Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / TAHUN 2017

OUMH 1103
KEMAHIRAN JARAK JAUH

NAMA : EU MEI XIA

MATRIK NUMBER : 881212435480001

SEMESTER : JANUARI 2017

LEARNING CENTER : OUM BANGI

EMAIL : winnie.3688@hotmail.com

PHONE NUMBER : 0173737470

TUTOR : En.Rohimmi

1
KEMAHIRAN JARAK JAUH (OUMH 1103)
EU MEI XIA

ISI KANDUNGAN
BIL . PERKARA HALAMAN

1. PENGENALAN 3

2. Cabaran-cabaran dalam menguruskan kos sara hidup yang tinggi.


3–4
2.1 Goods Service Tax

2.2 Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan

2.3 Sosial ekonomi

4 -5
3. Cara-cara untuk mengurangkan masalah

3.1 Kempen jimat cermat

3.2 Menjimatkan perbelanjaan harian

3.3 Pihak berkaitan membuat pemantauan dan mengambil tindakan


yang tegas

4. KESIMPULAN 6

5. RUJUKAN 7

2
KEMAHIRAN JARAK JAUH (OUMH 1103)
EU MEI XIA

1. Pengenalan
Kos sara hidup merupakan pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh satu keluarga untuk
memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Namun , peristiwa
kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Ramai keluarga menghadapi masalah untuk
menguruskan perbelanjaan kerana kos sara hidup yang tinggi.Semua rakyat Malaysia perlu
menghadapi pelbagai cabaran khususnya golongan yang berpendapatan rendah terpaksa
menanggung beban ini. Hal demikian, inisiatif perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk
menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

2. Cabaran-cabaran menguruskan kos sara hidup yang tinggi

2.1 GST
Baru-baru ini satu dasar cukai baru telah diperkenalkan di Malaysia iaitu GST. GST
merupakan cukai barang dan perkhidmatan atau dalam bahasa inggerisnya ialah Goods and
Services Tax. Setiap barang dan perkhidmatan akan dikenakan 6% caj.

Apabila GST telah dilaksanakan di Malaysia, ramai rakyat yang selama ini tidak layak
membayar cukai terpaksa menanggung bebanan cukai baru. Ini menambah bebanan setiap
keluarga, mereka terpaksa berdepan dengan persoalan pendapatan yang rendah, inflasi yang
meningkat dan bebanan cukai yang baru.

Hakikatnya, tekanan ini bukan sahaja dialami oleh golongan berpendapatan rendah malah
juga bagi golongan berpendapatan sederhana. Kerajaan harus memerangi kos
kehidupan rakyat yang tinggi dengan mengambil kira tekanan yang dirasai oleh kedua-dua
golongan ini.

2.2 Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan

Peningkatan harga minyak yang tinggi memberi impak kepada kenaikan harga barang,
terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa
proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat pengeluaran atau pemprosesan kepada
tempat pemasaran. Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan sudah tentu akan
dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir barang yang diangkut.

3
KEMAHIRAN JARAK JAUH (OUMH 1103)
EU MEI XIA

Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan
awam. Hal ini menyebabkan penggunaan bahan api terus meningkat. Walau bagaimanapun
kita tidak boleh menyalahkan pilihan pengguna. Jika mutu perkhidmatan awam baik bas,
teksi dan kemudahan LRT dan komuter masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan
rakyat. Kita tidak boleh membandingkan dengan negara lain sekiranya ingin menggalakkan
pengguna menggunakan pengangkutan awam. Contohnya, sistem pengangkutan awam di
Singapura adalah cekap dan lengkap.

2.3 Sosial ekonomi


Peniaga dan badan korporat megambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan
perkhidmatan. Terdapat peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang dengan
sesuka hati. Sikap yamg tidak bertanggungjawab ini membawa implikasi negatif kepada
sosioekonomi negara. Peranan penting orang tengah dalam rangkaian makanan di mana
mereka menentukan harga dan bekalan barang makanan yang dijual di pasaran. Orang tengah
pula yang menjana keuntungan besar daripada pihak pengeluar dan pengguna. Situasi yang
meruncing menyebabkan rakyat sukar untuk menghadapinya terutamanya bagi golongan
yang berpendapatan rendah.

Selain kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan ramai keluarga, terdapat juga
kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri
perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Ramai keluarga
yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar
sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah rumah. Kesannya, tekanan harga yang tinggi
ini terpaksa dihadapi oleh sesebuah keluarga.

3. Cara-cara mengurangkan masalah kenaikan harga barang

3.1 Kempen jimat cermat

Pihak kerajaan perlu menjalankan kempen jimat cermat dalam kalangan pengguna. Hal ini
berlaku demikian kerana dengan melalui kempen atau mesej kerajaan,kerajaan boleh
menggalakkan masyarakat supaya berjimat cermat bagi mendatangkan hasil. Kempen
tersebut boleh dijalankan melalui media massa arus perdana seperti televisyen, radio dan juga
media cetak. Di samping itu, kempen tersebut juga sekurang-kurangnya diharapkan dapat

4
KEMAHIRAN JARAK JAUH (OUMH 1103)
EU MEI XIA

memberikan kesedaran kepada para pengguna. Dengan cara itu, kesan kenaikan harga barang
akan dapat ditangani dengan lebih berkesan dalam kalangan pengguna.

3.2 Menjimatkan perbelanjaan harian

Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila berada dalam
situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat dalam
rumah tangga. Amalan berjimat bolehlah bermula dengan amalan yang mudah-mudah
terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas khususnya elektrik dan air.
Selain itu, kos perbelanjaan boleh dikurangkan dan wang selebihnya hendaklah disimpan.
Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat
mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan
kenaikan harga barang. Sebagai ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang
perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan
keperluan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian
pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah
menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan
sebagainya.

3.3 Pihak berkaitan membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas

Pihak kerajaan hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas
terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati tanpa
mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah
mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Contohnya,
mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati atau cuba memasang
lukah di pergentingan,mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan
menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara
menghadapi kenaikan harga barang.

5
KEMAHIRAN JARAK JAUH (OUMH 1103)
EU MEI XIA

4. Kesimpulan

Secara tuntasnya, rakyat dan kerajaan wajarlah mengamalkan konsep kerjasama . Dengan
adanya perpaduan rakyat ,pasti segala masalah yang dihadapi oleh negara dapat diselesaikan
dengan mudah tidak kira ianya dari segi politik, sosial, ekonomi mahupun didalam sistem
pendidikan. Amalam nilai kerjasama sesebuah negara itu juga akan terhindar dari
dijajah oleh kuasa luar, menjadi aman dan makmur dan negara juga akan menjadi sebuah
negara yang dicontohi oleh negara-negara lain. Selain itu, pihak kerajaan perlulah bersikap
proaktif ketika menangani atau mengorak langkah ketika menyelesaikan masalah dalam dan
luar negara atau dalam proses membentuk negara kepada negara yang membangun. Akhir
sekali, kesedaran di kalangan masyarakat dan individu juga merupakan sesuatu yang amat
penting demi memupuk sikap toleransi di kalangan masyarakat Malaysia. Pelbagai langkah
yang dapat kita ambil demi menangani isu-isu di negara kita Malaysia ini kerana dimana ada
kemahuan disitu pasti ada jalan.

(936 patah perkataan)

6
KEMAHIRAN JARAK JAUH (OUMH 1103)
EU MEI XIA

5. Rujukan

1. Ahmad Syahir Sarani, Mohamad Khairudin Mohamad ( 2004).Pembasmian Kemiskinan


Bandar dan Luar Bandar. Institut Perkembangan Minda. Petaling Jaya.

2.Chamhuri Siwar, Mohd. Halfah Piei ( 1988). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan:
Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

3.Khairol Azli Mohamad . Kemiskinan Bandar: Penswastaan Kawasan Setinggan Dan


Peminggiran Sosial. Diperoleh pada Mac 20, 2012 daripada http://pangurusan-
islam.tripod.com/kemiskinan_bandar.htm.

4. Kerajaan komited kurangkan kemiskinan di kawasan bandar ( 2009). Diperoleh pada


Mac2,2012daripada http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/10/24/mstar_berita/200
91024100027&sec=mstar_berita

5. Mohd Amim Othman, Nurizan Yahya (2004). Golongan Berpendapatan Rendah: Realiti dan
Cabaran. Universiti Putra Malaysia. Serdang.

6. Norhaslina Hassan ( 2006). Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia: Ke Arah Kualiti Hidup
Mapan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

7
KEMAHIRAN JARAK JAUH (OUMH 1103)

Anda mungkin juga menyukai