Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN MIZAN

22200, BESUT, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

LARIAN MERDEKA 2014

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2014

ANJURAN :

6 PISMP PENDIDIKAN JASMANI

AMBILAN JANUARI 2012

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

22200, BESUT, TERENGGANU

UNTUK PERHATIAN :

Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din


1.0 PENGENALAN

Aktiviti kesukanan merupakan satu aktiviti yang sihat untuk menjana otak yang cerdas serta badan
yang sihat. Pendidik generasi baru haruslah dilengkapi dengan segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang berkaitan dengan mereka khususnya dalam bidang sukan dan permainan. Salah satu
cabang di dalam bidang sukan dan permainan ini adalah aktiviti larian yang juga merupakan satu
sukan massa. Umum mengetahui penglibatan individu dalam aktiviti fizikal member banyak
kelebihan samada dari segi fizikal, mental, emosi, dan rohani. Faedah yang diperolehi ini selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penglibatan guru pelatih dalam aktiviti fizikal dan penganjuran sesuatu acara yang berskala besar
dapat memberi pulangan yang setimpal dalam konteks kemenjadian guru. Guru pelatih yang
mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi mampu menghadapi cabaran dalam dunia
pendidikan pada zaman yang serba maju ini. Dunia pendidikan hari ini memerlukan guru pelatih yang
berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif, berkemahiran, bersemangat waja, dan komitmen yang tinggi
yang mana elemen-elemen tersebut dapat dipupuk melalui penyertaan dan penganjuran Larian
Merdeka 2014.

2.0 RASIONAL

Larian Merdeka 2014 akan dianjurkan oleh guru pelatih 6 PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan
Januari 2012 yang secara umumnya bertujuan untuk member peluang kepada guru pelatih
menganjurkan acara yang berskala besar yang melibatkan agensi-agensi luar samada kerajaan, bukan
kerajaan, dan swasta. Medan ini akan digunakan oleh guru pelatih untuk mempraktikkan segala ilmu
dan kemahiran yang dipelajari selama ini disamping mengutuip seberapa banyak pengalaman dan
kemahiran sebagai satu bekal apabila ditugaskan sebagai seorang guru kelak.

Selain daripada itu Larian Merdeka 2014 ini juga sebagai satu simbol kepada guru pelatih meraikan
kemerdekaan negara dengan menghargai jerit perih pengorbanan pejuang-pejuang Negara dalam
menuntut kemerdekaan. Penghargaan guru pelatih kepada tokokh-tokoh kemerdekaan Negara ini
diekspresi melalui semangat berpasukan yang tinggi dalam usaha menamatkan larian tanpa henti ini.

3.0 KONSEP LARIAN MERDEKA 2014

Larian Merdeka 2014 ialah larian jarak jauh secara berganti-ganti.tanpa henti dengan jarak larian ialah
sejauh 280 kilometer dengan merentasi 6 daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu,
Marang,. Seorang pelari akan berlari dengan memegang bendera Malaysia dalam jarak 5 km dengan
masa maksima ialah 30 setiap orang. Tempat permulaan ialah di sempadan Terengganu Kelantan di
Bukit Yong dan berakhir di Kemaman sempadan Terengganu Pahang.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Memupuk semangat patriotik dalam kalangan guru pelatih


4.2 Memupuk perpaduan dan silaturahim dalam kalangan guru pelatih khasnya dan warga
institut
4.3 Sebagai satu bentuk penghargaan kepada tokoh-tokoh kemerdekaan negara
4.4 Menyedari kepentingan menghargai dan mengisi kermedekaan negara dalam konteks
pendidikan
4.5 Memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda khasnya bakal pendidik
4.6 Sebagai satu medan amalan gaya hidup sihat
4.7 Mempraktikan ilmu dan kemahiran penganjuran sesuatu cara.

5.0 PELAKSANAAN
5.1 TARIKH
HARI : Jumaat hingga Ahad
TARIKH : 29 - 31 Ogos 2014
WAKTU : 3.00 ptg (29 Ogos 2014) - 12.01pagi (31 Ogos 2014)

5.2 SASARAN
Semua guru pelatih jurusan Major Pendidikan Jasmani, para pensyarah serta staff Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Jumlah lelaki : 33 orang guru pelatih; 4 orang pensyarah; 1 orang staff
Jumlah perempuan : 40 orang guru pelatih
Sila merujuk lampiran 1.

5.3 TEMPAT (PELAN LALUAN)


Sila merujuk lampiran 2.

6.0 LARIAN
Bermula : Bukit Yong
Berakhir : Kemaman
Jarak Keseluruhan : 280km
Jumlah jarak untuk seorang pelari : 4 - 5km (dalam masa 30minit)
Daerah yang direntasi : Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun,
Kemaman

7.0 TETAMU KEHORMAT

7.1 Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd Din

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

7.2 Encik Che Aminulddin bin Abd. Hamid

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

7.3 Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan Bukan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan
7.4 Pensyarah-pensyarah Cemerlang Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

8.0 KEWANGAN

 Makanan & Minuman - RM 30 x 100 = RM 3000


 Promosi (banner) - RM 150 x 2 = RM 300.00
 Perubatan (PBSM, JPAM, St John) - RM350 X 2 = RM 700.00
 Bendera - RM 50 x 2 = RM 100
 Pengangkutan
Sebuah bas, sebuah coaster, dan sebuah van IPG KSM
 Petrol Marshall - RM 100 x 10 = RM 1000
 Jamuan ringan permulaan dan penamat - RM 500 x 2 = RM 1000
 Tshirt Larian Merdeka IPGKSM 2014 - RM 25 x 100 = RM 2500
 Kontigensi RM 1000

 Jumlah Keseluruhan - RM 9600 sahaja

9.0 PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN, BUKAN KERAJAAN DAN SETEMPAT

Bagi menjamin Larian Merdeka 2014 berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar,
penglibatan daripada beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat setempat amat
diperlukan. Antara agensi yang boleh dilibatkan ialah :

 Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


 Pihak Berkuasa Tempatan Terenggnu
 Polis Diraja Malaysia
 Jabatan Pengangkutan Jalan
 Jabatan Pertahanan Awam
 Persatuan Bulan Sabit Merah
 Hospital
 Wakil rakyat setempat

10.0 PROMOSI DAN PEMASARAN ACARA

Penganjur akan menggunakan beberapa strategi bagi mempromosi dan memasarkan Larian Merdeka
2014. Antara kaedah yang dikenal pasti ialah :

 Media cetak dan elektronik:


 Astro, TV3, RTM
 Sidang akhbar- Sinar Harian, Utusan Malaysia, harian Metro, Berita Harian
 Sepanduk
 Banner

11.0 JAWATANKUASA INDUK LARIAN MERDEKA

Penaung Kehormat : Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din

Penasihat : Tuan Haji Yakcob bin Mamat

Encik Che Ishak bin Ismail

Encik Khairuddin bin Mat Hasaan

Encik Zarizi bin Abdul Rahman

Presiden : Muhammad Ruzaini bin Rusli

Pengurus Acara : Goh Pei Shan

Penolong pengurus acara : Sim Chong Yau

Bendahari : Mohamad Shah bin Jemain

Penyegaran : Krishnaveni A/P Sukumaran

: Karpagavalli A/P Taganathan

Keselamatan dan Perubatan : Muhammad Nakhieuddin bin Mohd Fauzi


: Louis Cheng Xian Rui

Pengangkutan : Ling Jai Seng

Perhubungan dan protokol : Nur Liyana binti Ramli

: Nabilah binti Suhaipin

Penajaan : Siti Wahida binti Abd Wahab

: Cindy Wong Siew Chien

Jemputan : Anizavina binti Mohd Esa

Promosi dan Pemasaran : Sheron A/P Danievellu

: Loh Yu Han

Tapak acara/landasan : Muhammad Zaheed bin Abdul Razak

: Ahmad bin Saidi

Peralatan : Muhammad Aidilfitri bin Jamaluddin

: Nurul Fatihah binti Bakhari Ahmad

Logistik : Nur Syahiirah binti

: Ling Lii Lik

Dokumentasi : Vernon viv anak Amy

12.0 SUMBER PENDAPATAN

Tajaan daripada syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan.

13.0 PENUTUP

Semoga Larian Merdeka 2014 ini dapat memenuhi matlamat dan objektif. Hasil Larian Merdeka
2014 ini akan membantu memupuk semangat patriotisme dan ketahanan mental dan fizikal serta
mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang Sukan Olahraga serta memenuhi keperluan Falsafah
Pendidikan kebangsaan yang berteraskan kepada Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_____________________ ____________________

(GOH PEI SHAN) (EN. ZARIZI BIN ABDUL RAHMAN)

Pengurus acara, Pensyarah Penasihat,

Larian Merdeka, IPG Kampus Sultan Mizan,

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN, Besut, Terengganu

Besut, Terengganu.

Disahkan oleh : Disahkan Melalui:

_____________________ _________________________

(TN. HAJI YAAKCOB BIN MAMAT) (tn haji bAHARUDDIN BIN HUSSIN)

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani, Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid,

IPG Kampus Sultan Mizan, IPG Kampus Sultan Mizan,

Besut, Terengganu. Besut, Terengganu.

Diluluskan oleh :

____________________

(Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din)

Pengarah,

IPG Kampus Sultan Mizan,

Besut, Terengganu.
Dengan ini, saya meluluskan / tidak meluluskan program ini.

Ulasan :

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
______________________________________________

Anda mungkin juga menyukai