Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan

Isi Pertama :

Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang
baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila
seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus
hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk
mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh
rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga
boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti
mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan.
Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan
kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sesawang sosial boleh
menambahkan kenalan yang baru.

Isi Kedua :

Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman
sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook.
Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan
membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat
menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan
bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan
tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan
tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh
penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat
membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.

Keburukan
Isi Pertama :

Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan
negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak
penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku
terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru
dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta
oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan
dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan
menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang
telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh
kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Isi Kedua :

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam
melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang
terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini
menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan
mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran
dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa
yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan
markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari
kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat.
Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir masa.

Penutup

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan
kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh
pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang
tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara
yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".

Anda mungkin juga menyukai