Anda di halaman 1dari 20

Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 29

ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal


Seni 3-Dimensi di Malaysia
History, Culture and Early Influences in Malaysian
3-Dimensional Arts

Zainuddin Abindinhazir
Universiti Pendidikan Sultan Idris
zainuddin@fskik.upsi.edu.my

Abdul Aziz Zalay


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Intan Khasumarlina Mohd Khalid


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Norshahila Mansor
Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini adalah penelitian terhadap perkembangan seni 3-dimensi dalam
persekitaran sejarah dan kebudayaan Malaysia. Pembangunan seni 3-dimensi yang
merentasi beberapa siri peralihan, telah menyaksikan pengalaman negara menempuh
pelbagai transformasi politik, agama dan sosial bermula dari zaman prasejarah,
kolonialisasi dan era pasca merdeka sehingga hari ini. Rantaian ini menghubungkan
faktor-faktor sejarah, fenomena, budaya dan asas-asas pengaruh kesenian 3-dimensi
dalam pembentukan seni arca Malaysia. Penelitian terhadap kebudayaan dan seni
kolonial sama ada pada era Hindu-Buddha, Barat dan Islam dan perkembangannya
merupakan kronologi sejarah yang membawa pelbagai inovasi dan pemikiran baru
dalam perkembangan seni arca moden Malaysia.

Kata kunci sejarah seni, seni arca

Abstrack

This paper is a study on the development of three dimensional arts in Malaysian


culture. Three dimensional arts have gone through numerous changes, reflecting the
country’s own political, religious, and social transformations since pre-historic times,
30 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

through colonialism, and post-Merdeka upheavals, until contemporary times. Such


historical phenomena have helped forged the linage of Malaysian sculpture. The focus
on the chronology of cultures, from the pre-historic, the Hindu Buddha, the Islamic,
the colonial, and to the modern eras reveals a number of renovations and new thoughts
that have animated the sculpture of modern Malaysia.

Keywords art history, sculpture

Pengenalan
Terdapat penulisan-penulisan yang mengatakan bahawa perkembangan sejarah awal
seni di Malaysia dapat dikesan melalui beberapa era utama. Dato’ Syed Ahmad Jamal
(2009), Siti Zainon (1986), Sharifah Juriah Aljefri (2001), Halim Hussain (2007), Rosli
Zakaria (2011), Nor Azlin Hamidon (2002), menyebutkan bahawa perkembangan seni
di Malaysia dapat dirujuk kepada era-era seperti Prasejarah, Hindu-Buddha, Islamik,
Pra-Kolonial dan Post-Kolonial. Zakaria Ali (1989) mengatakan bahawa, sejak abad ke-
10 hingga ke-17, senario perkembangan seni tampak di Malaysia memperlihat sejarah
yang terputus-putus. Kesan pengaruh keagamaan yang didahului oleh Hindu, Buddha
dan Islam dilihat sebagai faktor penting yang mencorakkan pola perkembangan yang
sedemikian. Sementara daripada aspek seni lukis moden, Muliyadi Mahamood (2001)
mengatakan, penjajahan Inggeris, penghijrahan ‘bangsa dagang’ dan status pendidikan
merupakan tiga faktor penting dalam fasa-fasa awal perkembangan seni Malaysia.
Dalam mengesan perkembangan seni arca Malaysia, kesedaran latar sejarah adalah
asas penting untuk memahami bagaimana seni arca berkembang serta pengaruh-
pengaruh luaran yang mengiringinya. Sejarah dan kebudayaan adalah teras yang
menjadi sandaran terhadap manifestasi seni dalam masyarakat.

Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3-Dimensi di Malaysia


Prasejarah merujuk kepada masa di mana catatan bertulis tentang sejarah belum lagi
ada. Sempadan antara zaman prasejarah dengan zaman sejarah adalah dengan adanya
tulisan yang merekodkan pelbagai aktiviti sosio budaya dan fenomena berkaitan
sesuatu kaum atau bangsa.
Sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia terbentuk melalui rentetan sejarah
yang sangat panjang. Sungguhpun terdapat fasa-fasa tertentu, sempadan tempoh
perkembangan antara zaman-zaman prasejarah ini tidak begitu jelas kerana
kebergantungan terhadap sumber-sumber artifak yang terhad, tidak bertarikh dan
terma yang tidak konsisten.
Kajian-kajian arkeologi ke atas objek-objek prasejarah di Malaysia telah
membenarkan andaian bahawa orang Melayu Proto (Australomelanesoid-Hobinhian)
telah berpindah ke kawasan pedalaman oleh sebab kedatangan orang Palae-Melanesian,
yang tiba melalui dua migrasi utama dari kepulauan Indonesia (Von Koenigswald,
1952). Penghijrahan kelompok Palae-Melanesian dikenali sebagai era Neolitik di
rantau ini (Tweedie, 1949) telah membawa budaya bahan, seperti kemahiran logam
dan teknik membuat tembikar (Paul Wheatly, 1964), sampan, serta kepandaian utilitari
dan kemahiran memilih dan membuat alat dan perhiasan dari batu (lithic industry)
(Siti Zainon: 1986, John Loewenstein: 1957). Artifak budaya lithic yang ditemui di
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 31
(29-48)

Gua Cha merupakan alatan bermata dua yang diperbuat dari kerikil, serpihan batu
dan teras kayu. Peralatan yang diperbuat daripada logam atau batu dipercayai telah
digunakan untuk membuat kelengkapan lain berasaskan kayu seperti busur dan anak
panah (Peregrine, Peter Neal & Melvin Ember, 2013). Mereka juga membawa bersama
kebudayaan dan kepercayaan animistik.
Orang-orang Neolitik berupaya membentuk organisasi dan membina penempatan
di lokasi yang berpotensi untuk kegiatan pertanian dan penternakan. Kediaman mereka
dibina daripada kayu atau buluh dengan beratapkan nipah dan jerami di kawasan
terbuka sekitar pesisir dan sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar, terutama
melalui kegiatan perdagangan.
Paksi utama perdagangan menghubungkan Vietnam, Selatan China dan India
(Ray, Himanshu Prabha, 1989) merentas sepanjang Semenanjung Tanah Melayu
melalui Segenting Kra merupakan laluan penting. Pemunggahan barangan dilakukan
sama ada di Barat Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera Tenggara atau Barat Laut
Jawa (Peregrine et. al., 2013). Jaringan antara penganut Hindu-Buddha dari jajahan
Kamboja (Cambodia), Champa (Vietnam), peniaga dan aristokrat dari Indo-Parsi,
peniaga dari Selatan China dan lain-lain tempat di sepanjang laluan perdagangan
kuno, membentuk dan mengembangkan institusi ekonomi, sosial dan seni di Tanah
Melayu. Kesenian berasaskan logam mula menerima pengaruh luar sejak dari zaman
ini. Hubungan perkahwinan antara Proto-Melayu dengan pelaut, Negrito dan lain-
lain kumpulan etnik dan juga dalam kalangan pedagang luar melahirkan kelompok
Deutero-Melayu, yang umumnya dikenali sebagai Melayu seperti mana hari ini.
Kegiatan seni terus berkembang di Tanah Melayu melalui inovasi pengetahuan
dan kemahiran yang seimbang. Kaedah penghasilan tembikar melalui pembakaran
terbuka (open bonfire) telah dipraktikkan. Produk bakul dan tekstil turut dikesan
penghasilannya (tiada bukti arkeologi kerana sifat bahan fabrik yang tidak kekal). Reka
bentuk sampan atau perahu dihasilkan dengan identiti Asia, yang dibina menggunakan
kaedah cantuman selak dan tanggam pada papan kayu. Kegiatan penghasilan manik
kaca telah dikesan di Kuala Selinsing selepas 1500 SM. (Peregrine et. al., 2013)
Jumpaan artifak zaman Neolitik menunjukkan kewujudan pengaruh budaya Dong
Son di Asia Tenggara pada abad ke-3 S.M. ‘Nekara’ (the bronze drum) dan loceng
tembaga gaya Dong Son berasal dari rantau Bak Bo di wilayah Utara Vietnam. Ia
dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui China. Gendang Dong Son yang bersaiz
besar dibuat menggunakan kaedah lost-wax. Kaedah ini memerlukan kemahiran
menghasilkan model dari lilin sebelum dipindahkan kepada gangsa. Hiasan-hiasan relif
dan ukiran motif zoomorfik dihasilkan pada bahagian badan gendang (Wales, 1949).
Kewujudan gendang Dong Son menunjukkan tahap penguasaan kemahiran teknikal,
bahan dan kesenian bersifat 3-dimensi yang terbaik di Asia Tenggara. Gendang Dong
Son dianggap sebagai arca ukiran kerana keterlibatan bentuk dengan perhitungan ciri-
ciri asas arca seperti tekstura, relif yang timbul dan tenggelam. Artifak-artifak ini turut
dikira sebagai karya seni kerana melibatkan beberapa ciri asas iaitu: i) memerlukan
pengetahuan yang bersifat teknikal dan konseptual dalam proses pembuatan, ii)
mengandungi maklumat sosial atau keagamaan, iii) mempunyai nilai sebagai bahan
bukti dalam menginterpretasi selera estetik dalam sesebuah era, iv) merupakan sebuah
hasil kerja tangan 3-dimensi yang nyata dan berfungsi sebagai titik pemula (Zakaria
Ali, 1989).
32 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Fungsi ‘Nekara’ sebagai objek kebudayaan ditemui di beberapa lokasi di Asia


Tenggara seperti Laos, Mynmar, Thailand, dan Indonesia (di Jawa, Sumatera dan Bali)
yang dianggarkan bertarikh 300 S.M hingga 200 M. (Heekeren, 1970). Di Semenanjung
Malaysia, bentuk gendang dengan teknologi dan gaya persembahan yang seakan sama
ditemui di Klang: Selangor, Kampung Sungai Lang (Ulu Langat, Selangor), Batu
Buruk: Kuala Terengganu, Sungai Tembeling: Pahang, Tenom: Sabah, Koung Ulu,
daerah Tempasuk: Sabah dan Dusun Inanam: Sabah (John Bastin,1971).
Gendang memainkan peranan penting sebagai objek kebudayaan, dan ia
dimiliki secara berkelompok dengan hak pengendalian oleh seorang ketua. Objek ini
dipersetujui mempunyai nilai-nilai keagamaan atau adat resam yang mengamalkan
animistik, totemisme dan pemujaan kepada nenek moyang. Kepercayaan seperti
ini turut diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Buddha Mahayana dari
China sekitar 300 M dan Buddha Theravada dari India di antara 300 hingga 600 M
(Peregrine, 2013). Berdasarkan kajian ikonografi, gendang ini berkaitan dengan
kepercayaan tentang kematian dan kehidupan selepas mati. Bukti dari tapak kuburan,
pengkebumian golongan elit disertakan bersama barangan mewah dari gangsa. Situasi
ini menunjukkan hubungan signifikan antara sistem sosial dan kepercayaan (Higham,
1989).
Selain Thailand, Selatan Vietnam, Sumatra Selatan (Jawa dan Bali), Sulu dan
Sulawesi, pengetahuan terhadap metalurgi dan kemahiran berasaskan logam seperti
besi, dan gangsa melalui kaedah tempa (forging) telah diusahakan di Tanah Melayu bagi
pembuatan pelbagai alatan dan keperluan, walaupun belum wujud teknologi tanur yang
canggih (Loofs-Wissowa, 1983). Kaedah bivalve mould dengan menggunakan logam
tembaga merah, tembaga kuning, gangsa dan emas, dipraktikkan untuk menghasilkan
objek kebudayaan yang bersaiz kecil. Menjelaskan tentang kegiatan seni berasaskan
logam di Malaya, Tomy Beamish (Tony Beamish, 1954) menjelaskan bahawa logam
yang terkenal di Tanah Melayu ialah bijih timah dan besi. Timah digunakan sebagai
sebahagian daripada aloi pewter yang dihasilkan secara eksklusif di Selangor. Jenis-
jenis kerja logam diamalkan di Tanah Melayu adalah tatahan (inlay), kerawang
(filigree) dan timbulan (repoussé). Ketukangan tembaga (brass) telah diusahakan sejak
beberapa abad lamanya, terutama di negeri Terengganu dalam pembuatan perkakas
rumah dan barangan mewah.
Tanah Melayu merupakan antara pembekal logam timah bagi keperluan di Indonesia
sebagai bahan aloi gangsa untuk pembuatan gong dan lain-lain alat perkakasan (Edw.
Jacobson, 1975; Peregrine, 2013). Gambar-gambar di bawah menunjukkan aktiviti
pertukangan logam dalam kalangan masyarakat Melayu.

Gambar 1 Pemandangan dalam bengkel pandai besi sedang menjalankan aktiviti melebur
dan kerja-kerja menempa logam.
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 33
(29-48)

Peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja logam

Gambar 2 Kegiatan pertukangan logam oleh orang-orang Melayu

Penemuan arca figura ‘Imun Ajo’ (Tom Harrisson, 1964) menunjukkan hasil seni
berasaskan logam melalui kaedah ‘tuangan’ yang paling teliti buatannya di Borneo.
Arca gangsa era pasca-Neolitik dari suku kaum Kanyan-Kenyah, Sungai Rejang,
Sarawak, telah dikategorikan dalam kelas ‘Dong Son type’, dihasilkan ketika zaman
gangsa. Berikut adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan rupa bentuk arca
gangsa ‘Imun Ajo’ dari empat arah yang berlainan.

Gambar 3 Arca “Imun Ajo” dalam empat pandangan

Diagnosis ke atas ciri-ciri fizikal seperti hiasan kepala, rambut, wajah, telinga,
kostum, dan anatomi adalah signifikan dengan kebudayaan Borneo. Faktor bentuk
disokong oleh ikonografi yang terhad dalam geografi masyarakat Kanyan-Kenyah
telah menyokong asal-usul arca ini. ‘Imun Ajo’ adalah berbeza dengan arca-arca yang
pernah ditemui di Indonesia dan lain-lain tempat di kepulauan Melayu.
Motif Enggang Badak (Buceros rhinoceros), cawat dan aksi seperti sedang bermain
muzik (seruling) adalah simbolisma khas yang menunjukkan amalan-amalan ritual
yang berkaitan animisme atau shamanisme. Selain arca Imun Ajo, dua lagi objek gangsa
“Dong-son type” dari Kayan-Kenyah area are turtles with upcurving “beaks” and a
fine humanistic keris handle in gold from the adjacent of Melanau. Berdasarkan kajian-
kajian yang telah dilakukan Tom Harrisson (1964) cenderung mengatakan semua objek
ini dihasilkan di Borneo, pada tempoh yang kemudian daripada Dong Son.
34 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Siti Zainon Ismail (1986) mengatakan, melalui pengaruh Dong Son, kesedaran
estetik oleh para artisan dalam kalangan orang Melayu semakin jelas perkembangannya.
Reka bentuk gendang dan loceng gangsa yang dijumpai di Muar, Johor dan Kelang,
Selangor, dihiasi susunan motif geometrik yang teratur. Unsur spontan dan ekspresi
bebas tidak lagi menonjol jika dibandingkan dengan motif-motif dari kebudayaan
Neolitik. Pada peringkat ini, bentuk dan elemen dekoratif tidak hanya sebagai proses
penghasilan, tetapi dianggap sebagai keperluan walaupun fungsi dekorasinya tidak
berasaskan praktis.

Gambar 4 Loceng tembaga gaya Dong Son dihasilkan sekitar tahun 150 Masihi.
Ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor

Menurut Adnan Jusoh et. al, (2011) elemen motif-motif geometri seperti bintang,
segi tiga, bulatan bertangen, bulatan bertitik, bulatan berlapis, titik-titik hitam, motif
gergaji, motif tangga, motif abjad dan motif spiral digunakan sebagai pola hiasan
pada gendang gangsa. Corak geometri tidak memerlukan komitmen yang tinggi
berbanding dengan hiasan yang lebih kompleks seperti motif manusia, haiwan dan
perahu. Sungguhpun motif geometri mudah dihasilkan, namun simbol-simbol yang
digunakan mempunyai maksud tertentu. Penggunaan motif-motif geometri turut
menunjukkan kefahaman estetik masyarakat dalam menggunakan daya kreativiti
untuk mempelbagaikan corak dan pola hiasan.
Walaupun pencapaian teknikal tidak dipertikaikan, namun Paul Wheatley (1964)
mengatakan bahawa budaya Dong-son tidak mempunyai unsur-unsur imaginatif
tertentu untuk diiktiraf sebagai sebuah tamadun di Tanah Melayu. Ia memerlukan
pemangkin untuk kebebasan kreativiti dan merangsang potensi seni mengikut acuan
budaya tempatan. Kesedaran ini tidak berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu
ketika itu disebabkan tumpuan terhadap pertanian padi basah, dan cenderung untuk
mengekalkan kestabilan penempatan dan bersikap tidak aktif terhadap seni. Adalah
diragui pemangkin tersebut merupakan pinjaman bentuk yang terpilih daripada
peradaban dan kebudayaan India.
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 35
(29-48)

Kerajaan Melayu purba yang wujud di Tanah Melayu sejak abad ke-1 M dipercayai
mengamalkan kebudayaan Hindu-Buddha (Paiman, 2003). Kronologi sejarah
cenderung menyatakan agama Hindu bertapak lebih awal, walaupun agama Buddha
sudah wujud seawal tahun 300 hingga 600 M. Batu bersurat Buddha abad ke-4 M yang
ditemui di Bukit Meriam, Kedah mengandungi rumusan tentang karma yang menjadi
teras kepercayaan bagi penganut Buddha (Wheatley, 1964). Di awal perkembangan,
agama Buddha tidak mengamalkan seni anikonik, terutama penghasilan patung.
Namun pada akhir abad pertama M patung Gautama Buddha dihasilkan akibat kesan
pengaruh kesenian Yunani dan Hindu. Lambang-lambang dengan makna-makna
tertentu pada objek-objek ibadat turut tercipta bagi mewakili kepercayaan spiritual.
Lambang-lambang suci agama Buddha adalah seperti stupa, Padma (teratai atau lotus),
pohon Bodi (Pipal), taman rusa, gajah dan telapak kaki (Wheatley, 1964; Nor Azlin,
2000).
H. G. Quaritch Wales (1940) berpendapat perkembangan kebudayaan India di
Tanah Melayu terbahagi kepada empat gelombang utama, iaitu; gelombang pertama
pada abad pertama hingga abad ke-3 M, gelombang kedua sekitar abad ke 300 hingga
abad ke-500 M, gelombang ketiga sekitar abad ke-550 hingga abad ke-750 M dan
gelombang keempat sekitar abad ke-750 hingga abad ke-900 M. Perkembangan
ini bermula dengan tujuan awal berasaskan perdagangan sehingga membentuk
penempatan, yang akhirnya berkembang menjadi kerajaan kota yang berpengaruh di
rantau Melayu.
Asimilasi dan akulturasi budaya luar dan setempat mencorakkan pola sejarah dan
kebudayaan di Tanah Melayu. Kemasukan pengaruh Hindu-Buddha memberikan rupa
bentuk institusi dan ideologi baru kepada penduduk tempatan (Mohd. Isa Othman,
2002) yang sebelumnya mengamalkan animisme (Nor Azlin, 2002). Kedatangan dan
penempatan Hindu-Buddha pada awal abad menjadi penanda kepada zaman bersejarah
di rantau ini. Kenyataan ini disokong oleh kewujudan tapak-tapak candi, artifak dan
peninggalan manuskrip-manuskrip lama di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu-
Indonesia. Di Semenanjung Tanah Melayu, catatan-catatan tentang kewujudan
kerajaan-kerajaan kota seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Gangga Negara di
Sungai Dinding, Manjung, Perak, Segari Kingdoms di Beruas, Perak dan tapak kuil
di Lembah Bujang, Kedah membuktikan adanya pengaruh agama dan kebudayaan
Hindu-Buddha di negara ini.
Walaupun terdapat spekulasi tentang asal usul pengaruh kebudayaan India di Asia
Tenggara pada awal abad masihi, namun Paul Wheatley (1964) mengatakan kesan
pengaruh Hindu di Semenanjung Tanah Melayu adalah benar. Bukti-bukti berasaskan
seni plastik, sastera, skrip, nama-nama tempat, seni bina, tradisi dinasti, dan pusat
etnologi merujuk kepada Selatan India. Richard Winstedt mengatakan bahawa sehingga
abad ke-19, bangsa Malaya bergantung segalanya-galanya kepada India, terutamanya
seni dan kraf, sastera, perubatan, politik, astrologi dan agama.
Pada awal perkembangan, seni rupa terutama patung dan relif di Tanah Melayu
diilhamkan oleh konsep kesenian India, sama ada dari pengaruh Buddha atau Hindu.
Seni arca di India bermula pada dinasti Maurya pada sekitar tahun 132 S.M dan
mencapai kegemilangannya pada zaman Gupta sekitar tahun 200 S.M. Seni arca
merupakan kesenian tertua di India dan diasaskan sepenuhnya kepada keagamaan.
36 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Dari aspek pengkaryaan, seniman India tertakluk dalam kanun kerja metafizik yang
tegas. Objek-objek seperti patung dan relif tidak dihasilkan dengan kesedaran sebagai
sebuah karya seni, tetapi ditumpukan sepenuhnya kepada aspek spiritual. Matlamat
penciptaan objek harus menepati tujuan peribadatan.
Mengulas tentang bentuk patung dan relif dari kesenian India, Paul Wheatley (1964)
mengatakan bahawa, objek-objek tersebut adalah utilitari dan bersifat didaktik dalam
meditasi. Objek-objek ini berfungsi sebagai wasilah untuk menyampaikan kebenaran
dalam sistem agama yang mengamalkan budaya penyembahan. Di peringkat awal
penghasilan, aspek estetik kurang diutamakan. Tumpuan lebih terarah kepada aspek
komposisi dan aksi-aksi dramatik yang mampu mengajak penganut supaya bertafakur
dan bermunajad kepada tuhan mereka. Gambar-gambar di bawah merupakan dua buah
patung gangsa Buddha terawal yang ditemui di Tanah Melayu.

Gambar 5 Tiga sisi pandangan patung gangsa Buddha abad ke-5M


dari Lembah Bujang, Kedah (Tinggi 21.6 cm).

Gambar 6 Dua sisi pandangan patung gangsa Buddha abad ke-6M


dari Pengkalan, Perak. (Tinggi 46.5 cm).

Zakaria Ali (2010) mengatakan bahawa jumpaan patung-patung figura keagamaan


Hindu-Buddha oleh H. G. Quaritch Wales di tapak arkeologi sekitar Malaya telah
menyokong teori Keagungan India yang tersebar ke rantau Asia. Teori ini difahami
melalui beberapa siri gelombang perkembangan seni di India. Gelombang pertama
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 37
(29-48)

bermula pada abad ke-2M di bawah pengaruh ajaran Amaravati, gelombang kedua
pada abad ke-3M hingga abad ke-6M di bawah pengaruh ajaran Gupta dan gelombang
ketiga pada abad ke-8 hingga abad ke-9 di bawah pengaruh ajaran Pala. Kewujudan
patung-patung logam gaya Gupta dan tablet Buddha mengandungi skrip Nagari abad ke-
10M, yang dijumpai di Gua Kedah secara tegas adalah pengaruh dari India (Wheatley,
1964). Penemuan patung Agastya di Jalong, Perak, menunjukkan kelangsungan budaya
penciptaan patung terus berkembang di zaman pemerintahan Sri Vijaya dari abad ke-
7M hingga 13M. Lihat gambar di bawah.

Gambar 7 Tiga sisi pandangan patung gangsa Agastya abad ke-9M


dari Jalong, Perak. (Tinggi: 52.5cm. Berat 15.42kg)

Syed Ahmad Jamal (1992) menulis bahawa patung ini dipercayai dibuat di Tanah
Melayu sekitar abad ke-9M. Ini adalah kesan daripada pengaruh bahantara yang
dibawa masuk oleh pengembang agama Hindu dari Indonesia ke negeri-negeri Perak,
Kedah dan Selangor. Beliau menyarankan bahawa patung ini merupakan antara contoh
karya 3 dimensi terawal dalam sejarah seni rupa di Tanah Melayu. Analisa terhadap
bentuk fizikal, bibir mulut dan muka, patung Agastya memiliki ciri-ciri kemelayuan
dan digelar sebagai ‘Petapa Melayu’ dari zaman pemerintahan Sri Vijaya. Patung ini
turut diistiharkan sebagai ‘An 11th century Malay in Bronze’. Patung ini penting kerana
ia adalah satu seumpamanya yang kita miliki (Zakaria Ali, 1989).
Konsep kepercayaan agama Hindu cenderung menggalakkan penghasilan arca
dan relif yang mempersembahkan nilai-nilai anthropomorphosis. Menghasilkan figura
manusia sebenar sangat tidak digalakkan walaupun mewakili imej seorang tokoh
agama. Adalah amat baik menjelmakan figura tuhan walaupun tidak cantik, daripada
menghasilkan patung manusia yang sempurna. Prinsip seni India tidak mementingkan
kecantikan sebagai matlamat utama untuk dicari, tetapi penekanan untuk merealisasikan
idea daripada suatu tahap yang terbatas kepada yang tidak terbatas. Mereka meyakini
bahawa tidak semua keindahan duniawi dihayati melalui deria luaran dengan hanya
menganalisa fakta dan bentuk fizikal semata-mata, sebaliknya dengan usaha yang
berterusan minda manusia berupaya menzahirkan sifat-sifat kesempurnaan dan
keindahan tuhan (Havell,1909).
Terlalu banyak imej ketuhanan telah dijelmakan dan tidak dapat dijumlahkan
dengan tepat bilangan tuhan dan dewa-dewi dalam kepercayaan Hindu. Setiap
patung tuhan, dewa atau dewi yang dihasilkan mempunyai keutamaan fungsi dan
38 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

lambang-lambang dengan falsafah kosmos tertentu. Sukracharya, seorang pendita


Hindu mengatakan bahawa dalam falsafah seni India, seniman sama ada pelukis atau
pematung perlu mencapai tahap menghadirkan (attain) imej tuhan-tuhan menerusi
renungan rohani semata-mata. Seniman perlu bergantung kepada penaakulan (spiritual
insight). Wawasan rohani adalah taraf tertinggi, benar dan yang terbaik. Atas atribut
inilah seniman Hindu akan sentiasa disanjung tinggi untuk melahirkan imej-imej
ketuhanan.
Kepatuhan kepada agama telah menyumbang kewujudan aneka bentuk patung-
patung sembahan yang disatukan dengan konsep semesta. Konsep-konsep yang
menyatukan tuhan, dewa dan raja turut menyumbang kepada pembangkitan spiritual
dan intelektual melalui proses meditasi. Konsentrasi dan tafakur diyakini dapat
mengawal jiwa, pemikiran dan tingkah laku, seperti mana falsafah ajaran Yoga, yang
beransur-ansur berjaya mengubah etika dan agnostik pengajaran asal Buddha menjadi
agama budaya di dunia. Havell (1909) menjelaskan bahawa kanun seni Hindu dan
Buddha telah menetapkan bentuk tuhan-tuhan juga seperti manusia, yang mendapat
kuasa dari amalan pertapaan, namun tidak seperti pertapa manusia yang dhaif, berbadan
kurus, kelaparan dan dahaga. Tuhan dijelmakan dengan kulit licin, kaki bulat, urat
dan kerangka yang disembunyikan, leher dan bahu yang luas, pinggang yang sempit
dan berbadan gagah seperti seekor singa. Sebagai perbandingan karektor manusiawi,
dekonstruksi patung tuhan dilebihkan dan dibezakan dengan unsur-unsur superhuman
yang dikaitkan pula dengan fungsi pemujaan. Kelebihan ini bertujuan memberikan
gambaran kelebihan yang mengatasi sifat-sifat manusia biasa.
Patung-patung gangsa seperti Avalokitesvara dijelmakan dengan lapan tangan
(seperti yang dijumpai di Bidor, Perak; satu daripada tangannya telah patah) mewakili
dewa kesuburan dan kasih sayang (Lihat gambar di bawah). Siva Nataratja menari
diilhamkan dengan empat tangan, Tara mempunyai enam lengan; Durga mempunyai
sepuluh lengan; gubahan patung-patung dwi imej seperti Siva dan Parvati, atau Purusha
dan sakti, melambangkan prinsip lelaki dan perempuan berpelukan diilhamkan dengan
empat kepala dan dua belas lengan. Ganesha, tuhan berkepala gajah dipuja sebagai
pemberi rahmat dan kebijaksanaan. Kapak ditangan beliau melambangkan pemusnah
halangan, belalai dilambangkan maha mengetahui dan merasai, perut yang besar
melambangkan keterbukaan dan tikus sebagai kenderaan. Ananda K. Coomaraswamy
(1913) mengatakan konsep tangan-tangan dan kepala yang banyak adalah gabungan
semangat dalam pergerakan benda yang hidup, seperti mana konsep sayap malaikat
pada patung Kristian. Posisi dan kedudukan tangan-tangan pada patung dipanggil
mudras. Ia merupakan konsep kesinambungan dan infiniti terhadap perbuatan yang
sedang berlaku bukan pembekuan masa. Konsep tangan yang banyak benar-benar
menyampaikan rasa kuasa, vitaliti dan menyeluruh dalam pelbagai kehidupan.
Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Alam Melayu menjadikan upacara-
upacara keagamaan menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-
benar melibatkan keseluruhan ajaran dan falsafah Hindu-Buddha yang asli, kecuali
perkara-perkara yang berkaitan dengan upacara keagamaan seperti mengagongkan
dewa-dewi. Kebudayaan utama adalah Hindu, sebaliknya penduduk tempatan lebih
mengutamakan kebudayaan sedia ada. Golongan bangsawan lebih terdedah kepada
kebudayaan Hindu, kerana keterlibatan mereka dalam hal-hal perdagangan dan
pentadbiran. Tempoh ini merupakan gambaran tentang “Indo-Malay Kingdom” yang
mengadaptasikan “Colonial Imitative Indian” (Azman Samsuri, 1987).
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 39
(29-48)

Gambar 8 Imej gangsa Avalokitesvara Bodhisattva abad ke-9M tuhan penganut-penganut Hindu

Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh Hindu-Buddha dapat dikesan melalui


karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini adalah kesan
pengaruh ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita
dan Baratayudha. Aspek-aspek kemasyarakatan yang dipentingkan ialah kesenian,
keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Persepsi keindahan
dalam seni rupa Melayu terbentuk dengan asas kepercayaan animism, ritual
dan amalan yang sinonim dengan konsep ajaran Hindu-Buddha. Keyakinan ini
menyebabkan akulturasi dan asimilasi kebudayaan dan agama mudah diadaptasi ke
dalam masyarakat Melayu. Pegangan yang kuat terhadap semangat, roh baik dan jahat
sering dimanifestasikan melalui seni material. Objek-objek seperti senjata tikam, utiliti,
wayang kulit, wau dan perhiasan turut diaplikasikan dengan bentuk-bentuk manusia
dan haiwan. Pada awal abad ke 19, mata wang seperti syiling dan jongkong ditempa ke
dalam bentuk-bentuk binatang seperti buaya1, kura-kura, ikan dan belalang. Imej-imej
ini dihasilkan kerana diyakini mempunyai roh dan semangat tertentu.
Selain pengaruh terhadap fahaman animism, peranan bahantara dalam aktiviti
perdagangan turut menjadikan objek-objek seni berunsur figuratif menjadi penting
dalam kegiatan sosio ekonomi masyarakat. Tradisi kesenian Melayu ketika itu
memperlihatkan pelbagai bentuk objek 3-dimensi melalui hasil-hasil seni seperti
ukiran-ukiran patung, senjata, kepala perahu dan hiasan senibina. Kelangsungan
penggunaan motif-motif tersebut meresapi kebudayaan Melayu sehingga kedatangan
Islām, yang membawa pemikiran, amalan dan cara hidup yang baru.

Era Islamisasi
Syed Hussein Alatas (1963) menganggarkan tempoh permulaan sejarah Islamisasi
di Malaysia berlaku sekitar abad 13 dan ke-16M. Tempoh ini dicadang berdasarkan
beberapa beberapa faktor, antaranya; i) Abad ke 16M merupakan tempoh perluasan
penjajahan imperialisme Barat dan kuasa-kuasa politik-budaya sezaman yang berbeza
di Asia. Islam merupakan salah satu daripada kuasa tersebut dan konsep kesezamanan
ini menghubungkan Malaysia dengan sejarah antarabangsa. ii) Merujuk penyataan H.
1
Bentuk-bentuk jongkong timah mempunyai ciri yang sama dengan objek zoomorfik dari India. Lihat;
Coomaraswamy, Ananda K. An Indian Crocodile. Bulletin of the Museum of Fine Arts, Vol. 34, No.
202 (Apr., 1936), pp. 26-28. Museum of Fine Arts, Boston. 1936. Fig. 1. Makara, p.26.
40 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Kern yang mengatakan bahawa abad ke-15 hingga ke-16M merupakan tempoh evolusi
penyebaran Islām tercetus disebabkan oleh desakan dalaman, yang berkaitan antara
iman dan aqidah. iii) Konflik politik, ekonomi, dan agama yang ditimbulkan oleh
Imperialisme Barat mula mendapat kesedaran kompulsif oleh Islam. Kecenderungan
arah aliran-aliran umum yang lain seperti Komunisme, Sosialisme dan Nasionalisme
mula muncul sekitar awal abad ke-20M.
Terdapat pelbagai teori tentang kedatangan Islam ke kepulauan Melayu. Orientalis-
orientalis Barat yang mengkaji penyebaran Islam ke Asia Tenggara cenderung
mengatakan Islam telah dibawa ke Kepulauan Melayu menerusi India (Isma’īl
Ḥamid, 1982). Snouck Hurgronje mencadangkan abad ke-12M sebagai tarikh terawal
pengislaman masyarakat di Kepulauan Melayu (S.H. Al-Atas, 1963). Faktor-faktor
ekonomi dan penguasaan umat Islam ke atas bandar-bandar pelabuhan di India seperti
Deccan, menjadikan pedagang sebagai orang tengah dan merupakan golongan terawal
bertanggungjawab mengislamkan penduduk Nusantara. Dakwah ini dilakukan melalui
hubungan dagang antara negara-negara Islam Timur-Dekat dan Kepulauan Melayu.
Sarjana Belanda, Pijnappel mengaitkan penyebaran Islam di seluruh Nusantara
dilakukan oleh pendakwah-pendakwah (proselytizers) Arab berfahaman Shafie dari
Gujerat dan Malabar, bukannya oleh orang-orang India.
Paiman Keromo (2003) menyatakan bahawa kedatangan Islam ke seluruh
Kepulauan Melayu dapat dikesan dengan kewujudan Kesultanan Melaka pada abad ke-
14M. Penghijrahan orang-orang dari sekitar kepulauan dan semenanjung menyumbang
kepada kepesatan pembangunan di Tanah Melayu. Awal abad ke-15M menyaksikan
kebangkitan Kesultanan Melayu Islam Melaka dan gerakan-gerakan penyebaran Islam
dalam aktiviti sosial dan ekonomi.
D’zul Haimi Md. Zain (2008) merujuk kepada laluan perdagangan laut dan darat
sebagai faktor perkembangan agama Islam di rantau Asia dan Kepulauan Melayu.
Melalui laluan laut, integrasi ekonomi, sosial, kebudayaan dan agama dihubungkan
langsung sama ada dari Tanah Arab ke Kepulauan Melayu, atau dari tanah Arab ke
India dan kemudian ke Kepulauan Melayu. Sementara laluan darat menghubungkan
Tanah Arab, bermula sama ada dari Syria atau Iraq ke Khurasan, Utara Parsi,
Afghanistan, China ke Kepulauan Melayu. Kestabilan politik, ekonomi dan geografi
telah merangsang pesat aktiviti perdagangan, menjadikan gugusan Kepulauan Melayu
sebagai laluan penting kepada pedagang-pedagang Timur dan Barat.
Islam telah mengubah wajah politik Asia Tenggara dan membawa kemerosotan
kerajaan Hindu dengan kejatuhan Majapahit (A. H. Hill, 1963). Berakhirnya seni
dalam aturan lama dunia Melayu disebabkan kesedaran baru yang dibawa oleh
pedagang dari Gujerat. Kestabilan kerajaan Melayu dan kepesatan pelabuhan Melaka
pada abad ke-14M telah menarik pedagang-pedagang dari Pasai mengembangkan
agama Muhammad SAW (Winstedt, 1944). Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah
memberikan implikasi yang sangat mendalam terhadap perkembangan seni tampak.
Dalam jarak masa 700 tahun, bermula dengan jumpaan batu bersurat di Kuala
Brang, Hulu Terengganu pada tahun 1303, menyaksikan objek-objek seni berasaskan
kefahaman Islam dijadikan rangka rujuk tentang keindahan dan bentuk-bentuk yang
menaunginya (Zakaria Ali, 1989). Islam menyampaikan pendekatan baharu dan
menetap batasan tertentu terhadap permasalahan agama dengan konsep menyesuaikan
perbezaan terminologi bagi kebanyakan ciri-ciri ekspresi (Johns, 1966).
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 41
(29-48)

Awal abad ke-15M, masyarakat Melayu disifatkan sebagai menempuh era baru
dengan amalan Islām, agama yang berteraskan keimanan kepada satu Tuhan. Aqidah
ini telah merubah kepercayaan, cara hidup dan pandangan semesta mereka kepada
ketauhidan kepada Allah SWT yang menguasai kehidupan dunia dan selepas mati
(Mohd. Noh, 2013). Ukiran figuratif yang dikaitkan dengan penghasilan patung-
patung keagamaan dan berhala tidak lagi menjadi pilihan. Kegiatan seni 3-dimensi
terus berkembang khususnya melalui penghasilan produk utiliti.
Peniruan mutlak unsur-unsur sejadi tidak lagi menjadi kelaziman. Bentuk-bentuk
ukiran Melayu khususnya telah berubah dalam aspek penggayaan. Konsep-konsep
pemujaradan dehumanisasi dan dekonstruksi diterapkan sebagai kesinambungan
penghasilan objek-objek 3-dimensi. Melalui stailisasi, penggayaan terhadap bentuk
terus diciptakan seiring penerapan nilai-nilai Islam. Dalam erti kata umum, Islam
digunakan untuk mencirikan bentuk ungkapan seni yang dikenal pasti dengan
sewajarnya untuk dipanggil Islam yang mewakili identiti ekspresi masyarakat (H.
Johns, 1975).
Kedatangan Islam mendominasikan pemikiran Melayu dengan proses penyesuaian
makna terhadap simbol-simbol kesucian Hindu-Buddha kepada pengertian dan
falsafah baru berteraskan Tauhid kepada Allah SWT (Nor Azlin Hamidon, 2000).
Perubahan bentuk terjadi kepada abstraksi jelas diperhatikan, contohnya hiasan
kepala perahu yang asalnya berkepala bangau telah mengalami transisi pemujaradan
berinspirasikan tumbuh-tumbuhan. Hal yang sama turut diaplikasikan ke atas objek-
objek utiliti seperti hulu keris. Bentuk-bentuk tradisi yang berasaskan figura manusia
dan haiwan ditransformasikan kepada bentuk “Jawa Demam”. Konsep ini diilhamkan
melalui gubahan geometrik berbentuk seakan bujur telur, membayangkan lembaga
berpeluk tubuh. Perubahan gaya persembahan ini mengakibatkan bentuk-bentuk
asal telah digubah semula (re-construct) untuk tidak mewakili bentuk-bentuk figura
sebenar. Kekangan ini tidak menjejaskan kreativiti masyarakat Melayu, malahan
memperkayakan kesenian Melayu dengan bentuk-bentuk yang indah dan abstrak.
Estetika seni Melayu diterjemahkan dengan teori-teori keindahan seperti berhalus
(kehalusan), berguna (kebergunaan), bersatu (perpaduan), berlawanan (kontra) dan
berlambang (simbolisme). Prinsip-prinsip kesenian Islam meresapi konsep dan falsafah
kesenian Melayu dalam transisi yang mengarah kepada keesaan Allah SWT.
Merujuk sifat-sifat fizikal seni Melayu, kehalusan adalah ‘kerumitan’ yang
diintegrasikan bersama kesempurnaan bentuk, pilihan bahan dan teknikal yang
tepat. Prinsip kehalusan merupakan proses rohani yang diekstrak dari alam semula
jadi. Prinsip kebergunaan dijelaskan dengan rekabentuk praktikal dan fungsi objek.
Objek tidak hanya dicipta untuk keseronokan atau kecantikan, tetapi untuk tujuan-
tujuan tertentu. Dalam konteks ini, seni Melayu mencakupi kedua-dua prinsip cantik
dan berguna. Prinsip kesatuan mewakili kerja rumit dan halus dalam penciptaan motif
dan pola-pola reka corak yang diterjemahkan secara bersama dalam aspek-aspek
kerumitan, kehalusan, bentuk dan kandungan. Aplikasi prinsip kesatuan membenarkan
tema dan naratif disampaikan dengan jelas dan bermakna. Kontras diilhamkan dengan
elemen-elemen yang bertentangan antara satu sama lain. Seniman menggunakan
kontras sebagai instrumen untuk mengarahkan tumpuan penghayat ke titik tertentu
bagi menandakan kepentingannya dalam karya. Prinsip kontras dalam seni Melayu
merujuk kepelbagaian kualiti yang melahirkan rasa harmoni.
42 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Prinsip simbolisme menjelaskan makna simbolik. Fungsi seni Melayu tidak hanya
secara fizikal tetapi merangkumi makna yang berkaitan dengan sejarah, budaya dan
kepercayaan. Sharifah Fatimah Zubir (1984) meletakkan simbolisme pada tahap
tinggi, namun dalam masa yang sama simbolisme wujud dalam tahap yang rendah,
berdasarkan hakikat susun lapis struktur alam dan kewujudan yang pelbagai.
Rupa dan Jiwa karangan Syed Ahmad Jamal (1992), mengupas persoalan estetik
dan penghargaan terhadap keindahan seni Melayu. Ia memberi pendedahan tentang
keaslian estetika bentuk seni Melayu (Redza Piyadasa, Sabapathy T. K., 1983). Seni
Melayu mewakili makna idiomatik daripada imej-imej kedaerahan dan agama. Ideologi
Melayu-Islam merupakan unsur-unsur penciptaan seni Melayu. Dalam erti lain, seni
Melayu mencerminkan falsafah seni Islam.
Dalam konteks seni sezaman, tahun 1970-an merupakan tempoh kesedaran dan
kecenderungan seniman Malayu terhadap kebangkitan Islam yang didorong antara
lainnya oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 (Redza Piyadasa,
1996) dan Seminar Akar-Akar Kesenian Peribumi yang diadakan pada tahun 1979.
Tiga konsep penting telah dibina sebagai teras kebudayaan Kebangsaan, iaitu; i.
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berpaksikan kebudayaan asli rakyat rantau
ini. ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi
unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan iii. Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan. Sungguhpun DKK mencetuskan kesedaran
rupa seni terhadap kandungan, nilai, etika, budaya dan agama, namun tumpuan seni
lebih mendasari estetika kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan Malaysia
(N.A.G, 2010).
Tiada pameran yang benar-benar berani menyahut reaksi terhadap dasar yang
digubal, dan sikap menyepi para seniman menimbulkan persoalan terhadap saranan-
saranan DKK. Sehingga penghujung tahun 1979, usaha-usaha memanifestasi
kandungan DKK mula mendapat sahutan bersama nafas Islam. Implikasi ini didorong
oleh Revolusi Iran yang membangkitkan kesedaran politik Islam global, yang turut
mempengaruhi negara-negara Islam Nusantara, termasuk Malaysia.
Artikel ‘Kemekaran Jiwa Islam dalam Seni Lukis Malaysia Sezaman’ oleh Muliyadi
Mahamood (1993) mengukuhkan kenyataan di atas. Disebutkan, bahawa era selepas
kemerdekaan sekitar tahun 1970-an merupakan tempoh kebangkitan jiwa Islam dalam
kegiatan kesenian. Dalam tempoh ini para seniman mempersoal dan menilai semula
penglibatan mereka dengan fahaman Barat. Ia seolah-olah suatu pencarian untuk bebas
dari belenggu Barat. Faktor-faktor kesedaran Islam bersifat tempatan dan universal
mula mencabar konsep seni untuk seni, memaksa para seniman memikir dan menilai
semula unsur-unsur kerohanian yang mendasari kreativiti mereka.
Kesedaran ini selanjutnya melahirkan “Etos Melayu Islami” melalui proses
Islamisasi ilmu. Kewajaran ini penting kerana identiti Melayu akan terbina dengan
penguasaan ilmu oleh masyarakat. Dalam konteks ini Al-Qur’an menjadi sumber
utama sebagai punca segala ilmu yang menyemarakkan jiwa Islām dalam pelbagai
disiplin ilmu termasuk seni. Bermula dari sini, kegiatan kesenian memperlihatkan
kecenderungan terhadap Islam.
Dekad 80-an dan 90-an, seniman revivalis Melayu meneroka kepelbagaian stail
sebagai dorongan mencari identiti yang mencerminkan keperibadian, nilai-nilai bangsa,
kebudayaan dan agama. Kecenderungan terhadap estetika seni Islam dalam bentuk
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 43
(29-48)

seni khat dan corak-corak Islami menjadi rujukan sebagai usaha dan percubaan untuk
memanifestasikan seni Melayu. Antara seniman-seniman yang menyahut cabaran ini
adalah (sekadar menyebut beberapa nama) Syed Ahmad Jamal, Zakaria Awang, Khalid
Ahmad, Ponerin Amin dan Rozaika Omar Basaree. Penubuhan Muzium Kesenian
Islam Malaysia (MKIM) pada tahun 1998 merupakan pengiktirafan, penerimaan
dan kesinambungan wadah seni Islam seiring perkembangan seni kontemporari di
Malaysia.
Mengungkap pemahaman Islam dalam persembahan seni, Safrizal Shahir (dalam
Nurhanim, et. al. 2012) mengatakan bahawa konsep pemujaradan telah lama diterapkan
dalam kesenian tempatan melalui nilai-nilai agama dan budaya. Walaupun begitu,
rangka rujukan dan ikutan adalah berpaksi kepada seni Barat, yang kemudiannya
dikacukkan atau dipadankan dengan situasi tempatan berdasarkan pertimbangan
individu. Adaptasi pemujaradan dari ragam seni Barat menyaksikan perubahan
aplikasi, aspirasi dan nilai yang relatifnya melahirkan sifat-sifat mujarad yang nyata
berbeza kefahamannya dengan kesenian Melayu. Keadaan ini mewujudkan karya-
karya bersifat individualistik yang sama amalannya seperti Barat.
Pemujaradan yang wujud dalam sejarah seni Malaysia amat kuat berteraskan
ideologi, pendekatan dan teknik dari Barat. Kerangka seni mujarad Euro-Amerika
itu pula tidak diaplikasi secara menyeluruh dan tegar, kecuali penekanan terhadap
ciri-ciri penggayaan, teknik dan format pengkaryaan. Idea-idea mujarad dibataskan
kepada ikutan gaya, penerokaan bahantara dan ideologi. Apa yang akhirnya berlaku
adalah salinan atau peniruan gaya seni dalam konteks geografi dan sosio-politik
yang berbeza. Tambahan pula, seni di alaf ini cenderung memfokuskan persekitaran
dunia yang di luar batasan, cabaran sempadan dan sikap tradisional serta keterbukaan
yang bersifat antarabangsa. Situasi ini mendorong pertumbuhan pesat gaya formal
dengan tanggapan bahawa segalanya dan apa sahaja boleh (Shireen Naziree, 2007).
Pengambilan cara dan ragam seni mujarad dari Barat sering kali menimbulkan krisis
identiti yang berpanjangan (Safrizal Shahir, 2012).

Kesimpulan
Bermula dari zaman prasejarah, seni bersifat 3-dimensi memperoleh kedudukan
terawal berdasarkan penerokaan bentuk dan fungsi oleh manusia dengan konsep
pembangunan objek-objek utiliti tanpa dipengaruhi kepentingan estetik dan ideologi.
Sehingga ke suatu tahap kematangan idea, pemikiran dan kemahiran teknikal, ciptaan
bentuk-bentuk seni 3-dimensi mula melewati fasa-fasa pengisian rohaniah dengan
aspek-aspek kosmologi bagi mewakili pernyataan terhadap alam mistik, kepercayaan,
kemasyarakatan dan kekuasaan.
Perkembangan seni 3-dimensi selanjutnya menerokai penghayatan konsep-konsep
yang cenderung menghubungkan intuitif terhadap ideologi dan teologi dengan falsafah
dan simbolisme dalam membina objek-objek sembahan sebagai amalan agama budaya.
Bentuk-bentuk diteguhkan bersama keyakinan rohaniah bersama ritual amalan-amalan
keagamaan dan kebudayaan.
Sehingga selepas merdeka, situasi menampakkan perbezaan ekoran tempoh
pengeraman sekitar awal hingga pertengahan 1970-an. Kesedaran selanjutnya
memperlihatkan idea-idea baru bersifat ekspresif dari asimilasi kesenian moden dan
44 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Islam. Paduan ini memberi penekanan terhadap teknologi, eksperimentasi kaedah,


gaya dan kecenderungan identiti ke Malaysiaan.
Sungguhpun perkembangan seni 3-dimensi di Tanah Melayu bermula dengan
objek-objek yang berasaskan konsep-konsep mistikal dan teologi, namun seni 3-dimensi
masyarakat Melayu berkembang dengan asas aqidah Islami yang kukuh. Bentuk-
bentuk seni 3-dimensi Melayu mengalami transisi peralihan dalam aspek pemikiran,
konsep dan estetika yang teratur dengan kefahaman dan falsafah yang diasimilasi
mengikut kesesuaian cara hidup dan kebudayaan Melayu. Dato’ Syed Ahmad Jamal
(2009) mengatakan, perbezaan keadaan seni rupa sebelum dan sesudah merdeka dapat
diperhatikan dari aspek bentuk pengutaraan, aktiviti, konsep, penggunaan bahan,
kemudahan, peluang, pendidikan, galakan, pendukungan dan lain-lain aspek kesenian.
Sehingga abad ke-21 M, keutuhan aqidah Islami terus teguh diamalkan oleh seniman-
seniman Melayu, walaupun terdapat pengaruh-pengaruh kesenian luar terutama dari
barat yang berkembang melalui kolonialisasi dan institusi pendidikan.

Rujukan
Adelaar, K. Alexander. (2004). Where does Malay come from? Twenty years of discussions
about homeland, migrations andclassifications. KITLV, Royal Netherlands Institute of
Southeast Asian and Caribbean Studies. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde,
Vol. 160, No. 1 (2004), pp. 1-30.
Adelaar, K. Alexander. (2000). Malay: A short history. Istituto per l’Oriente C. A. Nallino.
Oriente Moderno, Nuova serie, Anno 19 (80), Nr. 2, Alam Melayu II Mondomalese:
Lingua, Storia, Cultura (2000), pp. 225-242.
Adelaar, K. Alexander. (1992). The relevance of salako for ProtoMalayic and for old Malay
epigraphy. KITLV, Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies.
Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde, Deel 148, 3de/4de Afl. (1992), pp. 381-408.
Adi Haji Taha. (1987). Archaeology in Peninsular Malaysia: Past, present and future. Cambridge
University Press on behalf of Department of History, National University of Singapore.
Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 18, No. 2 (Sep., 1987), pp. 205-211.
Adnan Jusoh, Yunus Sauman & Zuliskandar Ramli. (2011). Gendang gangsa di Asia
Tenggara: Tinjauan terhadap Motif Berunsur Geometri. SARI (Jurnal Antarabangsa
Alam dan Tamadun Melayu) ATMA, Jilid 29(2), 2011, pp. 21– 44. Universiti Kebangsaan
Malaysia..p.41.
A. H. Hill. (1963). The coming of Islam to North Sumatra. Journal of Southeast Asian History,
Vol. 4, No. 1 (Mar., 1963), pp. 6-21, Cambridge University Press on behalf of Department
of History, National University of Singapore. p.6, 18.
Azman Samsuri. (1987). Pengaruh agama Hindu-Buddha dan kesan peninggalannya terhadap
seni bina candi Lembah Bujang. Thesis Diploma Senibina, Institut Teknologi MARA. p.12.
Bennett, Anna. (1989). The contribution of metallurgical studies to South-East Asian
archaeology. Taylor & Francis, Ltd. World Archaeology, Vol. 20, No. 3, Archaeometallurgy
(Feb., 1989), pp. 329-351.
Bishop J. M. Thoburn. (1892). India and Malaysia Illustrated. Cincinnati: Cranston & Curts.
New York: Hunt & Eaton. pp. 97,98.
Coomaraswamy, Ananda K. (1936). An Indian crocodile. Bulletin of the Museum of Fine Arts,
Vol. 34, No. 202 (Apr., 1936), pp. 26-28. Museum of Fine Arts, Boston.
Coomaraswamy, Ananda K. (1935). An approach to Indian art. Parnassus, Vol. 7, No. 7 (Dec.,
1935), pp. 17-20. College Art Association. p. NINETEEN.
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 45
(29-48)

Coomaraswamy, Ananda K. (1914). Hands and feet in Indian art. The Burlington magazine for
Connoisseurs, Vol. 24, No. 130 (Jan., 1914), pp. 204-207+211. The Burlington Magazine
Publications Ltd. p.204.Coomaraswamy, Ananda K. (1913). Indian images with many
arms. The Burlington Magazine for Connoisseurs, Vol. 22, No. 118 (Jan., 1913), pp. 189-
191+194-196. The Burlington Magazine Publications Ltd. pp. 190, 195,196, 198.
D’zul Haimi Hj. Md. Zain. (2008) Seni Islam. Selangor: Univision Press Sdn. Bhd. p. 253.
D’zul Haimi Hj. Md. Zain. (2001). The development of style in 20th Century illuminated
Qur’ans in Malaysia in Forum Imajan. The International Journal of Art and Design.Vol 1,
No. 1, (2001), pp. 1-19. Shah Alam: UiTM. p. 2,3.
Edw. Jacobson, J. H. van Hasselt & Andrew Toth. (1975). The manufacture of gongs in
Semarang. Southeast Asia Program Publications at Cornell University. Indonesia, No. 19
(Apr., 1975), pp. 127-172.
F.W. Douglas. (1938). Malay place names by Hindu Origin. Journal of the Malayan Branch of
Royal Asiatic Society. Vol.XVI, Part I, July 1938. Singapore: Printers Limited. p.150-152.
Geoffrey Benjamin. (1976). Austroasiatic subgroupings and prehistory in the Malay Peninsula.
University of Hawai’i Press. Oceanic Linguistics Special Publications, No. 13, Austroasiatic
Studies Part I (1976), pp.37-128 .
Gorman, Chester F. (1969). Hoabinhian: A pebble-tool complex with early plant associations
in Southeast Asia. American Association for the Advancement of Science. Science, New
Series, Vol. 163, No. 3868 (Feb. 14, 1969), pp. 671-673.
Gordon Harrower. (1933). Skeletal remains from the Kuala Selinsing excavations, Perak,
Malay Peninsular. Journal of the Malayan Branch of the Royal AsiaticSociety. December
1933. Vol.XI. Part II. pp,190-210.
H. Johns, Anthony. (1975). Islam in Southeast Asia: Reflections and new directions. Indonesia,
No. 19 (Apr., 1975), pp. 33-55. Southeast Asia Program Publications at Cornell University.
p.35.
Havell, E. B. (1909). The symbolism of Indian sculpture and painting. The Burlington Magazine
for Connoisseurs, vol. 15, No. 78 (Sep., 1909), pp. 331-333+336-341+345. The Burlington
Magazine Publications, Ltd.
Heekeren, H. R. Van. (1970). A metal kettle–drum recently discovered in North-Western
Thailand. KITLV, Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies.
Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde, Deel 126, 4de Afl. (1970), pp. 455-458.
Refer plate no. 1,2,3,4,5 & 6.
Higham, Charles. (1989). The later prehistory of mainland Southeast Asia. Springer. Journal of
World Prehistory, Vol. 3, No. 3 (September 1989), pp. 235-282.
Hussain, Halim. (2007). Identiti visual seni arca moden Malaysia dalam konteks kebudayaan.
Thesis Ph.D, NB 1025.A23. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Unpublished thesis. p.80.
Isma’il Hamid. (1982). A survey of theories on the introduction of Islam in the Malay
archipelago. Islamic Studies, Vol. 21, No. 3 (Autumn 1982), pp. 89-100. Islamic Research
Institute, International Islamic University, Islāmabad. p.89.
Johns, A. H. (1966). From Buddhism to Islam: An interpretation of the Javanese literature of
the transition. Comparative Studies in Society and History, Vol. 9, No. 1 (Oct., 1966), pp.
40-50. Cambridge University Press. 1966.p.43.
John Bastin. (1971). Brass kettledrums in Sabah. Cambridge University Press on behalf of
School of Oriental and African Studies. Bulletin of the School of Oriental and African
Studies, University of London, Vol. 34, No. 1 (1971), pp. 132-138.
John Loewenstein. (1957). Neolithic stone gouges from the Malay archipelago and their
northern prototypes. Anthropos, Bd. 52, H. 5./6. (1957), pp. 841-849. Anthropos Institute.
46 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Leonard Y. Andaya. (2001). The Search for the ‘Origins’ of Melayu. Journal of Southeast
Asian Studies. Cambridge University Press on behalf of Department of History, National
University of Singapore Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 315-330.
Loofs-Wissowa, H. H. E. (1983). The development and spread of metallurgy in Southeast Asia:
A review of the present evidence. Cambridge University Press on behalf of Department of
History, National University of Singapore. Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 14, No.
1 (Mar., 1983), pp. 1-11.
Matheson Hooker, Virginia. (2003). Short history of Malaysia: Linking East and West. Australia:
Allen & Unwin. p.4.
Michael Sullivan. (1958). Excavations in Kedah and Province Wellesley 1957. Journal of the
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. XXXI, Part I. (No. 181) Singapore:
Malaya Publishing House, Limited. 1958. p.207.
Mohd. Isa Othman. (2002). Siri Pengajian Sejarah: Sejarah Malaysia (1800 – 1963). Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur: Lohprint Sdn. Bhd. p,1.
Muliyadi Mahmood. (2001). Seni lukis moden Malaysia – Era perintis hingga era pluralis
(1930 –1990). 1st Edition. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
p.1.
Muliyadi Mahamood. (1993). Kemekaran jiwa Islam dalam seni lukis Malaysia sezaman.
Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara. Unpaged.
Mohd. Noh, Liza Marziana. (2013). Manifestasi pandangan dunia Melayu dalam rupa dan jiwa
seni catan wanita Melayu tahun 1970-1990. Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran
dan Kepimpinan Melayu. IMPAK. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. Shah
Alam: UiTM. p.101.
National Visual Art Gallery. (2011). Jaga: Sculpture Exhibition. Kuala Lumpur: National Art
Gallery. p.13.
National Art Gallery. (2010). BMS 10. Kuala Lumpur: National Art Gallery.
National Art Gallery. (2009). Syed Ahmad Jamal: Pelukis. Kuala Lumpur: National Art Gallery.
Nurhanim Khairuddin, Beverly Yong & T.K. Sabapathy. (Ed.). (2012). Menanggap identiti:
Naratif seni rupa Malaysia. Jilid 1. RogueArt. Kuala Lumpur: Pakatan Tusen Cetak Sdn.
Bhd.
Peregrine, Peter Neal & Melvin Ember (editors). (2013). Encyclopedia of prehistory. Vol. 3:
East Asia and Oceania. Springer. Science + Business Media. New York: Yale University.
2001. p.73.
Paiman Keromo. (2003). Heritage in Malaysia: The national conservation programs for
National Heritage in Malaysia. 2nd International Symposium on Asian Heritage (IFSAH),
22 August to 10 September 2003. Urban Design and Conservation Research Unit (UDCRU).
Faculty of Built Environment: Universiti Teknologi Malaysia. 2003. pp,1-9.
Phaidon Encyclopedia of Art and Artists. (1967). Great Britain: Phaidon Press Limited. p.305.
Rahmah Bujang, Nor Azlin Hamidon. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya. pp.27.
Ray, Himanshu Prabha. (1989). Early maritime contacts between South and Southeast Asia.
Cambridge University Press on behalf of Department of History, National University of
Singapore. Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 20, No. 1 (Mar., 1989), pp. 42-54.
Redza Piyadasa. (1996). Figurative show at Petronas gallery. Business Times [Kuala Lumpur]
14 Sep 1996: 22.
Redza Piyadasa, Sabapathy T. K. (1983). Modern artists of Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. pp. 87, 88, 89.
Reid, Anthony. (2001). Understanding Melayu (Malay) as a source of diverse modern identities.
Cambridge University Press on behalf of Department of History, National University of
Singapore. Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 295-313.
Sejarah, Kebudayaan dan Pengaruh Awal Seni 3... 47
(29-48)

Roland Braddell. (1939). Ancient times in the Malay Peninsular. Journal Malayan Branch
Royal Asiatic Society. Vol. XVII, Part I. (October, 1939). Singapore: Printers Limited.
p.177.
Siti Zainon Ismail. (1986). Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. Kementerian Pelajaran
Malaysia, pp. 20-30. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Juriah Aljefri. (2001). Malaysia: Past practice, future prospect in visual arts in Asean.
Continuity and Change. Asean Committee on Culture and Information. Kuala Lumpur:
Atlas Cetak (M) Sdn. Bhd. pp.82-92.
Sharifah Fatimah Zubir. (1984). Simbolisme dalam kesenian Islam, pp. 11. Kuala Lumpur:
Balai Seni Lukis Negara. pp. 11
Shireen Naziree. (2007). Out of the mould: The age of reason: Artworks by ten Malaysian new
generation women artists. Galeri Petronas. Kuala Lumpur.
Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Hussein Alatas. (1963). On the need for an historical study of Malaysian Islamization.
Journal of Southeast Asian History, vol. 4, no. 1 (Mar., 1963), pp. 68-81. Cambridge
University Press on behalf of Department of History, National University of Singapore.
1963. pp. 68,69,70.
Tatiana Denisova. (2012). Concept of national peace in Malay muslim historiography during
13th to 19th Century. Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(2) 2012, 105-134. Dept. of Islamic History
and Civilization, Academy of Islamic Studies. Kuala Lumpur: University of Malaya. p.109.
Tatiana Denisova. (2008). Kajian teks-teks Melayu Islam di Barat: Masalah dan kesalahfahaman
utama. AFKAR - BIL 9 / 2008. pp.129-156. p144.
Timothy Taylor. (2008). Prehistory vs. archaeology: Terms of engagement. Springer. Journal of
World Prehistory. March 2008, Volume 21, Issue 1, pp 1-18.
Tom Harrisson. (1964). Imun Ajo’ A Bronze Figure from Interior Borneo. Artibus Asiae
Publishers. Artibus Asiae, Vol. 27, No. 1/2 (1964), pp. 157-171.
Tom Harrisson. (1959). New archaeological and ethnological results from Niah Caves,
Sarawak. Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland. Man, Vol. 59 (Jan.,
1959), pp. 1-8.
Tony Beamish. (1954). The arts of Malaya. Singapore: Donald Moore. pp.59, 60.
Tweedie, M. W. F. (1949). The Malayan Neolithic. The Polynesian Society. The Journal of the
Polynesian Society, Vol. 58, No. 1 (March, 1949), pp. 19-35.
Tweedie, M. W. F. (1942). Prehistory in Malaya. Cambridge University Press. Journal of the
Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, No. 1 (Jan., 1942), pp. 1-13.
Von Koenigswald G. H. R. (1952). Evidence of a prehistoric australomelanesoid population in
Malaya and Indonesia. University of New Mexico. Southwestern Journal of Anthropology,
Vol. 8, No. 1 (Spring, 1952), pp. 92-96. University of New Mexico.
Wales, H. G. Quaritch. (1949). The Dong-So’n genius and the evolution of Cham art. Cambridge
University Press. Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, No. 1
(Apr., 1949), pp. 34-45.
Wales, H. G. Quaritch. (1948). Culture Change in Greater India. Journal of the Royal Asiatic
Society of Great Britain and Ireland, No. 1 (Apr., 1948), pp. 2-32. Cambridge University
Press. 1948. p.9.
Wales, H. G. Quaritch. (1940). Archeological Researches on Ancient Indian Colonization in
Malaya. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Vol. XVIII, Part 1,
Feb. 1940. Singapore: Printers Limited. pp.67-72.
Wheatley, Paul. (1964). Impressions of the Malay Peninsular in Ancient Times. Singapore:
Eastern Universities Press Ltd. 1964. p. 14.
Winstedt, Richard. (1944). Indian influence in the Malay world. Journal of the Royal Asiatic
Society of Great Britain and Ireland, No. 2 (Oct., 1944),pp. 186-196. Cambridge University
Press. p.190.
48 Jurnal Seni dan Pendidikan Seni
ISSN 2289-4640 / Vol. 3 (2015) / (29-48)

Zakaria Ali. (2010). Remark on the beginning of Hindu-Buddhist art in Malaysia in Malaysian
art, selected essays 1979-2009. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. p.120.
Zakaria Ali. (1989). Seni dan seniman: Esei-esei seni halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.