Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 5: PENULISAN AKADEMIK

1.0 Pendahuluan
Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah mendapati bahawa pencapaian pelajar
dipengaruhi oleh sistem sekolah yang didokong oleh dua komponen utama iaitu kualiti
kepimpinan dan kualiti guru. Maka, bagi meningkatkan pencapaian pelajar, guru dan
pemimpin sekolah diberikan latihan peningkatan profesionalisme oleh bahagian tertentu di
Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut
Aminudin Baki (IAB). Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh BPG untuk memastikan
kelestarian kualiti guru ialah Komuniti Pembelajaran Profesional ataupun Professional
Learning Community (PLC). Pemilihan PLC sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan
kualiti guru adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju
seperti Jepun dan Amerika Syarikat yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Konsep
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di negara-negara tersebut merangkumi aktiviti-
aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah.

1.1 Definisi dan konsep


Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merujuk kepada amalan kolaboratif dalam
kalangan pendidik dan pemimpin sekolah yang komited secara bersama-sama menetapkan
matlamat dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan (Muhammad Faizal A. Ghani, & Crow, G. M., 2013). Kerjasama ini
menggalakkan rasa kesepunyaan nilai, matlamat, visi dan misi, kejelekitan dan memberikan
peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam meningkatkan
pembelajaran mereka sendiri (Mohd Faiz Mohd Yaakob & Jamal Yunus, 2015). Secara
amnya PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai
prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (Dufour, et. al.,2008).

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah pendekatan guru terhadap cara


mengajar secara konsisten dan berterusan dalam sesebuah komuniti secara terancang.
PLC telah lama dilaksanakan di negara-negara barat sebagai usaha untuk memberi nilai
tambah kepada kemahiran mengajar guru. Menurut Zuraidah Abdullah (2012), PLC
digambarkan sebagai komuniti yang membentuk budaya belajar dalam kalangan warga
sekolah. Hal ini bermaksud, semua orang dalam komuniti sekolah belajar, bukan semata-
mata murid sahaja. Setiap individu dalam komuniti sekolah memainkan peranan masing-
masing dan bertanggungjawab antara satu sama lain untuk menambahbaik kekurangan
1
yang ada dalam komuniti.

1.2 Pemilihan strategi


Dalam esei ini, saya telah membincangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dengan menggunakan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional iaitu
belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study). Lesson Study
merupakan salah satu upaya untuk meningkatkan proses dan hasil pembelajaran yang
dilaksanakan secara kolaboratif dan berkelanjutan oleh kelompok guru. Berbanding dengan
model perkembangan profesional guru yang lain, Lesson Study adalah unik kerana
merupakan atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan pihak atasan (Gulamhussein,
2013). Lesson Study ialah kajian sistematik dan kolaboratif mengenai pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran dan memperbaiki pengajaran
guru. Terdapat lima langkah dalam pelaksanaan strategi belajar menggunakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) iaitu menentukan objektif, bina Rancangan Pengajaran Harian
(RPH), membuat pemerhatian terhadap pengajaran, sesi refleksi pengajaran, pengubahsuai
dan penambahbaik RPH dan langkah 3 hingga 5 akan diulang jika diperlukan. Langkah
pelaksanaan yang ingin difokuskan dalam penulisan ini adalah mengubahsuai rancangan
mengajar iaitu dengan mereka cipta satu aktiviti yang berkesan.

1.3 Mengenalpasti masalah

2
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dibuat, masalah yang
telah dikenalpasti adalah pada isi pembelajaran nombor empat dan nombor lima yang mana
murid mempelajari teknik yang betul untuk mengukur suhu dengan baik menggunakan
thermometer dengan mencatat nota menggunakan peta alir. Setelah itu, murid boleh
mencuba untuk mengukur suhu air panas dengan teknik yang betul.
Aktiviti yang dilaksanakan ini dilihat kurang berkesan dan tidak sesuai kerana murid
hanya berpandukan nota yang disalin sahaja tanpa melihat sebarang demonstrasi daripada
guru. Hal ini demikian kerana, murid akan lebih mudah untuk memahami dan lebih jelas
sekiranya ditunjukkan cara bagaimana untuk menggunakan alatan baharu dengan betul.
Perkara ini disokong oleh Bandura (1977) yang menyatakan bahawa seseorang individu
akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya
dan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya
mempersembahkan tingkah laku tersebut.

1.4 Cadangan Penambahbaikan Aktiviti


Justeru itu, Bani Hidayat (2010) menyatakan bahawa guru memainkan peranan yang

3
amat penting dalam pemilihan pendekatan pembelajaran yang dapat membantu murid untuk
membina pengetahuan baharu. Kaedah demonstrasi adalah sebuah kaedah yang menepati
teori pembelajaran sosial di mana guru atau orang lain akan memperlihatkan pada seluruh
kelas tentang suatu proses atau cara melaksanakan sesuatu (Frieman, 2002). Manakala
Mok Soon Sang (2002) memberikan pengertian demonstrasi atau tunjuk cara sebagai teknik
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara
atau langkah sesuatu aktiviti di hadapan murid. Beliau menjelaskan bahawa teknik tunjuk
cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama murid dengan aktiviti
pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid sebelum mereka mencuba atau
membuat sendiri sesuatu aktiviti tersebut. Bagi menjalankan aktiviti ini, guru perlu
menunjukkan sebuah demonstrasi mengenai cara menggunakan termometer dengan betul
kepada murid sebelum mereka menjalankan aktiviti ini dengan sendiri. Sesuatu demonstrasi
yang baik akan mengukuhkan ingatan pelajar tentang sesuatu langkah-langkah untuk
melaksanakannya (Slavin, 2003).

1.4 Pelaksanaan
Pertama sekali, guru akan menyediakan alatan yang diperlukan iaitu termometer dan
air yang bersuhu tinggi. Dengan menggunakan alatan yang disediakan, guru akan
menunjukkan cara menyukat haba menggunakan termometer dengan betul berulang kali
sambil diperhatikan oleh murid. Menurut Maarof (2003), Pembelajaran berlaku melalui
pemerhatian dan peniruan. Oleh itu, demonstrasi yang dilakukan perlu jelas dan menarik
agar murid dapat meniru dengan berkesan. Kemudian, murid akan menyimpan langkah-
langkah yang diperhatikan dalam ingatan sebagai maklumat atau pengetahuan baharu
(Jamunarani, 2016). Apabila tiba masa untuk menjalankan aktiviti tersebut dengan sendiri,
tingkahlaku dan kemahiran menyukat haba menggunakan termometer yang disimpan dalam
ingatan murid akan diterjemahkan dalam bentuk perlakuan. Kecekapan murid
mengendalikan termometer untuk menyukat haba adalah bergantung kepada keupayaan
fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.
Akhir sekali, guru memberi motivasi serta peneguhan kepada murid seperti pujian dan
ganjaran sekiranya murid mampu menyukat haba menggunakan termometer dengan betul.
Menurut Rahil Mahyuddin (2002), konsep motivasi pembelajaran berkait rapat dengan
prinsip bahawa tingkah laku yang memperolehi penguatan di masa lalu lebih memiliki
kemungkinan pengulangan tingkah laku dibandingkan dengan tingkah laku yang tidak
memperoleh penguatan atau tingkah laku yang dikenakan hukuman.

Kaedah demonstrasi ini menjelaskan bahawa aspek pemerhatian murid terhadap

4
perkara yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh murid
akan dapat memberi kesan yang optimum kepada kefahaman mereka (Bandura, 1997,
Arends, 1998). Mazur (1994) pula menyatakan bahawa antara kelebihan belajar melalui
pemerhatian ialah murid boleh berfikir dan mengolah tingkah laku yang ditunjukkan kepada
mereka sebelum mereka sendiri melakukan tingkah laku tersebut. Menurut beliau, teori
Bandura menyatakan bahawa sesuatu peniruan yang berjaya adalah berdasarkan kepada
kemampuan murid untuk melaksanakan sesuatu pergerakan atau kemahiran yang
ditunjukkan dengan tepat. Sesuatu peniruan itu dikira berjaya sekiranya murid dapat
melaksanakan perbuatan atau tingkah laku yang telah diperhatikan oleh mereka ataupun
mereka dapat melakukannya dengan lebih baik

1.5 Kesimpulan
Kesimpulannya, Lesson Study dapat memberikan manfaat kepada semua guru
kerana ia memberikan suatu pendedahan kepada guru untuk merancang pengajaran
mereka dengan lebih baik. Guru-guru dapat menambah ilmu tentang pengajaran dan
pembelajaran melalui pemerhatian mereka untuk menaik taraf pendekatan atau strategi
pengajaran. Dengan menjadikan contoh ciri-ciri pengajaran yang baik dan berkesan, guru
dapat menambah baik aspek pengajaran seperti kawalan kelas, penggunaan bahan dalam
bilik darjah, teknik penyoalan dan sebagainya. Oleh itu, setiap guru perlu kerap mengadakan
Lesson Study supaya dapat belajar sesuatu daripada guru lain ataupun dapat learning in
action.

5
RUJUKAN

Arend, R. I. (1998). Learning to Teach. Boston: Mc Graw Hill.


Bandura, A.(1997). Self Efficacy: The Exercise of control. New York: W.H. Freeman & Co.
Bani Hidayat bin Mohd Shafie et. al. (2010). Strategi Teknik Demonstrasi dan Pemerhatian
Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Ibadat Pendidikan Islam
KBSM Di Surau Sekolah. International Conference on Learner Diversity. Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dufour, R., Dufour, R., & Eaker, R. (2008). Revisiting professional learning communities at
work: New insights for improving schools. Bloomington, IL: Solution Tree Press.
Frieman,J.(2002). Learning and Adaptive Behavior. Elmort: Wadsworth.
Gulamhussein, A. (2013). Teaching the teachers: Effective professional development in an
era of high stakes accountability. Center for Public Education. Retrieved from
http://www.centerforpubliceducation.org
Jamunarani a/p Muthusamy. (2016). Keberkesanan Kaedah Demonstrasi Video dalam
Pengajaran dan Pembelajaran bagi Modul Pendawaian Elektrik Tiga Fasa. Journal of
ICT in Education (JICTIE) ISSN 2289-7844 / Vol. 3 / 2016 / 34-54. Kolej Komuniti
Kuala Langat.
Maarof, N. (2003). Keupayaan Menguasai Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu
Sekolah Menengah dalam Era Globalisasi. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia, Buletin Pendidikan, Bil 10, ms. 3-5.
Mazur,J.E. (1994). Learning and Behavior. Edisi Ketiga. New Jersey: Prentice Hall.
Mok Soon Sang. (2002). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan. Edisi ketiga. Subang
Jaya: Kumpulan Budiman.
Mohd Faiz Mohd Yaakob dan Nordin Yunus. (2015). Konsep Komuniti Pembelajaran
Profesional, Kepimpinan Dan Transformasi Sekolah Kepada Komuniti
Pembelajaran Profesional. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Faiz Mohd Yaakob, Muhamad Rozaimi Ramle dan Nordin Yunus. (2016). Konsep
Kolaborasi Dalam Komuniti Pembelajaran Professional: Satu Tinjauan Dari
Perspektif Islam. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 10 (1
- 9) 1
Muhammad Faizal A. Ghani dan Gary M. Crow. (2013). Amalan Komuniti Pembelajaran
Profesional: Perspektif Pemimpin Sekolah Cemerlang Negara Maju. Bil. 1 Isu 3
Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma
Publications.
Slavin, R.E. (2003). Educational Psychology : theory ang practice. Edisi ketujuh. Boston:
Allyn & Bacon.
Zuraidah A. 2010. Pembentukan Profil Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah
Menengah Di Malaysia. Tesis Ph.D. Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti
Malaya. (tidak diterbitkan)