Anda di halaman 1dari 13

SULIT

Bahagian A
[20 markah]

1. “___________ tidak akan mengetahui teknik terbaharu yang diajar oleh


________ jika tidak menghadiri latihan,” kata Lukman kepada rakan-rakannya.
A Awak … dia
B Kamu … kita
C Saya … awak
D Kita … beliau

2. “Jika _______ izinkan, sekarang juga _________akan melaksanakan tugas itu,”


sembah Hang Lekir kepada sultan.
A beta…hamba
B tuanku…hamba
C tuanku…patik
D baginda….tuanhamba

3. Kebanyakan nelayan akan _________ jala mereka yang rosak semasa musim
tengkujuh.
A menampal
B menyulam
C menyirat
D menenun

4. Ayah masih menyimpan koleksi keris__________ milik datuk sebagai kenang-


kenangan.
A lama
B silam
C lampau
D lanjut

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

5. Pemidato yang bersuara_________ itu berjaya menawan hati para hakim dan
memilihnya sebagai juara dalam pertandingan tersebut.
A merdu
B lantang
C nyaring
D gemersik

6. ___________, lebatnya buah langsat dan buah mempelam pada pokok-pokok di


belakang rumah awak!
A Oh
B Eh
C Wah
D Aduhai
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Adik Hanan sedang _____________ kapal kertasnya di anak sungai belakang


rumahnya.
A menggoyangkan
B menghanyutkan
C menggerakkan
D menjalankan

8. Seluruh muka budak itu __________ apabila dia telah disengat oleh beberapa
ekor tebuan.
A cobak-cabik
B calar-balar
C keriang-keriut
D bengkak-bengkil
BM 011 © SKS SULIT
SULIT

9. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Air limau yang dibancuh oleh ibu sungguh hening.
II Suasana di taman rekreasi itu hening sekali terutamanya pada waktu
pagi.
III Warna bajunya yang hening amat sesuai dipakai dalam majlis itu.
IV Suasana malam ini sungguh hening sehingga jarum jatuh pun boleh
kedengaran.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

10. Emak meleraikan buah-buah rambutan dari tangkainya untuk dibuat jem.
Pilih perkataan sinonim bagi meleraikan.

A mengeluarkan
B memisahkan
C mengalihkan
D mematahkan

11. Emak membeli lima _________ jagung dan beberapa _________ rebung di
Pasar Tani.
A tongkol … pucuk
B ketul … longgok
C batang … bilah
D biji … ketul

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

12. Oleh sebab kehadirannya tidak dihiraukan, Aaina menjadi ________ hendak
membeli pakaian di kedai itu.

A ada hati
B jauh hati
C tawar hati
D makan hati

13. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ya, sejuk ! Untung saya bawa baju tebal, jika tidak pasti menggigil.

A Benarkah udara di Tanah Tinggi Genting sejuk ?


B Mengapakah udara di Tanah Tinggi Genting sejuk ?
C Apakah keuntungan yang kita dapat jika membawa baju tebal ?
D Perlukah saya membawa baju tebal untuk ke Tanah Tinggi Genting ?

Soalan 14
Pilih ayat yang betul.

14. A. Rumahnya terletak di kawasan pendalaman.


B. Kakak berjalan sambil menonton tangan adik.
C. Beberapa golongan tikar telah dijual di pasar tani.
D. Kanak-kanak itu mempertontonkan kebolehannya bermain biola.

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

Soalan 15 dan Soalan 16.


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15. “Maaf, jalan ini tidak boleh dilalui kerana sedang diperbaiki,” kata pekerja itu
kepada beberapa orang penunggang motosikal.

A Pekerja itu diberitahu oleh beberapa orang penunggang motosikal


bahawa jalan itu sedang diperbaiki dan tidak boleh digunakan.
B Pekerja itu meminta maaf beberapa orang penunggang motosikal
yang sedang membaiki jalan yang tidak boleh digunakan.
C Pekerja itu memaklumkan kepada beberapa orang penunggang motosikal
bahawa jalan itu sedang diperbaiki dan tidak boleh digunakan.
D Pekerja itu meminta maklumat daripada beberapa orang penunggang
motosikal tentang jalan yang sedang diperbaiki dan tidak boleh
digunakan.

16. Selepas menggosok kerusi itu dengan kertas pasir, ayah menyapunya dengan
varnish.

A Kertas pasir itu digosok oleh ayah pada kerusi yang disapu varnish.
B Ayah menyapu kertas pasir pada kerusi yang digosoknya dengan
varnish.
C Kerusi itu perlu disapu dengan varnish sebelum digosok dengan kertas
pasir oleh ayah.
D Ayah menyapu varnish pada kerusi yang telah digosoknya dengan kertas
pasir itu.

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

“Aku tidak akan meninggalkanmu! Apa yang akan terjadi, aku tetap bersamamu!”

“Kau lihatlah keadaan ku ini, aku tidak berdaya lagi untuk berjalan. Kau pergilah
minta bantuan. Aku akan tetap menunggu kau,” pujuk Zamri. Razlan serba salah.
Hendak meninggalkan kawannya yang cedera parah di tengah rimba itu adalah sesuatu
yang sukar. Tentu sesuatu yang sukar. Tentu binatang buas akan melapah daging
rakannya itu. Ah, dia tidak sanggup melihat rakannya diperlakukan sedemikian rupa!
Biarlah dia mati bersama-sama dengan rakannya di tengah rimba itu.

“Kau pergilah! Aku tahu menjaga diri. Kalau kau dapat memanggil pasukan
penyelamat mungkin nasib aku baik. Jika tidak, mungkin kita berdua menjadi mangsa
binatang buas di sini,” pujuk Zamri lagi. Razlan terkenang akan saat dia bersama Zamri
ketika bersiap-siap hendak pergi memburu. Selalunya, mereka ditemani oleh Lim dan
Siva tetapi kali ini, Lim dan Siva tidak mendapat cuti pula. Mahu tidak mahu, mereka
terpaksa meneruskan rancangan yang telah diatur mereka seminggu yang lalu. Ketika
mereka asyik memburu, tiba-tiba terdengar suatu letupan dan disertai dengan suara
Zamri meraung kesakitan. Rupa-rupanya, Zamri terkena peluru sesat.

“Lan, janganlah kau fikir lagi, Pergilah!” kata Zamri. Tanpa berlengah, Razlan
mengambil parang yang tersisip di pinggangnya lalu menebang beberapa batang anak
kayu. Dia membuat pengusung dan meletakkan Zamri di atas pengusung itu. Biar apa
pun yang terjadi, dia tidak sanggup meninggalkan Zamri bersendirian di situ. Kalau apa-
apa terjadi, dia akan menyesal seumur hidupnya.

“Aku akan bawa kau keluar dari sini! Kita akan selamat, Insya-Allah,” kata Razlan
sambil menggenggam erat tangan Zamri. Mereka berdua beredar dari situ setelah fajar
hampir menyinsing.

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

17. Bagaimanakah Zamri mendapat kecederaan yang teruk itu?

A Dia digigit binatang buas.


B Dia terkena peluru sesat.
C Di tertembak oleh rakannnya.
D Dia terjatuh ke dalam gaung semasa memburu.

18. Mengapakah Razlan tidak sanggup meninggalkan Zamri di rimba itu?

A Lima dan Siva tidak akan menemuinya.


B Dia takut untuk keluar meminta bantuan.
C Dia tidak yakin Zamri akan dapat diselamatkan.
D Dia bimbang Zamri akan dimakan binantang buas.

19. Apakah tindakan yang diambil oleh Razlan?

A Meminta bantuan daripada Lim dan Siva.


B Meninggalkan Zamri bersendirian di tengah hutan itu.
C Membuat pengusung dan membawa Zamri keluar dari hutan itu.
D Memagari Zamri dengan batang anak-anak pokok yang ditebangnya.

20. Rangkai kata rakannya diperlakukan sedemikian rupa membawa maksud

A ditelan oleh binatang-binatang buas.


B ditemani oleh binatang-binatang buas.
C hidup bersendirian di dalam hutan rimba itu.
D disiat-siat dagingnya oleh binatang-binatang buas.

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

BAHAGIAN B

Soalan 21

(a) Garisi kata kerja yang sesuai dengan ayat yang diberi.

i. Mak Siti ( tergelincir , tersadung ) kerana terpijak kulit pisang yang

dibuang oleh suaminya.

ii. Pada musim tengkujuh Pak Abu memenuhi masa lapangnya dengan

( menjahit, menyirat ) jalanya yang koyak.

iii. Abang ( mencantas, menebas ) semak samun di kebunnya yang telah

lama terbiar.

( 3 markah )

(b) Padankan perumpamaan yang sesuai dengan maksudnya.

Mendapat keuntungan yang


(i) Bagai aur dengan tebing. besar

Orang yang dapat kedudukan


(ii) Bagai bulan jatuh ke riba. mewah

Bekerjasama antara satu


(iii)Bagai tikus jatuh ke beras.
sama lain

( 3 markah )

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

( c ) Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat

di bawah.

sejambak sebiji sekeping setandan


setangkai serawan sebatang selembar

(i) Pak Hamid telah membawa pulang ………………….. pisang yang baru
ditebangnya ke rumah.
(ii) Pak Abu telah pergi ke sungai dengan membawa …………….. jala untuk
menangkap ikan
(iii) Halimah telah memberi ………………..bunga kepada guru
kesayangannya.
( 3 markah )

Soalan 22

Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

i Ribuan peminat-peminat membanjiri Stadium Merdeka untuk


menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia 2018.

ii Sesetengah kawasan di Kota Tinggi ditenggelami air sedalam


enam meter ekoran hujan lebat sejak petang semalam.

iii Nasi yang ditanak dalam periuk itu benyek kerana terlebih
sukatan air.

iv Datuk Fauzi akan bertolak ke Kuala Lumpur pada keesokan


hari.

v Penduduk kampung mendirikan rumah demi untuk mangsa


rebut itu secara bergotong-royong.

( 5 markah )

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

Soalan 23

Pilih kata ganda yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat

di bawah.

mandi-manda obor-obor sihat-sihat


berpeluh-peluh berbual-bual kunang-kunang

(i) Para pelancong dapat melihat cahaya ________________________yang


hinggap pada pokok berembang pada waktu malam di tempat peranginan
Pantai Cenang.

(ii) Selepas mendengar taklimat, mereka minum di kantin sambil ____________


tentang hobi masing-masing.

(iii) Air penting dalam kehidupan kita untuk kegunaan harian seperti mencuci,
____________________, dan sebagai minuman.

(iv) Badan adik ___________________kerana bermain di bawah bahang


matahari.

( 4 markah )

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

Soalan 24

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan


menggunakan ayat yang lengkap.

Program Kecemerlangan UPSR 2019


TARIKH
5 JULAI 2019
DEWAN BUDIMAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR
MASA
8.00 PAGI – 5.00 PETANG

OBJEKTIF
- Membiasakan murid-murid dengan bentuk soalan peperiksaan UPSR
- Member pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara menjawab soalan
UPSR dengan tepat dan mantap.
- Bengkel Teknik menjawab disampaikan oleh guru-guru cemerlang dan
penceramah eknik menjawab bagi setiap mata pelajaran.
- Merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
Sains

(a) Apakah program yang dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar
pada 5 Julai 2019?

__________________________________________________________________

( 1 markah )

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

(b) Berikan dua kesan yang mungkin berlaku kepada murid-murid selepas program
ini dijalankan.

(a)_____________________________________________________________

(b) _____________________________________________________________

( 2 markah)

(c) Pada pendapat kamu, apakah dua tujuan lain pihak sekolah mengadakan
program tersebut?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu – 12 Julai 2019

Hari ini hari Sabtu. Aina bangun awal pagi seperti hari-hari biasa walaupun hari ini cuti
sekolah hujung minggu. Selepas mandi dan mengemas bilik tidur, Aina dan adiknya,
Fitri bersiap-siap untuk pergi berjoging bersama-sama ibu dan bapanya. Aktiviti ini
selalu dilakukan pada setiap cuti hujung minggu. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat
menyihatkan badan, tetapi juga dapat merapatkan hubungan mereka sekeluarga.

Mereka berjoging di Dataran Tasik Setia Aman. Selepas berjoging mereka


membuat senaman ringan.Mereka melakukan regangan badan dan saling membantu
semasa melakukan aktiviti tersebut. Semasa berjoging, mereka saling bertegur sapa
dengan pengunjung yang lain kerana mereka saling mengenali. Ada masanya mereka
berbual-bual dan bertanya khabar.

BM 011 © SKS SULIT


SULIT

Selepas berjoging, Aina dan keluarganya akan pulang ke rumah. Selepas


membersihkan badan, Aina akan bersarapan bersama-sama ibu bapanya. Selepas
sarapan, Aina membantu ibunya membersihkan dapur dan membasuh baju. Semua itu
dilakukan dengan ikhlas.

(a) Selepas mandi Aina akan ____________________________________________

( 1 markah )

(b) Apakah kebaikan yang kita peroleh daripada aktiviti berjoging?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( 2 markah )

(c) Nyatakan nilai murni yang dapat kita contohi daripada petikan cerita di atas?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

BM 011 © SKS SULIT

Anda mungkin juga menyukai