Anda di halaman 1dari 3

BAB

Xv
MANUSIA DAN ISLAM

Secara ringkasnya bagi apa yang telah di kaji oleh pengkaji berkaitan dengan tajuk manusia dan
islam jilid III Bab XV ini. Yang telah ditulis oleh Prof.Dr.Haron Din pada tahun 1990. Pengkaji
mendapati bahawa terdapat tiga sub topik yang penting untuk di bahas melalui buku ini iaitu
yang pertama, perlukah manusia kepada islam?, yang kedua, islam dan akhlak dan yang terakhir,
umat islam dan Al-Din.

PERLUKAH MANUSIA KEAPDA ISLAM?

Agama sebagai sumber nilai, moralitas dan spiritual bagi masyarakat pendukungnya,
merupakan salah satu faktor strategis yang turut mempengaruhi pandangan masyarakat
tentang lingkungan hidup. Karena itu, konsep-konsep dan ajaran agama pada gilirannya
mempunyai arti penting bagi pengembangan agama. Dalam kaitan ini, Islam sebagai agama
yang dipeluk oleh sebagian masyarakat akan ikut mempengaruhi konsep pandangan
tentang kehidupan seseorang manusia.

Sebagai manusia, kita mahukan satu-satu benda itu boleh di hargai dan boleh di jaga untuk
selamanya. Sebagai contoh, Kepuasan itu ialah kerana kesenangan atau keselamatan yang
dibenikan banang itu kepada kita. Kesenangan dan keselamatan adalah isi daripada istilah salam.
Dengan demikian kepuasan itu berhubungan dengan salam. Dalam huraian-huraian yang lalu
telah di huraikan, betapa naluri asas keselamatan dan kesenangan menggenakkan tingka laku
penbuatan manusia. Naruni itu menggenakkan manusia bertindak dan berbuat. Tujuan tindakan
dan perbuatan itu mewujudkan keselamatan atau kesenangan.
Dan dalam Bab ini terdapat beberapa persoalan yang telah di persoalkan ialah;

1. Apakah keperluan hakiki manusia?


2. Dapatkah manusia memenuhi keperluan itu?
Kalau Islam dapat memenuhinya, ia tentu diperlukan. Kalau tidak ia tidak diperlukan. Kalau ia
mencegah terwujudnya keperluan itu, hendaklah ia dijauhi. Keperluan hakiki sama dengan
keperluan asasi. Keperluan asasi itu dihayati manusia sebagai naluri asasi, yakni
mengkehendaki keselamatan dan kesenangan. Oleh itu mengarah kepada salam adalah gerak
semula jadi manusia.

ISLAM DAN AKHLAK


Pengertian Akhlak Kata “akhlak” berasal dari bahasa arab yaitu ” Al-Khulk ” yang berarti tabeat,
perangai, tingkah laku, kebiasaan, kelakuan. Menurut istilahnya, akhlak ialah sifat yang tertanam
di dalam diri seorang manusia yang bisa mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa
adanya suatu pemikiran dan paksaan.selain itu, pengertian akhlak adalah perangai yang melekat
pada diri seseorang yang dapat memunculkan perbuatan baik tanpa mempertimbangkan pikiran
terlebih dahulu. Menurut Islam, ianya menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang
paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Adanya konsep balasan
dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan
mendapat dosa atau disiksa dalam neraka. Dan agama islam menyeru agar manusia menghiasi
jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk.

UMAT ISLAM DAN AL-DIN

Memasuki Islam menyeluruh ialah beragama dan berbudaya berasaskan syari’at. Apabila kita
sudah sepakat, bahawa hanya al-din Islamlah satu-satunya cara hidup yang sesuai dengan
kemanusiaan, maka Iangtlah berikutnya ialah mengamalkan al-din itu. Apabila Ia tidak
diamalkan, tentu Ia tidak akan berbuah. Seperti, Patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah
SWT serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW.

Islam sebagai Ad-Din. Bermaksud cara hidup yang merangkumi segenap aspek kehidupan
manusia sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Firman Allah: “Sesungguhnya agama
yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam”, (Ali-Imran: 19) “Pada hari ini Aku telah
menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redhakan Islam sebagai agamamu”,
(alMaidah: 3) Ad-Din adalah sistem yang lengkap mengandungi ajaran, hukum dan peraturan
yang ditentukan Allah kepada manusia.
KESIMPULANNYA

Agama merupakan suatu unsur yang sangat penting dalam kehidupan manusia di mana ia
sebenarnya dapat membentuk pandangan dan perilaku sesebuah masyarakat serta berupaya
untuk membangunkan ketamadunannya. Agama juga dapat mewujudkan suasana yang aman
dalam kalangan penduduk dunia hingga ia dijadikan sebagai suatu sumber kekuatan dan
mekanisme yang berpengaruh dalam persoalan keselamatan serantau. Agama yang sempurna
adalah agama yang mampu memberi bimbingan kepada akal manusia yang lemah daripada
terjerumus ke arah lembah kehinaan dan kancah penyelewengan. Oleh yang demikian, jelaslah
bahawa manusia sangat memerlukan kepada agama bagi memenuhi fitrah semulajadi mereka
seterusnya untuk menampung serta menyempurnakan kelemahan yang terdapat pada akal sihat
mereka.

Anda mungkin juga menyukai