Anda di halaman 1dari 5

SK TAMAN INDERAWASIH

TINGKAT KIKIK 2,
TAMAN INDERAWASIH,
13600 PERAI PULAU PINANG.

KERTAS KERJA
NAIK TARAF BILIK MATEMATIK
Ruj. Kami :
Tarikh :

EN.
Yang Dipertuan PIBG,
SK Taman Inderawasih

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI NAIK TARAF BILIK MATEMATIK SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Matematik Sk Taman Inderawasih dalam usaha


menaik taraf Bilik Matematik sekolah kami.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon
sumbangan atau apa-apa sumbangan lain yang munasabah daripada pihak tuan. Adalah
diharapkan dengan sumbangan ini dapat menampung kos yang ditanggung oleh pihak sekolah
untuk menaik taraf Bilik Matematik yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

4. Atas keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak sekolah
terlebih dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

______________________________

( YUSNIZA BINTI YAHAYA )

GURU BESAR,
SK Taman Inderawasih
13600 Perai
Pulau Pinang
KERTAS KERJA MENCERIAKAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

TUJUAN

Bilik Disiplin dan Pengawas ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan disiplin dijalankan. Bilik
ini diwujudkan bertujuan untuk mendedahkan murid – murid dan juga ibu bapa tentang
kepentingan disiplin sekolah diwujudkan. Dengan adanya bilik khas unit disiplin segala
perbincangan dan juga penyelesaian antara guru dan murid serta perjumpaan antara guru dan
ibubapa dapat dilaksanakan dengan lebih profesional. Memandangkan disiplin adalah satu kes
utama yang perlu di ambil perhatian maka keceriaan bilik khas ini juga memainkan peranan di
dalam sesebuah sekolah. Bilik Disiplin dan Pengawas diwujudkan bagi merancang , mengurus,
mengelola dan menyelia program, aktiviti pengayaan, pengukuhan, pencegahan dan pemulihan
dan meningkatkan tahap disiplin di sekolah. Penyelarasan disiplin berkaitan isu salah laku murid
dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

MATLAMAT

Keceriaan bilik disiplin menjamin keselesaan pengguna yang datang ke bilik berkenaan termasuk
ibu bapa, murid dan juga pelawat. Perlaksanaan Kursus Ladap berkaitan Disiplin,Urusan
Mesyuarat disiplin dan Pengurusan penyimpanan Fail Disiplin juga menjadi lebih selamat dan
teratur . Menjadikan bilik disiplin sebagai bilik yang boleh menangani murid yang bermasalah
dan memudahkan guru – guru disiplin membuat tindakan susulan terhadap isu – isu kes salah
laku murid secara lebih teratur. Bilik yang ceria akan menghasilkan Suasana yang kondusif
selaras dengan visi dan misi sekolah.Bilik Unit Disiplin dan Pengawas juga diwujudkan bagi
memudahkan proses memberi khidmat bimbingan dalam proses rayuan untuk bersekolah
semula kepada murid yang digantung atau dibuang sekolah. Menjadikan Bilik Disiplin sebagai
bilik yang mesra pengguna dan menjadi contoh kepada bilik khas lain di sekolah. Bilik yang ceria
mampu mengubah emosi seseorang kepada emosi yang lebih tenang dan proses bimbingan
serta perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik. Bilik Disiplin diwujudkan bagi
mendorong semangat ibu bapa supaya sering datang ke sekolah untuk bersama-sama
membincangkan masalah salah laku anak mereka ke arah penambahbaikan. Interaksi dua hala
antara ibu bapa dan guru juga mampu mewujudkan satu hubungan kerjasama yang baik .
PERBELANJAAN BAGI MENCERIAKAN BILIK DISIPLIN DAN PENGAWAS

BIL SENARAI JENIS BARANG HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH

1. TIKAR GETAH RM180 1 GULUNG RM180


2. CAT RM40 2 RM80
3. BERUS CAT RM7 3 RM21
4. TEMPAT LETAK CAT RM7 3 RM21
5. ALMARI BERKUNCI RM135 1 RM135
6. ROLLER CAT RM13 3 RM39
7. KAYU ROLLER RM8 3 RM24
JUMLAH BESAR RM500
SK TAMAN SAMUDRA,
JALAN SAMUDRA BARAT 4,
TAMAN SAMUDRA, 68100 BATU CAVES
SELANGOR.

Berikut adalah Sistem Permarkahan dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :

Jumlah
Tindakan Sekolah Tindakan Pelajar
Markah
3 – 19 Amaran lisan kepada pelajar Menerima amaran lisan
20 – 30 Amaran Pertama (bertulis) Menerima amaran, sesi kaunseling & kerja amal
31 – 40 Amaran Kedua (bertulis) Menerima amaran, sesi kaunseling, kerja amal
41 – 59 Pemantauan & Bimbingan kpd Sesi kaunseling berterusan
pelajar
Hukuman GANTUNG Sesi kaunseling khas selepas menjalani hukuman,
60 – 70
SEKOLAH membuat akujanji, kerja amal
71 – 79 Bimbingan Intensif Sesi kaunseling berterusan dan kerja amal
80 – 99 AMARAN AKHIR Muhasabah diri. Kerja amal, sesi kaunseling
intevensi
100 ↑ Hukuman BUANG SEKOLAH Buat rayuan dalam masa 30 hari

Anda mungkin juga menyukai