Anda di halaman 1dari 3

Kajian tindakan 2017

AKTIVITI PENGAJARAN UNTUK MEMBANGUNKAN SIGHT WORD


PERBENDAHARAAN KATA MENGGUNAKAN KAD PERKATAAN BERGAMBAR
SEBAGAI STRATEGI MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA
BAHASA INGGERIS.

Norazrina Abd. Razak


Sekolah Kebangsaan Simpang, Tenom

1. ABSTRAK
1.1. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah teknik
menggantung atau menampal kad-kad perkataan bergambar sebelum PdP boleh
membantu murid mengingat dan menambah kosa kata atau perkataan yang
dipelajari dengan cara membiasakan murid melihat kosa kata baharu.
1.2. Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 3 SK Simpang
seramai 15 orang murid.
1.3. Dalam kajian yang dijalankan, teknik pengajaran menggunakan gambar dengan
perkataan Bahasa Inggeris digunakan dan membantu murid mengingat dan
menghafal perkataan berserta maksudnya berpandukan gambar untuk
keberkesanan proses PdP di dalam kelas.

2. Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran


2.1. Murid tidak tahu atau lupa perkataan yang telah diajar ketika di pra-sekolah.
Contohnya nombor 1 hingga 10 atau nama-nama binatang yang pernah
diperkenalkan.
2.2. Murid-murid tidak mengetahui nama objek atau gambar yang ditunjukkan
dalamBahasa Inggeris.
2.3. Murid tahu menyebut nama objek atau gambar yang ditunjukkan dalam Bahasa
Inggeris tetapi tidak tahu mengeja perkataan tersebut dengan betul.
2.4. Mereka sering bertanya perkataan yang sama berulang-ulang dan menghadapi
masalah untuk mengeja perkataan tersebut.

3. Isu keperihatinan/ fokus kajian


3.1. Penggunaan kad-kad perkataan bergambar dan digantung atau ditampal di dalam
kelas tahun 1 beberapa hari sebelum PdP berlangsung.
3.2. Aktiviti latih tubi menggunakan kertas kerja bergambar.

4. Objektif
Objektif Umum
4.1. Mengenal pasti masalah pembelajaran dan berusaha mengatasinya supaya
penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid dapat dipertingkatkan.

Objektif khusus
4.2. Kekerapan murid melihat perkataan-perkataan tersebut akan meningkatkan dan
memperbaiki amalan pengajaran & pembelajaran yang sedia ada supaya murid
dapat menguasai kosa kata dengan menggunakan kad-kad perkataan bergambar.
4.3. Membantu memudahakan murid mengingat perkataan-perkataan baru yang diajar
mengikut topik dalam PdP dengan membiasakan murid dengan kad-kad perkataan
bergambar yang telah digantung di kelas sebelum PdP.
4.4. Memudahkan guru melaksanakan PdP bagi proses penterjemahan perkataan baru
tanpa perlu diulang berkali-kali.
4.5. Dapat meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh
murid-murid berbantukan kamus bergambar.

1
Kajian tindakan 2017

5. Kumpulan sasaran
5.1. Murid-murid tahun 3 seramai 15 orang.
5.2. Kumpulan aras sederhana dan lemah.

6. Pelaksanaan kajian
6.1. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan,
tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan
berdasarkan pemerhatian melalui tingkahlaku, pemeriksaan buku latihan dan ujian
pra. (Rujuk lampiran 1)
6.1.1. Pemerhatian
 Murid mempunyai masalah dalam mengingat perkataan-perkataan mudah
yang mempunyai 3 huruf sahaja. Sebagai contoh; tap, pat, sit, sat, nama-
nama hari dalam seminggu dan lain-lain lagi.Murid tidak dapat memberi
apakah maksud perkataan yang diperkenalkan. Oleh itu guru memberi
penerangan secara lisan, gambarajah dan gaya supaya ianya kekal dalam
memori murid.
 Murid gagal untuk meneka apakah maksud perkataan Bahasa Inggeris
yang disebut oleh guru ke dalam Bahasa melayu walaupun sudah
dilakukan

6.2. Meletakkan kad-kad bergambar


Cara pelaksanaan;
i. Sebelum PdP
Guru menggantung atau melekat kad-kad perkataan bergambar yang akan
difokuskan di dalam kelas tahun 1 mengikut topik yang akan diajar beberapa
hari sebelum pdp berlangsung bagi membiasakan murid dengan gambar-
gambar tersebut.
ii. Semasa PdP
Guru mula memfokuskan perkataan yang diajar menggunakan kad-kad
perkataan yang telah dilekatkan di kelas. Ketika PdP berlangsung murid
dapat terus merujuk kepada kad-kad yang mereka lihat nampak sebelum
PdP berlaku.

iii. Selepas PdP


Latihan pengukuhan; Murid dapat merujuk semula kad-kad tersebut semasa
menyiapkan latihan/kerja yang diberikan.
Guru menggunakan semula kad-kad tersebut untuk latihan sebutan secara
berulang-ulang. Latihan ini dijalankan selama 5 minit setiap hari sebelum
PdP.

2
Kajian tindakan 2017

6. Hasil Kajian

Ada peningkatan berbanding ujian yang pertama.

7. Penutup

Daripada dapatan kajian, saya berpuas hati kerana dapat melihat perubahan positif yang
ditunjukkan menggunakan kaedah ini. Murid dapat memngingat dengan bantuan flashcard
yang di lihat secara langsung atau tidak berulang kali. Kaedah ini akan di tambaik baik
dari semasa ke semasa mengikut tahap kemampuan murid.

Anda mungkin juga menyukai