Anda di halaman 1dari 1

NAMA – NURUL AYUNIE BT IBRAHIM

KELAS – J2.7

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PENULISAN DAN PLAGIAT

Antara kepentingan etika dalam penulisan dan plagiat ialah dalam penulisan ilmiah,
penulis perlu jujur menyatakan rujukan terhadap bahan atau idea yang diambil daripada
orang lain. Sebagai contoh, penulisan harus menyenaraikan rujukan mereka di bahagian
belakang penulisan mengikut sistem APA atau sebagainya. Selain itu, penggunaan bahan
atu idea daripada suatu sumber atau orang lain yang tidak disertakan dengan rujukan dapat
dikategorikan dengan pencurian. Oleh itu, dalam penulisan akademik, pelajar haruslah
menyatakan sumber yang diambil ketika membuat penulisan itu. Seterusnya, etika sangat
penting dalam penulisan agar tidak berlaku lambakan penulisan yang tidak bermutu, tidak
mengikut spesifikasi sebagai suatu penulisan yang baik atau ditulis mungkin untuk
mendapatkan keuntungan semata-mata. Di samping itu, etika penulisan sangat penting
untuk memastikan sumber disiarkan adalah benar, sahih, tepat dan adil. Akhir sekali, etika
penting bagi mengelakkan diri daripada tindakan kecurangan yang biasa dilakukan oleh
penulis yang tidak beretika iaitu plagiat.