0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Prinsip utama seorang guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik
serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru sebenar ialah seorang yang
memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), penyemai
nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar, pemudahcara, pemberi pedoman hidup serta
contoh teladan ke arah kebaikan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah
(Abdul Fatah, 1996).
Seorang guru itu akan memainkan peranan mengikut situasi atau keadaan
dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas. Pengurusan yang
sistematik juga mampu melancarkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan murid
di dalam bilik darjah walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu guru tempuhi
pada masa kini. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, guru hendaklah sentiasa ke
hadapan seiring dengan perkembangan global agar pendidikan di negara kita
berkualiti sepanjang masa.
Tajuk Penyelesaian Masalah Secara Inventif merupakan salah satu topik dalam
bidang mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah Tingkatan 2.
Pengalaman pengkaji selama setahun mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi mendapati, sub topik tajuk ini menyukarkan murid-murid untuk mengingat
semua jenis prinsip inventif bagi cadangan penyelesaian masalah inventif. Dalam
proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang lalu, pengkaji telah membuat satu
pemerhatian secara rambang ke atas keseluruhan murid di dalam kelas Tingkatan 2
Ibnu Sina bagi tajuk Penyelesaian Masalah Secara Inventif. Pemerhatian dan
penilaian ini kerap dilakukan terhadap murid-murid.
Semasa langkah set induksi, pengkaji telah menunjukkan satu situasi sebenar
berkaitan penggunaan kerusi yang selesa diduduki oleh murid yang berbeza
ketinggiannya. Pengkaji mendapati langkah ini dapat menarik minat murid untuk
belajar tentang Penyelesaian Masalah Secara Inventif. Mereka tertarik dengan
perbezaan keadaan antara dua orang murid yang berbeza ketinggiannya tetapi duduk
di atas kerusi yang sama bentuknya.
Pada langkah kedua, pengkaji telah memberikan “hands out” kepada setiap
murid. Ia mengandungi jadual prinsip inventif bagi kedua-dua kaedah pemisahan
ruang dan masa. Murid memberikan tumpuan pada pembelajaran dengan memberikan
respon terhadap soalan yang diajukan. Murid boleh menguasai pelajaran pada langkah
ini kerana dapat menjawab soalan yang berkaitan.
Pengkaji juga dapat mengenal pasti masalah ini melalui lembaran kerja yang
diberikan serta daripada hasil semakan buku latihan murid. Didapati hampir
keseluruhan murid Tingkatan 2 Ibnu Sina tidak dapat menjawab soalan latihan
berkaitan nama dan konsep prinsip inventif bagi kedua-dua kaedah pemisahan ruang
dan masa dengan tepat dan betul semuanya. Mengajar kesemua nama dan konsep
prinsip inventif bagi kedua-dua kaedah pemisahan ruang dan masa mengambil masa
yang agak lama, apatah lagi untuk mengulang semula dari awal hingga akhir setiap
nama dan konsep prinsip inventif bagi kedua-dua kaedah pemisahan ruang dan masa.
Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran ini adalah terhad.
Maka timbul pertanyaan, adakah kaedah yang digunakan tidak sesuai? Adakah cara
guru mengajar tidak banyak membantu mereka? Apakah yang perlu dilakukan bagi
membantu mereka?.
Sekiranya tindakan yang perlu tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak
akan dapat menguasai sepenuhnya tajuk Penyelesaian Masalah Secara Inventif ini.
Oleh yang demikian, pengkaji telah mencari kaedah pembelajaran yang sesuai bagi
kalangan murid-murid Tingkatan 2 Ibnu Sina untuk meningkatkan penguasaan
mereka berkaitan nama dan konsep prinsip inventif bagi kedua-dua kaedah pemisahan
ruang dan masa. Ia akan dapat menarik minat murid untuk belajar serta tidak
mengganggu murid lain semasa pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan.
2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN
Jika suatu masa dahulu, pendidikan itu lebih bersikap formal, serius serta
bertumpu kepada penguasaan ilmu semata-mata. Pada zaman yang serba moden ini,
perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan
sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan
inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang
bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan
boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain
daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu pengkaji
terpanggil untuk menghasilkan suatu kreativiti dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan dengan penggunaan peta minda .
Peta Minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai
kaedah yang boleh membantu murid dengan mencatat nota dengan cara yang paling
ringkas dan berkesan. Penggunaan peta minda semakin penting kerana ianya
berperanan sebagai satu kemahiran mengorganisasikan maklumat dan menghuraikan
konsep atau objektif secara teratur. Berdasarkan pelbagai sumber bacaan terdapat
ramai penyelidik menyatakan bahawa peta minda membolehkan kita merangka,
mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau
membuat sesuatu persembahan. Menurut mereka lagi, peta minda yang dibentuk
biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.
Melalui beberapa kajian yang dijalankan, telah menunjukkan bahawa
penggunaan konsep dalam pembelajaran bermakna menjadikan pembelajaran lebih
huristik melalui penggunaan peta konsep. Pembelajaran berterusan adalah satu proses
mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri
seseorang sejak dia dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada yang
disedari dan yang tidak disedari. Pembelajaran melibatkan organ deria untuk
mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di dalam
persekitaran. Rangsangan yang sesuai dan perlu daripada persekitaran dipilih
menggunakan organ-organ deria yang kemudiannya akan diproses di dalam otak
untuk dijadikan pengalaman yang bermakna.
Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan
dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola
kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Peta minda
membantu mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan
(Dilip, 1996). Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap,
bermakna dan senang diingati. Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk
mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk
yang boleh dilihat. Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia
merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama
membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,
menganalisis dan sebagainya.
Peta minda atau peta konsep adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai
kertas. Idea penting akan diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang
berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan,
bongkah geometri, imej, anak panah, warna dan sebagainya. Kebolehan guru
menyampaikan pengajaran dengan baik serta menggunakan kaedah yang betul dan
sesuai amat diperlukan. Selain itu guru perlulah memahami dan menghayati
kurikulum dan menguasai sukatan pelajaran. Murid-murid di sekolah menengah perlu
belajar dalam suasana yang membantu mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif perlu melibatkan interaksi sosial dan komunikasi dua hala.
Tingkatan 2 Ibnu Sina dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi untuk tajuk
Menurut Kamus Dewan (2000), Reka Bentuk ialah suatu aturan susunan
perancangan bahan dalam konteks penghasilan semua produk. Teknologi ialah
pengajian dan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta sesuatu dengan
menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk mengurus kehidupan di
samping meluaskan potensi manusia.
Tinjauan
Awal
Satu
Merancang
Refleksi Kitaran Tindakan
Kajian
Melaksana
Tindakan Dan
Pemerhatian
I. Tinjauan Awal
II. Merancang Tindakan
III. Melaksana Tindakan dan Pemerhatian
IV. Refleksi
Pada pendapat pengkaji, model ini sangat bersesuaian dengan kajian ini kerana
penambahbaikan dapat sentiasa dilakukan secara berterusan sehingga masalah dapat
diatasi. Model ini dimulakan dengan sesuatu isu atau masalah, seterusnya merancang
tindakan. Semasa tindakan dilaksanakan akan berlaku proses pemerhatian. Kemudian,
kajian itu akan dianalisis melalui refleksi yang dibuat oleh pengkaji.
Tindakan 6 : Refleksi
Setelah pengkaji melaksanakan apa yang telah dirancang, pengkaji
akan membuat penilaian terhadap keberkesanan penggunaan kaedah peta
minda terhadap penguasaan murid. Setelah selesai proses pembelajaran dan
pemudahcaraan, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik yang
mempunyai lima skala bagi setiap item kepada responden. Penjelasan telah
dibuat sebelum responden mula menjawab. Responden diberikan tempoh
sepuluh minit untuk menjawab soalan tersebut. Setelah borang itu dihantar,
pengkaji perlu membuat analisis tentang maklumat yang diperoleh. Soalan-
soalan tersebut telah diberikan pilihan jawapan menggunakan skala likert iaitu
bermula dari Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Tidak Pasti (3), Setuju
(4) dan Sangat Setuju (5).
Ujian Pra dan Ujian Pos dibina untuk memperolehi maklumat dan
mengukur tahap penguasaan murid terhadap tajuk Penyelesaian Masalah
Secara Inventif. Ujian Pra diberikan sebelum sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan gambaran
tentang pengetahuan sedia ada responden mengenai tajuk yang dikaji. Ujian
Pos diberikan setelah selesai kesemua sesi pembelajaran dan pemudahcaraan.
Ujian yang dijalankan kepada responden adalah menepati Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2. Soalan
untuk kedua-dua ujian adalah setara. Namun begitu, tempoh pelaksanaannya
adalah dalam jarak dua minggu.
MARKAH GRED
80 - 100 A
60 - 79 B
40 - 59 C
0 - 39 D
GRED
A B C D
KUMPULAN UJIAN
Pra - 5 5 -
Pos 1 9 - -
Eksperimenta
l
Pra - 1 8 1
Pos - 5 4 1
Terkawal
Jadual 3 : Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan
Terkawal
9
8
7
6
Bilangan Murid
5 Ujian Pra
4 Ujian Pos
3
2
1
0
A B C D
Gred
Ujian Pra
4 Ujian pos
3
2
1
0
A B C D
Gred
Dapatan hasil Ujian Pra dan Ujian Pos pada Jadual 3 ditunjukkan di dalam
bentuk graf seperti pada Rajah 2 dan Rajah 3. Ini bagi menunjukkan perbandingan
pencapaian yang berlaku pada gred ujian bagi Kumpulan Eksperimental dan
Kumpulan Terkawal. Merujuk kepada Rajah 2, bagi Kumpulan Eksperimental 5 orang
murid mendapat gred B manakala 5 orang murid lagi memperoleh gred C dalam Ujian
Pra. Setelah tindakan menggunakan kaedah peta minda, pencapaian murid dalam
Ujian Pos menunjukkan peningkatan gred yang ketara. Jumlah murid yang
memperoleh gred A meningkat kepada seorang daripada 0 serta murid yang mendapat
gred B pula meningkat seramai 9 orang daripada 5. Berbeza dengan Ujian Pra
sebelum ini di mana hampir keseluruhannya memperoleh gred C. Hasil analisis
menunjukkan pencapaian yang positif terhadap Kumpulan Terkawal dalam gred
markah ujian. Ini bermakna, penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi bagi tajuk Penyelesaian Masalah Secara
Inventif berjaya meningkatkan penguasaan murid.
Merujuk kepada Rajah 3, tiada seorang murid pun yang mendapat gred A
dalam Ujian Pra, seorang murid mendapat gred B manakala 8 orang mendapat gred C
dan seorang murid mendapat gred D bagi Kumpulan Terkawal. Setelah Kumpulan
Terkawal tersebut menjalani proses pengajaran dan pembelajaran konvensional,
terdapat juga perubahan terhadap gred pencapaian murid. 5 orang murid telah
mendapat gred B, 4 orang murid lagi mendapat gred C dan kekal seorang yang
mendapat D dalam Ujian Pos. Murid yang memperoleh gred B meningkat daripada 1
kepada 5 orang. Ini menunjukkan bahawa Kumpulan Terkawal juga menunjukkan
perubahan yang positif, tetapi tidaklah sebaik peningkatan Kumpulan Eksperimental.
Bagi melihat dengan lebih teliti mengenai pencapaian murid menguasai topik
Penyelesaian Masalah Secara Inventif, perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi
Kumpulan Eksperimental dan Kumpulan Terkawal dipaparkan dalam Jadual 4.
Markah ( % )
Responden
Kumpulan Eksperimental Kumpulan Terkawal
R1 74 82 69 69
R2 52 73 48 57
R3 54 71 42 59
R4 57 79 52 61
R5 55 73 42 66
R6 63 68 49 66
R7 60 67 54 53
R8 66 70 40 60
R9 58 62 35 48
R10 62 67 51 39
Jadual 4 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi KumpulanEksperimental dan Kumpulan
Terkawal
Perbandingan juga turut diterjemahkan dalam bentuk graf yang berasingan bagi
memudahkan proses menganalisis data seperti pada Rajah 4 dan Rajah 5.
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimental
90
80
70
60
Markah ( % )
50
Ujian Pra
40 Ujian Pos
30
20
10
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Responden
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Terkawal
70
60
50
markah ( % )
40
Ujian Pra
30 Ujian Pos
20
10
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Responden
Rajah 4: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimental
Rajah 5: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi kumpulan
Terkawal
Menurut Dunn & Dunn (1992), pelajar mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan
pembelajaran mereka. Ini menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pendidik
ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan dilaksanakan akan memberi kesan
kepada sikap pelajar terhadap pendekatan tersebut. Oleh itu, guru seharusnya
memainkan peranan yang penting dalam mencari pendekatan yang mampu menjadi
pemangkin kepada peningkatan kefahaman murid.
ii) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu, selain
dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada jumlah murid yang lebih
ramai.
iv) Menggunakan instrumen temubual dengan murid serta guru pakar bagi
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam mengenal pasti masalah
murid bagi memantapkan lagi dapatan kajian.
Buzan,T. & Barry, B. (2003). Tony and Barry Buzan The Mind Map Book.
BBC Worldwide Limited: London.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tahun 5, Kuala Lumpur.
Kemmis,S. & McTaggart,R (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit: BPPDP,KPM.
Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum.9
(1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Novak, J.D. & Gowin, D.B. (1984). Learning how to learn. New York: Cambridge
University Press.
Wahidin. (2004). Penggunaan Peta Konsep dan Peta Vee Dalam Meningkatkan sikap Pelajar
Terhadap Kimia. Jurnal Pendidikan,(29). Ms 125-140.
LAMPIRAN A