Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS IPOH,
31150, HULU KINTA PERAK ,
MALAYSIA.

NAMA PELAJAR : ROGINI THEVATHAS


MATHIMALAR RAJAINATHARAN
NO KAD PENGENALAN : 900604-07-5454
891121 -02-5442
KUMPULAN : PISMP (PT)
NAMA MATAPELAJARAN : GERKO BOLA BALING
(KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA BALING
TERTUTUP 2010)
NAMA PENSYARAH : EN ZULKIPLY BIN MOHD NOR
Penghargaan .................................................................................

Kertas kerja kejohanan ....................................................................

Lampiran ...................................................................................

Refleksi ...............................................................................

Bibliografi .....................................................................................
Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan
yang ikhlas kepada beberapa pihak yang berganding bahu bersama kami untuk
menyiapkan kerja kursus Gerko Bola Baling ini dengan sempurna dan baik.

Terlebih dahulu kami menyusun sepuluh jari saya untuk bersyukur kepada
hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaannya, kami dapat
menyiapkan kerja kursus yang mencabar ini dengan begitu baik sekali.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Gerko Bola


Baling kami iaitu En Zulkiply bin Mohd Nor. Beliau telah memberi banyak
pertolongan secara langsung untuk menyempurnakan kerja kursus berasaskan
ilmu ini.

Dalam masa yang sama, kami juga amat berbudi kepada rakan-rakan
pelatih padahal mereka telah banyak mengorbankan masa dan tenaga bersama
saya untuk memproses dan menyempurnakan kerja kursus ini.

Sekian terima kasih.


KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA BALING
TERTUTUP 2010
1.0 Nama Program

Kejohanan Bola Baling Tertutup IPG Kampus Ipoh 2010.

2.0 Rasional
Kejohanan Bola Baling antara guru pelatih PPISMP dan PISMP telah diadakan
dengan jayanya dengan sumbangan para guru. Kejohanan ini telah membuka
peluang kepada semua guru pelatih PPISMP dan PISMP untuk menunjukkan
serta mengasahkan bakat mereka dalam permainan bola baling serta ia juga
menjadi asas kepada para guru pelatih untuk bergiat dalam permainan ini dan
berharap mereka akan meningkatkan mutu sukan negara pada masa akan
datang.

3.0 Matlamat
Matlamat kejohanan ini adalah untuk memberi peluang para guru pelatih di IPG
Kampus Ipoh ini untuk memperkembangkan serta menunjukkan bakat serta
menyediakan peluang dan menggalakkan pertandingan sihat antara guru pelatih.

4.0 Kumpulan Sasaran


4.1 PISMP SEMESTER 2 Ambilan Januari 2010 (opsyen : minor pj)

5.0 Tarikh
15 September 2010

6.0 Masa
8.30 Pagi hingga 6.30 petang

7.0 Tempat
Padang Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Perak.

8.0 Ahli Jawatankuasa


8.1 Ahli jawatankuasa induk

AHLI JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN BOLA BALING


TERTUTUP
IPG KAMPUS IPOH.

Penaung : Tuan Haji Abdul Kadir Bin Basiran

Penasihat : Encik Zulkiply Bin Mohd Nor

Pengarah Projek : Rogini A/P Thevathas

Timb. Pengarah Projek : Eganash A/L Arijenan

Setiausaha : Mathimalar A/P Rajainatharan

Pen. Setiausaha : Kesavan A/L Munian

Bendahari : Suguna A/P Balan

8.2 Ahli jawatankuasa pelaksana

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KEJOHANAN BOLA BALING


TERTUTUP
IPG KAMPUS IPOH.

AJK Program : Thaneswari A/P Supparao

AJK Makanan : Prema A/P Vijayakumar

Sangeetha A/P Nadarajah

AJK Cenderahati : Kasthuri A/P Latchamanan

AJK Keselamatan : Tinagaran A/L Sannasi Naidu

AJK Protokol : Suries A/L Sundaram Sangaram

AJK Kebersihan : Mogana Pria A/L Kalaichelvam

9.0 Program / Jadual Kejohanan

9.1 Sistem pertandingan (RUJUK LAMPIRAN A)


9.2 Borang pendaftaran pasukan (RUJUK LAMPIRAN B)

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Jumlah


1. Persegaran jamuan &
Majlis perasmian penutup bersama RM180.00 sahaja
Pengarah IPG Kampus Ipoh

2. Promosi dan publisiti


-Banner
RM 80.00 sahaja
-Pamphlet

3. Hadiah dan cenderamata


-Johan ( 2 kategori)
Hamper dan medal
RM 60
RM 170.00 sahaja
-Naib johan
Hamper dan medal
RM 50
-Tempat ketiga (hamper)
RM 30
-VIP (Pengarah dan pegawai jemputan)
RM 30.00 sahaja
RM 20

4. Sijil penghargaan
Pengadil Ketua Unit Gerko
(i) - Universiti Pendidikan Sultan Idris (2)
- Pelajar Major PJ Sem 6 (12)

11.0 Perubatan dan kecemasan Stor

Bil Senarai semak

1. Krim antihistamin (untuk melegakan rasa gatal)

2. Sebatian antiseptik (untuk melegakan luka-luka)


3. Trablet paracetamol (untuk melegakan luka-luka)

4. Aspirin (sakit kepala,demam,dan kesakitan ringan)

5. Pembalut luka (bandage)

6. Plaster (sepaket

7. Pita bergam untuk membalut

8. Crepe bandage (untuk terseliuh)

9. Pembalut elastic

10. Pembalut tiga segi

11. Losyen’ calamine’ untuk ruam yang gatal

12. Kapas steril (satu gulung)

13. Pembalut luka atau dressing

14. ‘gauze parafin’ untuk luka terbakar

15. ‘gauze steril’ kain jaring halus

16. Basuhan mata

17. Lampu suluh

18. Alkohol untuk disapu

19. Pin (untuk menetapkan bandage)

20. Penyepit yang tajam di hujung (untuk membuang selumbar)

21. Putik kapas (untuk meletakkan ubat)

12.0 Senarai alatan


Bil Peralatan Kuantiti

1. Payung 6

2. Bangku 2
3. Meja / Kerusi 6

4. Papan putih 3

5. Stop watch 6

6. Kad time out 6

7. PA sistem / healer 3

8. Bola (3’) 6

9. Bola (2’) 6

10. Borang skor 4

11. Borang pendaftaran 14

12. Kad pengadil 3

13. Ice box 2

14. First aid 2

15. Ground sheet 2

16. Meja besar (urusetia) 1

17. Khemah 1

18. Bakul 3

19. Tong Air 2

20. Papan tulis ABC 1

21. Fail klip 3

22. Stapler 3

13.0 Peraturan Permainan


Kejohanan Bola Baling tertutup akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 15 September 2010


Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang
Tempa : Padang, IPG Kampus Ipoh, Perak.
Borang penyertaan yang telah dilengkapkan beserta bayaran penyertaan secara
tunai hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 1 September 2010 (yakni
semasa membuat pendaftaran pada pukul 10.00 pagi). Mesyuarat Pengurus
Pasukan akan diadakan pada 5 September 2010 pukul 11.00 pagi di IPG
Kampus Ipoh.

  Undang-undang permainan
Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Kecil Pertandingan.
 
           Pertandingan
Pertandingan ini dianjurkan untuk guru pelatih PPISMP dan PISMP.

           Pendaftaran
Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 12 orang pemain sahaja termasuk
pemain simpanan.
 
Kelayakan Penyertaan seorang pemain
   Pendaftaran pemain adalah tertutup seperti yang telah ditetapkan. Pendaftaran
pemain adalah diwajibkan disertakan bersama nombor  kad matrik setiap pemain
yang hendak bermain. Mana-mana pasukan yang menggunakan pemain yang
tidak didaftarkan seperti pendaftaran asal pasukan, maka pasukan tersebut akan
didenda atau disingkirkan dari pertandingan tanpa menunggu bantahan.
 
Masa
Semua perlawanan akan di jalankan selama 10 minit + 10 minit = 20 minit   bagi
tiap- tiap separuh masa dengan rehat selama 10 minit.
 
  Perlawanan
Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik. Sebarang pertukaran masa
akan diberitahu lebih awal kepada pasukan yang terlibat. Hanya lima minit
sahaja lanjutan masa tambahan daripada masa yang ditetapkan  akan diberi
kepada pasukan-pasukan untuk hadir di dalam padang sebelum perlawanan
dimulakan. Jika gagal berbuat demikian, maka kemenangan akan diberi kepada
pasukan yang hadir di dalam padang.
 
Bilangan pemain
Sesebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain yang terdiri daripada 10
orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Maksimum 7 orang
pemain yang dibenarkan berada di dalam gelanggang, yang terdiri daripada 6
pemain gelanggang dan seorang penjaga gol. Pasukan yang mengandungi
kurang daripada tujuh orang pemain akan dikira kalah dan diberi kemenangan
percuma kepada pasukan lawannya. Ini tertakluk kepada undang-undang
ceraian 14.3. Sekiranya kedua-dua pasukan mengandungi kurang daripada tujuh
orang pemain maka perlawanan akan ditunda dan kedua – dua pasukan akan
didenda RM10.00.
 
Senarai nama pemain
Ketua pasukan hendaklah menyerahkan satu senarai nama pemain tidak lebih
daripada 12 orang pemain serta dengan nombor baju yang dipakainya kepada
pengawai teknikal sepuluh minit sebelum perlawanan dimulakan.

Pertukaran
Pertukaran di jalankan secara “rolling” sistem.

Tuan Rumah
Pasukan yang namanya mula-mula tertulis didalam jadual pertandingan ialah
menjadi pasukan tuan rumah.
 
Jersi / alatan keselamatan
Setiap pemian haruslah memakai pakaian seragam dan jersinya haruslah dari
nombor 1 hingga 12 sahaja. Pakaian yang dipakai haruslah sesuai untuk
permainan bola baling.

 
Format pertandingan
      Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan. Johan setiap
kumpulan dalam pusingan layak memasuki pertandingan akhir. Tiga (3) mata
akan diberi untuk setiap kemenangan dan satu mata untuk permainan yang seri.
Perbezaan gol yang lebih (goal difference) akan dianggap sebagai pemenang.
Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang sama. (goal
difference is the same) pasukan yang menjaringkan bilangan terbanyak
sekali  akan di anggap sebagai pemenang. Sekiranya terdapat pasukan yang
memperolehi bilangan gol yang sama, pasukan yang kena (goal conceded)
bilangan gol yang kurang akan di anggap sebagai pemenang. Jikalau kedua-dua
pasukan memperolehi bilangan yang sama juga, (goal conceded is the same)
pasukan yang mengalahkan lawannya akan dianggap sebagai pemenang.

Jadual Pertandingan
Jadual pertandingan akan disusun oleh Jawatankuasa Pertandingan dan akan
disebarkan kepada pasukan-pasukan yang berkenaan. Jawatankuasa   
Pertandingan akan menentukan masa setiap perlawanan dan berhak membuat
pindaan kepada jadual tersebut pada bila-bila masa sekiranya didapati
perlu.Pasukan yang gagal bermain dengan alasan tidak menerima Jadual
Pertandingan tidak akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa. Pasukan-pasukan
adalah bertanggungjawab sendiri untuk mendapatkan jadual tersebut.

 
Perlawanan Yang Ditunda Dan Dihentikan
Sekiranya pengadil berpendapat padang tidak sesuai untuk permainan
disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal lain yang tidak dijangkakan
maka perlawanan tersebut akan dihentikan dan Jawatankuasa  Pertandingan
akan menetapkan tarikh / masa yang lain untuk perlawanan yang ditangguhkan
itu. Jika perlawanan ditangguhkan sebelum separuh masa pertama permainan
ditamatkan maka perlawanan semula akan diadakan dengan tidak mengambil
kira apa-apa keputusan yang berlaku. Jika perlawanan ditangguhkan selepas
separuh masa kedua berlangsung maka keputusan perlawanan semasa kekal.
Keputusan pengadil adalah muktamad.

14.0 Borang Penyertaan


Sila rujuk lampiran yang disertakan.

15.0 PENUTUP

Diharapkan agar kejohanan Bola Baling Tertutup IPG KAMPUS IPOH 2010 ini
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan segala perancangan yang
telah dibuat dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan
dengan jayanya.semoga program yang dianjurkan ini dapat mencapai matlamat
dan objektifnya.

Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………….
……………………………….. ……………………………..

(Mathimalar a/p Rajainatharan) (Rogini A/P Thevathas)

Setiausaha, Pengerusi,
Kejohanan Bola Baling 2010 Kejohanan Bola Baling 2010

IPG Kampus Ipoh. IPG Kampus Ipoh.

Disemak oleh,

………………………………
( EN. ZULKIPLY BIN MOHD NOR)
Pensyarah Penasihat,
Kejohanan Bola Baling 2010
Jabatan Pendidikan Jasmani
IPG Kampus Ipoh

Disokong oleh,

………………………………..
( EN. MOHD RAZALI BIN JAAFAR )

Ketua Unit Ko-Kurikulum

IPG Kampus Ipoh

Diluluskan oleh,

Saya meluluskan/tidak meluluskan kertas kerja ini.

……….……………………….
(TUAN HAJI ABD KADIR BIN BASIRAN)
Pengarah
IPG Kampus Ipoh.
REFLEKSI

Saya telah mengelola banyak ilmu yang berkaitan dengan permainan dan
bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus gerko bola baling ini dengan
lancar dan baik. Saya juga berasa puas hati dengan folio ini kerana dapat
menyiapkannya dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pensyarah saya iaitu
Encik Zulkpily bin Mohd Nor. Daripada kerja kursus ini, saya telah membuat
penulisan mengenai kertas kerja kejohanan bagi suatu kejohanan bola baling di
antara guru pelatih PPISMP dan PISMP.

Selain itu, saya juga telah sertakan butiran-butiran yang penting, ansur
maju, peraturan dan sebagainya yang terlibat dalam kejohanan ini. Di samping
itu, pensyarah bimbingan saya memberi banyak tunjuk ajar dan penerangan
kepada saya serta mengajar semua aktiviti secara ansur maju. Dalam permainan
bola baling, saya juga dapat mempelajari kesemua kemahiran asas, walaupun
saya telah memahami teori dan cara ansur maju tetapi saya juga tidak begitu
pandai dan tidak yakin untuk membuat dengan lebih baik.

Dengan ini, saya mengambil masa yang panjang untuk belajar teknik bagi
menguasai permainan padang ini. Akhirnya, saya dapat mengkaji dengan sendiri
berdasarkan penjelasan daripada kawan-kawan dan pesyarah-pensyarah untuk
menaikkan prestasi saya dalam permainan tersebut. Kini saya berpuas hati dan
gembira kerana dapat menguasai kesemua yang terkandung dalam permainan
ini serta lebih mengetahui prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran
asas bola baling dengan lebih jelas.

Secara keseluruhannya, kerja kursus ini memberi banyak faedah kepada


saya sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Walaupun
saya menghadapi beberapa masalah semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya
dapat menyiapkan dengan sempurna atas bantuan rakan-rakan dan sokongan
para pensyarahnya. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada mereka dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
teriama kasih.

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh,

Rogini Thevathas

REFLEKSI

Saya Mathimalar a/p Rajainatharan dari Unit H7 (PISMP) . Pertama


sekali saya sangat bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana limpah
dan kurniaanya saya dapat menyiapkan tugasan gerko ini. Tugasan gerko ini
merangkumi tentang kertas kerja yang dilakukan berdasarkan Kejohanan Bola
Baling Tertutup Ipg Kampus Ipoh.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini banyak pihak yang


menghulurkan bantuan dan sokongan kepada saya maka disini saya mengambil
peluang ini untuk menyusun sepuluh jari saya untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak tersebut. Seterusnya saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada pensyarah saya Encik Zulkiply Bin Mohd Nor yang banyak
membantu dan membimbing kami dalam kerja kursus ini.
Melalui tugasan ini saya telah mempelajari dan mendapat tahu banyak
perkara baru yang berguna dan bermanfaat. Pertamanya, saya telah belajar
untuk menghasilkan suatu kertas kerja dan saya juga dapat pelajari apakah
langkah – langkah dan tugas yang perlu dibuat apabila menganjurkan satu
kejohanan bola baling tertutup di IPG Kampus Ipoh . Pada masa yang sama
saya juga berusaha untuk mengenal peraturan dan syarat – syarat bagi
menganjurkan sesuatu permainan. Pensyarah pembimbing saya memberikan
banyak maklumat-maklumat yang terkini dan lengkap tentang kerja kursus ini.
Selain itu, beliau juga menunjukkan dan mendemostrasikan permainan ini untuk
kami mempelajari dan mendalaminya.

Selain itu, semasa membuat tugasan ini saya menghadapi banyak


halangan dan rintangan yang sekali-sekala menggugat keyakinan saya tetapi
saya tetap tabah dan rajin mendalami pelbagai buku rujukan dan mendapatkan
nasihat dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan mempelajari pelbagai
permainan kanak –kanak dan menguasainya. Sekali-sekala pensyarah dan ahli
kumpulan saya juga memberikan idea-idea baru yang memberangsangkan
dalam usaha menyempurnakan tugasan permainan ini.

Akhirnya kerja kursus ini memberikan banyak manfaat dan faedah


kepada diri saya secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, saya juga
mengetahui cara penyediaan sesuatu kertas kerja melalui KKP ini. walaupun
saya menghadapi banyak kesulitan semasa menyempurnakan tugasan ini
akhirnya saya dapat melakukan tugasan ini dengan bantuan ahli kumpulan saya
seperjuangan dan pensyarah pembimbing. Maka sekali lagi saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Saya sangat berharap agar
tugasan saya ini memenuhi kehendak pensyarah dan menjadi sesuatu tugasan
yang sempurna.

Sekian Terima kasih.


Sumber dari buku
Aris Fazil Bin Haji Ujang, Buku Teks Pendidikan Jasmani
Tingkatan 4 (2003). Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
Claire Mitchell-Taverner, Field Hockey (Technigues & Tactics).
The Premier Publisher for Sports & Fitness.
Julismah Jani, Pengenalan ilmu konten pedagogi dalam
pendidikan jasmani dan sains sukan. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, 2007.
Latif bin Awang, Buku Rujukan Pendidikan Jasmani (2004),
permainan bola baling. Penerbit Fajar Bakti.

Sumber dari internet

http://www.google.com/bolabaling
http://www.humankinetics.com
http://www.tgfu.com
http://www.yahoo/kemahiranasas.com

Anda mungkin juga menyukai