Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6 BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


C-051-1 JURUTEKNIK ELEKTRIK RENDAH
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK M06 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN


MODUL / MODULE NO. ELEKTRIK
AND TITLE
06.01 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN
NO DAN PERNYATAAN
PENDAWAIAN SATU FASA
TUGASAN / TASK(S) NO.
06.02 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN
AND STATEMENT
PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA

MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN


PENDAWAIAN SATU FASA, KEROSAKAN PEMASANGAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN DAN KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRIK
AKHIRAN / TERMINAL MENGGUNAKAN LITAR CETAK BIRU, KIT ALAT
PERFORMANCE MEMBAIKPULIH, ALAT PENGUJIAN DLL, SUPAYA
OBJECTIVE KEROSAKAN SISTEM PENDAWAIAN DAN PERALATAN
ELEKTRIK TERSEBUT BOLEH BEROPERASI MENGIKUT
SPESIFIKASI YANG DIPERLUKAN

NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06/P(1/1) Muka : 1 Drp : 21

NAMA GURU AMIN BIN KARDI Tarikh:

TAJUK : M06 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN ELEKTRIK

TUJUAN :
 Menerangkan bagaimana mengenalpasti kerosakan, membaca litar
skematik,
mengesan dan membaiki kerosakan mengikut prosedur serta cara-cara
untuk
menguji dan mengesahkannya.
 Menerangkan kaedah mencari kerosakan dan menyelenggara peralatan
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 02 Drp: 021

elektrik satu fasa dan alat penguji yang sesuai digunakan untuk mencari
kerosakan.

Tajuk : 06.01 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN


PENDAWAIAN SATU FASA

Penerangan :

Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan bahawa
sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat , selaras dengan kehendak
undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut
antara lain:

1 Electricity Regulations.
2 Electricity (Board Supplies) Rules.
3. Electricity Ordinance.
4. Safety Regulations.
5. IEE Regulations for electrical installations.
6. Akta Bekalan Elektrik.

Sesuatu pepasangan pada umumnya akan mengalami kerosakan. Kerosakan yang biasa berlaku
pada pepasangan elektrik seperti :

1 Litar pintas.
2. Arus bocor ke bumi.
3. Peralatan tidak berfungsi.

Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap pepasangan-


pepasangan berikut:

1. Pepasangan baru elektrik.


2. Pepasangan sedia ada untuk tujuan tambahan atau ubahsuaian.
3. Pepasangan sedia ada secara berkala mengikut perencanaan bagi tujuan
penyelenggaraan.
4. Tambahan pepasangan, khususnya tambahan besar.
5. Ujian di atas permintaan pengguna. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan
terhadap pepasangan.
6. Ujian untuk proses kemasukan bekalan oleh TNB.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 03 Drp: 021

Litar Skematik
1
1 2
3
4
5

6
2 7
8
9
10

1 2 3 4 5 6 7

Seseorang perlu kenalpasti fungsi peranti perlindungan litar. Secara umumnya fungsi
peranti adalah seperti berikut:

1. Cut out dan neutral link


Saiz fius 60A dapat ditentukan. Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal.

2.Meter Tenaga (Kwh Meter)


Meter tenaga dipasang oleh pihak pembekal.
3.Suis utama (Main Switch)
Kadaran saiz fius yang digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.

4.ELCB (RCCB) ( Earth Leakage Circuit Breaker / Residual Current Circuit Breaker
)
- Fungsinya memberi perlindungan arus bocor ke bumi.

ELCB (RCCB) 1 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar alat tetap.
Penentuan saiz ELCB (RCCB) bergantung jumlah pada
beban tersambung.
Sensitiviti 100mA – litar alat tetap.

ELCB (RCCB) 2 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar kuasa.


Sensitiviti 30mA – Litar radas tangan.

5.MCB (Pemutus Litar Kenit)


- Fungsinya mengawal arus lebih.
- Ditentukan bergantung kepada jumlah beban tersambung.

6.Saiz kabel bagi litar kecil akhir


Ditentukan dari jumlah arus beban yang digunakan setelah faktor kepelbagaian.

7.Bilangan litar kecil akhir


NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 04 Drp: 021

Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa atau arus yang digunakan dalam
pepasangan

Mengesan dan Membaiki Kerosakan

1. Didalam mengenalpasti kerosakan yang berlaku seseorang murid itu hendaklah


mengetahui kaedah melakukan ujian.

2. Kaedah menggunakan peralatan untuk menguji adalah kemahiran asas yang sepatutnya
ada pada seseorang murid.

3. Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan


sebarang ujian. Pemeriksaan penglihatan adalah pemeriksaan dengan cara melihat untuk
tujuan antara lain seperti berikut :

 Untuk memastikan alat-alat elektrik ysng dipasang adalah mengikut British Standard
(BS), Malaysian Standard (MS), Suruhanjaya Tenaga (ST), IEE dan SIRIM. Sekiranya
alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan, pihak pemborong hendaklah diminta
supaya mengemukakan surat kelulusan berkenaan.
 Untuk memastikan keseluruhan pepasangan dijalankan mengikut peraturan IEE dan
lain- lain peraturan seperti dalam perkara di atas.
 Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan atau
yang disambung kepadanya.

1. LITAR PINTAS

Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus
elektrik.Bagi pemasangan satu fasa,litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan
pengalir neutral .

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui
MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga
apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering
terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan .

Di antara penyebabnya ialah :-

1. Penebat kabel terkoyak.


2. Penebat kabel cair.
3. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir
elektrik.
4. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor elektrik yang
pecah pemisahnya , soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir elektrik
dan sebagainya .

i. Kaedah mengesan kerosakan litar pintas.

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut :-

1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya


renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 05 Drp: 021

2. ‘OFF’kan ELCB (RCCB) dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

3. Sekiranya suis utama , ELCB@RCCB dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana
bekalan sedang digunakan , penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak
sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan.Gunakan
pakaian dan peralatan tangan keselamatan yang disyorkan.

4. Gunakan alat uji rintangan penebat( Insulation Resistance Tester ) untuk mengesan
kerosakan litar pintas ini.

5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , perkakas elektrik dari litar sebelum diuji.
(sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan).Ini adalah
untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan
alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

6. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya ( fasa dengan
fasa dan neutral ).

7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar
tersebut telah berlaku litar pintas.

8. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.

9. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga
punca kerosakan dapat dikenalpasti.

ii. Kaedah penyelesaian untuk membaikpulih kerosakan litar pintas

1. Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru
pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

2. Kerosakan seperti kabel terkoyak ( sedikit ) , benda asing seperti tikus , cicak , air dan
kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru
pemasangan pendawaian itu .

3. Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita
PVC , andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja.

4. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan
juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

5. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran atau
arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi
dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 06 Drp: 021

2. LITAR BOCOR KE BUMI

1. Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan
pendawaian yang membawa arus elektrik(sama ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral)ke
bumi.

2. Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik
kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri.

3. Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila dilaporkan


oleh pengguna bahawa ELCB@RCCB terpelantik apabila digunakan litar yang rosak itu.

4. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama
akan didapati sering terputus apabila di ‘ON’kan .

i) Penyebab kerosakan litar bocor kebumi

Penyebab kerosakan adalah disebabkan seperti berikut :

1. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam berbumi.

2. Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi atau
bahagian logam berbumi.

3. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh antara
pengalir- pengalir arus elektrik dan bumi.

4. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor , lampu , soket alir keluar yang
menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

5. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skeru pada trunking yang berbumi atau tersepit
pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi .

ii) Kaedah mengesan kerosakan litar bocor kebumi

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut :
1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama ( main switch ) untuk menggelakkan sebarang
bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

2. ‘OFF’kan ELCB@RCCB dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

3. Sekiranya suis utama , ELCB@RCCB dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan
elektrik sedang digunakan , penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja
dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan. Sila gunakan
pakaian dan alat-alat kerja tangan keselamatan yang disyorkan.

4. Gunakan alat penguji rintangan penebat ( Insulation Resistance Tester ) untuk mengesan
kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 07 Drp: 021

5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , motor elektrik dan alat-alat elektrik dari
litar sebelum diuji ( sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu
di’OFF’kan ).Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan
mungkin merosakkan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

6. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya dengan bumi
(fasa – fasa ,neutral dan bumi ).

7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar tersebut
telah dikatakan bocor ke bumi (rujuk Jadual 71A Peraturan IEE-Edisi 16).

8. Teruskan mengesan litar-litar kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.

9. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari satu litar
yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

iii) Kaedah penyelesaian membaikpulih kerosakan litar bocor ke bumi

1. Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar
baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

2. Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit) , benda asing seperti tikus , cicak , air dan
kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat
yang koyak tersebut dengan pita PVC , andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu
memadai dengan dibalut sahaja .

3. Benda asing seperti tikus, cicak , air dan kepingan logam yang menjadi punca
kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

4. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran atau
arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi
dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 08 Drp: 021

Prosedur Mencari Kerosakan

A. Baikpulih kerosakan

(i). Litar Pintas

1. Simptom : MCB terpelantik ( trip ) / fius putus.

2. Kaedah Ujian : Ujian Keterusan.

3. Alat : Multimeter (Ohm meter).

4. Punca ujian : Pengalir fasa dan pengalir neutral.

5. Beban : Ditanggalkan.

Peralatan
Bil Jenis Kerosakan Tindakan
ujian

a Litar pintas Multimeter 1. “ON”kan semua suis yang ada.


(ohm meter)
2. “OFF”kan semua MCB.

3. “ON”kan satu persatu MCB

4. MCB terpelantik apabila litar yang


rosak di “ON”kan.

5. “OFF”kan MCB yang dikenalpasti.

6. “OFF”kan semua suis bagi litar yang


bermasaalah.

7. “ON”kan MCB yang dikenalpasti.

8. “ON”kan suis litar yang bermasaalah


satu persatu.

9. MCB terpelantik bila kerosakan


ditemui.

10. Periksa bahagian yang telah


dikenalpasti rosak.

11. Periksa alat yang rosak.

12. Ganti alat yang rosak


NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 09 Drp: 021

(ii). Arus Bocor Ke Bumi

1. Simptom : ELCB / RCCB Terpelantik.

2. Kaedah ujian : Ujian Rintangan Penebatan.

3. Alat : Insulation Resistance Tester.

4. Punca Ujian : Pengalir fasa dan pengalir pelindung.


Pengalir neutral dan pengalir pelindung.

5. Berbeban Semua suis dalam keadaan “OFF”.

6. Tanpa Beban : Semua suis dalam kedaan “ON”.

Bil Jenis Kerosakan Peralatan ujian Tindakan

b Arus bocor ke bumi Insulation tester 1. Uji terminal L & E dengan ujian
Multimeter(Ohm penebatan
meter)
2. Dapatkan bacaan.
- lebih 1MΩ (Baik)
- kurang 1MΩ (Kelemahan
penebat)

3. Kenalpasti kerosakan.

4. Periksa penebat L & E


*Jika tiada kerosakan pergi ke
step yang berikutnya*

5. Uji terminal N & E dengan ujian


penebatan

a.Dapatkan bacaan.

- lebih 1MΩ (Baik)


- kurang 1MΩ (Kelemahan
penebat)

7. Kenalpasti kerosakan.

8. Periksa penebat
N&E

9. Kerosakan dikenalpasti.

10. Buka tamatan pada


Bahagian rosak

11. Baiki kerosakan.


NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 010 Drp: 021

(iii). Peralatan tidak berfungsi

1. Ujian yang dijalankan : Ujian keterusan

i - Uji fius

ii - Uji suis yang berada pada alat

iii - Uji pengalir tersambung pada alat


:
2. Alat : Multimeter (Ohm meter)

c Peralatan tidak Multimeter(Ohm 1. Pastikan supply ada.


berfungsi. meter)
2. Periksa sambungan pada terminal
penyambungan suis dan beban.

3. Uji fius ke beban (jika fius ada).

4. Uji keterusan pengalir pada alat.

5. Kerosakan dikenalpasti.

6. Baiki kerosakan.

7. Ganti bahagian yang rosak.


Jika tak boleh diganti pisahkan dari
pepasangan.

B. Uji dan sahkan pepasangan.

1. Uji dengan ujian litar mati.

2. Uji pepasangan. Ikut prosedur di atas.

Ujian keterusan.

Ujian penebatan

3. Ujian yang dilakukan bergantung kepada kerosakan yang berlaku.

4. Uji dengan ujian litar hidup.

5. Uji bahagian yang telah dibaik pulih.

6. Masukkan segala data baikpulih di dalam log book.


NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 011 Drp: 021

TAJUK : 06.02 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN


PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA

PENERANGAN :

 Langkah pertama dalam mengesan kerosakan ialah melalui kaedah pemeriksaan


pemerhatian (visual inspection). Visual Inspection ini seperti mengesan bahagian yang
pecah atau patah atau terbakar. Kita tidak semestinya menggunakan peralatan sahaja
dalam mencari kerosakan sesuatu alat.

 Faktor utama yang menggagalkan alat untuk berfungsi ialah tiada bekalan. Sebelum
membuat kesimpulan bahawa alat tersebut rosak bekalan hendaklah diuji terlebih dahulu.
Sekiranya tiada bekalan, ianya hendaklah dibaikpulih. Jika dikenalpasti bahawa alat adalah
rosak pastikan alat diasingkan dari bekalan hidup sebelum mengesan dan membaikpulih
kerosakan.

 Prosedur mengesan kerosakan peralatan elektrik mestilah dimulakan dari bekalan kuasa,
palam tiga pin dan seterusnya komponen-komponen yang terdapat dalam setiap peralatan
elektrik yang hendak diperbaiki.

 Haruslah diingatkan bahawa adakalanya komponen-komponen yang rosak tidak terdapat


dipasaran. Ini memerlukan kebijaksanaan pembaiki untuk menggunakan apa-apa bahan
yang ada untuk diubahsuai. Adakalanya adalah lebih ekonomikal untuk melupuskan alat
tersebut kerana kos membaiki tidak releven dengan kos membeli peralatan elektrik yang
baru.

 Setelah alat disenggara/baikpulih dan siap dipasang semula ujian rintangan penebatan
hendaklah dilakukan sekali lagi sebelum diuji dengan bekalan hidup.

 Rintangan penebatan untuk peralatan elektrik ialah tidak kurang dari 0.5MΩ, jika kurang
maka penebatan bagi alatan itu adalah tidak terjamin.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 012 Drp: 021

1. Prosedur mengesan kerosakan dan membaikpulih peralatan elektrik.

 Untuk mengesan kerosakan pada alatan dengan cepat dan mudah, langkah kerja mestilah
mengikut prosedur yang betul.
 Carta aliran di bawah menunjukkan jujukan mengesan kerosakkan dan baik pulih pada
peralatan elektrik seperti periuk nasi elektrik,cerek elektrik dan seterika elektrik.
 Penyenggaraan peralatan elektrik perlu dibuat mengikut peraturan tertentu bagi memastikan
keselamatan pengguna apabila menggunakan alat tersebut.

Mengenal Pasti Kendalian Alat

Mengenal pasti bahagian


Kerosakan

Membuka Alat
CARTA ALIRAN-
MENGESAN DAN
MEMBAIK PULIH
PERALATAN ELEKTRIK
Mengenal Pasti
Bahagian/Komponen Yang Rosak

Menukar Ganti Komponen


Yang Rosak

Memasang Alat

Menguji Alat
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 013 Drp: 021

2. Langkah pembaikan/senggara Seterika Elektrik Automatik.

Rajah litar Sterika Elektrik

2.1 Penerangan litar tercetak biru bagi seterika elektrik.

 Apabila bekalan diberikan, termostat dwilogam akan menyambung bekalan ke elemen


pemanas. Elemen pemanas akan menjadi panas mengikut kawalan suhu pada termostat
dwilogam.
 Lampu penunjuk akan menyala sehingga tahap kepanasan mencapai tahap maksima
mengikut kawalan suhu pada termostat.
 Apabila haba pada elemen pemanas mencapai tahap maksimum, termostat akan “trip” dan
memutuskan bekalan secara sementara.
 Apabila termostat dwilogam kembali pada kedudukan asal, ianya akan menyambungkan
semula bekalan, memanaskan elemen pemanas dan lampu penunjuk akan menyala.
 Proses ini akan berulang.

Sekiranya berlaku kerosakan pada seterika elektrik, kita perlu memulakan proses mencari
kerosakan bermula dari bekalan dan seterusnya menguji setiap komponen dengan merujuk litar
tercetak yang diberikan.

Jenis kerosakan Kerosakan Langkah Pembaikan / Senggara


1.Seterika tidak a. Unsur pemanas Ganti unsur pemanas
berfungsi atau putus.
tidak panas. b. Termostat Bersihkan punca sesentuh atau ganti
dwilogam rosak. termostat dwilogam.
2.ELCB/MCB a. Bahagian hidup alat Bersihkan alat dari habuk, kelembapan
terpelantik/Fius dan rangka atau kotoran. Pastikan tidak ada
putus alat/bumi pintas. bahagian hidup bersentuh dengan
rangka.
b. Penebat mika/ Ganti Penebat mika/abestos.
abestos bocor/pecah.
c. Unsur pemanas Ganti unsur pemanas
pintas.
3. Suhu tidak boleh d. Termostat Ganti termostat dwilogam.
dikawal. dwilogam rosak.
4. Lampu penunjuk a.Lampu penunjuk/ Ganti lampu penunjuk/perintang.
tidak menyala. perintang terbakar.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 014 Drp: 021

S E T E R IK A
E L E K T R IK

B EK A LA N

ELEM E N T A L IA N
PEM A N A S B EK A LA N

CARTA ALIRAN-
MENGESAN DAN
MEMBAIK PULIH
SETERIKA
LA R A SU H U
TERMOSTAT PA LA M ELEKTRIK
DWILOGAM

F IU S

G A N T I

Carta alir mengesan kerosakan seterika elektrik

2.2 Prosedur Mencari Kerosakan dan Baikpulih kerosakan

i) Seterika tidak berfungsi atau tidak panas./ Suhu tidak boleh dikawal.

Simptom : Unsur pemanas putus, Termostat dwilogam rosak .


Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).

 Kerosakan termostat dwilogam boleh ditentukan dengan kaedah pemeriksaan


pemerhatian (visual inspection). Kaedah ini bagi mengesan bahagian yang pecah, patah
atau terbakar.
 Sekiranya fizikal termostat dwilogam berkeadaan baik, gunakan multimeter pada julat
x1KΩ untuk menguji keterusan dengan menekan sambungan termostat dwilogam.
Sekiranya tiada keterusan, bersihkan punca sesentuh termostat dwilogam.
 Uji semula dengan mulitimeter. Jika masih tiada keterusan, gantikan dengan termostat
dwilogam yang baru.
 Untuk menguji keterusan elemen pemanas, ambil multimeter dan setkan pada julat
x1KΩ, sambungkan ke kedua-dua hujung elemen pemanas. Sekiranya jarum meter
tidak bergerak, elemen pemanas telah terputus dan perlu digantikan dengan yang baru.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 015 Drp: 021

ii) ELCB/MCB terpelantik / Fius putus

Simptom : Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas, Penebat mika/
abestos bocor/pecah, Unsur pemanas pintas.
Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan, Ujian penebatan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).

 Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji
rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.
 Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya.
Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar
tersebut telah berlaku litar pintas.
 Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang
rosak.Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca
kerosakan dapat dikenalpasti.

iii) Lampu penunjuk tidak menyala

Simptom : Lampu penunjuk/ perintang terbakar.


Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).

 Kerosakan lampu penunjuk boleh diuji dengan penggunaan meter pelbagai.


 Ujian keterusan boleh dibuat dengan menyambungkan probe penguji kedua-dua hujung
pengalir pada lampu penunjuk.
 Laraskan meter pelbagai pada julat x1KΩ.
 Sekiranya jarum tidak menunjukkan bacaan(tidak bergerak) maka lampu penunjuk
adalah rosak dan perlu digantikan.

3. Langkah pembaikan / senggara Cerek Elektrik Automatik.

Langkah pembaikan/senggara
Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin
1. Cerek tidak a. Unsur pemanas Ganti unsur pemanas
berfungsi atau tidak putus.
panas.
b. Termostat Bersihkan punca sesentuh atau ganti
dwilogam/Magnetik termostat.
rosak.
2.ELCB/MCB a. Bahagian hidup alat Bersihkan alat dari habuk, kelembapan
terpelantik/Fius dan rangka atau kotoran. Pastikan tidak ada
putus alat/bumi pintas. bahagian hidup bersentuh dengan
rangka.
c. Unsur pemanas Ganti unsur pemanas
pintas ke bumi.

3. Suhu tidak boleh a. Termostat Ganti termostat.


dikawal/tidak dwilogam/magnetik
terpelantik. rosak.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 016 Drp: 021

CEREK ELEKTRIK

BOCOR

GETAH SESENDAL ADA BEKALAN


ROSAK TIADA BEKALAN
TIDAK MENDIDIH

SUIS JUMPELANG BEKALAN

TALIAN ROSAK

TALIAN BEKALAN

TALIAN BAIK

ELEMEN PEMANAS

PALAM ROSAK

ELEMEN ROSAK

PALAM
PALAM BAIK

FIUS PUTUS
FIUS
GANTI
Carta alir mengesan kerosakan cerek elektrik

3.1 Prosedur Mencari Kerosakan dan Baikpulih kerosakan

i. Cerek tidak berfungsi atau tidak panas / Suhu tidak boleh dikawal.

Simptom : Unsur pemanas putus, Termostat dwilogam rosak .


Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 017 Drp: 021

 Kerosakan termostat dwilogam boleh ditentukan dengan kaedah pemeriksaan


pemerhatian (visual inspection). Kaedah ini bagi mengesan bahagian yang pecah, patah
atau terbakar.
 Sekiranya fizikal termostat dwilogam berkeadaan baik, gunakan multimeter pada julat
x1KΩ untuk menguji keterusan dengan menekan sambungan termostat dwilogam.
 Sekiranya tiada keterusan, bersihkan punca sesentuh termostat dwilogam.
 Uji semula dengan mulitimeter. Jika masih tiada keterusan, gantikan dengan termostat
dwilogam yang baru.
 Untuk menguji keterusan elemen pemanas, ambil multimeter dan setkan pada julat
x1KΩ, sambungkan ke kedua-dua hujung elemen pemanas.
 Sekiranya jarum meter tidak bergerak, elemen pemanas telah terputus dan perlu
digantikan dengan yang baru.

ii. ELCB/MCB terpelantik/Fius putus

Simptom : Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas, Penebat mika/
abestos bocor/pecah, Unsur pemanas pintas.
Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan, Ujian penebatan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).

 Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji
rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.
 Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya.
 Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar
tersebut telah berlaku litar pintas.
 Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang
rosak.
 Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca kerosakan
dapat dikenalpasti.

4. Langkah pembaikan/senggara Pemasak Nasi Elektrik Automatik.


NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 018 Drp: 021

Periuk nasi elektrik mempunyai empat bahagian yang penting iaitu bekalan kuasa,suis laras
suhu dan plat pemanas.
 Pertama, voltan punca bekalan diperiksa dengan menggunakan meter pelbagai pada mod
250 volt AU. Jika didapati ada bekalan, elemen pemanas diperiksa.
 Keterusan elemen diperiksa dengan menggunakan meter pelbagai pada julat x1KΩ.
Sekiranya elemen rosak, elemen digantikan dengan yang baru.
 Sekiranya elemen dalam keadaan baik, laras suhu diperiksa. Jika laras suhu rosak, laras
suhu digantikan dengan laras suhu yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti yang
asal.
 Sekiranya pada peringkat awal tiada bekalan kuasa, suis periuk nasi diperiksa. Jika suis
didapati rosak, ia digantikan dengan suis yang baru.
 Sebaliknya jika suis dalam keadaan baik, keterusan talian bekalan dan palam diperiksa
dengan menggunakan meter pelbagai pada julat x1KΩ. Jika rosak, talian atau fius yang baru
digunakan.
 Jadual di bawah menunjukkan contoh beberapa masalah pada periuk nasi elektrik

Langkah
Jenis kerosakan Kerosakan Mungkin
pembaikan/senggara
1.Pemasak Nasi a. Unsur pemanas utama Ganti plat pemanas
tidak berfungsi atau putus.
Nasi tidak masak.
b. Termostat Magnetik rosak. Bersihkan punca sesentuh atau
ganti termostat/plat pemanas.
c. Suis penghidup rosak. Bersihkan sesentuh suis
dengan petrol atau thinner atau
ganti suis.
2. Nasi tidak kekal a. Unsur pemanas ‘keep Ganti plat pemanas
panas selepas warm’ putus.
masak b. Termostat dwilogam rosak. Bersihkan punca sesentuh atau
ganti termostat/plat pemanas.
3. Suhu tidak boleh a. Termostat Ganti termostat.
dikawal/tidak dwilogam/magnetik rosak.
terpelantik.
4.ELCB/MCB a. Bahagian hidup alat dan Bersihkan alat dari habuk,
terpelantik/Fius rangka alat/bumi pintas. kelembapan atau kotoran.
putus. Pastikan tidak ada bahagian
hidup bersentuh dengan
rangka.
b. Plat pemanas pintas ke Ganti plat pemanas.
bumi.
c. Kadaran MCB/fius tidak Ubah kadaran. Kadaran
sesuai. mestilah sesuai dengan
pepasangan dan alat.
5. Lampu penunjuk a. Lampu penunjuk/perintang Ganti lampu
tidak menyala. terbakar. penunjuk/perintang.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 019 Drp: 021

P E R IU K N A S I

A d a B e k a la n T ia d a B e k a la n

BEKALAN

E le m e n S u is
R o sak R osak

ELEM EN S U IS
S U IS

E le m e n B a ik

L a ra su h u T a lia n
LARASU HU R o sak R o sak T A L IA N
BEKALAN

P a la m
R osak

PALAM

F iu s
P u tu s

F IU S

GANTI

Carta alir mengesan kerosakan periuk nasi elektrik


NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 020 Drp: 021

4.1 Prosedur Mencari Kerosakan dan Baikpulih kerosakan

i. Pemasak Nasi tidak berfungsi atau nasi tidak masak

Simptom : Unsur pemanas utama putus, Termostat Magnetik rosak, Suis


penghidup rosak
Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).

 Kerosakan pada unsur pemanas utama, termostat magnetik dan suis penghidup boleh
ditentukan dengan kaedah pemeriksaan pemerhatian (visual inspection). Kaedah ini
bagi mengesan bahagian yang pecah, terputus, patah atau terbakar.
 Sekiranya fizikal komponen berkeadaan baik, gunakan multimeter pada julat x1KΩ
untuk menguji keterusan setiap komponen.
 Sekiranya tiada keterusan, bersihkan punca sesentuh pada komponen yang diuji.
 Uji semula dengan mulitimeter. Jika masih tiada keterusan, gantikan dengan komponen
yang baru.
 Untuk menguji keterusan elemen pemanas, ambil multimeter dan setkan pada julat
x1KΩ, sambungkan ke kedua-dua hujung elemen pemanas.
 Sekiranya jarum meter tidak bergerak, elemen pemanas telah terputus dan perlu
digantikan dengan yang baru.

ii. Nasi tidak kekal panas selepas masak / suhu tidak boleh dikawal / tidak
terpelantik

Simptom : Unsur pemanas ‘keep warm’ putus, Termostat dwilogam rosak /


magnetik rosak.
Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan, Ujian penebatan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).

 Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji
rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.
 Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya.
 Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar
tersebut telah berlaku litar pintas.
 Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang
rosak.
 Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca kerosakan
dapat dikenalpasti.

iii. ELCB/MCB terpelantik/Fius putus.

Simptom : Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas, Plat pemanas
pintas ke bumi, Kadaran MCB/fius tidak sesuai
Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.
Alat : Multimeter (Ohm meter), meter penguji penebatan.

 Bersihkan komponen dari habuk, kelembapan atau kotoran. Pastikan tidak ada
bahagian hidup bersentuh dengan rangka.
 Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji
rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.
NO. KOD / CODE NO. C-051-1/M06.02/P(1/3) Muka: 021 Drp: 021

 Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya.
 Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar
tersebut telah berlaku litar pintas.
 Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang
rosak.
 Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca kerosakan
dapat dikenalpasti.
 Ganti plat pemanas dan ubah kadaran. Kadaran mestilah sesuai dengan pepasangan
dan alat.

iv. Lampu penunjuk tidak menyala.

Simptom : Lampu penunjuk/perintang terbakar.


Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.
Alat : Multimeter (Ohm meter).

 Kerosakan lampu penunjuk dan perintang boleh diuji dengan penggunaan meter
pelbagai.
 Ujian keterusan boleh dibuat dengan menyambungkan probe penguji kedua-dua hujung
pengalir pada lampu penunjuk.
 Laraskan meter pelbagai pada julat x1KΩ.
 Sekiranya jarum tidak menunjukkan bacaan (tidak bergerak) maka lampu penunjuk
adalah rosak dan perlu digantikan.

RUJUKAN :

1. Abd. Samad Hanif (1997). Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur, ISBN 983-62-4063-2. Mukasurat :381 hingga 388.
2. T.G. Francis (1990). Electrical Installation Works, Longman. London.
3. Abd. Samad Hanif & Mohd Nazi Mustafa (1989). Teknologi Elektrik, Sistem, Kuala Lumpur.