Anda di halaman 1dari 10

NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION

FOR EXECUTIVE LEADERSHIP


( NPQEL)

INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA


JITRA KEDAH DARUL AMAN

NAMA : ASRI BIN SHAFIE

KUMPULAN : SRUT 4 (KUMPULAN 4)

NOMBOR KP : 750216025083

NAMA PENSYARAH PENYELIA :

ENCIK MUHAMMAD LUKMAN BIN ISMAIL

1
1.0 Pengenalan

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan (NPQEL) merupakan latihan dalam


perkhidmatan yang dilaksanakan menggunakan Modul yang telah disusun rapi oleh
sekumpulan pemimpin pendidikan di peringkat tertinggi. Kerangka NPQEL 2.0 ini dibangunkan
daripada definisi operasional pemimpin berprestasi tinggi, iaitu pemimpin berwawasan ,
pemimpin pembelajaran dan juga pemimpin perubahan yang akan memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid melalui pembangunan kualiti profesional dan
kualiti peribadi seseorang pemimpin itu. Modul ini memerlukan persediaan pada tahap yang
tinggi dari segi mental dan fizikal peserta. 10 kompetensi diri peserta akan dicungkil melalui 10
aktiviti yang dilaksanakan mengikut modul yang ditetapkan. Modul yang baharu ini akan dapat
melahirkan Pengetua dan Guru Besar (PGB) berprestasi tinggi dan seterusnya membawa
organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan matlamat Transformasi Sekolah 2025 (TS 25)

2.0 Pengalaman Lepas

Peserta di dalam kursus ini adalah terdiri daripada pimimpin pertengahan seperti
penolong kanan dan pegawai di PPD dan JPN. Dalam erti kata lain semuanya mempunyai
pengalaman sebagai pemimpin. Pengalaman ini sedikit sebanyak membantu para peserta
untuk mengharungi kursus yang sangat mencabar ini. Saya sendiri mempunyai pengalaman
selama 6 tahun bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebagai Penyelia dan Penolong
Pengarah. Sekarang saya menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.
Berdasarkan pengalaman yang lalu tugas sebagai pemimpin ini mempunyai cabaran dan
tekanan yang tersendiri serta sangat sukar dan kompleks. Banyak aspek yang perlu diambil
kira. Ini kerana kita menguruskan sumber manusia yang mempunyai pelbagai karenah dan
perangai yang pelbagai.

Sebagai pemimpin , komunikasi berkesan adalah sangat penting untuk kita


menguruskan sumber manusia. Gaya dan kaedah komunikasi sangat mempengaruhi hubungan
dua hala antara pemimpin dan pengikut. Ilmu untuk menyelesaikan masalah juga sangat
penting. Sebelum ini , sesuatu isu itu juga diselesaikan tanpa membuat analisis persekitaran
dan data yang berkaitan. Ini menyebabkan sesuatu isu itu tidak dapat diselesaikan dengan baik
dan sistematik.

2
Secara jujurnya sebelum ini saya tidak begitu mahir membuat SWOT analisis dan
merangka strategi penyelesaian masalah. Apatah lagi alat untuk penyelesaian masalah seperti
skala likert, diamond nine dan Model Kotter. Justeru itu dengan gabungan pengalaman yang
lalu dan ilmu yang dipelajari sepanjang kursus ini dapat memberi impak yang positif kepada diri
saya persediaan untuk menjadi pemimpin sekolah yang berkebolehan dan cemerlang. Setelah
mengikuti kursus ini baru saya menyedari bahawa untuk menjadi pemimpin cemerlang ,
mestilah menguasai pelbagai ilmu terutama sekali ilmu yang berkaitan tentang kepemimpinan.
Kursus ini juga menyedarkan saya betapa seorang pemimpin itu mestilah berfikiran strategik
dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi untuk mengerakkan pegawai bawahannya
membuat perubahan dan berupaya meningkatkan potensi diri kearah yang lebih cemerlang.

Pengalaman mengikuti Kursus NPQEL Ambilan 1 2019 ini memberi satu pengalaman dan
pengetahuan yang baru kepada saya dalam pelbagai aspek kearah membentuk saya menjadi
seorang pemimpin yang berprestasi tinggi pada suatu masa nanti.Ilmu-ilmu dan pelbagai
kemahiran dapat diterokai,dengan pelbagai kompetensi yang membina diri ke arah yang lebih
kompeten,bermotivasi memacu organisasi menerajui perubahan selaras dan selari dengan
kehendak KPM dan perubahan arus pendidikan global.

3
3.0 Dapatan Aktiviti

Terdapat 10 aktiviti harus dilalui sebagai peserta NPQEL 2.0 ambilan 1 tahun 2019. Di mana
setiap peserta perlu melepasi 10 kompentensi pada band 4 atau band 5 untuk diiktiraf sebagai
pemimpin berprestasi tinggi. Dalam laporan ini, saya memilih 5 daripada 10 aktiviti yang telah
berjaya dilalui.

3.1 e-NPQEL

Tugasan pertama yang wajib dilalui adalah pembelajaran secara atas talian iaitu
eNPQEL. Untuk menyiapkan tugasan ini adalah satu cabaran, kerana ini adalah kali pertama
diperkenalkan dan sesuatu yang baharu bagi saya. Namun dengan perbincangan dengan
rakan-rakan seangkatan dalam kumpulan whatsaap serta pengetahuan yang ada saya lalui
dengan kesabaran dan kecekalan. Dalam menyiapkan tugasan ini masa yang diperuntukan
adalah 21 hari. Cabarannya adalah rutin kerja hakiki dan pada masa yang sama 4 lencana
perlu dicapai untuk membolehkan peserta layak mengikuti kursus mod bersemuka. Untuk
memperolehi dan mendapatkan 4 lencana, pelbagai bentuk soalan dan kuiz perlu dijawab
dengan tepat dan betul. Ada diantara soalan kuiz yang memerlukan jawapan betul 100% dan
ada yang hanya memerlukan 80% ke atas. Namun apa yang melegakan adalah pihak
penganjur memberi peluang yang berulang kali bagi menjawab semua soalan dengan betul dan
tepat.

Dengan pengalaman serta kecekalan akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang
pertama iaitu mendapatkan 4 lencana serta sijil yang diperlukan sebagai prasyarat untuk
meneruskan kursus NPQEL 2.0 kurang 21 hari. Bahan rujukan yang disediakan dalam e-
RESOS sangat membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan e-NPQEL
.Perbincangan dengan rakan-rakan amat membantu saya menyelesaikan tugasan yang amat
mencabar ini.

e-NPQEL merupakan bahan yang disediakan oleh panel pensyarah sebagai


pengetahuan awal dan persediaan keilmuan dalam meneruskan tugasan di IAB yang lebih
mencabar. Gambaran awal dan cara pembelajaran modul terbaharu mula dirasai dalam e-
NPQEL lagi. Dengan semangat ingin belajar dan kebijaksanaan menguruskan masa serta
pengurusan stress akhirnya cabaran peringkat pertama dapat diharungi dengan baik dan
jayanya.

4
3.2 Pembentangan Eksekutif

Pentaksiran terhadap peserta NPQEL dibuat secara individu berpandukan Rubrik Analitik
Kompetensi bagi TAS, TAL dan TAK. Antara perkara yang ditaksir ialah Pembentangan
Eksekutif. Aktiviti pembentangan ini adalah satu pengalaman yang sangat mencabar. Tahap
komunikasi berkesan, pengalaman, pengurusan masa, ketinggian ilmu, kawalan emosi,
pengurusan stress digabungkan untuk pembentangan selama 7 minit. Menyiapkan satu
Pembentangan Eksekutif memerlukan pengalaman sedia ada, kefahaman ilmu sama ada teori
dan praktikal . Setiap pembentangan akan dinilai oleh 3 orang pentaksir dalam menentukan
tahap yang dikehendaki oleh pihak IAB iaitu minima tahap 4.

Daripada kelima-lima pembentangan eksekutif , tiada satu pun yang boleh diulang untuk
pembentangan yang seterusnya. Setiap satunya memerlukan sesuatu yang baharu dan ada
cabarannya yang tersendiri. Kekangan masa adalah faktor utama dalam menyiapkan tugasan
dan seterusnya akan menyebabkan stress berpanjangan. Dalam hal ini pengurusan stress
kendiri sangat memainkan peranan penting serta kolaborasi dengan rakan-rakan untuk terus
boleh menghadapi pembentangan eksekutif seterusnya. Ahli kumpulan serta sahabat
seperjuangan merupakan antara faktor utama membolehkan saya berjaya melalui aktiviti ini
dengan sempurna.

Berfikiran positif dan baik sangka dalam menuntut ilmu perlu ada pada aras yang tinggi
dalam diri, baru boleh meneruskan dan melaksanakan aktiviti pembentangan eksekutif dengan
jayanya. Melalui 5 siri aktiviti pembentangan eksekutif, bukan semua kompetensi yang dinilai
akan berjaya mencapai aras band 4 yang telah ditetapkan oleh pihak IAB. Namun usaha tanpa
jemu, kecekalan, ketabahan dan sentiasa berada dalam pemikiran positif, membolehkan
kejayaan demi kejayaan mampu digapai dalam kerja buat pembentangan seterusnya.

Pengalaman paling berharga sepanjang melalui 5 siri aktiviti pembentangan eksekutif


dan dibimbing oleh penyelia yang komited sebenarnya menyerlahkan kompentensi diri yang
menjadikan pemimpin berprestasi tinggi. Kompentensi yang belum dicapai pada tahap yang
sepatutnya, kesungguhan untuk meningkatkan kompentensi diri yang dikehendaki mesti terus
ditunjukkan dalam aktiviti-aktiviti seterusnya selagi mana masih berada dalam lingkungan
tempoh berkursus. Ini bermaksud, kita sentiasa diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki
kelemahan diri.

5
3.3 Jalinan Pintar Korporat (JPK)

JPK merupakan satu aktiviti berkumpulan yang memerlukan kerjasama yang jitu dalam
menjayakannya. Setiap ahli mempunyai tanggungjawabnya tersendiri dan perlu komited
dengan tugasan yang telah diagihkan. Kesungguhan setiap ahli dalam kumpulan akan
menentukan kejayaan aktiviti / program yang dirancang. Cabaran pertama adalah pemilihan
sekolah yang berada dalam lingkungan 25 KM dari pusat latihan ( IAB Cawangan Utara ).
Kumpulan kami bermesyuarat dan mencadangkan 3 buah sekolah untuk dijadikan sebagai
tempat diadakan Jalinan Pintar (JPK) namun kata putus telah dipesetujui memilih Sekolah
Kebangsaan Padang Perahu, Jitra, Kedah. Lawatan pertama telah diadakan ke Sekolah
Kebangsaan Padang Perahu serta berbincang dengan Guru Besar dan pihak pentadbir
memohon kebenaran dan persetujui untuk diadakan program JPK di sekolah berkenaan.

Kumpulan kami telah berusaha mencari tajaan dari para penyumbang. Melalui tajaan
yang diperolehi barulah kami boleh menjalankan aktviti yang telah dirancang dan dipersetujui
bersama antara peserta kursus NPQEL dan pentadbir sekolah yang diketuai oleh Guru
Besarnya sendiri. Kami telah mendapat tajaan dari banyak syarikat dari serata tempat di negeri
Kedah dan Pulau Pinang. Tajaan yang diterima inilah membolehkan kami menyumbang dalam
kecemerlangan organisasi.

Program yang kami laksanakan dinamakan ‘Jom Sihat,Selamat,Sejahtera’.(3S)


Antara aktiviti yang dijalankan ialah mewarna tahap 1 dan 2, Mengecat Pra sekolah,
senamrobik dan ceramah kesihatan. Kami telah menjemput guru dan murid-murid dari dua
buah sekolah berhampiran iaitu SK Jitra dan SK Putat untuk bersama-sama menyertai aktiviti
yang dijalankan. Sambutan program ini amat menggalakkan dan dihadiri oleh ramai waris. YDP
PIBG juga turut hadir bersama untuk menjayakan program Jalinan Pintar Korperat ini.
Keterlibatan PIBG dan guru adalah tunjang dalam melahirkan kemenjadian murid yang
berkualiti. Kebijaksanaan pemimpin sekolah adalah antara faktor utama dalam menjana dana
yang berterusan agar setiap program sekolah akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Hubungan dengan sektor korporat hendaklah berterusan dengan membuat perjanjian
persefahaman MOU, agar program yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan seperti yang
dirancang.

6
3.4 Lawatan Penandaarasan ke Instituti Swasta

Program lawatan atau penanda aras bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia pendidikan.
Namun, apabila program ini dijalankan bersama sektor swasta ada sesuatu yang dirasakan
baharu terutama apabila melihat sistem pengoperasian sesebuah kolej ataupun syarikat.
Kejayaan yang dicipta memerlukan kebijaksanaan pemimpin CEO dalam pengurusan.

Saya telah ditugaskan untuk pergi ke Pusat Memandu Muhibbah, Jitra, Kedah bersama
rakan-rakan dalam kumpulan dan pensyarah. Setelah sampai. Kami mendengar taklimat yang
disampaikan oleh Pegawai Pengarah Operasi. Kami juga diberi peluang untuk melawat
kawasan yang digunakan untuk membuat latihan dan ujian. Kami juga berkesempatan bersoal
jawab dengan wakil syarikat berkaitan dengan operasi yang dijalankan di pusat memandu
tersebut. Kami berpeluang untuk meninjau peringkat pengoperasian Syarikat Memamdu
Muhibbah dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan demi keselamatan
kakitangan.

Kaedah dan strategi dalam melaksanakan tugasan demi kecemerlangan organisasi


memerlukan ketabahan, yakin diri , kecekapan, ilmu dan pelbagai skill yang perlu ada dalam
setiap diri pemimpin. Perkara-perkara inilah yang perlu dijadikan panduan dalam melaksanakan
pengurusan di sekolah. Menyedari bahawa pekerja adalah aset yang paling penting dalam
kecemerlangan organisasi . Justeru, kebajikan pekerja adalah sangat diutamakan. Dari segi gaji
hinggalah kepada masalah peribadi amatlah diberi keutamaan oleh syarikat tersebut. Pusat
Memandu Muhibbah juga merupakan sebuah syarikat yang terkenal dan telah berada dalam
industry perlesenan dan ujian memandu yang berpengalaman dan telah lama bertapak .
Pematuhan disiplin yang tinggi yang diamalkan menyebabkan semua operasi berjalan lancar.
Untuk menerajui sesuatu perubahan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi apabila ianya
dilaksanakan secara istiqamah dan tegas tidak mustahil kejayaan akan dapat dikecapi.

Bertitik tolak dari sini, saya menyedari bahawa sebagai pemimpin berprestasi tinggi,
pelbagai kemahiran perlu ada dalam mendepani kakitangan yang mempunyai latarbelakang,
tahap kecekapan, pemikiran yang berbeza.

7
3.5 Aktiviti Perantisan 2

Setiap peserta NPQEL telah ditugaskan untuk melaksanakan Perantisan2 di sekolah yang
berada dalam lingkungan 25 Kilometer dari sekolah asal. Saya telah ditugaskan ke Sekolah
Kebangsaan Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah. Tempoh 6 minggu iaitu 18 hari berada di
sekolah perantisan 2 membolehkan saya menimba seberapa banyak pengalaman sebagai
seorang PGB terutama dalam pengurusan organisasi sekolah yang memerlukan PGB
berprestasi tinggi. Pendekatan berhemah atau kompetensi berkomunikasi berkesan amat
diperlukan ketika berurusan dengan para pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat.

Hasil dapatan maklumat, saya harus mengaitkan dengan kompetensi berfikiran strategik
dan kompetensi memimpin pembelajaran dalam membuat cadangan program dan
penambahbaikan kepada sekolah. Saya menyiapkan analisis persekitaran berserta kertas kerja
kemudian dipersembahkan kepada guru besar untuk diperakui dan seterusnya merancang
perlaksanaan program. Penerimaan dan persetujuan guru besar terhadap program yang
dicadangkan membolehkan saya merancang program. Taklimat program yang hendak
dilaksanakan bersama guru yang terlibat telah dilaksanakan. Setelah itu, guru terlibat
memainkan peranan penting dalam menjadikan program yang dirancang beroleh kejayaan.

Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam perantisan 2 ini. Walau bagaimanapun,
dengan kebijaksanaan dalam berkomunikasi bersama barisan pentadbir, perkara tersebut telah
dapat diatasi dalam situasi menang-menang. Bimbingan dan tunjuk ajar yang berkesan
daripada pensyarah penyelia yang berpengalaman iaitu Encik Muhammad Lukman Bin Ismail
menjadi penyumbang kepada kekuatan untuk menghadapi segala cabaran Perantisan 2.

Selain itu, masa 18 hari yang diperlukan sukar untuk dicapai kerana terdapat banyak cuti
umum pada hari persekolahan bulan Mei. Namun demikian, hasil dari perbincangan dengan
guru besar sekolah asal dan sekolah perantisan 2 kata putus telah diperolehi iaitu keutamaan
adalah 18 hari di sekolah perantisan dan selebihnya berada di sekolah asal. Program PAK21
yang dilaksanakan semasa menjalankan perantisan disekolah berkenaan mendapat sambutan
yang baik dan menggalakan daripada kalangan guru dan warga sekolah.

Kepimpinan, pentadbiran, pengurusan dan hubungan antara warga sekolah telah dapat
dilaksanakan dengan baik. Menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah seperti yang
disangkakan terutama menjadi PGB berprestasi tinggi tetapi tidak mustahil.

8
4.0 Penutup

Sesungguhnya semua pengisian program yang terdapat di dalam kursus NPQEL Mod
2.0 adalah sangat mencabar. Ianya menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta ke tahap
maksimum. Namun begitu di sebalik segala cabaran yang getir ini kompentesi para peserta
dapat ditingkatkan ke tahap optimum. Program ini memberikan banyak input dan informasi yang
sangat berguna kepada bakal pemimpin sekolah. Pelbagai kompentensi yang diperlukan oleh
bakal pemimpin dapat ditingkatkan di dalam program ini. Program ini juga memberi peluang dan
ruang kepada para peserta untuk saling berkongsi maklumat,idea dan pengalaman masing-
masing.

Perkongsian intelek seperti ini dapat mematangkan aspek kepemimpinan dan


pengurusan organisasi di kalangan para peserta kursus. Jangka masa yang sangat padat dan
terhad yang terpaksa dilalui dapat melatih para peserta dengan aspek pengurusan masa.
Selain itu juga para peserta dapat belajar aspek pengurusan stress melalui aktiviti kecergasan
yang dilaksanakan setiap hari. Ilmu yang diraih di sini akan membantu para peserta untuk
menjadi pemimpin sekolah yang berkesan dan cemerlang.

Harapan saya agar kursus ini akan diteruskan pada masa hadapan dan menjadi syarat
wajib kepada mana-mana warga pendidikan yang mempunyai impian untuk menjadi pemimpin
sekolah. Harapan saya juga agar Institut Aminuddin Baki akan terus memainkan peranannya
dalam membuat kajian dan menyalurkan ilmu kepada semua warga pendidik dalam semua
lapisan untuk mempertingkatkan kompentesi masing-masing bagi meletakkan bidang
pendidikan Malaysia ke tahap tertinggi di mata dunia. Akhir kata selamat maju jaya dan terima
kasih yang tidak terhingga kepada peserta NPQEL ambilan 1 / 2019, para pensyarah dan
Institut Aminuddin Baki.

9
RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2017 ), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia


(SKPMg2 ).Kementerian Pendidikan Malaysia.

Institut Aminuddin Baki ( 2018 ), Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional


Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. Institut Aminuddin Baki Versi 2018.

http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/Pedoman/PanduanUmumPembentukanIstilah
bahasa Melayu.pdf

10