Anda di halaman 1dari 27

KAJIAN KES

Laporan Kajian Kes Matematik


Meningkatkan Kemahiran Penguasaan Menghafal Sifir 9
Di Kalangan Murid-murid Tahun 2 Dengan
Kaedah Pola Jawapan

Disediakan oleh :
PANG MOOI LING
SJKC JELAPANG , IPOH

2018
Isi Kandungan Muka surat

Abstrak 3

Bab 1: Pengenalan 4

Bab 2 : Kajian Literatur 9

Bab 3 : Metodologi Kajian 11

Bab 4 : Dapatan Kajian 17

Bab 5 : Rumusan 20

Implikasi Kajian 25

Kesimpulan 26

2
Laporan Kajian Kes Matematik
Meningkatkan Kemahiran Penguasaan Menghafal Sifir
Di Kalangan Murid-murid Tahun 2 Dengan
Kaedah Congak
ABSTRAK

“ Menghafal Sifir ” merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam

tajuk “ Pendaraban ”. Namun begitu, dari pemerhatian saya, murid-murid masih

menghadapi masalah untuk mengira soalan-soalan yang berkaitannya dengan tepat.

Respoden saya terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2K.

Dari pemerhatian yang dijalankan melalui sesi pengajaran kelas dengan murid-

murid, saya dapati mereka kurang berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran

yang saya jalankan. Mereka tidak faham dengan cara kiraan yang saya gunakan iaitu

Hafalan Sifir. Faktor ini menyebabkan mereka merasa bosan ketika dalam kelas. Mereka

tidak dapat menjawab latihan yang disediakan dengan tepat. Berpandukan konsep soalan

yang ada dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia, saya telah menjalankan Ujian Pra untuk mengenalpasti sejauh mana kelemahan

mereka. Berdasarkan masalah yang telah saya kenalpasti ini, maka saya mengambil

keputusan untuk menggunakan cara pola jawapan sebagai pendekatan pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana memang sikap kanak-kanak suka berada dalam suasana yang

riang gembira. Saya telah mngambil inisiatif dengan mengguna kaeadah pola jawapan.

Selepas semua aktiviti ini dijalankan, saya minta murid ulangkan kaedah pola jawapan

yang telah mereka belajari semasa menjawab soalan-soalan dalam Ujian Pos. Bagi Ujian

Pos, peratus keseluruhan telah meningkat . Bagi saya, ianya adalah satu perubahan yang

positif.

3
BAB 1 : PENGENALAN

1. PENGENALAN

Kita sentiasa mendengar bahawa murid mengalami masalah dalam menghafal

sifir dan menganggap Matematik merupakan satu mata pelajaran yang susah. Tambahan

pula, ada yang berkata bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang membosankan.

Mengapakah keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham tentang

cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari

Matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah

rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan murid menyalinnya ke dalam

buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafalnya dan meluahkan semuanya tanpa

berfikir langsung apabila disoal oleh guru (Chien, 2000).

Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu

bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi kerana

mereka lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati corak

adalah berguna dalam mempelajari pendaraban dan pembahagian. Oleh itu, kajian ini

memfokus kepada satu kaedah lain untuk membantu murid dalam penguasaan sifir 9 iaitu

Teknik Penggunaaan Jari dalam membantu murid untuk menguasai sifir sifir 9 .

4
2. PERNYATA MASALAH

Sifir adalah salah satu kemahiran mendarab yang sering digunakan dalam kehidupan

harian murid-murid dalam mengira. Sifir ini membantu murid mengira dan

menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Tanpa menghafal sifir dengan

baik dan betul, murid-murid tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat

dan tepat.

3. TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah menjurus kepada masalah menyelesaikan ayat matematik darab

terutamanya melibatkan sifir 9.Setelah diselidik, didapati faktor yang menyebabkan

murid menghadapi masalah mendarab adalah kerana mereka gagal menghafal sifir .

Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, maka kesalahan ini akan berterusan

kepada tajuk yang akan datang terutama apabila ianya melibatkan nombor yang lebih

besar. Saya ingin mengatasi masalah ini dengan kaedah congak.

4. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

a) Mengenalpasti tahap kemahiran penguasaan fakta asas darab 9 pelajar.

b) Mengkaji keberkesanan penggunaan Kaedah Petak Bijak dalam meningkatkan

penguasaan sifir dalam mata pelajaran Matematik.

c) Mengenalpasti sejauhmana minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

Matematik dengan penggunaan Kaedah Petak Bijak.

5
5.PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut;

a) Sejauh mana tahap penguasaan murid-murid tahun 2 dalam penguasaan sifir 9?

b) Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah Pola Jawapan berkesan

dalam meningkatkan penguasaan sifir murid?

c) Adakah penggunaan Kaedah Pola Jawapan dapat meningkatkan minat murid terhadap

pengajaran dan pembelajaran Matematik?

6. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka Konseptual dalam Kajian Tindakan ini (Rajah 4) dibentuk berasaskan Model

Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Penyelidik memilih refleksi awal bagi

membuat tinjauan awal terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan

bertindak telah dijalankan. Model ini bersesuaian dengan langkah yang diambil oleh

penyelidik dalam membuat kitaran kajian tindakan. Bermula dengan membuat refleksi

awal, membuat tinjauan, merancang aktiviti dan bertindak menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh pelajar, membuat pemerhatian dan membuat refleksi semula selepas setiap

aktiviti yang dijalankan. Pencapaian pelajar akan dilihat dan dianalisa melalui ujian pra

dan ujian pos serta soal selidik yang dijalankan. Kajian ini menggunakan satu gelung

Kajian Tindakan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kaedah congak. Kajian

ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah congak terhadap masalah penguasaan sifir

pelajar tahun 2. Ujian pra, ujian pos, soal selidik sebelum dan selepas intervensi, catatan

dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul maklumat aktiviti yang dijalankan dalam

kajian tindakan ini.

6
Pencapaian
murid

Memerhati Membuat
refleksi

emerhati
Bertindak Merancang

Kaedah Congak

7. KEPENTINGAN KAJIAN

Matematik merupakan suatu matapelajaran yang amat penting dan berguna di dalam

kehidupan seharian pada hari ini. Samada seseorang pelajar itu berjaya ataupun gagal di

dalam persekolahannya, namun matematik tetap akan digunakan di dalam kehidupan

seharian. Kepentingannya jelas digunakan di dalam kehidupan seharian. Kepintaran dan

kebijaksanaan seseorang pelajar itu biasanya akan dinilai melalui pengetahuan

matematiknya. Jika matematik cemerlang, biasanya pelajar tersebut turut cemerlang

dalam matapelajaran yang lain. Bidang sains dan teknologi memang tidak dapat

dipisahkan daripada matematik. Ilmu sosiologi dan psikologi juga tidak dapat dipisahkan

7
daripada matematik. Amat jelas sekali kajian ini adalah penting kepada pelajar itu sendiri,

guru matematik, sekolah tempat pelajar itu belajar dan panitia matematik daerah tersebut.

Pelajar

Dapat dijadikan panduan dan kaedah baru di dalam penghafalan sifir. Pelajar yang

selama ini tidak nampak akan kaedah lain untuk menguasai fakta asas darab sudah

mempunyai alternatif yang baru. Dengan pengetahuan kira tambah yang sudah sedia ada

kepada pelajar itu boleh dikembangkan kepada bentuk kira darab. Pelajar tidak lagi

terikat dengan satu cara sahaja iaitu hafalan semata-mata.

Guru

Dapatan kajian ini juga dapat membantu guru memperbanyakkan kaedah pengajaran. Jika

selama ini guru hanya menggunakan kaedah yang lama, dengan adanya kaedah yang baru

ini akan memberikan pilihan kepada guru berkenaan. Guru matematik mempunyai

pilihan pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid yang berlainan. Dengan

ini masalah fakta asas darab ini dapat dihapuskan ataupun setidaktidaknya dapat

dikurangkan.

Sekolah

Dapatan kajian ini juga penting kepada sekolah berkenaan terutama pentadbir sekolah.

Dapatan ini boleh disasarkan kepada semua guru matematik di sekolahnya. Jika ada guru

yang menghadapi masalah fakta asas kira darab tidak mengira pelajar di tahun berapa,

dapatan ini boleh dipraktikkan dan diamalkan. Oleh itu, semua guru matematik di sekolah

berkenaan akan mendapat manfaatnya.

9. BATASAN KAJIAN

Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek sifir 9 dalam bentuk konseptual

8
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

Cara membina sifir 9 dalam penyelidikan ini adalah diubahsuai dari kaedah

penggunaan kotak sifir. Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Chan Yaw

Jong(2011)dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan Kotak Ajaib dan “Lattice” Dalam

Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima,beliau menyatakan bahawa

penggunaan kaedah kreatif ini berkesan dalam membantu murid membina sifir. Selain itu,

beliau juga menyatakan bahawa kaedah ini mudah difahami dan dapat membina

keyakinan murid dalam menyelesaikan operasi darab.Ianya juga dapat menarik minat

murid dengan topik darab setelah mempelajari kaedah ini . Menurut Azizi bin Subeli dan

Hu Laey Nee (2010) pula , mereka mendapati bahawa pengaplikasian kaedah ini telah

mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam penguasaan sifir.

Di kebanyakan sekolah , operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar

dikuasai oleh murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid

bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran

mendarab . Zainuddin bin Abu Bakar dan Mohd. Rashidi Bin Mat Jali (2007) dalam

kajian mereka membincangkan tahap penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh

pelajar jika kaedah ini diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya

menekankan kepada kaedah hafalan sifir matematik . Seramai 50 orang pelajar Tahun 4

diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Selepas kajian , didapati

peningkatan min markah yang ketara berbanding dengan kaedah tradisional.

Kaedah Pola Jawapan merupakan satu strategi yang lain bagi meningkatkan

penguasaan murid dalam fakta asas darab. Hasil kajian ini selaras dengan kajian yang

dibuat oleh Mohd. Zain bin Mukmin (1984) yang mendapatibahawa kelemahan pelajar di

9
dalam matematik kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab . Apabila fakta

asas darab dikuasai, Matematik akan menjadi satu mata pelajaran yang mudah .

Murid-murid menganggap peranan mereka dalam kelas sebagai pasif . Mereka

merasa bahawa banyak masa dihabiskan untuk mendengar syarahan guru , untuk

menyekesaikan masalah di papan tulid dan juga terdapat dalam buku teks secara

bersendirian . Guru seharusnya mengenal pasti dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh

murid dalam mata pelajaran matematik ini dengan tujuan untuk memperbaiki

danmemudhkan lagi aktiviti – aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya menarik

minat murid terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru ini terus dipupuk dalam

kalangan murid (Habibah, 2004).

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa

kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan . Menurut

Gardner , setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbezadan kecerdasan

tersebut boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu murid yang lemah

dalam penguasaan sifir , seterusnya merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid

supaya dapat dapat memenuhi keperluan kecerdasan.

10
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

1. REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian tindakan ini dilaksanakan adalah berdasarkan model Kemmis dan

McTaggart (1988). Terdapat empat langkah, iaitu:

Langkah 1 - Membuat Refleksi

Langkah 2 - Merancang

Langkah 3 - Bertindak

Langkah 4 - Memerhati

Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan

melibatkan empat peringkat seperti di atas. Ia merupakan proses kajian tindakan yang

mana sesuatu kajian/ masalah yang dikaji memerlukan tindakan susulan. Proses kajian

tindakan ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji

dan guru yang terlibat. Melalui model Kemmis dan McTaggart ini, tinjauan awal dibuat

setelah timbul masalah pembelajaran di dalam bilik darjah (Carr & Kemmis, 1986).

Seterusnya penyelidik mengenal pasti masalah yang menjadi punca kelemahan/masalah

pelajar. Setelah itu, perancangan dibuat dan tindakan dijalankan dengan memberi

intervensi kepada masalah yang timbul dan melaksanakan perancangan tersebut.

Pemerhatian untuk melihat perkembangan yang wujud dan penambahbaikan dibuat untuk

menilai kembali serta membuat refleksi untuk melihat adakah intervensi yang dibuat

dapat mengatasi kelemahan/masalah yang ada (Kemmis & McTaggart,1988).

Kumpulan sasaran

Seramai 34 pelajar terlibat untuk ujian pra untuk mengetahui pencapaian, kemahiran,

abiliti para pelajar sebelum dijalankan intervensi. Setelah membuat ujian awal, penyelidik

11
memilih 10 pelajar yang paling lemah untuk sesi intervensi untuk kajian ini. Kajian ini

melibatkan 10 orang pelajar Tahun 2 yang terdiri daripada 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar

perempuan.

Pelaksanaan kajian

Dalam pelaksanaan kajian ini, penyelidik telah mentadbir soal selidik sebelum dan

selepas intervensi untuk melihat minat pelajar terhadap penguasaan sifir matematik dan

topik darab dan seterusnya terhadap subjek matematik itu sendiri. Jadual 1 menunjukkan

soal selidik yang dibina untuk bertujuan untuk mengukur minat dan

kecenderungan pelajar terhadap subjek matematik dan penguasaan sifir.

Jadual 1 Soal selidik minat pelajar terhadap subjek matematik sebelum Ujian Pos

Bilangan Bilangan
Bil Soalan Pelajar yang pelajar yang
Menjawab (Ya) menjawab (Tidak)

1. Adakah anda meminati subjek 24 (71%) 10 (29%)

matematik?

2. Adakah mempelajari subjek 24 (71%) 10 (29%)

matematik mudah?

3. Adakah anda menghafal Sifir 9? 20 (59%) 14 (41%)

4.Adakah anda suka menggunakan 10 (29%) 24 (71%)

kaedah hafalan biasa? Contoh:

1X9=9

satu darab sembilan, sembilan

5. Adakah anda sukar membuat sifir 30 (88%) 4 (12%)

9?

12
6. Adakah anda rasa bertambah yakin 30 (88%) 4 (12%)

dalam mata pelajaran matematik?

7. Adakah anda selalu menyiapkan 22 (65%) 12 (35%)

kerja rumah matematik yang

diberikan oleh guru?

8. Adakah mempelajari sifir 9 20 (59%) 14 (41%)

itu mudah?

9. Adakah anda mempelajari topik darab 24 (70%) 10 (30%)

itu mudah?

10. Adakah kamu dapat membina sifir 12 (35%) 22 (65%)

9 dan tahu menggunakannya?

Ujian Pra

Penyelidik juga telah membuat ujian pra untuk menganalisis kelemahan pelajar dalam

penguasaan sifir dan darab. Ujian pra telah penyelidik tadbir kepada semua pelajar, iaitu

17 orang pelajar. Ini bertujuan untuk memilih 10 orang pelajar yang lemah menguasai

sifir 9 di dalam kelas. Jadual 4 merupakan analisis pencapaian pelajar dalam kelas 2K.

Jadual 2 Analisis pencapaian pelajar 2K dalam ujian pra

Bil. Nama Pelajar Bil. Soalan yang Betul

1 Pelajar 1 10/ 10

2. Pelajar 2 10/ 10

3. Pelajar 3 10/ 10

13
4. Pelajar 4 10/ 10

5. Pelajar 5 8/ 10

6. Pelajar 6 6/ 10

7. Pelajar 7 6/ 10

8. Pelajar 8 5/ 10 *

9. Pelajar 9 3/ 10 *

10. Pelajar 10 3/ 10 *

11. Pelajar 11 3/ 10 *

12. Pelajar 12 2/ 10 *

13. Pelajar 13 2/ 10 *

14. Pelajar 14 1/ 10 *

15. Pelajar 15 3/ 10 *

16. Pelajar 16 5/ 10 *

17. Pelajar 17 2/ 10 *

18 Pelajar 18 10/ 10

19. Pelajar 19 10/ 10

20. Pelajar 20 10/ 10

21. Pelajar 21 10/ 10

22. Pelajar 22 8/ 10

23. Pelajar 23 6/ 10

24. Pelajar 24 6/ 10

25. Pelajar 25 10/ 10

26. Pelajar 26 10/ 10

14
27. Pelajar 27 10/ 10

28. Pelajar 28 10/ 10

29. Pelajar 29 8/ 10

30. Pelajar 30 6/ 10

31. Pelajar 31 6/ 10

32. Pelajar 32 10/ 10

33. Pelajar 33 10/ 10

34. Pelajar 34 8/ 10

Petunjuk: *10 pelajar yang dipilih terlibat di dalam kajian ini.

Setelah memilih 10 pelajar yang didapati lemah, pembinaan sifir 9 diterangkan.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Setelah mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid dalam sifir darab, saya

memperkenalkan kaedah baru untuk membantu murid menguasai sifir darab 9 dengan

lebih mudah. Berikut adalah teknik yang diperkenalkan;

Mendedahkan pola jawapan sifir darab,

Jawapan sifir darab sembilan dapat diperolehi dengan menulis nombor asas 0 hingga 9

secara menaik bagi digit depan dan menurun bagi digit belakang. Jadual 3 di bawah

menunjukkan langkah-langkah ini.

15
Jadual 3: Pendedahan pola jawapan sifir 9

Sifir 9 Kiri kanan

Turun (kiri) : 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 0 9

9 1 8

Turun (kanan) : 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 2 7

1,0 3 6

4 5

5 4

6 3

7 2

8 1

9 0

Pemerhatian aktiviti

Penyelidik mendapati pelajar menunjukkan reaksi positif untuk menguasai sifir. Mereka

mengulang pola sifir secara individu. Penyelidik mengajar mereka cara membina jadual

sifir 9. Mereka mencuba berulang kali agar dapat menguasai cara membuat sifir 9.

Rajah 5 menunjukkan pelajar dapat menyiapkan jadual sifir dalam waktu yang singkat

iaitu kurang daripada 1 minit setelah berulang kali membuatnya

Refleksi

Penyelidik berasa amat gembira apabila pelajar dapat membuat jadual sifir 9. Mereka

bukan sahaja dapat membina sifir, malahan tahu menggunakannya. Pelajar-pelajar juga

kelihatan lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk mempelajari topik darab dan sifir.

16
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1 : Sejauh mana tahap penguasaan murid-murid tahun 2K dalam

penguasaan darab sembilan?

Bagi menjawab persoalan kajian 1, ujian pra telah dijalankan. Responden telah diberikan

10 soalan dalam ujian pra iaitu berkaitan dengan sifir 9. Masa selama 15 minit telah

diberikan kepada responden bagi ujian pra.Ujian pra diberikan bagi melihat sejauhmana

pencapaian responden dalam penguasaan sifir 9 sebelum Kaedah Pola Jawapan

diperkenalkan. Jadual 4 menunjukkan pencapaian ujian pra sebelum Kaedah Pola

Jawapan didedahkan.

Jadual 4 Analisis pencapaian pelajar 2K dalam ujian pra

Bil. Nama Pelajar Bilangan Soalan Yang Betul

1. Pelajar 8 5/ 10 *

2. Pelajar 9 3/ 10 *

3. Pelajar 10 3/ 10 *

4. Pelajar 11 3/ 10 *

5. Pelajar 12 2/ 10 *

6. Pelaajr 13 2/ 10 *

7. Pelajar 14 1/ 10 *

8. Pelajar 15 3/ 10 *

9. Pelajar 16 5/ 10 *

10. Pelajar 17 2/ 10 *

17
Soalan Kajian 2 : Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah

Pola Jawapan berkesan dalam meningkatkan penguasaan sifir murid?

Bagi menjawab persoalan kajian 2, ujian pra dan ujian pos telah dijalankan. Responden

telah diberikan 10 soalan dalam ujian pra iaitu berkaitan dengan fakta asas sifir 9. Masa

selama 10 minit telah diberikan kepada responden bagi ujian pra.Ujian pra diberikan bagi

melihat sejauhmana pencapaian responden dalam penguasaan sifir 9 sebelum Kaedah

Pola Jawapan diperkenalkan. Ujian pos pula diberikan setelah Kaedah Pola Jawapan

dilaksanakan iaitu sebanyak 10 soalan diberikan kepada responden selama 10 minit.

Jadual 5 menunjukkan perbandingan pencapaian berdasarkan ujian pra dan ujian pos

sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Bil Nama pelajar Bilangan soalan yang betul Bilangan soalan yang betul
(Ujian Pra) (Ujian Pos)
______________________________________________________________________________
1. Pelajar 8 5/ 10 * 8/10

2. Pelajar 9 3/ 10 * 10/10

3. Pelajar 10 3/ 10 * 9/10

4. Pelajar 11 3/ 10 * 10/10

5. Pelajar 12 2/ 10 * 8/10

6. Pelaajr 13 2/ 10 * 10/10

7. Pelajar 14 1/ 10 * 10/10

8. Pelajar 15 3/ 10 * 10/10

9. Pelajar 16 5/ 10 * 9/10

10. Pelajar 17 2/ 10 * 10/10

____________________________________________________________________

18
_Berdasarkan Jadual 5, jelas dapat dilihat responden menunjukkan peningkatan selepas

Kaedah Pola Jawapan diperkenalkan. Peningkatan markah setiap murid menunjukkan

nilai yang positif.

Soalan Kajian 3 : Adakah penggunaan Kaedah Pola Jawapan dapat meningkatkan

minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik?

Dapatan soal selidik menunjukkan kaedah pola jawapan memang meningkatkan minat

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik. Analisis menunjukkan semua

responden memberikan jawapan yang positif. Dengan adanya Kaedah Pola Jawapan, ia

membantu mereka menyelesaikan masalah fakta asas sifir 9 dengan cepat dan tepat.

Mereka tidak perlu menghafal sifir dan hanya membina sifir 9 dengan Kaedah Pola

Jawapan. Jadual 6 menunjukan Soal selidik minat pelajar terhadap subjek matematik

selepas Ujian Pos

Jadual 6 Soal selidik minat pelajar terhadap subjek matematik selepas Ujian Pos

Bilangan Bilangan
Bil Soalan Pelajar yang pelajar yang
Menjawab (Ya) menjawab (Tidak)

1. Adakah anda meminati subjek 30 (88%) 4 (12%)

matematik?

2. Adakah mempelajari subjek 34 (100%) 0 (0%)

matematik mudah?

3. Adakah anda menghafal Sifir 9? 20 (59%) 14 (41%)

4.Adakah anda suka menggunakan 4 (12%) 30 (88%)

kaedah hafalan biasa? Contoh:

1X9=9

satu darab sembilan, sembilan

19
5. Adakah anda sukar membuat sifir 4 (12%) 30 (88%)

9?

6. Adakah anda rasa bertambah yakin 30 (88%) 4 (12%)

dalam mata pelajaran matematik?

7. Adakah anda selalu menyiapkan 32 (94%) 2 (6%)

kerja rumah matematik yang

diberikan oleh guru?

8. Adakah mempelajari sifir 9 34 (100%) 0 (0%)

itu mudah?

9. Adakah anda mempelajari topik darab 32 (94%) 2 (6%)

itu mudah?

10. Adakah kamu dapat membina sifir 34 (100%) 0 (0%)

9 dan tahu menggunakannya?

BAB 5 : RUMUSAN

Refleksi Kajian Terhadap Pelajar

Berdasarkan Jadual 7, ujian pos yang telah dibuat berbanding dengan ujian pra, didapati

seramai 10 orang pelajar (100%)mendapat peningkatan yang agak baik. Kebanyakan

pelajar dapat menguasai sifir ini dengan baik sekali dan memberikan kesan dan baik

dalam pencapaian akademik mereka terutamanya subjek matematik, khususnya topik

darab . Di dalam ujian pra dan pos, penyelidik menggunakan soalan darab dalam

mengimplementasikan penggunaan sifir 9.

20
Jadual 7 menunjukkan perbandingan pencapaian berdasarkan ujian pra dan ujian pos

sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Bil Nama pelajar Bilangan soalan yang betul Bilangan soalan yang betul
(Ujian Pra) (Ujian Pos)
______________________________________________________________________________
1. Pelajar 8 5/ 10 * 8/10

2. Pelajar 9 3/ 10 * 10/10

3. Pelajar 10 3/ 10 * 9/10

4. Pelajar 11 3/ 10 * 10/10

5. Pelajar 12 2/ 10 * 8/10

6. Pelaajr 13 2/ 10 * 10/10

7. Pelajar 14 1/ 10 * 9/10

8. Pelajar 15 3/ 10 * 10/10

9. Pelajar 16 5/ 10 * 10/10

10. Pelajar 17 2/ 10 * 10/10

________________________________________________________________________

Jadual 7 menunjukkan peningkatan yang amat ketara bagi 10 pelajar iaitu (100%) orang

pelajar di dalam kelas 2K. Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik

berbanding sebelumnya setelah dibuat bimbingan. 6 orang pelajar berjaya menjawab

kesemua 20 soalan dengan betul. Manakala pelajar yang paling lemah di dalam ujian pra

yang mendapat 1/10 markah telah meningkat kepada 9/10 markah di dalam ujian pos.

Refleksi Kajian terhadap Guru

Penyelidik berpuas hati kerana terdapat peningkatan dan penguasaan pelajar dalam

pembinaan sifir 9. Malahan pelajar turut menunjukkan sikap yang positif setiap kali sesi

21
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka juga mempunyai semangat persaingan

yang positif dan berlumba-lumba untuk menguasai sifir menggunakan teknik ini. Pelajar

yang mendapat markah 1/10 di dalam ujian pra juga telah menunjukkan peningkatan

yang ketara kepada 9/10 dalam ujian pos setelah guru membuat bimbingan dengan

pendekatan perseorangan untuk membimbingnya. Minat dan motivasi pelajar ini semakin

meningkat dengan pendekatan yang diambil oleh guru. Secara keseluruhannya,penyelidik

merasakan keberkesanan kajian ini banyak bergantung kepada perancangan rapi yang

dibuat, data yang dikumpul, aktiviti-aktiviti yang disusun, kerjasama yang diberikan oleh

pelajar penyelidik, penyampaian guru dan cara penilaian dibuat.

Refleksi Tentang Peningkatan Minat Murid Terhadap Matematik

Pelajar yang dapat membina sifir 9 dianggap pelajar tersebut boleh mengingat dan

menghafal sifir. Daripada penerangan di atas, sudah dapat satu petunjuk yang jelas

bahawa penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh pelajar tahun dua jika suatu

kaedah terbaik diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya

menekankan kepada kaedah hafalan. Keberkesanan kaedah pola jawapan sifir 9 ini juga

selari dengan teori yang dikemukakan oleh Skemp (2011), yang menyatakan untuk

mempelajari matematik murid itu haruslah mempunyai kebolehan membina idea-idea

yang abstrak. Jadi kaedah ini adalah mengubah cara iaitu dari bentuk hafalan kepada

bentuk pembinaan sifir. Dengan ini,Kaedah Pola Jawapan dapat meningkatkan keyakinan,

harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan.Jadual 9 merupakan soal selidik yang diberikan kepada 10 pelajar

selepas penyelidik membuat bimbingan dan mengajar mereka Kaedah Pola Jawapan.

22
Berdasarkan soal selidik awal dan soal selidik akhir, kesemua item menunjukkan

peningkatan yang amat ketara. Bermula dengan minat pelajar dan pelajar menyatakan

belajar matematik itu mudah.Peningkatan daripada 71% kepada 100%. Kemahiran

menghafal sifir semakin meningkat daripada 59% kepada 100%. Hampir 90% pelajar

tidak sukakan kaedah hafalan sifir biasa dan 100% pelajar sukakan Kaedah Pola Jawapan.

Peningkatan daripada 65% kepada 94% berlaku bagi menyiapkan kerja rumah yang

diberikan oleh guru. Peningkatan kefahaman terhadap topik darab juga berlaku apabila

meningkat kepada 70% dan 94%. Peratusan yang paling tinggi adalah daripada item

nombor 10 iaitu 35% meningkat kepada 100%. Di dalam konteks ini, didapati pelajar-

pelajar mahir membina sifir 9 dan menggunakannya untuk menjawab soalan darab .

Sehubungan itu, Kaedah Pola Jawapan ini disaran untuk digunapakai oleh guru-guru

matematik didalam membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka di samping

mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik di

sekolah.

PERBINCANGAN

Kesesuaian untuk menggunakan Kaedah Pola Jawapan.

Berdasarkan kepada dapatan hasil kajian ini didapati telah terbukti keberkesanan

penggunaan Kaedah Pola Jawapan ini dalam mencari hasil darab bagi murid-murid tahun

2K. Berdasarkan kajian dan dapatan yang diperoleh, terdapat juga beberapa kelemahan

yang boleh diperbaiki lagi pada masa yang akan datang untuk menjadikan kajian tindakan

lebih berkesan dan bermakna.

23
Bagi menjalankan kajian pada masa akan datang, dicadangkan agar pengkaji

menggunakan sampel yang lebih besar. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah

seramai 10 orang. Apabila kita menggunakan sampel yang lebih besar, hasil kajian atau

keputusan yang akan diperolehi pada akhir kajian lebih memuaskan. Selain daripada itu,

keberkesanan kaedah yang digunakan lebih terserlah.

Penggunaan Kaedah Pola Jawapan ini tidak hanya tertumpu kepada sebuah sekolah

sahaja. Ia boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah yang lain juga. Sebagai contoh di

sekolah luar bandar. Dengan ini hasil dan keberkesanan bagi penggunaan Kaedah Pola

Jawapan ini di sekolah yang berlainan dapat dilihat. Tahap pencapaian murid dalam

menyelesaikan operasi darab dengan penggunaan Kaedah Pola Jawapan juga dapat

dilihat . Berdasarkan dapatan kajian, didapati terdapat peningkatan pencapaian dalam

mencari hasil darab dengan menggunakan Kaedah Pola Jawapan. Murid tidak lagi

bergantung semata-mata dengan teknik hafalan sifir. Dengan menggunakan Kaedah Pola

Jawapan akan lebih meningkatkan daya ingatan murid terhadap sifir. Menurut Isahak

Harun et. al. (2008) suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif perlulah

diwujudkan di dalam pengajaran dan pembelajaran terutama kepada murid- murid yang

belum mencapai tahap penguasaan yang baik. Ini dapat dibuktikan di sekolah-sekolah

pedalaman di mana tahap pencapaian mereka berada di tahap yang sederhana. Justeru,

dengan adanya teknik dan pendekatan yang pelbagai, akan membantu mereka

meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam operasi darab .

24
IMPLIKASI KAJIAN

Pengunaan Kaedah Pola Jawapan telah memberi implikasi yang positif terhadap

pencapaian murid-murid. Ini dapat dilihat dari pencapaian markah ujian yang dijalankan

iaitu ujian pra dan ujian pos. Peningkatan yang membanggakan itu membuktikan bahawa

Kaedah petak Bijak ini banyak mempengaruhi murid-murid dengan menarik mereka

untuk lebih bersemangat untuk belajar. Selain daripada itu, Kaedah Pola Jawapan ini

merupakan satu kaedah baru bagi mereka dan sudah pastinya mereka berasa sangat teruja

untuk mempelajarinya.

Selain daripada itu juga, perubahan minat dan persepsi murid-murid juga amat ketara

dilihat selepas Kaedah Pola Jawapan ini diperkenalkan. Mereka melibatkan diri secara

aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan koperatif antara rakan mereka. Apabila

semangat berkolaborasi wujud dalam kalangan mereka, tidak akan timbul daripada

mereka yang pasif di dalam kelas. Pembelajaran secara koperatif membolehkan murid-

murid mencapai tahap penguasaan yang maksimum berbanding dengan pembelajaran

secara individu (Effandi, 2005). Di samping itu juga, dengan tercetusnya satu kaedah

baru seperti Kaedah Pola Jawapan ini, secara tidak langsungnya mewujudkan satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Sebagai guru, adalah menjadi

satu tanggungjawab untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang kreatif dalam

penciptaan kaedah pengajaran baru agar murid-murid tidak akan cepat berasa bosan dan

mereka boleh memahami sesuatu konsep dengan cepat dan berkesan. Menurut (Syed

Ismail dan Ahmad Subki, 2010), sebelum seseorang itu disahkan menjadi guru, mereka

haruslah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mantap dalam bidang yang

diceburi.

25
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian ini dapat menjelaskan keberkesanan penggunaan Kaedah

Pola Jawapan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka

dalam mencari hasil darab dengan penggunaan sifir. Hal ini perlu diberi perhatian yang

serius kerana pendidikan pada zaman sekarang telah memasuki abad ke-21 yang

memfokuskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Murid pada zaman

sekarang didedahkan kepada soalan-soalan bukan rutin yang memerlukan pemahaman

dan penguasaan konsep-konsep asas yang lebih mantap supaya dapat diaplikasikan untuk

menjawab soalan-soalan beraras tinggi.

26
BIBLIOGRAFI

Mohd Zain Mokmin (1984). Strategi Pengajaran dan Aktiviti Matematik Untuk

Kanak-Kanak Pemulihan. Jurnal Iktisas. 4. 12-14.

Mook Soon Sang (1985). Pengajaran Matematik KBSR. Jurnal Iktisas. 2. 59-61.

Mook Soon

Omar b Ahmad (1994). Koleksi 151 Rekreasi Matematik. Kota Bharu: M.A.R

Publishing(M) Sdn. Bhd.

Saadiah Mohamad Ali (1994). Teori dan Kaedah Penyelesaian Persamaan

Terbitan Biasa Peringkat Pertama. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Latif Samian (1992). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Chong Poh Seng (1991). Kaedah PSC Untuk Mengajar Matematik Rendah.

Jurnal Pendidikan 2. m/s 34-39.

Gagne, R.M (1970). The Condition of Learning (2nd Edition). NewYork: Holt,

Rinehart And Winston.

Hendrickson A.Dean (1981). Mathematics Teacher. Mei: m/s 353. Kementerian

Pendidikan Malaysia (1994). Laporan Jawatankuasa Matematik dan Sains

Kebangsaan. Kuala Lumpur.

https://www.academia.edu/28672732/PENGGUNAAN_KAEDAH_KOTAK_AJAIB_M

ENINGKATKAN_PENGUASAAN_MURID_TAHUN_4_DALAM_MEMBINA_SIFIR

27

Anda mungkin juga menyukai