Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 11 Julai 2019

Tajuk Jurnal : Arahan dalam Pengurusan Bilik Darjah.

1. Isu Yang Difokuskan :

Semasa saya menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc),

saya telah banyak menjalankan aktiviti kumpulan. Semua murid dapat

melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Walau

bagaimanapun, keadaan disiplin semasa menjalankan aktiviti berkumpulan

adalah kurang baik. Hal ini menyebabkan murid berasa keliru dan tidak dapat

memahami arahan aktiviti dengan baik. Akibatnya, murid-murid mudah bosan

dan tidak proaktif untuk melibatkan diri. Hasil pembelajaran tidak dicapai

melalui aktiviti berkumpulan yang dijalankan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Faktor yang menyebabkan disiplin kelas menjadi kurang baik adalah disebabkan

oleh arahan yang diberikan oleh guru tidak jelas dan panjang. Hal ini adalah

kerana murid tidak memahami arahan yang diberikan dan menyebabkan mereka

tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan tugas yang diberikan. Apabila

murid tidak tahu melaksanakan tugasan yang diberikan, maka mereka akan

melakukan kerja sendiri seperti bermain dan mengacau rakan sekelas.

Keadaan ini jelas menunjukkan kepentingan arahan dalam pengurusan bilik

darjah.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian

Lepas)

Arahan merupakan bahagian penting dalam pengurusan dan disiplin bilik darjah

(Seri Lanang Jaya, 2016). Memberikan arahan yang jelas dan menerangkan

tugasan ataupun maklumat secara berkesan dan jelas adalah sebahagian


daripada proses pembelajaran dan pengajaran yang berjaya (Angella, 2006).

Justeru itu, arahan yang diberikan oleh guru memainkan peranan yang penting

dalam pengurusan bilik darjah. Arahan yang mengelirukan akan menyebabkan

murid-murid tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Maka, ilmu

pengetahuan yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid-murid tidak akan

sampai. Akibatnya ialah hasil pembelajaran tidak dapat dicapai.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Bagi menambahbaikan keadaan ini, saya akan memaparkan setiap arahan yang

diberikan dengan menggunakan LCD supaya setiap murid dapat menampak dan

memahami arahan yang diberikan dengan jelas. Selain daripada itu, setiap

murid juga dikehendaki membaca arahan yang dipaparkan. Tambahan pula,

bahan bantu pengajaran ataupun latihan tidak akan diberikan kepada murid

selagi arahan tidak diberikan. Keadaan ini dapat mengelakkan murid tidak

memberi perhatian semasa arahan dan diberikan dan hanya memberi perhatian

kepada tugasan atau bahan bantu pengajaran yang diberikan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Dalam kelas yang dijalankan seterusnya, saya akan memberikan arahan yang

pendek, jelas dan mudah difahami. Arahan yang pelbagai boleh mengelirukan

dan menimbulkan masalah seperti murid tidak memahami arahan. Saya telah

mengehadkan hanya tiga arahan akan diberikan dalam sesuatu masa. Selain

daripada itu, saya juga akan tuliskan arahan tersebut di papan putih sebagai

rujukan dan paparkan dengan menggunakan LCD. Di samping itu, murid mesti

berada dalam keadaan yang senyap semasa saya memberi arahan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


8 Julai 2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Tindakan yang dilaksanakan dengan mengaplikasikan cadangan penyelesaian

yang telah dikenalpasti telah memberi kesan yang positif. Disiplin bilik darjah

telah bertambah baik terutamanya semasa menjalankan aktiviti berkumpulan.

Murid murid dapat memahami arahan yang diberikan dengan lebih jelas. Murid

memberi perhatian semasa sesi PdPc dijalankan serta kurang melakukan kerja

sendiri atau mengacau rakan sekelas. Selain daripada itu, mereka juga dapat

memberi kerjasama dengan baik semasa menjalankan aktiviti dalam kelas.

9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Saya rasa gembira dengan penambahbaikan cara pengurusan bilik darjah.

Setelah saya menambahbaikan cara memberi arahan kepada kelas. Keadaan

disiplin bilik darjah semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan telah

bertambah baik. Murid-murid dapat memahami arahan yang diberikan dengan

baik. Buktinya, mereka dapat melaksanakan tugasan yang diberikan

berdasarkan permintaan guru.

10. Rujukan

Angella Cooze. (2006). 100 Panduan bagi Guru Pelatih. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Seri Lanang Jaya Bin Rohani. (2016). Sang Budiman. Selangor : PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai