Anda di halaman 1dari 21

KARANGAN CEMERLANG SPM - Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini
termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Perayaan
seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai lapisan masyarakat
mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka sejak turun-
temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa sebanyak enam
perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan pada peringkat
kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Menyedari kesungguhan
kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang
sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan
rumah terbuka?

Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan


kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota
masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian
matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota
masyarakat mengenai perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis
terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang
melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun
berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Keadaan ini persis
peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India,
Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang
kekangan yang perlu dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat
mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat
dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-
sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga
membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat
resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak
cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari
Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat
membantu mereka mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung
semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Tuntasnya, budaya dan
adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya
tarikan kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja
datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga
dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara
ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata
mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan
melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-
kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan
Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di
Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka
sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri
pelancongan negara. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang
harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup
di bawah payung keharmonian.

Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam


hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah
terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan
silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem
kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan
pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis
sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang yang
semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka
akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan
terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih
dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua
dihormati, yang muda disayangi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh
dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.

Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan


silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan
rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat
kembali disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta
peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat
akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga
yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi
mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui
pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar,
‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang
dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan
rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka seperti
yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul
Razak setiap tahun. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan
silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat.

Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat
serta merasai kepelbagaian masakan. Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita telah
memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan mempunyai corak
atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula diketengahkan
menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat dan tradisi
yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan
diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi
masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan
manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai juadah yang
berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme
Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyaralat
dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang
berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh.

Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila


industri pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke
negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah
terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong
meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban
tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri
pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam
kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu
teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan
segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan
tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan
juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat
antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat.
Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.

Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti
Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan
konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan
masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional.
Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala- Malaysia. Pertembungan
budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak.
Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh
masyarakat Melayu dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini
sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu
merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan
kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang
dimiliki selagi adat initidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Kebudayaan
kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat
Malaysia.

Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah
terbuka memang banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep
rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak
difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar
syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap
pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan,
sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan
bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam
peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.

Karangan Contoh

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat
Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan
dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah
seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh
dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan
perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup
dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra
dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra
dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak
langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak
cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama,
walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina,
India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang
Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam
kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya
yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah
untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap
tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek
kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara
ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak
penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu
yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri
dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada
orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil
makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya
mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara
yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan
pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak.
Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh
anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah
terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita
tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila menganjurkan rumah
terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah
terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

Karangan spm ....Punca kejiranan terjejas dan cara atasi


Semangat kejiranan yang semakin luntur telah menyebabkan timbulnya berbagai-bagai
masalah dalam masyarakat.

Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya.

Semangat kejiranan merujuk satu perasaan yang mengutamakan jiran tetangga dalam
kehidupan seseorang itu. Pengamalan semangat ini melibatkan sikap sering berbual dengan
jiran, mengunjungi mereka ketika perayaan atau kecemasan serta membantu apabila
diperlukan tanpa sebarang pertanyaan. Media massa turut menyiarkan pelbagai kemelut yang
melibatkan aspek kejiranan di negara ini sehingga menimbulkan polemik yang meluas itu.
Akibatnya, pelbagai punca kemelut ini berlaku dan kaedah untuk mengatasinya harus difahami
segera.

Punca utama yang membawa lunturnya semangat kejiranan ini ialah perubahan dalam pola
kehidupan masyarakat kita itu. Masa bekerja masyarakat zaman moden sudah berubah
berbanding masa kerja zaman dahulu dan kesibukan bekerja itu membawa masyarakat
melupakan jiran mereka. Kesibukan bekerja ini telah membawa kesukaran masyarakat untuk
bertemu dan berbual sesama sendiri untuk mengukuhkan semangat kejiranan itu.
Sesungguhnya, perubahan dalam gaya hidup terutama masa bekerja telah menjadikan konsep
kejiranan itu semakin terhakis dalam jiwa manusia.

Selain itu, kepupusan semangat kejiranan turut dikaitkan dengan jurang status sosioekonomi
masyarakat. Sudah wujud sesetengah ahli masyarakat kita yang berstatus tinggi atau bergaji
tinggi yang memandang rendah jiran mereka yang bergaji kecil itu. Persepsi yang
mengutamakan status diri menyebabkan kurangnya interaksi sesama jiran yang berbeza
status tersebut sehingga boleh menimbulkan perasaan tidak selesa pula. Jadi, semangat
kejiranan di negara ini semakin renggang kerana ada ahli masyarakat kita yang
mengutamakan status sosioekonomi apabila cuba menjalin sebarang hubungan kejiranan itu.

Tambahan pula, kajian membuktikan bahawa semangat kejiranan semakin hilang disebabkan
oleh sikap mengutamakan perkauman begitu menebal. Ada ahli masyarakat kita yang tidak
suka apabila mempunyai jiran yang berbeza kaum daripada diri mereka sendiri itu. Situasi ini
menyebabkan interaksi tidak akan berlaku sesama jiran itu kerana sudah wujud pandangan
serong terhadap jiran yang berlainan bangsa itu. Lantaran itu, rasa hormat terhadap jiran yang
berlainan bangsa akan hilang sehingga menjejaskan konsep kejiranan yang mulia tersebut.

Kemelut kejiranan ini boleh ditangani apabila pihak berkuasa mengadakan lebih banyak
program berunsur kemasyarakatan di peringkat kebangsaan. Antara program itu melibatkan
majlis rumah terbuka setiap kali perayaan yang disambut oleh rakyat di negara ini kerana
program sebegini mewujudkan peluang rakyat untuk berinteraksi sesama sendiri. Semakin
kerap program sebegini dianjurkan oleh kerajaan semakin rapatlah hubungan yang boleh
dijalin sesama ahli masyarakat di negara ini yang berbilang kaum itu. Ringkasnya, program
kemasyarakatan harus menjadi agenda utama kerajaan dalam melaksanakan sebarang
program mereka itu.
Ibu bapa juga berperanan dalam memupuk semangat kejiranan ini dengan menyuburkan
konsep jiran yang positif dalam jiwa anak mereka. Golongan tua ini boleh membawa anak
mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan kejiranan mereka itu seperti aktiviti
kenduri-kendara dan gotong-royong itu. Apabila anak-anak didedahkan dengan amalan yang
murni ini sudah pasti jiwa mereka akan terbuka lalu memahami keperluan mempunyai jiran
yang rapat itu dalam kehidupan moden ini. Maka, ibu bapa mempunyai tugas berat dalam
usaha memastikan semangat kejiranan di negara ini terus wujud tanpa sebarang masalah.

Kesimpulannya, semangat kejiranan di negara ini sedang mengalami satu krisis yang besar
tetapi masih sempat untuk diubah situasinya itu. Semua pihak mempunyai tugas berat dalam
usaha mengekalkan semangat kejiranan di negara ini kerana dugaan yang menanti begitu
hebat pula. Ketiadaan semangat kejiranan boleh menyebabkan pelbagai masalah melanda
Malaysia seperti perselisihan kaum, kejatuhan ekonomi, dan kemungkinan berlakunya
peperangan itu amat besar. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa
semangat kejiranan penting dalam mengekalkan keharmonian di negara ini untuk dinikmati
oleh generasi akan datang itu

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)


Peribahasa ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ sesuai menggambarkan
sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya
warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri
sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat
kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini
amat membimbangkan kerana semangat kejiranan, yakni semangat yang dimiliki oleh ahli-ahli
masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat
diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat.

Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap
masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang
pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskan buta huruf dan meningkatkan
daya pemikirana serta pengetahuan masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama,
pendidikan juga telah mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap kehidupan,
terutamanya generasi muda. Contohnya, melalui pendidikan, golongan belia mula memperolehi
jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, mereka berasa mereka dapat berdikari dan
tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula hanya mementingkan kebahagiaan dan
kepentingan sendiri. Maka, mereka menumpukan semua masa mereka untuk mencari kepuasan
diri dan melupakan tanggungjawab sosial mereka terhadap kebajikan masyarakat secara
keseluruhan.

Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan proses urbanisasi
juga merupakan satu faktor yang lain. Kehidupan di kota amat berbeza jika dibandingkan dengan
kehidupan di kampung. Masyarakat desa yang mementingkan semnagat kejiranan dan kerjasama
mula pupus dengan perkembangan bandar-bandar yang mempunyau pelbagai kemudahan dan
peluang pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotong-royong
unuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan sebagainya. Sikap sebegini tidak
langsung wujud di kalangan warga kota kerana mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana
persaingan yang amat snegit.

Justeru, perbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh norma-norma
kebaratan. Kita sedia maklum bahawa pengaruh barat meresap ke dalam kehidupan dan
kebudayaan kita melalui perkembangan media massa. Kebudayaan dan cara hidup Barat yang
mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap materialistik dan mementingkan hak peribadi
sebelum masyarakat sentiasa dipaparkan dalam rancangan televisyen dan radio. Masyarakat
tempatan pula terlalu ingin mengikuti cara hidup barat yang liberal supaya dipandang sama taraf
dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telah menyebabkan kita menggadaikan nilai-nilai
tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan masyarakt dalam
melakukan sesuatu perkara.

Teknologi juga telah menjadi satu lagi faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan
semnagat kejiranan. Ini keran, dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang
berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon,
faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubungan.
Ekoran daripada itu, kita hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan sikap ramah-tamah.
Sebaliknya, kita menjadi kera sumbang dan hanya mampu berkomunikasi engan orang lain
dengan bantuan teknologi. Jelas bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini
tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satu sama lain dengan
baik.

Struktur perumahan moden juga menyukarkan penanaman semangat kejiranan di kalangan


masyarakat kita. Kebayakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan
pagar-pagar. Hai ini jauh berbeza dengan rumah-rumah di kampung yang tidak mempunyai
sempadan untuk membezakan rumah satu jiran daripada rumah jiran yang lain.

Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan bahawa semngat kejiranan semakin pudar dan luntur
di kalangan masyarakat kerana pelbagai faktor. Dengan itu, kita harus menyedari hakikat ini dan
menggembleng tenaga untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini kerana smenagat kejiranan
menjadi teras perpaduan masyaraka

Pengaruh Norma-norma Barat


Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap materialistik dan mementingkan hak
peribadi.

Taraf Pendidikan
Melalui pendidikan, golongan belia mula memperolehi jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi
Berasa boleh berdikari dan tidak memerlukan orang lain lagi,penting diri dan tiada rasa
tanggungjawab sosial terhadap jiran.

Kampung VS Urbanisasi
Kerjasama masyarakat desa yang tinggi mula pupus dengan perkembangan bandar-bandar yang
menyediakan banyak peluang dan kemudahan.
Contohnya, amalan gotong royong kawasan dan membina jambatan hanya berlaku di kampung.
Di bandar, penduduk lebih mengambil sikap berdiam diri dan sibuk dengan pekerjaan.
Teknologi
Kemajuan teknologi menyebabkan masyarakat kurang atau tiada kemahiran berkomunikasi.
Contohnya,melalui penggunaan telefon, faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara
berseorangan untuk berhubungan

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran


bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini
semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula.
Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini
berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan
perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak
tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan
bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini
mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan
semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu
sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh
dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran


semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang
menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat
akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah
mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan
berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat
hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam
kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan
yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan
semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam
masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat
strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling
berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi
titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang
dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus
diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri
"siapakah jiran kita?
Soalan:
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda,
apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
dapat ditingkatkan.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di
belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama,
mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan
menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan
nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita
perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan
sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara
satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka
dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-
kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan
sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan
perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan
bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini,
semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah
dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga
jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke
dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan
akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini
hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang
sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu
dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang
mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah
melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan
dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan
Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk
mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam
peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-
menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat
sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup
bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui
masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata
memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada
prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat
kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh
jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan
yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain
semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan
seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan
akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni
dan sejahtera.

Ciri-Ciri Remaja Sebagai Tonggak Negara Masa Hadapan


Belia pada hari ini merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Namun begitu,
remaja yang merupakan tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial.
Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras
dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “jika ingin melihat
masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini”. Jelaslah di sini, kita
dapat lihat bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan
bangsa. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu saya miliki sebagai remaja yang menjadi
tonggak negara pada masa hadapan?

Ciri signifikan yang perlu saya miliki ialah keiltizaman yang tinggi. Saya perlu belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam aspek akademik.
Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan
remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, saya perlu proaktif
menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi menuntut segala pengetahuan
terutamanya ilmu Sains dan Matematik. Arus permodenan telah memungkinkan segalanya
untuk remaja menimba ilmu melalui pelbagai wahana seperti membaca buku, melayari lebuh
raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat
untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung.
Tegasnya, tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut.

Di samping itu, saya perlu beretika dan bersahsiah mulia. Kepatuhan yang teguh
kepada ajaran agama perlu ada dalam diri saya supaya dapat menjadi benteng kepada diri
saya. Remaja sewajarnya berpegang teguh kepada pegangan agama masing-masing, tidak
kira bangsa mahupun agama. Hal ini demikian kerana, ciri ini sangat penting bagi kita
menjaga hubungan dengan Maha Pencipta agar kita sentiasa diberkati. Pada waktu yang
sama, ajaran agama yang sempurna dapat melatih diri saya untuk sentiasa ingat akan
suruhan dan larangan agama tidak kira tempat dan waktu. Bukan itu sahaja, ketaatan
kepada ajaran agama juga dapat membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri saya. Sebagai
contoh, ajaran agama dapat melatih diri saya untuk berfikiran rasional supaya dapat
membezakan baik buruk sesuatu perkara. Melalui cara ini, saya tidak akan terpengaruh
dalam kebejatan sosial yang boleh mencemarkan nama baik negara. Secara tidak langsung,
disiplin dalam diri saya juga terpelihara.

Selain itu, ciri kreatif dan inovatif juga perlu saya titik beratkan untuk memacu
pembangunan negara yang gemilang. Demi mencapai hasrat ini, semangat inkuiri yang
tinggi juga perlu saya miliki. Hal ini demikian kerana, hanya mereka yang berani berkreatif
dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Tamsilnya,
dalam industri teknologi maklumat dan dan komunikasi (ICT), umat yang gigih dan berani
mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan itu,
remaja harus dilatih supaya berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang
teratur. Umpamanya, seorang pelajar berumur 16 tahun di Nepal telah berjaya mencipta
sebuah alat yang dapat menghasilkan kuasa elektrik daripada rambut. Kisah kejayaannya
mendapat perhatian seluruh dunia sehingga dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan
pelajarannya di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, remaja haruslah berfikir secara
rasional dan mengelakkan perkara-perkara yang mampu memudaratkan diri dan orang lain.
Justeru, pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis
negara yang kreatif dan inovatif.

Dalam pada itu, saya haruslah mengekalkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Dewasa ini, isu remaja mudah terpengaruh dengan gejala sosial semakin hangat
diperkatakan. Keadaan ini bertambah keruh apabila remaja mudah dipengaruhi dengan
budaya kuning dan semakin melupakan budaya timur. Sebagai contoh, cara berpakaian dan
pertuturan harian golongan muda hari ini bersifat “kebaratan”. Namun begitu, jika remaja
berjati diri, sudah tentu mereka sentiasa sanggup mempertahankan budaya timur yang
sememangnya kaya dengan pelbagai amalan yang luhur. Misalnya, masyarakat timur amat
menekankan amalan menghormati orang yang lebih tua, cara berpakaian secara bersopan
serta pertuturan yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Walakin begitu, bagi
remaja yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka harus bijak menyesuaikan diri.
Persis kata peribahasa, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Namun demikian,
remaja harus mengekalkan unsur ketimuran agar tidak dilupai. Program Latihan Khidmat
Negara ialah antara program yang dapat menjamin jati diri dan menanam sikap cinta akan
negaradalam kalangan remaja.

Seterusnya, sifat keterbukaan harus saya miliki juga dalam usaha menjadi tonggak
negara pada masa hadapan. Melalui sifat ini, saya dapat menerima teguran dan pandangan
orang lain dengan tenang dan tidak akan menimbulkan sebarang prasangka yang buruk
terhadap mereka. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan
positif kepada negara iaitu menjamin kestabilan politik, ekonomi, dan sosial negara. Mereka
akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi
mewujudkan kesejahteraan sosial. Hal ini demikian kerana, selaras dengan misi dan visi
negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung atau lebih dikenali
sebagai satu bangsa, satu bahasa dan satu negara. Maka, sifat keterbukaan remaja sudah
pasti dapat memudahkan kami menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negara
kami dengan penuh komited dan dipayungi perpaduan antara rakyat.

Lain daripada itu, saya juga perlu memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang
ingin membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi
segala kekangan. Pada alaf yang baharu penuh dengan kompetitif, remaja perlu mempunyai
kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju yang lain.
Dalam usaha mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja patut mengamalkan
pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan,
beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok,
kegiatan maksiat dan lain-lain kerana terlajak perahu dapat diundur, terlajak laku buruk
padahnya. Remaja harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset utama yang tidak
ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat
bertepatan dengan slogan “rakyat sihat, negara maju”.

Sebagai intiha, aspek-aspek di atas sangat perlu kita miliki dan praktikkannya kerana
perkara ini sudah menjadi tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana
pembangunan negara persisi mutiara kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui tampuk kepemimpinan negara haruslah
merdeka daripada belenggu gejala sosial. Ghalibnya, hanya remaja yang berkualiti akan
memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja sekarang tidak diasuh, dibimbing dan
dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi
semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja perlu terjaga daripada lena
dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat
menempatkan diri sebagai modal insan yang berketerampilan terpuji. Semoga negara kita
dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang
lain dan terkenal di seantero dunia.

CIRI-CIRI REMAJA YANG BERKUALITI

Setelah 53 tahun kita menghela nafas kemerdekaan, remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih
terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami
anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin
melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah
mengungkap,”Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Nyatanya, remaja yang
berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.

Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan remaja yang
berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan
dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala
pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari
lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk
mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan
bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk
merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu
terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut
rasa binasa.”

Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki
kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk
menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki
kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan remaja negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut
mengamalkan pemakanan seimbang,menjaga kebersihan, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat
dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi.
Seperti peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Remaja kita harus sedar bahawa
kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi
membawa makna. Rakyat sihat, negara maju. Remaja yang sihat dan kuat baru dapat mempertahankan
kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Selain itu, remaja yang berkualiti juga harus memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus
disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Lantarannya ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja sebagai insan
yang berakhlak mulia dan berjati diri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita
harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-
royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu
mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang kedangkalan keimanan akan
mencetuskan kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah dan
berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinat dan madani pada suatu hari
nanti.

Sementelahan pula, remaja yang berkualiti perlu berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara.
Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru
dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat
yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita
harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa
harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian
mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan
praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan,
kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-
awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.

Intihanya, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Remaja sebagai tunjang yang bakal
menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang
berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik
dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya berada awang-awangan dan tidak dapat menjadi
realiti. Oleh itu remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri
yang mulia supaya menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan
membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan
remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.

PERANAN IBU BAPA


Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak.
Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-
anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini
tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala.
Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu
memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu
dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya
berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka
perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja
membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.

Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas.
Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan
kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah
Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu
bapa.

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja
tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa
sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu
bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa
yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil
tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-
anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.
Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus
membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari
jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan
Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke
surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian
menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak
membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa
harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus
sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak

PERANAN GURU DI SEKOLAH


Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru
yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya.
Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik
bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan
menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

PERANAN PIHAK BERKUASA


Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa
yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy
berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu
sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu
bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah
berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

PERANAN MEDIA MASSA


Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja
tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa
sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding
liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu
bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

PERANAN KOMUNITI/MASYARAKAT
Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di
tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat
Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-
masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu
malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula
membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan
yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih
mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej
yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu
diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan
seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi
terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat
dengan kerajaan negeri.
Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya
untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat
keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid
dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan
seterusnya.

”Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah
merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang
benar).” (Ar-Rum:41)

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala
Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.” (Ali-
Imran: 104)
”Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih
baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang
fasik.” (Ali-Imran : 110)

Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


kehidupan

 Berkongsi pendapat
 Memperoleh maklumat
 Menjana pendapatan

Pada zaman perkembangan teknologi ini, masyarakat telah menggunakan


pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat. Terdapat seribu satu cara untuk
memperolehi maklumat seperti sumber daripada rakan, internet, media massa
dan lain-lain. Wahana komunikasi ini digunakan secara meluas dan
mempercepatkan penyebaran maklumat. Manusia melalui pelbagai abad inovasi
teknologi dan berjaya membina satu rangkaian perhubungan yang boleh
menghubungkan masyarakat di dalam negara mahupun luar negara. Melalui
rangkaian ini, maklumat dapat diperoleh dan digunakan dalam pekerjaan dan
kehidupan seharian. Teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan
yang sangat penting dalam hidup masyarakat. Apakah peranan teknologi
maklumat dan komunikasi kepada masyarakat celik hari ini?
Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan kita dalam peranan teknologi
maklumat dan komunikasi. Salah satu peranannya adalah membolehkan masyarakat
berkongsi pendapat. Komunikasi antara masyarakat berlaku dengan giat dan berlaku
pada setiap masa. Manusia memerlukan kemudahan berkomunikasi antara satu sama
lain seperti internet. Kemudahan berinternet telah digunakan oleh masyarakat celik hari
ini untuk memudahkan pekerjaan mereka. Berkongsi pendapat adalah perlu dalam
membangunkan masyarakat ke tahap yang lebih baik seperti aplikasi e-mel yang sering
digunakan dalam membuat sesuatu pekerjaan. Sejajar hal ini, kerja dapat diselesaikan
dengan mudah dan pantas. Berkongsi pendapat juga boleh meningkatkan mentaliti
masyarakat setempat yang menghubungkan diri mereka dengan masyarakat lain seperti
masyarakat negara maju. Perkongsian pendapat yang berfaedah dan membangun
memberi kesan yang positif kepada masyarakat tempatan.

Seterusnya, maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber. Teknologi maklumat


dan komunikasi memberi kemudahan untuk masyarakat memperoleh maklumat.
Pelbagai alat teknologi dan komunikasi digunakan dalam menyebarkan maklumat dan
mencari maklumat seperti komputer, komputer riba yang mempunyai kemudahan
internet, telefon bimbit pintar, televisyen dan sumber daripada manusia. Kita boleh
memperoleh maklumat untuk kepentingan diri sendiri seperti mencari maklumat
mengenai pelajaran, dengan cara ini, kita dapat mencapai kejayaan dengan lebih
mudah. Masyarakat perlulah membuat perkara yang berfaedah agar mentaliti
masyarakat boleh ditingkatkan.. Penggunaan alat-alat komunikasi ini juga boleh
mendorong masyarakat melakukan keburukan seperti menjatuhkan maruah seseorang
di laman sosial dan menggodam akaun orang lain untuk mencuri duit. Untung sabut
timbul, untung batu tenggelam, pepatah ini mengingatkan kita supaya sentiasa
melakukan kebaikan dan berlaku buruk akan mendapat balasan buruk. Oleh itu,
masyarakat harus menggunakan kemudahan-kemudahan ini dengan baik supaya dapat
mewujudkan masyarakat yang membangun selaras Wawasan 2020.

Bukan itu sahaja, peranan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan kita
menjana pendapatan. Pada zaman revolusi teknologi ini, pelbagai cara boleh dilakukan
untuk menjana pendapatan. Jika dikaitkan dengan isu semasa mengenai kenaikan
harga barang, ramai daripada masyarakat kita harus berhempas pulas mencari rezeki
untuk menanggung kehidupan seharian. Bidang teknologi maklumat dan komunikasi
telah memberi kemudahan kepada kita untuk mencari wang. Tamsilnya, orang ramai
sibuk dengan pekerjaan mereka dan tidak mempunyai masa untuk membeli barang,
oleh itu, masyarakat harus mengambil peluang dengan melakukan perniagaan secara
atas talian. Pekerjaan ini tidak memerlukan tenaga yang banyak dan kerja dapat
dilakukan dengan cekap. Cara ini telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk memberi
kemudahan kepada masyarakat membayar cukai. Selaras dengan perkara itu, ekonomi
negara semakin meningkat dan dapat menjana pendapatan untuk negara. Secara
kesimpulannya, peranan teknologi maklumat dan komunikasi memberi banyak
kelebihan untuk masyarakat.

Akhirul mukaddimahnya, peranan teknologi maklumat dan komunikasi amat


penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Bidang teknologi maklumat dan
komunikasi banyak menyediakan kemudahan dalam perhubungan untuk pembangunan
manusia sejagat. Wahana komunikasi perlulah digunakan dengan baik untuk perkara
yang berfaedah dan boleh membawa keuntungan kepada diri, masyarakat dan negara.
Kita diberi kemudahan yang banyak, hendaklah kita menggunakannya dengan baik.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TMK

Teknologi maklumat merupakan teknologi yang telah banyak merubah hidup manusia. Teknologi pada dasarnya
dalah untuk memudahkan sesuatu. Jika teknologi ini digunakan dengan niat yang betul maka akan membawa
manfaat dan kesejahteraan hidup, tetapi jika disalahgunakan maka akan membawa kepada perkara-perkara
yang sia-sia dan yang merugikan.

Tidak dinafikan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai banyak kelebihannya, antaranya kita boleh
memperolehi ilmu dan maklumat dengan mudah dan cepat. Selain itu, kita juga boleh berhubung antara satu
sama lain, melakukan tranksaksi perbankan, membuat pembayaran seperti membayar bil-bil dan banyak lagi
kemudahan yang boleh kita dapat melalui internet. Melihat kepada manfaat teknologi maklumat, kita hendaklah
celik dan peka terhadap penggunaannya kerana kemudahan tersebut menawarkan maklumat dan ilmu yang
sangat banyak dan Islam sememangnya juga menghendaki umatnya untuk sentiasa menimba dan meningkatkan
ilmu pengetahuan.

Namun tidak dinafikan teknologi maklumat seperti internet juga mempunyai keburukan dan kesan teknologi yang
boleh mempengaruhi fikiran dan minda, boleh merosakkan moral dan akhlak, boleh menjejaskan keselamatan
awam dan negara dan lebih buruk lagi boleh menggugat akidah umat Islam. Ini kerana melalui internet
seseorang itu boleh sahaja mendapatkan maklumat yang berkemungkinan tidak betul atau kurang tepat
berkenan sesuatu perkara. Selain itu, terdapat juga perisian atau laman web di internet itu mempunyai unsur
yang tidak beretika dan tidak bermoral seperti paparan gambar pornografi, penyebaran fahaman yang
bertentangan dengan agama Islam, perjudian dan sebagainya. Tidak kurang juga terdapat pihak yang
melakukan penipuan dalam urusan jual beli melalui internet.

Sudah menjadi trend pada masa ini ramai orang menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk berhubung.
Ini kerana mereka dapat berkomunikasi dengan keluarga dan teman dengan mudah dan secara tidak langsung
dapat mengeratkan perhubungan yang baik sesama mereka, bahkan penggunaan komunikasi melalui
kemudahan tersebut juga adalah lebih senang dan cepat. Selain itu, mereka juga dapat mencari kenalan sama
ada dalam dan di luar negara. Namun terdapat juga keburukan di sebalik kemudahan tersebut kerana tidak
mustahil terdapat di antara pengguna yang menjadikannya sebagai tempat untuk menyebarkan fitnah,
mengutuk dan menghina, mendedahkan rahsia dan keaiban diri sendiri dan orang lain dan sebagainya. Semua
perbuatan tersebut adalah berdosa dan dilarang oleh agama Islam. Ketahuilah juga bahawa perbuatan
memfitnah adalah lebih buruk dan dahsyat oleh agama Islam. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al
Baqarah, ayat 191 tafsir-Nya: “Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”
Ketahuilah bahawa kesan negatif akibat penyalahgunaan internet bukan sahaja membahayakan pengguna yang
terdiri dari orang dewasa, bahkan juga kepada kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak juga banyak
menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan ilmu dan maklumat, belajar secara interaktif, melayari
laman sosial dan bermain game. Kemudahan ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada bahaya
kerana tidak mustahil mereka juga boleh melayari laman web yang tidak baik untuk mereka. Kita tahu dan sedar
bahawa fikiran anak-anak yang belum matang akan mudah percaya pada setiap maklumat yang diperolehinya
melalui internet dan lebih buruk lagi jika mereka terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak
baik sehingga boleh menjejaskan minda, akhlak dan tingkah laku mereka. Ini kerana mereka boleh melihat
perkara yang tidak baik melalui internet seperti adegan yang tidak senonoh, adegan ganas, black metal dan
sebagainya.

Apa yang menakutkan kita ialah kanak-kanak juga boleh terdedah kepada bahaya yang boleh menjejaskan
keselamatan mereka. Perlu diketahui bahawa pada masa ini terdapat pemangsa yang mencari mangsanya yang
terdiri dari kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dengan tujuan yang tidak baik seperti rogol, culik,
perdagangan manusia dan sebagainya. Oleh itu, sebagai ibu bapa kita hendaklah sentiasa memantau dan
mengambil tahu aktiviti anak-anak ketika melayari internet. Kita hendaklah mengetahui dengan siapa anak kita
berkawan. Sememangnya kita tidak akan dapat memantau sepenuhnya aktiviti anak-anak, lebih-lebih lagi
kemudahan intenet bukan sahaja boleh diperolehi melalui komputer di rumah, tetapi juga di luar rumah kerana
terdapat banyak tempat yang menawarkan kemudahan wi-fi terutamanya café dan kedai-kedai makan dan
mereka juga mudah mengakses internet melalui telefon bimbit dan sebagainya. Namun perlu ibu bapa hendaklah
sentiasa berusaha mendekati anak-anak mereka dengan memberi bimbingan dan kesedaran terhadap bahaya
dan implikasi negatif terhadap penyalahgunaan internet, memberi nasihat dan teguran secara berterusan,
mengajar cara-cara untuk membezakan antara yang benar dan salah yang bermanfaat dan sia-sia. Ibu bapa
hendaklah juga memberikan pendidikan agama dan menerapkan pembentukan akhlak yang mulia ke dalam jiwa
anak-anak. Anak-anak yang dididik dengan ajaran Islam akan dapat memelihara diri mereka diri melakukan
perkara yang berdosa dan melanggar hukum Islam.

Selain itu, ibu bapa juga perlu tegas mendidik anak-anak untuk menggunakan internet bagi tujuan yang baik dan
bermanfaat sahaja, mengatur masa dengan bijak kerana tidak dinafikan mereka mudah terlalai dan leka ketika
melayari internet sehingga tidak perasan bahawa mereka telah melayari internet hingga bejam-jam lamanya.
Bagi anak-anak yang masih bersekolah sudah tentu perbuatan tersebut akan menjejaskan prestasi akademik
kerana akibat leka melayari internet boleh menjejaskan masa anak-anak untuk belajar bahkan juga boleh
menyebabkan kesihatan anak-anak terganggu. Tidak dinafikan juga terdapat anak-anak yang lebih gemar
menghabiskan masa untuk melayari internet berbanding melakukan aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan,
memancing dan sebagainya. Perbuatan tersebut kurang sihat bagi pertumbuhan fizikal dan mental anak.

Kita hidup di zaman ini merasa kagum dengan perkembangan internet sehingga maklumat dan komunikasi dapat
dilakukan dengan mudah, cepat dan jimat. Namun kita perlu sedar juga bahawa perkembangan tersebut turut
membawa perubahan kepada hidup kita, seperti cara bersosial, berkomunikasi dan sebagainya. Selain itu, kita
hendaklah juga sentiasa berwaspada dan berhati- hati terdapat pihak yang sentiasa cuba untuk merosakkan
akhlak dan minda serta akidah umat Islam. Kita sebagai ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat wajib
melindungi kanak-kanak dengan sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka akan etika ketika
melayari internet.

Kebaikan dan Keburukan Internet


KEBAIKAN

1. Maklumat

 Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari


internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had
masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk
teks tetapi juga dalam bentuk bergambar

2. Alat Komunikasi

 Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan


Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai
pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi
dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah
dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di
mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara
sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet

3. Jimatkan kos dan masa

 Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah


menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga
kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan
kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke
antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal
jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata
tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over
internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh
lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Mesyuarat
ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan
menggunakan video conference ataupun tele-conference.
Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk
bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.

4. Berita Terkini
5. Pengiklanan
6. Hiburan - muzik, drama, games

7. Pendidikan secara atas talian

 Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal


kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar
hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri
kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas
talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh
mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping
itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara
atas talian.

8. Servis Perkhidmatan

 syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi


pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian
bagi memudahkan pengguna.

KEBURUKAN

1. Ketidaktepatan Maklumat

 Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang


besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan
yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat
mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang
menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang
lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu.
Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai
kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

2. Virus/Malware/Worm/Trojan

3. Bahan-bahan yang tidak bermoral

 Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral


seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai
ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya
memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara
umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet.
Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access
oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet
filtering Software perlulah di install di komputer yang
digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu
bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh
anak-anak mereka.

4. Isu Keselamatan

 Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang


terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan
kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan
yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data
kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker
boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data
sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network
harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

5. Pembaziran Masa

 Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain


games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak
berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi
masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini
laman sosial facebook, terdapat pelbagai aplikasi dalam
laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fung

si untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access


ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan
produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.

Anda mungkin juga menyukai