Anda di halaman 1dari 1

Definisi khusus komunikasi berdasarkan Kamus Dewan (1993) ialah perhubungan (secara langsung

atau dengan perantaraan), mengadakan perhubungan (berbincang, bertukar-tukar fikiran) atau


menyampaikan maklumat. Komunikasi merupakan satu proses memahami dan berkongsi makna
(McLean, 2003:4).

Komunikasi boleh dikategorikan kepada dua, iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan
lisan (non-verbal). Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan
daripada seorang individu kepada individu yang lain, manakala komunikasi bukan lisan adalah
penyampaian mesej melalui gerak isyarat atau bahasa badan.

Tanpa komunikasi yang berkesan, objektif dan matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak
mungkin dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Komunikasi bukan lisan yang terlibat dalam proses pengajaran guru ditunjukkan melalui gerak
isyarat tangan, gerak kepala, mimik muka, senyuman dan sebagainya. Guru, misalnya akan
mengangguk kepala tanda bersetuju dengan pandangan pelajar dan menggeleng sebagai tanda tidak
menerima. Jika guru sedang memarahi pelajarnya, intonasi suara perlu kuat dan dia juga perlu
memperlihatkan perlakuan serta reaksi marah seperti menjengkelkan biji mata atau mencekak
pinggang.

Komunikasi bukan verbal merujuk kepada komunikasi yang tidak menggunakan suara atau kata-kata.
Aspek yang terangkum termasuklah masa, ruang, persekitaran, ikon, parabahasa dan GT. Komunikasi
bukan verbal menjadi salah satu peranti penting dalam kehiupan seharian manusia dan haiwan.

Dalam bahagian ini pula perbincangan akan lebih menjurus kepada perincian bagaimanakah GT
menjadi peranti komunikasi dan bergabung dengan memori dan kognisi. Perhatikan dan baca
berulang-ulang ungkapan tajuk tersebut. Sekiranya seseorang tidak memahami makna bagi setiap
perkataan berikut:

berjumpa melambat berpisah ‘bye-bye’

Seseorang itu tidak akan mampu melakukan perbuatan tersebut. Tetapi hanya apabila seseorang itu
memahami setiap makna perkataan dan juga konteksnya, maka seseorang itu mampu melakukan
perbuatan ‘melambai’ dan ‘bye-bye’. Kesemua makna perkataan tersebut bukan hanya dipelajari,
tetapi ialah hasil daripada meilhat, mendengar dan memerhati.

Setiap masyarakat tidak terkecuali daripada menggunakan bahasa bukan verbal. Bahasa bukan
verbal mempunyai banyak jenis dan makna sama seperti dengan bahasa verbal. Selain itu, bahasa
bukan verbal mempunyai makna yang berbeza berdasarkan budaya sesuatu masyarakat yang
tertentu sama dengan bahasa verbal.