang terdapat disektor perkilangan
seramai 643,122 warga asing lelaki dan perempuan. Warga Nepal merupakan pekerja asing
teramai iaitu 43.67 peratus (%), sumber (Jabatan Sumber Manusia, Februari 2018).
Pekerja merupakan asset terpenting bagi sesebuah organisasi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia, Datuk DR. HJ Mohd Ismail Merican “tanpa pekerja yang sihat, syarikat atau organisasi
tersebut tidak mampu beroperasi dengan baik”. Justeru itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah
menyediakan “Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja”. Panduan ini tidak akan
dapat diterap jika tiada kempen dilaksanakan oleh organisasi.
1.1 Kempen keselamatan.
Kempen keselamatan merupakan salah satu kaedah untuk menerapkan nilai kepentinan
keselamatan. Kempen keselamatan antaranya mengadakan bulan keselamatan,
mengadakan demostrasi tatacara menyelak atau mencegah kemalangan ditempat kerja.
1.2 Latihan Keselamatan.
Selain daripada kempen, organisasi juga perlu melaksanakan latihan berkala mengenai
aspek keselamatan seperti kelas pertolongan cemas, ‘Fire Drill’ atau pengungsian
bangunan dan latihan penggunaan peralatan kerja dengan Selamat.
1.3 Audit dan Pemeriksaan.
Selain itu audit dan pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi memastikan anggota kerja
memahami tatacara penggunaan perlatan kerja dengan Selamat. Disamping itu majikan
dapat mengukur tahap kefahaman pekerja akan aspek keselamatan di tempat kerja masing-
masing. Dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994), mana-mana
organisasi dikehendaki mendadakan perancangan untuk mencegah kemalangan berlaku.
Perancangan ini berdasarkan proses kerja sesuatu organisasi tersebut.

3
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
2.0 Langkah-Langkah melaksanakan Kempen.
Kempen keselamatan perlu mematuhi langkah-langkah yang betul supaya kempen keselamatan
Berjaya. Kempen menanyangkan video keselamatan kepada warga asing dapat meningkatkan
kefahaman mengenai aspek keselamatan. Setiap proses kerja juga dijadikan video dan ditayangkan
setiap hari sepanjang minggu kempen atau latihan. Disamping itu, tatacara kerja selamat
diletakkan secara bergambar ditempat kerja, contoh cara menggendalikan mesin dengan selamat.
Penggunaan papan tanda juga membantu pekerja warga asing dalam memahami kempen
keselamatan yang cuba disampaikan.
3.0 Pelbagai Kaedah Kempen atau Latihan.
Keberkesanan kempen juga terletak kepada kaedah kempen dilaksanakan. Kaedah atau latihan
yang dilakukan akan membantu organisasi mencegah kemalangan atau insiden dari berlaku.
Kempen yang dikenali dengan Program Pencegahan kemalangan ini dapat meningkatkan
produktiviti dan melahirkan pekerja dan ppersekitaran kerja yang selamat. Kempen pencegahan
ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos yang mahal apabila kemalangan berlaku.
Sebagai contoh jika pekerja dapat menggelak daripada kemalangan serius ditempat kerja kos
perubatan dapat dijimatkan. Terdapat beberapa teknik untuk program pencegahan atau kempen
pencegahan ini, iaitu :-
3.1 Analisa Bahaya pekerja-“Job Hazard Analysis (JHA)”.
Dalam Pengurusan bahaya pekerjaan, setiap orang perlu memainkan peranan untuk
mencegah kemalangan. Pekerja yang mempunyai pengetahuan dalam keselamatan maka
akan dapat membantu minimumkan risiko kemalangan dan kecederaan. Pendekatan ini
digunakan bagi mengenal pasti analisa bahaya pekerjaa (JHA), dimana kaedah ini telah
diguna pakai di setiap industri dengan berkesan. Analisa bahaya pekerjaan juga dikenali
sebagai analisa keselamatan pekerjaan (JSA). Setiap anggota kerja yang berpengalaman,
berkemahiran dan berpengetahuan perlu dilibatkan dalam penggunaan teknik ini.

4
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
Semua pekerja termasuk penyelia, pengurus dan pekerja bawahan boleh mengenal pasti,
menilai dan mengawal bahaya di tempat kerja. Berikut adalah langkah-langkah JHA:-

Pilih pekerjaan yang Asingkan pekerjaan Kenal pasti bahaya Sediakan


akan dianalisa. mengikut langkah yang berada di penyelesaian untuk
asas. setiap langkah mengawal bahaya.
Rajah: Langkah-langkah JHA.
Bagi pekerja yang baru, ‘JHA’boleh diguna pakai untuk melatih mereka dengan arahan
keselamatan yang khusus supaya budaya kerja selamat dapat diaplikasikan. Pekerja
berpengelaman menggunakan JHA sebagai teknik untuk mengenali proses kerja atau skop
kerja baru.
3.2 Pemerhatian Keselamatan Pekerjaan (Job Safety Observation-JSO).
Teknik pemerhatian Keselamatan Pekerjaan merupakan satu lagi kaedah pencegahan
kemalangan. Digunkan meluas dikalangan industri dan organisasi untuk menilai prestasi
kerja. Mengenali potensi bahaya merupakan tujuan utama teknik ini digunakan, nahaya
noleh berpunca daripada manusia atau persekitaran. Punca ini diklasifikasikan sebagai
kelakuan tidak selamat atau keadaan tidak selamat. Sebagai contoh, sekiranya seorang
pekerja tidak memakai topi keselamatan kerja semasa bekerja di tempat tinggi maka ianya
dikenali sebagai kelakuan tidak selamat. Manakala jika pekerja memanjat tiang
menggunakan tangga yang reput itu dikenali sebagai keadaan tidak selamat.
Dalam melaksanakan inisiatif keselamatan dan kesihatan ditempat kerja, pemeriksaaan,
audit dan pemerhatian keselamatan dipraktikkan bagi mencegah kemalangan. Setiap
aktiviti mempunyai tujuan yang berbeza :-
a) Pemeriksaan keselamatan bertujuan untuk memastikan tempat kerja dan peralatan kerja
dalam keadaan baik.
b) Audit keselamatan pula untuk mengenal pasti ketidakpatuhan kepada prosidur
keselamatan.
c) Pemerhatian Keselamatan untuk menilai pekerja dan mengesan kelakuan tidak selamat.

5
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
3.2 Program Senggaraan Pencegahan (preventive maintainance).
Peralatan atau mesin yang digunakan oleh industri kebiasaan mempunyai jangka hayat
yang tertentu. Mesin atau peralatan terutamanya yang beroperasi secara mekanikal atau
elektrikal memerlukan senggaraan pencegahan yang berjadual. Kebolehdaya harap mesin
ini bergantung kepada kecekapan mesin beroperasi. Dengan adanya senggaraan secara
harian, mingguan, bulanan atau tahunan akan menambah kecekapan mesin atau peralatan
ini. Peralatan yang tidak cekap kerana tidak diselenggara dengan betul akan menyebabkan
kemalangan mudah berlaku. Program Senggaraan ini juga boleh dijadikan kempen untuk
pencegahan kemalangan pekerjaan. Disamping memastikan mesin diselenggara dengan
baik aspek keselamatan akan pengendalian mesin dapat diterapkan. Pendidikan secara
‘hands on’ lebih meninggalkan kesan kepada seseorang. Majikan yang mementingkan
senggaraan pada mesin dan peralatan mereka akan dipandang tinggi oleh pekerja.
Pekerja juga akan sentiasa menyedari bahawa majikan mereka mengambil berat akan aspek
keselamatan itu sendiri.
3.3 Program Penekanan Khusus.
Tempat kerja yang berbeza mempunyai bahaya yang berbeza-beza. Program Penekanan
Khusus (SEP-Special Emphasis Programme) ini merupakan teknik yang diaplikasi bagi
aktiviti berisiko tinggi. Bertujuan untuk mengelak daripada kemalangan, kematian dan
kecederaan berlaku. SEP merupakan pendekatan yang memfokuskan satu-satu bahaya bagi
mencapai prestasi kerja selamat. Satu program pembangunan atau kempen khusus boleh
diadakan seperti kempen penggunaan tangga dengan selamat, pemakaian sarung tangan
keselamatan, kempen pencegahan penyakit belakang, kempen keselamatan elektrik dan
sebagainya. Setiap program atau kempen perlu didokumentasikan dan tujuh (7) elemen
berikut perlu ada, iaitu :-
a) Tujuan dan Objektif program atau kempen.
b) Langkah-langkah prosidur selamat
c) Senarai peralatan yang digunakan.
d) Senarai semak, papan tanda, tag atau stiker.
e) Kekerapan pemeriksaan atau audit yang dilaksanakan.
f) Penanda aras bagi perlaksanaan program.

6
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
g) Ganjaran atau penalty untuk prestasi keselamatan kerja.
Melalui SEP juga organisasi boleh menjadi proaktif dan dapat mengenal pasti kelakuan
tidak selamat dan persekitaran tidak selamat.
4.0 Faktor Kegagalan Kempen Keselamatan.
Kempen-kempen atau latihan memerlukan komitmen daripada pengurusan dan pekerja. Kejayaan
kempen keselamatan misalnya akan menemui kegagalan sekiranya kedua-dua pihak tidak
memainkan peranan. Bagi organisasi atau kilang yang mempunyai warga asing, faktor komunikasi
menjadi punca kegagalan atau tidak berkesan. Walaubagaimana pun terdapat beberapa factor lain
yang menyebabkan kempen ini tidak berkesan, antaranya :-
4.1 Komitmen Pengurusan.
Kebanyakan syarikat melaksanakan kempen keselamatan bagai “melepaskan batuk
ditangga”. Situasi ini berlaku kerana pengurusan tidak menunjukkan minat yang jitu dalam
perlaksanaan kempen. Terdapat pengurusan yang menyekat golongan penyelia untuk
melaksanakan kempen. Pengurusan tidak turun padang semasa kempen dijalankan. Pekerja
bawahan melihat ini sebagai satu program syok sendiri. Bagi mereka kenapa perlu jayakan
kempen tersebut sedangkan majikan tidak berminatnya. Sesuatu kempen juaga
memerlukan dana atau perutukan khusus. Segelintir pengurusan tidak menyediakan budget
untuk kempen-kempen sedemikian.
4.2 Sikap pekerja.
Pekerja disesebuah organisasi sebenarnya penggerak kepada kempen dan program
keselamatan. Tanpa penglibatan pekerja dalam kempen ini menyebabkan kesedaran akan
keselamatan kerja tidak dapat dijayakan. Pekerja senior lazimnya tidak mengambil
bahagian dalam kempen ini. Sikap tidak ambil peduli akan kepentingan keselamatan boleh
mendatangkan bahaya kepada mereka. Ada juga pekerja yang mempelajari kaedah
menggelak daripada bahaya semasa kempen sahaja. Apabila kempen tamat mereka bekerja
pada seperti biasa tanpa mementingkan aspek keselamatan.
4.3 Jangka Masa Kempen.
Kegagalan kempen atau program juga terjadi disebabkan tempoh masa kempen yang
singkat, sebagai contoh kempen menggunakan peralatan perlindungan diri (PPD) dibuat
seminggu sekali sahaja. Sewajarnya kempen ini dibuat setiap hari,bagi pekerja yang tidak

7
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
memakai topi keselamatan contohnya akan dikenakan denda atau penalti. Sekiranya
dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang, nilai keselamatan dapat diterap kedalam
setiap diri pekerja.
5.0 Pendekatan Umum Kempen.
Kempen keselamatan ditempat kerja yang merupakan kaedah bukan sahaja untuk mengelak atau
mencegah daripada kemalangan berlaku, malah ianya dapat meningkatkan kefahaman tatacara
kerja dikalangan pekerja. “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati” merupakan ungkapan
yang perlu dijadikan panduan agar sesuatu kemalangan dapat dielak dari awal. Maklumat
mengenai langkah-langkah keselamatan yang kondusif perlu dijadikan agenda penting semasa
kempen diadakan. Tiga pendekatan umum untuk melaksankan kempen:-
5.1 Penglibatan Pihak Atasan dan pekerja.
Keberkesanan kempen-kempen yang dianjurkan adalah penglibatan semua peringkat
pekerja. Pengurus Besar (General Manager) sehingga ke pekerja kilang bersama-sama
dalam menjayakan kempen ini. Adalah menjadi tanggung jawab majikan dalam
memastikan setiap pekerja dalam keadaaan selamat semasa melaksanakan kerja dan
majikan adalah bertanggung jawap menyedikan perlatan kerja yang Selamat (peralatan
perlindungan Diri-PPD). Komitmen pengurusan merupakan sumber motivasi bagi
sesebuah organisasi untuk merancang, melaksana dan mengawal sebarang aktiviti yang
dirancang. Pengurusan juga sewajarnya memberi ruang dan peluang kepada pekerja untuk
menyertai kempen-kempen bagi meningkatkan tahap amalan keselamatan. Objektif dan
sasaran yang jelas perlu disediakan oleh pihak pengurusan sesebuah organisasi.
Memastikan program ini dapat diukur dan dinilai. Setiap sasaran yang hendak dicapai perlu
berhubung kait dengan semua peringkat pekerja. Ketua projek atau program perlu dilantik
bagi memastikan kempen atau program berjalan lancar. Semasa program pihak pengurusan
perlu memberikan kuasa yang patut kepada pengurus program. Sumber berbentuk dana
kewangan, teknologi atau kepakaran dan sumber manusia wajar diadakan oleh pihak
pengurusan. Keberkesanan kempen atau program akan dapat dinilai semasa proses
pengauditan.

8
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
5.2 Pencegahan dan Kawalan Bahaya.
Apabila bahaya atau potensi bahaya dikenal pasti, pihak pengurusan perlu mewujudkan
prosidur untuk mencegah bahaya tersebut kepada pekerja dan mewujudkan langkah-
langkah pengawalan bahaya. Prosidur ini harus termasuk hierarki kawalan untuk
memastikan keutamaan pencegahan bahaya diikuti sewajarnya. Langkah pencegah dan
kawalan bahaya termasuk :
a) Menghapuskan.
b) Penggantian
c) Pengasingan
d) Kawalan Kejuruteraan
e) Kawalan pentadbiran
f) Peralatan Perlindungan Diri (PPD).
5.3 Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Selain daripada pencegahan dan pengawalan bahaya, factor latihan dan pembelajaran juga
merupakan penyumbang kepada kejayaan kempen atau program keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Latihan juga dapat membantu organisasi memastikan pekerja mereka
memahami bidang kerja dengan Selamat, sebagai contoh jika seorang operator mesin
hendak mengendalikan mesin maka beliau perlu mendapatkan latihan penggunaan mesin
tersebut. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan bekerja dalam keadaan
selamat. Perkara-perkara berikut dapat ditangani dengan latihan keselamatan yang
berkesan :-
a) Adalah menjadi tanggungjawab semua orang dalam organisasi untuk memastikan
semua orang mengetahui apa yang perlu dilakukan berkaitan dengan program
keselamatan dan kesihatan.
b) Meletakkan latihan keselamatan dan kesihatan secara bersepadu didalam latihan
kerja yang lain,
c) Mentakrifkan kerumitan latihan keselamatan dan kesihatan, bergantung pada saiz
dan kerumitan tempat kerja dan sifat bahaya yang dihadapi oleh pekerja.

9
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN
Selepas menjalani latihan pekerja akan dapat memahami dan mengetahui dengan lebih
mendalam tentang bahaya yang terdedah semasa mereka bekerja. Pekerja dapat
menerangkan serta membantu organisasi menghindari bahaya semasa bekerja.

Penyelia mempunyai pengetahuan yang lebih tentang keselamatan dan membolehkan


mereka menjalankan tanggungjawab dengan memastikan keselamatan diutamakan
termasuk :-
a) Menganalisa potensi bahaya ditempat kerja seliaan mereka.
b) Mengekalkan langkah-langkah perlindunganfizikal ditempat kerja.
c) Memperkasa latihan pekerja melalui maklumbalas prestasi secara berterusan.
d) Menguatkuasa amalan kerja Selamat.
6.0 Pendekatan Terbaik.
Ketiga-tiga pendekatan di atas penting bagi melaksakan sesuatu kempen. Walaubagaimanapun,
penglibatan daripada pengurusan dan pekerja merupakan pendekatan yang utama dan memberikan
impak positif dalam menjayakan sesuatu program atau kempen. Penyediaan budget atau dana
adalah daripada pihak pengurusan. Tanpa peruntukan khusus maka program tersebut tidak dapat
dijalankan. Ada kaedah sahaja tidak mencukupi tanpa penggerak kepada kempen, iaitu pekerja.
Penerimaan oleh pekerja penting kerana peningkatan kadar kemalangan dikalangan pekerja.
Pekerja juga yang menentukan kaedah yang digunakan dalam perlaksanaan kempen. Majikan
melulusakan kaedah yang dipilih. Pengurusan menentukan kaedah yang digunapakai sepanjang
operasi kerja dan pemakai kaedah adalah pekerja.

10
XBOH2103

OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN

Rujukan
Module pembelajaran XBOH2103, OCCUPATIOANAL SAFETY AND HEALTH
MANAGEMENT/PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Portel Jabatan Sumber Manusia, www.mohr.gov.my

(2015 patah perkataan)

11

Anda mungkin juga menyukai