Anda di halaman 1dari 1

DOA LAWATAN STAR RATING (JPK)

َّ ْ‫من ا‬
.‫لر ِحيْم‬ َّ ْ‫ِب ْس ِم هللاِ ا‬
ِ ‫لر ْح‬
. َ‫ص َحابِ ِه أ َ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آ ِل ِه َوأ‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ْالعَالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ِّ ‫ا َ ْل َح ْمدُ ِ ََّلِلِ َر‬
Segala puji untuk-Mu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai segala sifat keagungan dan kesempurnaan, kepada-
Mu sahaja kami sembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan dan perlindungan. Ya Allah,
jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang sentiasa mendapat keampunan dari segala dosa, mendapat
hidayah dalam segala usaha dan cita-cita serta mendapat rahmat dan keberkatan dalam setiap amalan dan
pekerjaan.

Allahuma Ya Allah, kami dengan penuh khusyuk dan tawaddhuk menadah tangan dengan menzahirkan
kesyukuran di atas hidayah dan inayah-Mu dapatlah kami melaksanakan
…………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………..., diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan
keberkatan daripada-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau amat mengetahui akan niat dan tujuan kami merencana dan melaksanakan
majlis ini. Sesungguhnya tanpa hidayah, bimbingan dan panduan daripada-Mu, maka majlis ini tidak akan
berjaya dan sempurna. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah majlis ini sebagai platform bagi mewujudkan kesatuan
hati, fikiran dan tindakan untuk kami merancang dan melaksanakan setiap agenda. Bukakanlah ruang,
peluang dan kesempatan untuk bekerjasama dalam apa jua perkara yang membawa kebaikan kepada agama,
bangsa dan negara kami.
Ya Allah, jadikanlah majlis yang penuh berkat ini sebagai landasan untuk kami bertukar-tukar pandangan,
melontarkan buah fikiran dan merencana tindakan dalam mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta
matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.

Ya Allah, peliharalah kami sekalian, para pemimpin kami yang berwawasan dan jauh pandangan, agama
kami yang kami pegang, negara kami yang kami sayang dari sebarang musibah, huru-hara dan bala-bencana.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas sesuatu.

ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اجعَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬


.‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ِ.‫اب النَّار‬َ َ‫سنَة ًَو ِقنَا َعذ‬ َ ‫سنَة ً َو ِفي األ َ ِخ َر ِة َح‬
َ ‫َربَّنَا َءا ِتنَا ِفي الدُّ ْن َيا َح‬
ِ ِّ ‫ َو ْال َح ْمد ِ ََُّلِلِ َر‬،‫سلَّ َم‬
. َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى‬
َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai