Anda di halaman 1dari 4

Yang berusaha Pn Hajah Hasnah Binti Haji Daud, Guru2 Penolong Kanan, guru2,

ppm2, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2014 serta semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................
Lembut bicara mengucapkan salam
Tangan dihulur penuh kemesraan
Majlis bermula bersulamkan kalam
Ahlan wa sahlan kami ucapkan

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan Sri Setapak pada pagi yang
barakah ini bagi menjayakan ‘ Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014’.
Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda
tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah
Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-
Quran sebagai satu budaya. Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya
melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan
membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..

1. Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-
Fadhil Ustz Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..

- DOA –
Amin, amin ya Rabbal `alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi...

- Ucapan Guru Besar/ Perasmian Majlis


Bagi meneruskan Aturcara majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
dan mempersilakan Guru Besar SK Setapak Pn Hajah Hasnah Bt Hj Daud
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup Ihya` Ramadhan 2014
pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn Hajah atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini, maka

rasmilah sudah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Setapak pada pagi ini.

2. Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Yassin dan
Tahlil Arwah. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz
Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin bacaan Yassin dan Tahlil Arwah.
Dengansegala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS BERMULA –

Alhamdulilah, selesai sudah Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah beramai-ramai oleh
guru, kakitangan dan murid SK Setapak. Tahniah diucapkan.

3. Ceramah / Tazkirah Ramadan

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Khatam Al-Quran pada kali ini diserikan
lagi dengan acara ceramah atau tazkirah yang akan disampaikan oleh Pn Hajah Hasnah Binti
Haji Daud Gb SK Setapak. Untuk itu murid2 diminta memberikan kerjasama dengan tidak
membuat bising dan bercakap2 semasa ceramah berlangsung. Murid2 diminta menghayati
dengan penuh khusyuk dan memahami apa yang akan disampaikan oleh Pn Guru Besar.
Dengan sukacitanya dipersilakan.

4.Murid Rehat

5.Bacaan Al-Quran
Sebelum majlis Khatam al-Quran dimulakan marilah kita menghayati alunan ayat2 suci al-

Quran yang akan diperdengarkan oleh adik Abdul Hanan Bin Ahruman. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada qari kita itu tadi. Untuk makluman semua adik Abdul
Hanan merupakan wakil sekolah majlis tilawah al-Quran Peringkat Zon.

6. Majlis Khatam Bermula

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan. Untuk itu majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz Shamsulreman Bin
Abdullah bagi memimpin bacaan Khatam. Dengansegala hormatnya dipersilakan...

-Majlis Khatam Bermula

5. Persembahan Nasyid

-HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYID-

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara

persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________ yang akan menyampaikan persembahan Nasyid yang

bertajuk ...........................................................................................Dengan sukacitanya dipersilakan.

-NASYID-

Terima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman
para hadirin dan hadirat sekalian, Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Pn Zakiah Binti
Azraai. Tahniah sekali lagi.

# Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

6. Penyampaian Cenderahati
Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati kepada murid-murid khatam Al-Quran. Pada

tahun in seramai 30 orang terlibat secara langsung khatam Al-Quran. Majlis dengan ini mempersilakan dengan

segala hormatnya YgBerusaha Pn Hajah Hasnah GB SK Setapak diiringi oleh Yg Berusaha GPK Tadbir dan
Kurikulum, Datin Malihan Binti Dato` Mustafa bagi menyempurnakan majlis. Dengan
segala hormatnyadipersilakan..

-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajah dan Datin kerana sudi menyempurnakan majlis.

7. Penyampaian duit raya kpd murid

8. Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian duit
raya itu tadi maka, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014 menutup tirai.
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak lupa,
tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir kalam, yang baik itu adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan
adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Saya
sudahi majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr....Wabillah....Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai