Anda di halaman 1dari 5

JABATAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MALAYSIA

KERTAS KERJA

PROGRAM “RANCANGAN PERNIAGAAN”

ANJURAN

AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA BERSAMA


JABATAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MALAYSIA

12 HINGGA 13 MAC 2016


1.0 Tujuan :-

Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari Jabatan Pembangunan
Luar Bandar bersama Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Selain itu, ianya juga bukti
bahawa program tersebut telah dirancang dan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan
baru-baru ini.

2.0 Latar Belakang :-

Setiap individu yang mendiami kawasan luar bandar juga berpeluang untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan. Mereka ini boleh dilatih untuk menjadi
usahawan yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Program bengkel keusahawanan ini
bagus untuk meningkatkan tahap pemikiran golongan-golongan yang berada kawasan luar
bandar.

3.0 Objektif Program :-

Di akhir program tersebut, diharapkan :-

3.1 Membantu para peserta tersebut dalam mengembangkan idea-idea perniagaan.

3.2 Melahirkan para usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

3.3 Memudahkan para peserta untuk melangkah setapak membuka sebuah perniagaan.

3.4 Melahirkan para usahawan yang mempunyai kreativiti dan keyakinan tinggi.

3.5 Membantu para peserta dalam “Rolling Money” semasa melakukan perniagaan.

4.0 Butiran Program :-

4.1 Bilangan peserta :- 60 orang peserta dan 4 orang penceramah

4.2 Tarikh Cadangan :- 12 Hingga 13 Mac 2016


4.3 Aturcara :-

12 MAC 2016 ( SABTU )


8.00 AM 9.00 AM Pendaftaran
- Keahlian peserta
- Penginapan
9.00 AM 10.30 AM Rehat ( Sarapan / Minum Pagi / Pengemasan Bilik)
10.30 AM 12.30 PM Slot 1 ( Melangkah Ke Dunia Perniagaan )
Bersama Dato’Seri Hajah Hazmida Othman
12.30 PM 2.00 PM Rehat ( Makan Tengahari / Solat / Pengemasan diri )
2.00 PM 4.30 PM Slot 2 ( Rolling Money )
Bersama Dr. Hajah Nor Afrizah Haji Abdul Aziz
4.30 PM 8.30 PM Rehat
- Minum Petang
- Solat
- Makan Malam
- Pengemasan Diri
8.30 PM 10.30 PM Slot 3 ( Power of Communication )
Bersama Dr. Azizan Osman
10.30 11.30 PM Rehat ( Minum Malam )
- Tidur
13 MAC 2016 ( AHAD )
6.30 AM 8.30 AM Pengemasan diri
- Solat
- Sarapan
- Senaman Erobik
8.30 AM 10.30 AM Slot 4 ( Personaliti Terunggul Ahli Perniagaan )
Bersama Datin Adura Adila Adreanaa Haji Ali
10.30 AM 11.00 AM Minum Pagi
11.00 AM 12.00 PM Penutup
- Ucapan Penganjur
- Cenderamata Penceramah
- Bersurai
- Pengemasan “ Packing Beg”
4.4 Tempat Program :-

Bobbie’s Bear Harmony Homestay

4.5 Ahli Jawatankuasa :-

Pengarah :- Datin Hajah Azwa Binti Haji Mat Rashid

Penyelaras :- Encik Muhammad Shahmi Rifqi Bin Kamaruddin

Penceramah:- Dato’Seri Hajah Hazmida Othman

Dr. Hajah Nor Afrizah Haji Abdul Aziz

Dr. Azizan Osman

Datin Adura Adila Adreanaa Haji Ali

Urusetia :- Encik Putra Alif Haiqal Bin Haji Putra Ismail

Cik NurIntan Syahira Binti Haji Zulkepli

5.0 Kewangan :-

Sumber Kewangan :-

i. Peruntukan Jabatan Pembangunan Luar Bandar :- RM 10,000.00


ii. Penajaan Friz’s & Bobbie’s Bear Ideas :- RM 5,000.00
iii. Penajaan Vida Beauty Sdn.Bhd. :- RM 5,000.00
Jumlah :- RM 20,000.00

5.1 Anggaran Perbelanjaan :-

PERBELANJAAN PENDAPATAN
Pendaftaran PERCUMA ( 30x60= RM 1,800.00 )
Penginapan PERCUMA ( 50x60= RM 3,000.00 )
Makanan & Minuman ( 60x150= RM 9,000.00 )
Penceramah ( 4xRM 1,000.00= RM 4,000.00 )
Cenderamata ( 60xRM 100= RM 600.00 )
( 4xRM 200= RM 800.00 )
Sewaan Dewan ( 1xRM 800= RM 800.00 )
Jumlah RM 20,000.00
6.0 Penutup :-

Sebagai mana tahun lepas, Jabatan Pembangunan Luar Bandar Malaysia telah mengadakan
program sebegini mendapat sambutan hangat dan “Feedback” yang baik dari para peserta.
Program ini dijalankan sekali lagi demi mencapai target kemajuan para penghuni luar bandar
dalam bidang keusahawanan. Program ini juga melatih para usahawan muda untuk
mengendalikan perniagaan sendiri atau perkongsian supaya tidak mudah ditipu, muflis awal
atau gulung tikar. Selaku penyelaras, amatlah berharap agar kertas kerja ini diluluskan demi
menghasilkan lebih ramai lagi ahli perniagaan atau usahawan yang Berjaya.

Disediakan oleh :- Disahkan oleh :-

………………………………… ………………………………

(Encik Muhd Shahmi Rifqi Bin Kamaruddin) (Datin Hajah Azwa Haji Mat Rashid)

Penyelaras Program Pengarah,

Jabatan Pembangunan Luar Bandar

Anda mungkin juga menyukai