Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG

Kod Kursus SJHK2053M


Kursus Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Mata Pelajaran
Sejarah Sekolah Menengah
Nama Denie Maxwell anak Sekep
No. Kad Pengenalan 930927-13-6351
Angka Giliran 2018042370166
Nama Pensyarah Cik Mastura binti Jolhi
Kenal pasti Buat huraian ringkas berdasarkan kefahaman anda
Pembelajaran
Berasaskan Projek dari
Aspek
Kaedah P&P yang Penemuan merupakan sifat utama inkuiri ( mencari maklumat,
sistematik menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di
sekeliling). Penemuan sering dikaitkan dengan inkuiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan
prinsip utama dikaji dan ditemui oleh pelajar sendiri. Pelajar
melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu
fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Menurut Sylivia
Chard (Associate Professor of Education, University of
Alberta, Alberta, Canada), melalui Pembelajaran Berasaskan
Projek, pelajar akan melakukan satu aktiviti penyiasatan
secara mendalam (in-depth inquiry) tentang suatu topik dunia
sebenar yang berfaedah kepada pelajar. Kemahiran inkuiri ini
dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan sikap ingin
tahu dalam kalangan pelajar. Semasa melaksanakan inkuiri,
pelajar akan lebih peka kepada keadaan masyarakat dan
persekitarannya. Kemahiran inkuiri merupakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Pelajar berperanan merancang dan menjalankan aktiviti
pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara aktif untuk
mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti
seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang,
membuat rujukan, uji kaji dan kaji siasat. Pembelajaran dan
pengajaran yang menggunakan asas proses inkuiri,
membolehkan pelajar memfokuskan kepada persoalan yang
kompleks atau masalah untuk diselesaikan (dijawab)
menerusi proses kolaborasi melalui penyiasatan dalam
tempoh masa tertentu, dan mampu membangkitkan perasaan
ingin tahu menerusi usaha belajar mencari. Semasa proses
inkuiri, pelajar belajar kandungan kurikulum, maklumat dan
fakta yang perlu bagi merangka kesimpulan kepada
persoalan. Pelajar juga belajar kemahiran yang berguna dan
perubahan sikap semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Menggalakkan Dalam pembelajaran ini, guru bukanlah tarikan utama.
pembelajran kendiri Pembelajaran berpusatkan pelajar juga satu pendekatan
pembelajaran yang meluas termasuk teknik-teknik seperti
menukarkan pengalaman belajar secara aktif, menyelesaikan
masalah yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif,
melibatkan pelajar dalam simulasi dan main peranan,
menggunakan teknik kadar kendiri dan pembelajaran
koperatif. Dalam pendekatan ini, guru menyediakan pelajar
peluang belajar secara bebas. Pendekatan ini akan
meningkatkan motivasi, pemahaman dan pelajar akan lebih
meminati pelajaran yang diajar (Meyes dan Jones 1993).
Tidak seperti pembelajaran berpusatkan guru (teacher-
centered learning), strategi pembelajaran berpusatkan pelajar
mengandungi pelbagai kaedah latihan yang mampu membina
kemahiran sosial pelajar. Individu belajar dengan cara yang
berbeza, dan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah akan
meningkatkan kemungkinan pelajar akan terkena dengan
sekurang-kurangnya satu daripada kaedah yang
dilaksanakan.
Selain itu, pelajar turut melibatkan diri secara aktif dalam
membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan
ini menanamkan sikap koperatif dalam kalangan pelajar. Hal
ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam
kumpulan. Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui
perlaksanaan projek dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sejarah ialah mewujudkan komunikasi positif
dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan pelajar yang
pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.

Pentaksiran autentik Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan


maksud kontekstual itu sendiri, pelajar boleh memahami isi
dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian
mereka. Menurut teori pembelajaran kontekstual,
pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses
maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka
rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak
balas sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran
seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam
konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara
pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan
bermakna.

Berorientasikan tugas dan Pelbagai elemen akan diintegrasikan dalam kurikulum.


produk Pelajar akan menjawab persoalan dunia sebenar yang
bersifat holistik. Pelajar akan menghuraikan isu dan persoalan
yang rumit dan memperolehi kemahiran abad ke 21. Selain
itu, ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan bakat dan potensi mereka dalam projek serta
melatih pelajar memupuk daya kreativiti dan inovasi. Dengan
cara ini, pelajar dapat mengetahui keperluan sebenar
masyarakat dan dapat menjalinkan hubungan yang positif
antara sekolah dan masyarakat sekeliling. Kesan seterusnya
dapat menghasilkan pelajar yang berkeyakinan dan produktif
berdasarkan pengalaman yang diperolehi semasa
menjalankan pembelajaran ini.
AKTIVITI 2
REFLEKSI
Dunia pendidikan kini semakin mencabar dengan kemunculan teknologi ICT yang
dilihat mula merombak sistem pendidikan kita. Pengajaran dan pemudahcaraan yang masih
menggunakan kaedah tradisional seperti chalk and talk dilihat sudah kurang sesuai dalam
usaha menjana kreativiti dan inovasi murid pada masa kini. Kaedah tradisional yang
berpusatkan guru tidak banyak memberi peluang kepada murid untuk menyumbang kepada
perkembangan idea mereka. Kaedah tradisional ini acap kali dilabel sebagai kaedah yang
membosankan murid sekaligus tidak mampu menarik minat murid dalam pengajaran dan
pemudahcaraan.
Sehubungan dengan itu, kepelbagaian kaedah pedagogi merupakan aspek yang
penting untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan berlaku dengan berkesan.
Pedagogi merupakan pendekatan pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran di dalam
bilik darjah. Tujuan pedagogi adalah untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dalam memastikan pengajaran yang optimum, guru
perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi pada
hari ini. Salah satu kaedah pedogagi yang berkesan pada hari ini adalah Project Based
Learning (PBL) yang dapat menjana kemahiran murid untuk mencari maklumat semasa
pengajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah.
Pelbagai pendekatan pedagogi diperlukan untuk mengajar sesuatu topik khasnya
dalam subjek sains. Pendekatan yang berasaskan projek ini sebenarnya membolehkan murid
meneroka sendiri dengan lebih mendalam mengenai topik yang dipelajari sewaktu pengajaran
dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. PBL juga merupakan satu pendekatan yang
berasaskan kepada alternatif dan sesuai diaplikasikan untuk semua subjek yang ada dalam
pendidikan (Guthrie 2008; Chinowsky, Brown, Szajnman, & Realph 2006; Gulbahar & Tinmaz
2006) . Di samping itu, pembelajaran berasaskan projek ini juga dianggap sebagai satu
kaedah yang dapat menggalakkan pembelajaran bermakna dan memupuk kemahiran kognitif
aras yang lebih tinggi dalam kalangan murid (Marx et al. 1997; Blumenfeld et al. 1991).
Pendekatan pengajaran ini turut dicadangkan penggunaannya dengan tujuan murid boleh
menguasai satu-satu topik pembelajaran dengan lebih baik. (Siti Zabidah 2006).
Menurut kajian Yahya (2014), beliau mendapati murid juga dapat menguasai struktur
isi kandungan dan tatabahasa melalui kaedah penulisan risalah yang dilaksanakan
berdasarkan pendekatan pembelajaran PBL. Kajian Pau (2012) juga menunjukkan kaedah
pembelajaran berasaskan projek memberi kesan positif dari segi peningkatan tahap minat
dan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran selain dapat meningkatkan markah dalam
ujian murid di peringkat sekolah. Kajian itu juga mendapati murid lebih bermotivasi untuk
membuat perbincangan dan bekerjasama serta tidak menunjukkan masalah kawalan kelas
semasa kajian ini dilaksanakan. Kajian yang dibuat oleh Faridah et. All (2015) juga mendapati
penggunaan scaffolding dalam pengajaran dan pemudahcaraan telah memudahkan murid
untuk melaksanakan projek seterusnya membantu meningkatkan pencapaian mereka. Kajian
ini mendapati pencapaian kumpulan rawatan telah mengatasi kumpulan kawalan sebanyak
58%.
Berdasarkan contoh-contoh yang dikemukakan tadi jelas menunjukkan pedagogi yang
mengaplikasikan pembelajaran berasaskan projek atau PBL dapat memberi impak yang
positif terhadap pengajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Daripada ujian pra dan
pasca yang telah dijalankan juga, PBL telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid
semasa murid menjawab ujian yang diberikan. Hal ini menunjukkan PBL dapat meningkatkan
kefahaman murid sekaligus dapat menguasai topik yang mereka telah pelajari daripada PBL
tersebut. Project Based Learning (PBL) merujuk kepada pengajaran yang berpusatkan murid
dan pembelajaran kendiri melalui pengalaman murid itu sendiri dalam melaksanakan PBL.
PBL dilihat dapat membina kemahiran 4C dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah iaitu
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif dan kreativiti murid. Kemahiran 4C ini membolehkan
murid untuk mencari maklumat dan menyelesaikan projek yang diberikan oleh guru. Dalam
Pembelajaran Abad ke-21 yang berpusatkan murid menggalakkan pembelajaran secara
kendiri aktif dan interaktif. Perubahan penyampaian kurikulum juga berubah kepada proses
Pembelajaran dan Pemudah cara (PdPc) yang dilaksanakan dengan memberi penekanan
kemenjadian murid dari aspek kompetensi pembelajaran Communication, Critical thinking,
Creativity, Collaboration, Character dan Citizenship (6C). Ia dapat diterapkan secara tidak
langsung melalui strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan pendekatan
projek, pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah dan sebagainya. Oleh kerana itu, dalam
kurikulum prasekolah iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan
2017 telah menyarankan pembelajaran secara projek dijalankan dalam aktiviti pembelajaran
bersepadu yang memperuntukkan 500 minit seminggu bergabung dengan pendekatan
bertema dan berpusat pembelajaran.

RUJUKAN
Chinowsky, P.S., Brown, H., Szajnman, A. & Realph, A. (2006). Developing Knowledge
Landscape Through Project-Based Learning. Issues In Engineering (April).
Faridah Salam*, Ramlah Mailik & NorHasbiah Ubaidullah (2015). Perubahan Pencapaian
Matapelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Melalui Pembelajaran Berasaskan
Projek Dengan Scaffolding. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1)(2015).
Guthrie, C. (2008). Towards Greater Learner Control : Web Supported Project-Based
Learning. Journal of Information Systems 21(1): 121-131.
Gülbahar, Y. & Tinmaz, H. (2006). Implementing Project-Based Learning And E-Portfolio
Assessment In An Undergraduate Course. Journal Of Research On Technology In Education
5191: 309-327.
Pau Chai Hung (2012). Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Untuk
Membantu Murid Tahun Empat Memahami Tajuk Cara Tumbuhan Membiak. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP SN. AMB Januari 2009.
Siti Zabidah Mohamed (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif
Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif Dan Karangan Imaginatif Dalam Kalangan Murid
Tingkatan IV. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.
Yahya Othman (2014). Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui Pembelajaran
Berasaskan Projek Dalam Penulisan Berbentuk Risalah Di Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu-JPPN (Malay Language Education Journal) Vol.4, Bil 1 (Mei
2014), ISSN: 2180-4842.