Anda di halaman 1dari 24

1

Bola sepak boleh dianggap sebagai sukan yang paling popular di dunia pada masa kini. Walaupun demikian, asal-usul
permainan ini masih kabur tentang negara atau di manakah mulanya permainan ini. Mengikut sejarah sukan ini, pada tahun 2000
S.M. terdapat orang Mesir yang melibatkan diri dalam permainan menendang bola. Begitu juga, di negara-negara tamadun awal
seperti China, Greek dan Empayar Rom ada catatan sejarah yang menceritakan tentang permainan di mana pemain-pemain
menyepak bola. Adalah dipercayai bahawa dari Rom permainan bola sepak diperkenalkan ke England pada abad ke-9.
Sungguhpun demikian, perkembangan yang pesat dalam permainan bola sepak sebagai satu sukan hanya bermula pada abad

ke-19.

Persatuan Bola Sepak England yang ditubuhkan pad a tahun 1863 merupakan pertubuhan bola sepak yang pertama di
dunia. Piala F.A. yang diperkenalkan pada tahun 1871 untuk pemain amatur telah membuka pintunya kepada pemain profesional
mulai tahun 1885. Tahukah anda bahawa peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan ditetapkan pada tahun 1870. Di peringkat
antarabangsa, badan induk bola sepak dunia, iaitu Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau yang lebih dikenali sebagai FIFA
(Federation of International Football Associations) ditubuhkan di Paris pada tahun 1904. Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia
yang berlangsung empat tahun sekali adalah pertandingan bola sepak yang paling berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay
telah menjadi tuan rumah pertandingan Piala Dunia yang pertama pad a tahun 1930.

Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk ke negara ini oleh askar British pada abad ke-19 ketika mereka
datang bertugas. Kini, bola sepak adalah permainan yang paling popular di kalangan pelajar lelaki dan kaum belia di negara kita.
Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM (Football Association of Malaysia) yang ditubuhkan pada tahun 1927 adalah badan bola
sepak kebangsaan yang mengawal perkembangan permainan bola sepak di seluruh Malaysia melalui persatuan bola sepak di
peringkat negeri. Pesta Bola Merdeka, Piala FAM, Piala Malaysia dan Liga Semi-Pro adalah antara beberapa pertandingan yang
dianjurkan oleh FAM.

2
3
Kanak-kanak dan bola sepak

Kanak-kanak memang suka bermain bola sepak. lni kerana pergerakan mengejar, dikejar dan mengawal bola merupakan
aktiviti yang mendatangkan keseronokan dan eabaran baginya. Oleh itu, tiada masalah bagi guru yang ingin mengajar permainan
ini. Para pelajar sedia hendak mengambil bahagian. Namun begitu, guru patutlah mengambil peluang ini untuk mengajar secara
teratur supaya prinsip-prinsip pendidikan jasmani tidak diabaikan.

Permainan kecil, latihan ansur maju dan penyampaian pengetahuan asas bola sepak perlu diadakan dalam masa latihan
yang bererti. Latihan yang hanya memerlukan kawasan yang keeil seharusnya diutamakan dalam masa latihan membina
kemahiran asas ini kerana terdapat beberapa kelebihannya. (Lihat contoh pembahagian padang besar kepada kawasan kecil untuk
latihan.) Soalan seperti di peringkat umur berapa kemahiran menanduk bola harus diperkenalkan kepada murid-murid sekolah
rendah terserah kepada budibicara guru yang mengajar. Dia tentunya akan mempertimbangkan faktor-faktor seperti kesediaan
mental dan jasmani serta tujuan latihannya .

4
KEMAHlRAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

1. Menyepak bola (termasuk menghantar dan menjaring)


2. Menyerkap bola
3. Mengelecek bola
4. Menanduk bola
5. Melempar masuk
6. Merebut bola
7. Menjaga gol

5
6
Pengajaran mikro

Konsep Pengajaran Mikro

Apakah sebenamya pengajaran mikro ?


Pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang rnerangkumi aktiviti secara lisan dan bukan lisan misalnya menyoal,
menerang, melukis, memberi ganjaran, bergerak dan sebagainya. Tugas pengajaran yang kompleks ini telah di analisis dan
dikenali sebagai" kemahiran mengajar ". la juga merangkumi pemerhatian, latihan, penilaian dan pengawalan. Setiap kemahiran inl
perlu diperincikan dan dilakukan secara praktikal dalam kumpulan kecil yang mengandungi 6 hingga 10 pelajar dalam tempoh
masa 5 hingga 10 minit. Konsep yang ringkas ini hanya menumpukan kepada pengajaran sesuatu kemahiran tertentu. Pengajaran
konsep mudah ini dikenali sebagai “ pengajaran mikro ".

Pengajaran mikro telah diperkenalkan di Universiti Stanford pada tahun 1960 oleh Allen dan rakan-rakan. Pada asalnya
pengajaran mikro direka untuk menyediakan guru pelatlh mengajar sebelum mereka pergi ke sekolah. Rasional pendekatan ini
ialah memberi pendedahan awal tentang teknik mengurus, kawalan dan arahan kelas, serta teknik kemahiran mengajar .
Pengalaman pengajaran rnikro membolehkan guru pelatih rnengalami situasi sebenar yang akanmereka hadapi di sekolah nanti.

Prinsip asas pengajaran mikro adalah ringkas dan dipengaruhi oleh ahli falsafah behaviourist. Program pernbelalaran ini
menitikberatkan langkah terperinci, semerta dan peneguhan yang berterusan dengan kawalan latihan. Dalam erti kata lain, sesuatu
peneguhan yang positif akan diulang manakala perlakuanyang negatif akan diabaikan.

7
Kepentingan Pengajaran Mikro
i. Dalam pengajaran mikro - pelatih-pelatih akan mengajar menggunakan langkah pengajaran yang ringkas di mana rakan
sebaya yang terdiri daripada 6 hingga 10 orang menjadi pelaiar, ia memberi pendedahan awal sebelum mereka berhadapan
terus dengan pelajar di sekolah.
ii. Kelebihan utama pengajaran mikro kepada guru pelatih ialah dapat mengurangkan masalah pengajaran yang kompleks,
kerana saiz kelas, masa dan isi kandungan tetah dikurangkan. la memberi tumpuan kepada latihan kemahiran khusus
berbanding kemahiran secara umum. la juga memberi maklumbalas yang terperinci daripada pelbagai sumber yang dapat
meningkatkankemahiran mengajar pelatih.
iii. Kepada para pensyarah, kebaikan yang ketara ialah menjimatkan masa. Melalui pengajaran mikro, lebih daripada 1/5
pembahagian masa mengajar telah diselesaikan, untuk mencapai tahap kecekapan yang sama dengan guru yang
menggunakan kaedah tradisfonal. Dengan adanya pengajaran mikro ia dapat mengelakkan masalah pengurusan dan
pentadbiran sekolah.
iv. Kepada guru dalam perkhidmatan, ia memberi peluang kepadamereka meningkatkan perkembangan dan pembangunan diri
yang berterusan di samping sebagai alat penilaian kendiri. la boleh digunakan sebagai teknik mendiagnosa kelemahan diri
danmenolong mengatasi kelemahan secara khusus.

8
Proses Pengajaran Mikro
Kepada penyelaras, penyelia, atau pelatih yan akan merancang untuk memulakan pengajaran mikro mereka harus
mematuhi enam langkah berikut:

Perbincangan
Berbincang tentang jumlah kemahiran yang perlu diambilkira untuk mengajar. Pemilihan kemahiran, memandangkan
kekangan masa dan sumber, guru tidak dapat menyediakan kesemua kemahiran datam pengajaran. Oleh itu, kepentingan sesuatu
kemahiran dan keperluan pelatih perlu diambil kira. Pemilihan ini boleh dilakukan melalui diagnosa ke atas kemahiranyang sukar
dikuasai. Menghalusi satu kemahiran, melibatkan kajian spesifik sesuatu kemahiran yang dipilih. lni melibatkan pembacaan
tentang sesuatu kemahiran atau dengan mengikut kuliah / pita rakaman yang disediakan oleh penyelia.

Perancangan
Di semua institusi, perancangan perlu merujuk kepada keperluan kemudahan yang ada. Keperluan ruang untuk mengajar,
maklumbalas. Perancangan semula dan sesi pengajaran perlu diperuntukkan kepada kumpulan yang berbeza. Semasa
menyediakan jadual waktu, penyelia perlu membuat keputusan di antaranya:
i. bilangan kumpulan
ii. saiz kumpulan
iii. peranan setiap ahli kumpulan

9
Penyediaan rancangan pengajaran mikro, penyelia perlu memberi panduan kepada pelatih tentang cara menyediakan
rancangan pengajaran mikro yang terdiri daripada :
i. Pemilihan topik
ii. Fokus pengelolaan
iii. Bahan Bantu Mengajar / Bahan Sumber
iv. Pengajaran

Implimentasi
Rancangan pengajaran mikro disediakan oleh pelatih berdasarkan kemahiran khusus yang dipilih. Sesi pengajaran
dijalankan berdasarkan langkah-Iangkah pengajaran mikro yang disediakan. Dalam masa yang sama, mereka diselia oleh
pensyarah penyelia atau rakan sebaya menggunakan borang penyeliaan.

Penilaian Reflektif
Kecekapan kemahiran pengajaran akan dinilai melalui maklum balas oleh penyelia atau rakan sebaya. Maklum balas
pengajaran mikro sangat penting untuk pelatih mendapat maklumat tentang prestasi diri semasa sesi pengajaran. Maklum balas
yang dIperolehi adalah berasaskan kepada penyeliaan, pemerhatian yang sistematik dengan penggunaan borang penyeliaan.
Untuk menilai kemahiran yang diajar, maklum balas boleh diperolehi melalui rakaman video, pensyarah penyelia, rakan sebaya
atau pelajar- pelajar sendiri dan jadual penyeliaan yang berkala . Sumber ini boleh digunakan secara berasingan atau gabungan.

10
Perancangan semula
Berdasarkan maklum balas yang diterima, guru pelatih merancang semula rancangan pengajaran mikro mereka.
Pelatih akan mengkaji dan meneliti semula kemahiran yang telah diajar. Hilangan pusingan bergantung kepada keperluan individu
dan masa yang sesuai bagi setiap pusingan. Pusingan pertu berterusan sehingga mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki .
Dua pusingan adalah mencukupi bagi setiap kemahiran.

Pengajaran Semula
Semasa pengajaran semula, pelatih bolehlah menggunakan rakan sebaya yang lain untuk menjadi pelajar atau bertukar
peranan. Ini bermakna rakan yang telah menjadi pelajar bolehlah diminta menjadi pemerhati atau sebaliknya.

Rancangan Pengajaran Harian


Setiap pelajaran pendidikan jasmani mempunyai format asas. Guru yang hendak mengajar merancang untuk pengajaran
boleh memilih aktiviti pengajaran-pembelajaran yang sesuai /sebagai pengisian rangka pelajaran tersebut. Semasa memilih aktiviti
untuk satu masa pengajaran perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :

i. tempoh masa pelajaran


ii. objektif pelajaran
iii. kebolehan murid-murid
iv. kemudahan peralatan dan tempat

11
Rangka pelajaran yang di cadangkan adalah seperti di bawah

Perkara/langkah Perincian
Permulaan 1. Murid-murid melakukan gerak kerja memanaskan badan – memberi kesan kepada melonggarkan sendi, menggerak
dan merenggangkan otot-otot utama, meransang koordinasi otot saraf dan menambahkan ketangkasan murid.
2. Bahagian ini mempengaruhi suasana pembelajaran seterusnya – dijalankan secara ringkas, berterusan, rancak dan
menyeronokkan kanak-kanak.
Perkembangan 1. Bahagian ini merupakan tema pembelajaran.
( Gerakerja kelas ) 2. Objektif fokus di bahagian ini.
3. Semua murid akan menjalankan aktiviti yang sama yang dirancang oleh guru.
4. Pengajaran guru dan latihan murid dititikberatkan.
5. Banyakkan aktiviti dari satu kemahiran agar dapat mewujudkan peluang pembelajaran yang maksimum dan tidak
bosan.
Perkembangan 1. Bahagian ini merupakan pembelajaran dalam kumpulan kecil. Dalam beberapa stesen.
( gerakerja berkumpulan ) 2. Aktiviti berlainan bagi setiap stesen – setiap kumpulan melakukan aktiviti dalam setiap secara bergilir.
3. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang di ajar dalam pelajaran ini.
Kemuncak ( Permainan/ 1. Bahagian ini memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran atau pengetahuan yang telah dipelajari
Pertandingan/ dalam langkah perkembangan
Persembahan ) ( permainan kecil, pertandingan, persembahan )
2. Jika diadakan permainan kecil – pengelolaan hendaklah ringkas, mudah dan melibatkan semua ahli kelas.
Penutup 1. Menenangkan murid dengan melakukan aktiviti gerak kendur.
2. Ulasan oleh guru mengenai prestasi murid.
3. Sesi soal jawab.

12
Panduan menulis objektif pengajaran dan pembelajaran
Anda diminta meneliti dan melakukan analisis ringkas untuk membina satu objektif pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan berpandukan kepada panduan berikut.

i. Siapa Pelanggan Kita


Individu yang akan mempamerkan tingkahlaku. Contoh: murid, pelajar, peserta.
ii. Tingkahlaku Yang Diharapkan
Apa pelajar pertu buat untuk membuktikan pembelajaran telah berlaku.
Contoh: melakukan, menulis, membina, menjawab, menyatakan, melabel, mendemonstrasi, mengkategori, menamakan dan lain-
lain.
iii. Keperluan Pembelajaran
Apa yang pelajar pertu tahu dan alami setelah aktiviti P&P tamat.
Contoh: teknik CPR, proses pernafasan, sistem pencernaan, menjaga kesihatan gigi, pemakanan seimbang, tanda-tanda akil
baligh lelaki dan perempuan, cara-cara rnengawal emosi dan lain-lain.
iv. Situasi
Situasi yang dicipta khusus dan disesuaikan dengan sesuatu aktiviti yang telah dipilih.
Contoh: secara lisan, menggunakan radas tertentu, berpasangan, dalam kumpulan dan lain-lain.
v. Prestasi Piawai
Pencapaian minimum yang diharapkan dapat dicapai oleh murid sama ada kualitatif atau kuantitatif.
Contoh: 80% betul, betul 3 daripada 5 dalam masa 5 minit, semua betul dan lain-lain.

13
Contoh penulisan kreatif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran

Siapa Tingkahlaku Keperluan pembelajaran Situasi khursus Prestasi piawai


yang diharapkan

Peserta Dapat melakukan Acara lari pecut, mulaan berdiri Pada jarak 30 hingga 50 meter Dengan kadar 3 daripada
dengan teknik yang betul 4 cubaan

Murid Dapat melakukan Hantaran lob kepada kawan Pada jarak 3 meter dengan Sebanyak 5 kali daripada
menggunakan teknik yang betul kehadiran penghadang 8 percubaan

Para pelajar Menunjukkan Tanggungjawab kepada alatan Dengan menyusun semua alatan Di tempat yang betul
sekolah yang telah digunakan

Murid Dapat Dua persamaan dan perbezaan antara Di dalam lembaran kerja yang Dengan 100% betul
menyatakan hantaran lob dan hantaran melalui diedarkan
atas kepala

14
15
Kemahiran Menyepak Bola

Apabila para pelajar telah menguasai kemahiran asas menyepak bola, penyertaan mereka dalam permainan bola sepak
akan lebih seronok dan bererti. Kebolehan menyepak sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaring. Oleh itu,
guru hendaklah memberi perhatian kepada pembinaan teknik asas yang betul di kalangan pelajar semasa latihan atau pelajaran
Pendidikan ]asmani (PJ).

Jenis Sepakan

• Sepakan leret

• Sepakan tinggi

• Sepakan voli

Teknik asas menyepak

1. Untuk menggerakkan bola secara leret atau rendah, bola hendaklah dikontek di tengah-tengah belakang bola itu.
2. Untuk menaikkan atau meninggikan bola, kaki hendaklah dikontek pada bahagian bawah garisan tengah.

16
3. Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau menggerakkan bola. Bola boleh
digerakkan dengan bahagian-bahagian kaki yang berikut:

Cara-cara menyepak bola


1. Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk sepakan leret; tinggi; hantaran rendah-dekat dan jauh; sepakan kencang ke
pintu gol, [Rajah (a)].
2. Menggunakan bahagian dalam kaki untuk sepakan tinggi; hantaran rendah, dekat dan jauh; menjaring, [Rajah (b)].
3. Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola, [Rajah (c)].
4. Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran, [Rajah (d)].
5. Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk sepakan voli, [Rajah (e)].
6. Menggunakan bahagian perut kaki (inside of foot) untuk sepakan voli, [Rajah (f)].

17
18
Latihan menyepak dan menghantar bola

1. Latihan sepakan leret 1


A-B (menggunakan kura-kura kaki)
B-C (menggunakan bahagian luar kaki)
C-A (menggunakan bahagian perut kaki)
(Untuk sepakan tinggi - jarak antara barisan
hendaklah dijauhkan).

2. Latihan sepakan leret 2


(Seperti Latihan 1 - seorang pelajar sebagai
pengumpan tetap)

3. Latihan menghantar bola


Susunan bentuk bulatan. Pengumpan di
tengah bulatan. Menggunakan semua bahagian
kaki untuk menggerakkan bola.

19
4. Latihan menyepak dan menghantar bola
X menghantar bola kepada Y melalui 2 skital. Y menghantar balik kepada X yang kedua untuk meneruskan latihan. Selepas
menghantar bola pemain tukar tempat.

5. Latihan menyepak bola tinggi


X menghantar bola melalui atas palang gol kepada Y yang menyepak secara leret kepada X yang lain.

20
6. Latihan menjaring (menyepak ke pintu gol)
Menyepak secara leret, aras dadadan tinggi.

7. Latihan menghantar bola


X membawa bola (dan apabila dekat
garisan gol, tukar hala dan menyepak
bola ke salah seorang Y.

8. Latihan menyepak ke penjuru


Pemain cuba memasukkan bola melalui
ruang antara hujung bangku
dan tiang gol.

21
Jenis hantaran

1. Hantaran dinding
Z bertindak seperti dinding. X menghantar
bola kepada Z yang akan
menghantar bola balik kepada X yang
telah bergerak ke tempat lain (Xl ).
Latihan hantaran dinding (dengan
pengawal G).

2. Hantaran terus/sisip
Z menghantar bola terus ke ruang di
depan untuk diterima oleh X yang
bergerak ke hala bola itu.
Latihan hantaran terus. G sebagai
pengawal yang cuba merebut bola.

3. Hantaran Square t
Latihan hantaran square antara X dan
Z dengan G sebagai pengawal.

22
4. Latihan menghantar bola secara zig-zag

Bola hendaklah dihantar ke ruang di depan penerima.

5. Latihan menghantar bola dengan menggunakan seseorang sebagai decoy untuk menggelirukan pihak yang
mengawal.

X kepada Y. Y bergerak dengan bola ke sebelah kirinya (Yl) dan Z juga melintas ke sebelah seolah-olah hendak menerima
hantaran daripada Y tetapi membiarkan bola terus bergerak kepada X.

23
24