Anda di halaman 1dari 30

BAB 6:

ISU-ISU SEMASA DAN


MASA DEPAN

1 TITAS2015
Hasil Pembelajaran:
Setelah mengikut kuliah ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan cabaran daripada tamadun Barat dari
segi politik, ekonomi dan budaya
2. Menghuraikan justifikasi kepentingan dialog antara
tamadun
3. Menjelaskan bagaimana dialog antara tamadun
harus dijalankan

2 TITAS2015
PENGENALAN
 Kepelbagaian tamadun/peradaban adalah sesuatu yang unik.
 Membuka ruang dan peluang untuk saling kenal-mengenali dan
hormat-menghormati.
 Pelbagai tamadun telah menguasai dunia secara silih ganti.

3 TITAS2015
DUNIA BERBILANG TAMADUN

 Terdapat pelbagai tamadun di dunia seperti tamadun


Yunani & Romawi, tamadun Timur / Asia (tamadun
Parsi, Islam, India & China) & tamadun Barat.
 Tamadun Barat bersifat mendominasi.
 Tamadun Timur / Asia bersifat harmoni dengan
bertunjangkan nilai toleransi dan persefahaman.

4 TITAS2015
Cabaran Peradaban Abad ke-
21

i. Hegemoni Barat
 Hegemoni tamadun Barat yang mula berkembang
sekitar abad ke 18 terus menguasai dunia hingga kini.
 Perkembangan sains & teknologi yang pesat (abad ke
20) membantu Barat meluaskan pengarunhya.

5 TITAS2015
- Asal drpd bahasa Yunani – hegemonia (pemimpin)
- Diertikan sebagai:
- Penguasaan menyeluruh atau dominasi satu-satu negara atau
kumpulan yang lain;
- Pengaruh atau dominasi sesebuah negara terhadap negara lain
dengan menggubal undang-undang bagi mengelakkan struktur
penjajahan terhadap rakyat peribumi
- Barat – kuasa dunia yang hegemonik – selepas runtuhnya
empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1924 M.
- Perluasan pengaruh hegemoni barat – melalui penjajahan,
penguasaan ekonomi, penguasaan media massa dan globalisasi

6 TITAS2015
ii. Imperialisme Baharu
 Merujuk kepada fenomena kebangkitan semula rasa tamak dan keinginan
kuasa barat meluaskan pengaruh hegemoni mereka ke atas masyarakat
dunia.
 Sebagai contoh, mereka sanggup membelakangi PBB serta pandangan
masyarakat dunia dan mengambil tindakan secara unilateral.
Dasar pre-emptive war & penggubalan undang-undang yang bercanggah
dengan prinsip keadilan sejagat
 Melahirkan semula semangat & amalan penjajahan dengan wajah baru –
demokrasi, kebebasan & nilai tamadun yg tinggi.
 Melancarkan strategi gerakan memerangi keganasan antarabangsa

7 TITAS2015
iii. Globalisasi
Takrif:
• Kamus Dewan Bahasa - dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata
dasar global yang bererti umum, keseluruhan, sejagat atau menyeluruh.

• Mittlemen ( 1996 ) - Suatu fenomena sejagat. Globalisasi merupakan


satu proses rentas sempadan dan pelbagai struktur yang membolehkan
politik, ekonomi, budaya dan idealogi sesebuah negara menembusi
( politik, ekonomi, budaya dan idealogi) negara-negara lain.

• Prof. Chandra Muzaffar ( 2010 ) - satu proses yang melibatkan


negara, modal, perkhidmatan sebahagian pekerjaan yang merentasi
sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat
nasional.

8 TITAS2015
Cabaran Globalisasi
1) DAMPAK BUDAYA KEBENDAAN BARAT
 Penyebaran –isme seperti:
i. Sekularisme
ii. Materialisme
iii.Hedonisme
 Dampak dunia Barat moden sangat mendalam sehingga
hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri
seseorang Islam atau seseorang Asia pada
peringkat individu atau jati diri tamadun dan budaya
pada peringkat kolektif.
9 TITAS2015
Aspek positif globalisasi:
 Peluang pekerjaan yang meluas.
 Peningkatan mobiliti sosial.
 Penyebaran ilmu dan maklumat.
 Jaringan komunikasi yang luas.
 Kemudahan berinteraksi.
 Kepelbagaian idea dapat diketengahkan.
 Hak asasi kaum wanita dapat ditonjolkan.

10 TITAS2015
Aspek negatif globalisasi:
 Penyebaran budaya yang  Kemerosotan kualiti alam sekitar.
bertentangan dengan nilai.  Pengabaian kursus berbentuk
 Kadar pengangguran yang semakin ilmu kemanusiaan dan
tinggi. kemasyarakatan di IPT.
 Wang sebagai komoditi  Pembentukan budaya global yang
keuntungan semata. homogen.
 Keperluan asas golongan miskin  Pembanjiran maklumat yang
teus terabai. tidak bermanfaat.
 Pembangunan yang tidak  Pendominasian politik dunia oleh
seimbang. negara Barat.
 Pengantarabangsaan penyakit.  Pengantarabangsaan jenayah.

11 TITAS2015
 Kuasa penjajahan Barat begitu dominan menyebabkan
masyarakat di bawah penjajahannya mengalami perasaan
rendah diri.
 meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.
 Tamadun Barat dijadikan sebagai kemuncak pencapaian
ketamadunan manusia
 piawaian untuk menilai pencapaian masyarakat sendiri.

12 TITAS2015
2) DOMINASI POLITIK
 Negara kuasa besar menguasai politik antarabangsa yang
didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain
dan Perancis.
 Blok Barat ini berjaya menjajah negara yang lemah dan mundur
yang tidak sehaluan dengan mereka.
 Menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk
mengekalkan kuasa mereka.
 Sistem hubungan antarabangsa yang ada pada hari ini dicipta
dan dikawal sepenunya oleh Barat.
 Undang-undang antarabangsa yang dicipta menyebelahi

13
kepentingan Barat.
TITAS2015
 Contoh:-
(a) Pengeboman Sudan dan Afghanistan (1998) – dengan
helah memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan
sebagai sarang pengganas.
(b) Iraq diserang oleh AS tanpa restu PBB (2003)
(c) Larangan keras ke atas Korea Utara dan Iran daripada
mempunyai program nuklear.

14 TITAS2015
3) DOMINASI EKONOMI
 Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United
Kingdom, negara-negara Eropah termasuk Jepun
menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa.
 Mendominasi penggunaan sumber semulajadi,
pengeluaran hasil perindustrian, perkembangan sains dan
teknologi (S&T) dan sistem kewangan antarabangsa.

15 TITAS2015
 Ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung
kepada negara kuasa besar.
 Wujudnya institusi global di bawah pengaruh Barat
seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan
World Trade Organisation (WTO).
 Satu bentuk penjajahan baru di sebalik perdagangan tanpa
sempadan atau economic globalisation.

16 TITAS2015
4) DOMINASI MEDIA
 Penguasaan dan peranan media berkaitan dengan
pengekalan hegemoni dan globalisasi.
 Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik penting
dunia hari ini dikuasai oleh Barat  Cable News Network
(CNN), BBC, Associated Press (AP), Blommberg, Reuters,
UPI dll.
 Semua berita yang disampaikan kepada dunia adalah
berdasarkan persepsi mereka.

17 TITAS2015
5) DOMINASI BUDAYA
 Pengaruh hiburan yang berteraskan hedonisme
melalui muzik, filem, nyanyian, kartun dan komik dari
Barat tersebar luas di kalangan masyarakat seluruh
dunia.
 Contoh :
 Rancangan hiburan - American Idol, Akademi Fantasia
 Muzik – hip hop, metal, punk
 Filem / Drama - Glee

18 TITAS2015
 Pembudayaan dari konteks makanan, pakaian dan
hiburan ala-Amerika dalam kehidupan.
 Contoh:-
 Jenama : McDonalds, Levi’s, Pepsi
 Syarikat multinasional Barat juga menjadi pemain
utama dalam mengeksport budaya mereka melalui
produk-produk perniagaan.

19 TITAS2015
KESAN DOMINASI BARAT KEPADA
MASYARAKAT DI MALAYSIA

20 TITAS2015
i. Isu keruntuhan
akhlak/moral
 Remaja mengikuti budaya hedonisme.
 Hiburan menjadi pilihan utama – artis menjadi pujaan.
 Contoh:-
 budaya Hip-hop, skin head, hippies, mafia, gangster,
tarian break dance.

21 TITAS2015
ii. Rapuhnya institusi keluarga
Keluarga bukan lagi tempat yang tenang dan
selamat.
Contoh:-
menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki dari
kaum wanita yang lebih kaya, ibu sewaan,
menghindari kelahiran, menggugurkan anak, gejala
seks bebas dll.

22 TITAS2015
iii. Kegelisahan jiwa dan kecelaruan
akal
 Pesakit mental semakin meningkat.
 Tertekan dan gelisah.
 Bunuh diri.
 Terlibat dalam penagihan dadah.

iv. Kegiatan jenayah meningkat


 Statistik kegiatan jenayah semakin meningkat.
 Jenis dan bentuk jenayah semakin pelbagai dan menakutkan.
 Contoh:- pengedaran dan ketagihan dadah, rogol, ragut, pecah
rumah, bunuh, dll.

23 TITAS2015
v. Tuntutan hak asasi
 Hak Asasi Manusia (HAM) mula dibincangkan semasa
berlakunya Perang Dunia Ke-2 (1948).
 HAM dibahagikan kepada 4 kebebasan utama:
1. kebebasan daripada ketakutan.
2. kebebasan daripada kemahuan.
3. kebebasan bersuara.
4. kebebasan kepercayaan.
 Akhir abad ke-20, HAM tanpa batasan mula diamalkan dengan
mengenepikan hukum agama.
 HAM diolah mengikut apa yang difahami oleh Barat.

24 TITAS2015
vi. Tuntutan isu-isu wanita
 Suatu keadaan di mana wanita dibebaskan daripada
ikatan2 asas seperti batasan2 fizikal & sosial
 Wanita dibenarkan melahir atau menggugurkan
kandungannya ( tidak kira sama ada anak itu hasil
perkahwinan, penzinaan, perkosaan, dll).
 Mengiktiraf perkahwinan sejenis  2010, PM
Iceland, Johanna Sigudardottir mengumumkan
penyatuan rasmi beliau dengan pasangan seks
sejenisnya.

25 TITAS2015
TEORI PERTEMBUNGAN
TAMADUN

26 TITAS2015
Francis Fukuyama:
Teori ‘The End of History (1989)
 Menyatakan bahawa dunia akan menjadi
homogen dengan dicirikan oleh pemikiran
liberalisme dan demokrasi Barat.
 Hampir menjadi kenyataan apabila kuasa-kuasa besar
blok Timur dilihat mula menerima liberalisme dan
demokrasi Barat dalam menentukan hala tuju sosial,
ekonomi dan politik.
 Negara Rusia dan China sebagai simbol blok Timur
sudah mula membuka pintu kepada dunia luar.

27 TITAS2015
Samuel P. Huntington:
Teori ‘The Clash of Civilization” (1993)
 Menjangkakan akan berlaku pertembungan antara tamadun Barat dengan
tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat.
 Teori ini didasarkan kepada 3 andaian:
i. Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat
sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya.
ii. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang
bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang
membawa kepada pertembungan antara tamadun.
iii. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa
sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai
tamadun.

28 TITAS2015
Dampak Peristiwa 11 September

• Peristiwa 11 September 2001 dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dengan dunia Barat. Sebelum
peristiwa ini, terdapat peristiwa lain yg melibatkan Barat dan Islam. Antaranya:
- 1993: World Trade Center pernah diserang oleh Ramzi Ahmes Yousef dikatakan seorang
fundamentalis Islam.
- 1999: seramai 19 orang tentera AS telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam serangan di Khobar
Towers di Dhahran, Arab Saudi.
- 1998: kedutaan AS di Dares Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan 250
terkorban.
- Oktober 2000: Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan 17 orang mati dan
38 cedera.

• Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehinggakan banyak pihak mula curiga
terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Penduduk Islam asal di negara mereka yg berjuang demi
kebebasan mereka turut dilabel sebagai pengganas seperti di Palestin, Kashmir dan Chechnya.

29 TITAS2015
 Operasi ketenteraan yg diketuai oleh AS di Afghanistan dan Iraq dilihat
sebagai satu pencabulan dan penjajahan ke atas masyarakat Islam.
Pelbagai sekatan telah dikenakan seperti penyebaran sains dan teknologi,
masyarakat Islam hampir tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang sains dan teknologi di AS dan UK. Malah Jepun juga turut memikirkan
dasar hubungan mereka dengan negara Islam.

 Selepas peristiwa 11 september,


 ada banyak dialog antara masyarakat Islam minoriti di AS. Hasil daripada dialog dan
melalui bacaan sendiri tentang Islam maka lebih ramai masyakat bukan Islam majoriti
di AS lebih memahami ajaran Islam. Sesetengah pihak berpendapat, masyarakat Islam
di AS boleh menyumbang ke arah mewujudkan persefahaman yg lebih baik antara AS
dengan dunia Islam pada masa depan.

 Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa serangan yg berlaku


seperti digambarkan media Barat adalah pandangan prejudis dan tidak berasas
terhadap masyarakat Islam.

30 TITAS2015

Anda mungkin juga menyukai