Anda di halaman 1dari 2

29 Mac 2018

Pergerakan Pemuda UMNO


Bahagian Gombak

PERMOHONAN BAGI MENGADAKAN BONGGOL JALAN (“HUMP”) DAN CERMIN CEMBUNG


(“CONVEX MIRROR) BESERTA PAPAN TANDA BERKAITAN DI KEJIRANAN ZON B TAMAN
MELAWATI

Perkara di atas adalah dirujuk. Juga sembang santai bersama Saudara Azli Mohd Ali, Ahli
Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak turut berkait.

Keperluan untuk mengadakan bonggol jalan, cermin cembung beserta papan tanda
berkaitan telah lama dan banyak kali disuarakan oleh para penduduk. Malah beberapa
penduduk difahamkan pernah menghantar permohonan dan cadangan secara individu dan
berkumpulan kepada beberapa pihak termasuk MPAJ.

Persatuan Keselamatan dan Cegah Jenayah Zon A,B&C Taman Melawati (PKCJ) telah
mengemukakan perkara ini kepada pihak MPAJ dalam pertemuannya bersama Yang
Diperrtuaa MPAJ, Tuan Hj Abd Hamid b Hussain pada bulan November 2016. Perkara ini
terkandung sebagai salah satu item dalam surat bertarikh 26 Oktober 2016 yang
dikemukakan yang mengandungi permintaan-permintaan seperti lampu limpah di padang
permainan Zon B. Malang sekali sehingga kini tiada maklumbalas dari jabatan berkaitan
mahupun MPAJ sendiri terhadap usul-usul tersebut.

Antara beberapa sebab yang menguatkan hujah kepada perlunya untuk mengadakan
bonggol jalan, cermin cembung beserta papan tanda berkaitan di kejiranan zon B adalah
seperti berikut:-

 Laluan pintasan dari Jalan Melawati 1 ke Jalan Melawati 2 dan sebaliknya


Kejiranan Zon B merupakan kawasan perumahan yang terdekat dengan pusat
Bandar Melawati dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Seringkali laluan di
Jalan B1 dijadikan pintasan oleh penduduk dari Zon A dan Zon C untuk ke Pusat
Bandar dan seterusnya ke MRR2. Seringkali juga kami di kejiranan Zon B berdepan
kenderaan yang dipandu laju di Jalan B1 yang datang dari arah Jalan Melawati 1 dan
juga Jalan Melawati 2.
 Q-Dees, Brainy Bunch dan Tadika Naluri Kreatif Melawati
Terdapat 3 buah pusat asuhan kanak-kanak di kejiranan Zon B. Bagi Brainy Bunch
walaupun terletak di Jalan B5 dan terdapat ibu-bapa/penjaga yang menghantar
anak-anak melalui jalan tersebut, laluan utama yang digunakan bagi menurun dan
menghantar anak-anak adalah di Jalan Melawati 1. Manakala Q-Dees dan Tadika
Naluri Kreatif Melawati yang masing-masing terletak di Jalan B7 dan Jalan B9
menjadikan Jalan B1, Jalan B2, Jalan B6 dan Jalan B9 sebagai laluan harian
menghantar dan mengambil anak-anak.

No 35 Jalan A8, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur


 Masjid Lama Al-Hidayah (MLAH)
MLAH terletak di Jalan B4 dan Jalan B6. Perkara mengenai kenderaan yang dipandu
laju serta kesukaran para jemaah terutama yang agak berumur untuk memandu
keluar-masuk dari Jalan B4 dan Jalan B6 acapkali didengari dalam mesyuarat tahunan
masjid. Dalam tahun ini sahaja satu kemalangan kecil melibatkan dua buah kereta di
persimpangan Jalan B1/B4 dan yang terbaru melibatkan sebuah motorsikal dan
sebuah kereta di persimpangan Jalan B1/B6 berlaku yang menyebabkan penunggang
motorsikal dikejarkan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Berdasarkan kepada di atas, penduduk merasakan sangat perlu untuk diadakan bonggol
jalan, cermin cembung beserta papan tanda berkaitan seperti tanda had laju dan amaran
bonggol jalan.

Justeru kepekaan dan keprihatinan pemuda adalah dipohon bagi memberi perhatian atas
perkara mengenai keselamatan lalu lintas serta kerisauan penduduk agar penduduk rasa
terjamin dan selesa. Segala pertimbangan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian

Yang menjalankan tugas

MOHD ARSHAD BIN MD YUSUF


Ketua
Zon B Taman Melawati
403 Jalan B6
013.387.4043

No 35 Jalan A8, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai